Monday, September 25, 2006

UnJustice League Meeting Photo

THE POWER OF PERKARTUN

ASSALAMULALAIKUM

Pada malam sabtu 22 sept 2006 sekitar 9.30 malam yang lepas, sehari sebelum kita semua umat Islam seluruh dunia menyambut dan menjalani ibadah puasa, satu mesyuarat agung PERKARTUN telah diadakan susulan dari beberapa mesyuarat kecil-kecilan yang diadakan sebelum ini di rumah Tuan Haji Zainal Buang Hussein (ZBH). Mesyuarat agung ini diadakan untuk pelantikan baru AJK dan hasrat tuan Persiden untuk meletak jawatan. " lama sangat dah " tegas Tuan Haji ZBH yang telah memegang jawatan Presiden PERKARTUN hampir 10 tahun sambil ketawa dengan rakusnye! Mesyuarat diadakan di Cheras kat pejabat merangkap rumah pakcik Nayan yang terpaksa dilantik sebagai Setiausaha kerana budi baik beliau membenarkan pejabat beliau sebagai tempat kitorang mesyuarat.

Seronok dapat jumpe kengkawan yang dah lamo den tak jumpo. Walaupun tak ramai yang datang, mesyuarat dapat diteruskan dengan jayanya dengan pelantikan AJK baru dan penubuhan beberapa BIRO yang dipersetujui. Banyak misi, agenda dan aktiviti yang dicadang untuk dilaksanakan. Harap boleh dilaksanakan dengan AJK baru yang lebih rakus dan agresif dan kerjasama semua ahli PERKARTUN. Antara tujuan utama PERKARTUN ditubuhkan adalah untuk merapat dan menyambung silturahim semua kartunis dan karyawan tanahair. Nanti la gua ceritakan mengenai sejarah penubuhan PERKARTUN ni. Gitu gak dengan senarai AJK PERKARTUN yang baru. Nanti gua dedahkan. Ini hanya pemulaan.

Moga PERKARTUN akan lebih agresif dan berjaya dalam melaksanakan misinya. Apapun, syukur alhamdulillah kerana biarpun dalam kekurangan, mesyuarat itu telah berjaya dilaksanakan dan apa yang lebih penting lagi ialah dapat berjumpa dengan kengkawan. Harap lepas ni boleh jumpa lebih ramai lagi kengkawan lama dan baru. Insyallah. Korang tengok la beberapa gambo yang sempat gua rakam pada malam tu.

Enjoyyy!!!

...biaso la bilo dah jumpo tu mesti nak amik gambo. yang kiri tu encik Ambo, saudara Mali, gua, tuan haji ZBH, presiden PERKARTUN yang baru saudara Tazidi ( walaupun kelihatan seperti Datuk K, tapi sebenarnye tak ado kono mengono langsung dengan Datuk K ) dan Y.B. pakcik Nayan.

Sama gak yang ni. amik gambo laie. kat belakang tu: Ambo, gua, Duku, Ayoung, Sireh, Padi, ZulAsrie. yang kat depan plak dari kiri; Mali, Tazidi, ZBH dan pakcik Nayan. semua senyum gembira bila tau puasa hari ahad terutamanya pakcik Nayan. '' boleh makan kat warung tepi jalan laie besok '' ujar pakcik Nayan dengan bangganye.
Keriangan jelas terbayang diwajah encik Ongkoi ( baju merah biru ) dan encik Ayoung apabila mengetahui puasa pada hari ahad. " boleh main meriam buluh nuu.. " tegas encik Ongkoi. Padi kelihatan sunggul dengan berita itu kerana permainan meriam buluh telah pupus di kampung beliau kat Kg. Balun sana. Sabo je la ya Padi. Tuan Persiden dan Tuan Haji ZBH sedang membaca, meneliti , melihat atau mengeja dengan tenangnya surat pekeliling mesyuarat yang turut dimasukkan jadual waktu berbuka puasa seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Sama gak la dengan yang ni. semua purak-purak membaca dan faham dengan isi surat yang ditulis tangan oleh setiausaha iaitu pakcik Nayan. sebenarnye semua bekerut dahi bila membaca lampiran yang begitu klasik sekali tulisan tangannya. terasa seperti berada pada tahun 70an. klasik sungguh! Padi hanya paham bila tengok jadual berbuka puasa saje.

Semua yang telah separuh migrain merasa lega bila minuman kotak yang ditaja oleh encik Ambo dihidangkan dan dibenarkan minum oleh Tuan Presiden yang baru. Tuan Haji ZBH kelihatan tersandar kehausan ya amat!

Ongkoi kebingungan kerana sepatutnye beliau pergi ke kedai membeli ubat nyamuk yang dioder oleh isteri beliau. Padi. Ayoung dan Duku masih tak faham-faham dengan apa yang ditulis oleh setiausaha sedangkan encik setiausaha sedang purak-purak menyibukkan diri takut ditanya oleh Padi. " lantak korang la " kata beliau dalam hati.

3 comments:

azhar said...

Assalamualaikum..

apa khabar abag Gayour..
wah dah ada blog sendiri..

tak perasan saya,,,

saya Azhar urban Comic,,kalau abg Gayour masih ingat lagi lah..

saya ingat dah diam jer Pekartun ni..
bagus masih aktif..

saya akan selalu drop by kat blog abg Gayour..

InsyAllah..

bagus lah PEKARTUN masih aktif...boleh sesama kita berpadu..kerana..saya ingat..saya dan rakan2 lain ( budak baru nih)..
nak buat persatuan/kelab komik

Anonymous said...

perkartun dah ada..perkomik pun ada..tapi aku tak nampak lagi kala tuju kedua2 pertubuhan ni...kartunis pun nampak kucar kacir...penin..penin...

gayour said...

guapun pening gak memikirkan bende2 ni... hala tuju memang menjadi perkara utama yang sentiasa diperhati, dipertikai, dipersoal, diungkit, ditimbul, dihujah, didebat dan diperkatakan oleh semua orang!