Thursday, February 08, 2007

NAGA BERAPI

NAGA BERAPI
Lama tak kuarkan sketch atau lukisan dalam blog gua ni. Boring gak asyik tunjuk gambo je. Korang boring, gua lagi la plak! Nak buat cam no, banyak sangat aktiviti, banyak la gambo. Tu yang kuarkan gambo tu. Kali ni gua kuarkan kartun semuka NAGA BERAPI yang gua buat dalam majalah G3. Bleh tengok camno proses lebih kurang gua buat.

MELAKAR
Sebenarnye sebelum gua mula melakar, gua akan tulis segala dialog, skrip atau apa saja kat sekeliling/di luar kotak ukuran. Ni kira lukisan gua yang bersih kerana semenjak dua menjak ni gua telah bejaya mendisplinkan diri menulis segala idea, skrip dan dialog kat dalam buku khas untuk siri NAGA BERAPI dan MAT ROCK CINTAN. Sebenarnya displin ni dah lama gua praktikkan. Menulis segala skrip, dialog atau apa saja idea dalam buku. Tak tau apasal jadi tak ingat dan malas nak buat cam tu. Trus tulis kat sekeliling kertas! Ni la rupa lakaran awal gua. Gua hanya tumpukan lakaran pada karakter. Latarbelakang gua tak buat/lakarkan kerana kat lakaran ni gua akan inking. Lihat watak BENTAYAN SI NAGA BERAPI telah gua inkkan menggunakan pen celup. Bila dah siap ink kena padamkan semua garisan pensil. Kalo gua buat latarbelakang sekali, habis kena padam. Leceh tul! Buang masa kena buat balik! So, work smart!

MEWARNA

Yang ni plak bila dah abih inking. Gua hanya menggunakan PEN CELUP dan dakwat Holbien Special Black dalam proses ni. Ada la lakar sket latar belakang. Tupun kat panel/kotak yang perlu ada saja. Perancangan sangat penting sebelum mula melukis. Kat mana lokasi, cam no rupa latarbelakang dan sebagainya. Jangan main belasah je. Tak tau atau tak pasti, cari la rujukan! Mengubah posisi, pandangan, kedudukan atau apapun namanya adalah sangat penting untuk menghasilkan lukisan yang bermutu. Jangan statik dengan satu posisi saja. Ubah la, tukar la, alih la, angkat la ikut suka! Selain kelihatan menarik, ia juga memudahkan kita untuk melukis. Tak la kena lukis, buat, ulang latarbelakang atau posisi karakter yang sama. BORINGGG!


DITIL

Kat majalah G3 dan majalah humor di negara kita sekarang ni hanya beberapa orang kartunis saja yang masih mewarna secara MANUAL seperti gua. Yang lain kebanyakannya dah beralih ke warna digital. Ini pilihan yang ada. Selain dari mewarna secara digital, melukispun bleh dibuat secara digital skang ni! Tapi gua tetap percaya dan seronok secara manual. Sesapapun bleh kata gua ni ketinggalan, old fasion, man from the past, from jurassic age, purba, primitif atau apapun kerana masih melukis dan mewarna secara manual. HAR! HAR! HAR! Gua menggunakan warna dari jenama Dr. Ph. Martin. Brush plak dari jenama Winsor & Newton, Cotman dan Holbein. Sebenarnye boleh gunakan warna atau brush jenis apapun sekiranya mahir menggunakannya. Kalo brus tu, pastikan yang halal! Mewarna juga adalah masa untuk menditilkan lukisan selain semasa proses inking. Perhatikan latarbelakang. Ada yang gua warnakan penuh dan ditil. Ada gak yang gua biarkan kosong. Ini perlu untuk mengimbangi keseluruhan lukisan agar tidak terlalu padat, serabut, sendat, sesak sehingga boleh menenggelamkan karakter! Bleh tengok NAGA BERAPI ni kat majalah G3#37 ( March 2007 ).

14 comments:

faizalmukhtar said...

ini kelas berkartun secara percuma ni. kalau tempat lain, setahu aku ada charge yuran.

belajor! belajor!

gayour said...

boy scout

ni la sumbangan gua pada masyarakat majmuk yang ingin belajar. ikhlas, jujur, setia dan sejernih embun kat hujung daun buluh di pinggiran air terjun nun jauh di dalam hutan banat pada suatu subuh yang bening!

Anonymous said...

hoHo.style laH.

N a d i a said...

dah ada blog rupenye, cayalah bro!
long live kartun! long live gayour! long live rock n roll! ;-)

kalo rajin2 tu, jgn segan2 singgah kat blog kite plak k? (silverheadbanger.blogspot.com & rockterusrock.blogspot.com)

kipas-susah-mati GH (r.i.p) & G3:
countess

Anonymous said...

Kerengge pun ada blog, Nadia... - http://kerengge.wordpress.com... Tp la ni dia stop jap pasal ada projek lain...

Anonymous said...

Kerengge pun ada blog, Nadia... - http://kerengge.wordpress.com... Tp la ni dia stop jap pasal ada projek lain...

N a d i a said...

ye?..nanti kite check..mekacih..;-)

Yatt said...

Laa, tak perasan bro Gayour dah ada blog. Bro, ronda la kat blog saya gak. Errr... saya yg interbiu bro utk harian metro dulu. Igt story G3 & collection comic tu?

Harap blog ini berterusan aktif sebagaimana karya lu! Err... buat la kartun cam 'Lumba Haram' dan 'Terpedaya' kat GH dulu2 tu. Sempoi beb!!

gayour said...

dra

harharhar! tq


nadia

tq wahai puan nadia


pyan

lu memang tak de keje lain aa pyan...pecah lubang rahsia orang je! kanottt! belasah beliau!


yatt

mesti la ingat pada encik yatt yang baik hati. nanti gua fikirkan balik idea cam tu. riding horses made of steel!

Anonymous said...

Arrghhh...Gayour.... Sesungguhnya bukan gua yg bagi tau suma ni kat diorg. Itu diorg carik sendiri laa...

Sesungguhnya gua x bersalah dlm hal ni... Kanot pun x bersalah...

Arrghhh! Arrghhh!

gayour said...

pyan

ah! sudah la lu pyan! kalo kanot tak bleh tolong, gua mintak tolong kat jon cd belasah korang bedua. tau la nasib korang!

Anonymous said...

Har! Har! Har!

Eh? Gamaknyer mana ler pegi mamat John tu ye? Last skali dia call gua, dia masih kat Lensa - tupun 3-4 taun dulu...

Yatt said...

Ni dah mcm jejak kasih ex-kartunis GH ni. Heheh...

Brader Gayour, Pyan...
Ari tu selongkar album lama kt umah gua terjumpa gambar yg gua tangkap dgn lu org masa Open day USM Tronoh dulu tu... Hahahaha! Klasik siut! Gambar taun 1990, gua masa tu baru form 4.

gayour said...

yatt

uh! syahdunye... oi, pyan! tak sangka kita penah masuk U la! encik yatt kalo rindu kat kitorang, tenung2 la gambo klasik tu. harhar!