Tuesday, November 21, 2006

UNJUSTICE LEAGUE MEETING part II

Meanwhile
...at the Kuala Lumpur National Library !


Tengok tu Padi... ada orang jatuh dari kapatebang! "Biarkan beliau rasa. Tu laa.. naik kapatebang tak jemput orang, tu la akibatnye '' tegas Padi sambil ketawa. HARHARHAR!

Hari tu, 14 Nov 06 kat Perpustakaan Negara telah belangsung majlis perasmian Pameran Kartun Asia Ke 10 yang bertemakan " ISU-ISU ALAM SEKITAR DI ASIA ". Sepuluh orang kartunis terpilih dari 10 negara Asia telah menyertai pameran ni. " Ada makan-makan, memang tak boleh tak pagi ", tegas Padi dengan tegas walaupun kerje beliau masih tak siap! Ketegasan Padi disokong oleh encik Faizal (penulis/wartawan majalah G3 ) yang turut serta dalam rombongan ke majlis ini. Sungguh seronok dapat jumpe semula sebahagian dari Unjustice League ( hari tu jumpe seblum puase ) kat majlis ni. Kelihatan kartunis Duku ( bercermin mata )sedang tidur dengan lenanya ketika ucapan dari Tim. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia sedang belangsung. Di sebelah beliau ialah kartunis Ramzahurin sebelum terlena. Kat belakang beliau adalah kartunis politikus tanahair yang tak asing iaitu saudara Zunar ( kemeja putih ) dan jauh sayup kat belakang sekali ( pasal lambat sampai ) kelihatan kartunis Padi dan Faizal sedang buat-buat tak tidur kerana nak amik gambo.

Kitorang sampai tu majlis dah nak abis dah. Duduk dengar ucapan dalam 10 minit, perasmian dan trus ke acara kemuncak iaitu MAKAN! Kartunis/karikaturis Ambo ( bertopi ) terpaksa mendengar ucapan merapu dari gua yang menyebabkan beliau hilang trus selera makan hingga ke minggu depan! Nasib mu la Ambo!


Bukan senang nak jumpa dengan beliau ni. Ada je peluang trus jadikan beliau sebagai tempat amik gambo. HarHar! Ni la gambo kenangan-kenangan gua dengan kartunis hebat tanahair yang berani giler tak ingat iaitu saudara Zunar yang dihormati. Idea beliau, kepalo hotak bejambul beliau memang tabik! Beliau sebenarnye seorang kartunis yang sangat terer buat lawak sesama kartunis/kengkawan" Sepatutnye semua kartunis boleh berkarya dengan bebas " tegas beliau semasa menggigit sate daging yang liat nak mampus!


Haa.. ni beratur masa nak amik makanan. Kitorang antara yang paling awal beratur pasal duduk kat belakang dalam dewan. HarHar! Sambil beratur sambil gossip cite pasal raye. Pasal berapa hari cuti, kat kampung hujan tak, banyak buat kuih raye, jalan jem tak, banyak ke dapat duit raye... macam-macam lagi la.


Memang kalo dapat jumpe kengkawan, gua tak sah kalo tak merapu. Ni gua sedang komplin kat Presiden PERKARTUN encik Tazidi ( bebaju ungu ) pasal Padi yang nak ikut sangat datang ke majlis ni sedangkan kerje beliau masih tak siap sambil minum air perasa pandan. Duku hanya bediam diri kerana kerja beliaupun banyak yang tak siap lagi. Ambo plak cam biasa terpaksa mendengar kerana nak amik hati dan menemankan Presiden.


Ambo seperti tak puas hati tapi terpaksa mendiamkan diri dengan hujah bernas gua untuk kemajuan persatuan

Kartunis yang mempengaruhi ramai kartunis/bakat baru di pada awal tahun 80an hingga pertengahan 90an dengan gaya/stroke kartun tersendiri iaitu kartunis Kerengge turut meluangkan masa datang ke majlis ini. Kartunis Sirih macam tak percaya boleh jumpe dengan kartunis Kerengge sehingga tak sedar telah meminum air perasa pandan sebanyak lapan gelas termasuk air kartunis Kerengge sendiri kerana telampau teruja


Kali kedua gua memeluk bahu kartunis Zunar untuk amik gambo yang sedang leka memberi ceramah perdana sambil berdiri pada semua kartunsi yang hadir hari tu. " Kartunis sepatutnye lebih agresif dan berani dalam berkarya!" Ujar saudara Zunar memulakan ceramah. Padi ( kanan sekali ) sangat gembira bukan kerana ceramah dari saudara Zunar, tapi gembira kerana bejaya makan sate dengan banyaknye hingga lupa pada kerje yang blum siap


Duduk kekenyangan sambil cerita pasal kenangan hari raye. Semua cite pasal tajuk/cite yang sama cam yang korang citekan tiap-tiap tahun. Baju raye, duit raye, berapa helai baju raye, balik kampung, banjir, hujan, jalan jem, berapa hari cuti, bila balik kampung... blablabla... sungguh membosankan. Tapi itu la soalan, pertanyaan dan topik perbualan kebanyakan orang. Entah laa..


Tak tau apa masalah si Faizal amik gambo cam ni. Tepengaruh sangat dengan scence/angle dari komik la ni. Gua kuarkan gak gambo ni pasal nak amik ati beliau yang susah payah baring bawah kerusi gua masa amik gambo ni. Ni la yang malas bagi beliau amik gambo...


Saudara Zunar kehabisan idea semasa ceramah perdana beliau hingga menggaru kepala dalam sesi soal jawab kerana sukar menjawap soalan teka-teki Padi yang mengulum senyuman manis. Beliau terpaksa meminta pertolongan dari tuan Presiden, encik Tazidi yang juga tak tahu jawapannya. KuiKuiKui! Nakal la u ni Padi


Lepas puas amik gambo dengan manusia, tiba la masanye amik gambo dengan bukan manusia plak iaitu saudara bunting pameran kartun ni. Aksi kena liar baru kelihatan liar!


Keadaan menjadi sedikit tegang bila encik Zunar tak puas hati kerana gagal menjawap teka teki Padi dan bercadang untuk mengadu/membawa perkara itu dalam mesuarat agung PERKARTUN akan datang walaupun tak dijemput! " Tak boleh jadi cam ni. Ni benar-benar memalukan! " Tegas beliau pada para hadirin.

Keadaan kembali tenang bila kartunis Padi bersetuju untuk memberikan jawapan pada minggu depan melalui SMS pada encik Zunar. " Saja bagi jawapan lambat sket, pasal nak bagi masa pada encik Zunar befikir sebelum tidur. Jangan lemah minda sangat! " ujar Padi sambil berlalu ke arah makanan yang masih terhidang. Encik Tazidi juga bersetuju dengan usul Padi tersebut.


Ontah apo kobondo eh gamba yang diamik budak Faizal ni...


Sesi melawat dan melihat lukisan/karya yang dipamerkan. Masa ni gak gua gunakan untuk mengkritik, memuji, mengkagumi, menghayati setiap karya bersama tuan Prof. Dr. Padi yang sangat lantang mengkritik semua lukisan/kartun yang dipamerkan hingga dihalau keluar oleh encik jaga perpustakaan. Tercalar imej gua! Menyesal gua bawak Padi. Tak tau langsung adap kesopanan dan kesusilaan budaya timur ketika berada di khutub khanah!


Ni gambar yang sempat dirakamkan secara sembunyi-sembunyi oleh Faizal yang beguling-guling di lantai setelah lapan belas kali diwarning oleh pengawal keselamatan kerana kelantangan suara Padi mengkritik dan memuji karya yang dipamerkan.

Tinggal la gua sorang bedegil nak amik gambo di ruang pameran...

Ada kelapangan, bole la pegi tengok pameran ni. Kalo takpun boleh pegi perpustakaan. Tak baca bukupun tak apa, tengok gambopun tak apa...

13 comments:

sofian ishak said...

Fuiyoo... Best giler le tengok gambor2 fancy tu suma! Kenapa le lu x ajak gua skali, beb?????

areyoung said...

Perasan tak, muka En Tazidi tu macam Dato' K ah..

thesandman said...

Apa taknya.. since Siti kahwin, semua orang gelar dia Dato' K jua!

...Apa2 pun aku menyesal tolong kau Gayour --- MENYESALLL!!! MENYESALLL!!!!!!

gayour said...

sofian,
saja tak ajak kengkawan pasal tau memasing sibuk dengan kerje dan memacam alasan lagi. so.. diam2 je la. tapi biasa la bila sesuatu event tu dah belalu, baru la tanya kenapa tak ajak, tak tau langsung, tak itu, tak ini,kenapa tak ada promosi, kenapa? kenapa? tak ada kepentingan nak pegi, buang masa, semua tak betul, tempat tak strategik, jalan jem, kenapa buat hari kerja, tak ada akal ke?
alamak... apakehei la gua emosi tak memasal dengan lu ni my dear pyan. lain kali gua inform kat lu kalo ada apa2 event cam ni. seronok dapat jumpe kengkawan lama kat situ. harap lu sihat sejahtera sentiasa. amin

areyoung
lain plak yang beliau nampak. adoii la. ni la orang pompuan. sabo je la

thesandman
har fragin har! nasib lu la faizal. ni suma lu punye idea paksa gua buat blog. rasai lu!

selipar said...

kenapa kau memperkotak-katikkan padi wahai gayour? aku perasan masa dia baca blog ni air mata dia dah mengalir deras di pipi. ni semua gara-gara soalan teka teki tu.

takpe padi... nilah masa kau wujudkan blog kau plak. pastu kau balas dendam cukup2 kat gayour... har har harun

gayour said...

slipar
guapun sedang konpius ni. siapa sebenarnye tuan punye blog ni, gua atau beliau? entah la. menyesal plak popularkan beliau lebih2

afterwork8 said...

Kalau nak lukis kartun aku nak pinjam semua kelengkapan Gayour...biar dia lukis dengan crayon je. Arrghh!! kejap2 nak lukis budak ngan komputer kejap2 nak lukis Jenglot Eeeii!! tension nyaaa!!!

PERKATUN selamatkan akuuuuu!!!

*background music lagu Fenomena dari kumpulan search.

gayour said...

afterwork8
ah, sudah la! macam2 alasan lu bagi. susah la, payah la, sukar la, tak boleh melukis kalo tak ade chicks kat sebelah... mengada-ngada! lu jangan bagi gua malu. kalo lu kantoi lukis kartun gua gak yang telibat malunye pasal lu lukis pinjam pensil gua! TIDAKKK!

sofian ishak said...

Gayour, kalu lu rasa stress & tension, lu nyanyi ler lagu ni:
"Padi padi semerah padi...
Padi padi semerah padi..."
Semoga lu suma terhibur hendaknye!

gayour said...

sofian

apa plak nyanyi lagu tu. gua nak nyanyi lagu ni...
" kau... kau... melodikan sebuah lagu cinta... dan... dan... segalanya itu untuk siapa "( betul ke lirik tu pyan? )gua tuju-tujukan lirik lagu tu khas buat lu. moga terhibur. harhar!

azhar said...

wahh..cam best semuanya kat pameran kartun tuh..

abe sireh ada kasi tau event nih..malangnya saya bertugas di Kuantan..

takpa..bagus gak abe gayour post dlm blog nih..leh tau gak saper yg hadir dan apa yg berlaku kat situ..

cayalah abg Gayour..
keep it up! more update!

gayour said...

azhar

insyallah. ada bahan, ada kelapangan nak pegi, ada kamera digital... gua pasti ambik gambo dan kuarkan untuk pengetahuan am semua sahabat.

Anonymous said...

assalamualaikumm...sy dah dptkan bku abng kluaran alaf21..mmg tak sngka..hebat btul gya abng mlukis..sblum nie sy minat lukisan ben,jdi lukisan sy pun mcm ben gak la..p skrng cam sma lukisan abng lak..huhuhu...