Tuesday, April 27, 2021

 RAMADAN KAREEM

15 RAMADAN 1442H - 27 APRIL 2021


Awal ramadan adalah RAHMAT

Pertengahannya adalah KEAMPUNAN

Akhir ramadan adalah PELEPASAN DARI NERAKA


Alhamdulillah, kita telah melepasi fasa RAHMAT dan sedang berada pada fasa KEAMPUNAN dalam mendirikan ibadah puasa. Panjang umur kita bertemu dan memasuki fasa PELEPASAN DARI NERAKA. In shaa Allah, amin.


Ini adalah antara hadith popular yang sekian lama kita dengar/tahu dari tuan-tuan guru/ustaz melalui ceramah, kuliah atau tazkirah mengenai kelebihan ramadan/ibadah puasa dan kita beramal dengannya. Steadylah!🤪


Setelah diselidik, rupanya hadith mengenai tiga fasa dalam bulan ramadan ni sangat lemah hingga ada ahli hadith yang menghukumkan hadith ini sebagai mungkar!


Itu saja nak kabo, Sila kecam, kritik, kutuk, keji, hina, pertikai temasuk repot pada Tok Khadi mengenai apa yang ambe kabo ning. Ape ada hal! Pejabat Khadi buka hingga 12 Malam🤪 


Bulan ramadan KESELURUHANNYA adalah rahmat, keampunan serta pembebasan dari azab api neraka. Bukan berfasa-fasa. 


Moga terus kuat, gagah dan handal mendirikan ibadah puasa💐

2 comments:

Adi Herman said...

selamat berpuasa bang dan selamat hari raya aidilfitri juga bang

Timorland said...

Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya AidilFitri