Thursday, April 12, 2007

ROYAL AIR CARNIVAL II

ROYAL KELANTAN AIR CARNIVAL 2007 ( PART II )
18 - 19 RABIULAWAL 1428 HIJRAH
06 - 07 APRIL 2007

Banyak aktiviti yang kitorang buat sepanjang berada kat Tok Bali terutama aktiviti makan-makan. Lepas makan kat mana-mana, on the way balik mesti lalu dan singah kat pasar malam Tok Bali beli cendol dan SATTA ( ikan yang dibungkus dalam daun pisang bebentuk kon, dicucuk macam sate dan dibakar macam pulut panggang ) Amang kata tak sedap. Pak cik sorang ni memang cerewet, leceh dan komplin manjang. Entah la, gua belasah jer! Sama cam Padi dan Niezam. Tak banyak komen/komplin... belasah apa yang ade! Satu lagi aktiviti wajib ialah round-round tengok tempat port mancing dan mancing sekali!

IKAN YU
Pagi-pagi lagi lepas Subuh dalam pulul 7 pagi kitorang kuar nak tengok tempat port orang mancing. Rupenye banyak tul port yang baiek dan cantik kat Tok Bali ni. Kena rajin jalan-jalan baru tahu. Yang ni tempat port yang dekat dengan ladang tembakau tu. Cantik tempatnye. Masa kitorang sampai, ada la sorang dua mancing kat sini. Tapi nampak jer kitorang, diorang trus blah. Mungkin dah penat bejaga dari semalam, ikan tak makan umpan atau nakot dengan kitorang. HEH! Kawasan terusan yang jadi laluan kapal dan bot nelayan ke jeti. Ada banyak pokok-pokok nipah di sepanjang tebing terusan. Ada banyak burung bangau cari makan dan besarang kat seberang terusan. Kat atas pokok ada plak burung helang buat bising! Sampai jer Amang menjerit kat gua '' Oi, Gayour! mari sini kalo lu nak tengok ikan Yu! ''. Tak tau siapa yang dapat pancing ikan Yu ni dan letakkan beliau kat lopak air. Kelam kabut beliau bila gua amik gambo beliau. Tak lama kemudian air mula pasang, anak ikan Yu ni trus masuk semula ke laut lepas. Selamat jale encik ikan Yu!

AKSI KESAL I
Cam semalam, teknik casting tetap dipraktikkan oleh encik Amang dan Padi untuk menduga penghuni kat tempat yang cantik ni. Tapi tetap hampa. Penghuni kat dasar laut/terusan ni tak selera/kebulur dengan umpan tiruan diorang. Buat penat jer membaling gewang. Selain ikan tak layan, satu lagi risiko bila menggunakan teknik casting dan gewang ialah SANGKUT! Jangan korang ingat encik Padi sedang betarung dengan kerapu atau siakap Tok Bali seberat 5 kilo! Beliau sedang tensen tak ingat, bekerut dahi dan teguris hati kerana akan bepisah selamanye dengan salah satu gewang kesayangan beliau yang tak mungkin dapat diselamatkan.....

AKSI KESAL II
Saat-saat untuk berpisah selamanye makin hampir pada encik Padi dengan gewang beliau yang tesangkut dengan sesangkut-sangkutnye! Sudah la Padi.... biarkan la beliau pergi dan blah dari kotak pancing lu selamanye. Har! Har! Rasakan!

LAUT DAN PANTAI I
Lepas abis sarapan Nasi Dagang kat kedai yang sama seperti semalam
( aduuuu.... sedapnye nasi dagangggg! ) masih awal dan ada kesempatan, gua dan Padi round-round plak kat tepi pantai ( berhampiran dengan chalet ) yang indah di pagi hari ni. Aduh mak! Nyamannye hembusan bayu pagi Laut China Selatan! Seronoknye rasa tapak kaki bila dapat memijak dan bejalan di atas pasir yang lembut dan halus. Gua trus jadi tak betul dan buat aksi liar ni! HEH!

LAUT DAN PANTAI II
Lihatlah! Nikmatilah! Hayatilah keindahan alam ciptaan tuhan ini... dan bersyukurlah atas segala nikmat yang tak terhitung banyaknye kurniaan tuhan kepada kita. Ucaplah alhamdulillah!

LAUT DAN PANTAI III
Sungguh hebat ciptaanMu wahai tuhanku! Lihatlah sinaran mentari pagi di celah-celah awan nun jauh di tengah laut sana. Subhanallah. Maha besar Allah yang menjadi dan mencipta segalanya.

LAUT DAN PANTAI IV
Angin makin kuat betiup, ombak laut makin kuat menggulung menghempas pantai. PERGH!. Nampaknye air nak pasang semula. Gua belari tak sabo-sabo menghampiri dan trus merasai kedinginan air laut. Sungguh seronok bila kaki dibasahi kedinginan air laut... betambah seronok bila rambut dibelai dan ditiup angin. Ah, syahdunye! HEH! HEH!

LAUT DAN PANTAI V
Apa lagi yang boleh gua kata bila menyaksikan keindahan dan kehebatan alam ciptaan Allah ini? Kagum, teruja, semangat, CINTA, kasih, sayang, syukur, terasa kehebatan... Segala puji untukMu.

LAUT DAN PANTAI VI
Gua termangu seketika dan hati berkata... bila lagi aku akan berkesempatan untuk menikmati dan merasa asyik dengan segala keindahan laut, suara ombak, gemersik desiran angin, halusnya hamparan pasir, cantiknya cengerang sang siput, indahnye sinaran mentari pagi, kicauan sang camar ( tak nampak sekopun pagi ni... kemanakah beliau semua terbang/menghilang? ) dan segala yang ada di tepi pantai ciptaan tuhan ini. Ini adalah satu perasaan dan rasa CINTA yang mendalam terhadap segala ciptaan tuhan. Yang pasti gua akan terus merindui. Insyallah, panjang umur, ada kesempatan kita akan betemu lagi. Akan ku serahkan, akan ku biarkan keasyikan bayu laut membelai wajah dan rambutku sepuas hati.....

JUMPO LAGI WEI!
Aktiviti hari ni kat booth Sinar Harian jer. Badut dah conqurer stage! Tak bagi chance orang lain nak gunakan stage! Hari ni gak merupakan hari perasmian Karnival Udara D'Raja Kelantan oleh Al-Sultan Kelantan sendiri dan hari ni gak merupakan hari terakhir karnival ni. Cuaca tetap panas tapi aktiviti di sekitar lapangan terbang terus bejalan. Sebelum blah, amik gambo dulu dengan team Sinar Harian Karangkraf Timur. Tima kasih weii! Jumpo laie. Belah petang kitorang jalan-jalan kat pasar betul-betul tepi jeti kat Tok Bali. Kira ikan, ketam, udang dan segala lagi khazanah laut yang segar-segar kat pasar ni. Beli ikan dan sotong... bukan nak bakar tapi nak buat umpan mancing malam ni. HEH! Kalo nak makan ikan bakar pegi jer kat medan ikan bakar sebelah pasar. Gua memang semangat tak ingat nak join encik Padi dan encik Amang gi mancing malam ni... tapi sayang sejuta kali sayang... diorang pegi pukul 1. 30 pagi! Gua baiekkk punyer kroih! kroihhh! dengan Niezam. Dalam pukul 8.30 pagi esoknye baru diorang balik dengan dua ekor ikan siakap, seko ikan tanda dan seko ikan duri yang mempunyai perut seperti perut Padi dan Amang. HAR! HAR! Yang best diorang bungkuskan nasi dagang untuk gua! YAHOOO!

SELAMAT TINGGAL I
Sebelum balik pagi tu, sempat gak posing amik sekeping duo gambo kat sekitar chalet penginapan. Gua bekenan tul dengan pokok bunge yang
tegantung-gantung ni. Ape ke ntah namenye. Rupe cam daun duit-duit tapi yang ni lebih besar daunnye. Lagi satu bunge pink kat sebelah tu. Ntah ape ke nama beliau. Ah, lantak la! Janji cantik come semoghti!


SELAMAT TINGGAL II
Lagi satu bunga jenis gantung merambu-rambu yang menarik minat gua untuk begambar dengan beliau. Ada banyak tumbuhan flora dan fauna yang ditanam kat sekitar chalet ni sebagai hiasan dan untuk dimakan cam buah kelapa muda yang kitorang kait, minum air dan makan isinye dengan cara menghempas beliau ke batu ( primitif tul... Amang punye idea ). Seronok gak buat aktiviti menghempas kelapa muda ni. HAR!HAR! Sori, tak dapat nak masukkan gambar aksi rakus makan dan menghempas buah kepala muda tu kat sini kerana terlalu sadis dan brutal! Masa datang ke Kelantan ari tu kitorang ikut Gua Musang, balik ni tukar angin ikut Terengganu Darul Iman plak. Singgah makang tengahari kat Marang kampung Amang. Mak beliau masak. Timo kasih mokcik. Pejalanan balik ni banyak lalu tepi laut yang cantik membiru. Lagi sekali singgah kat Kuala Kemamang, kampung nelayang pekena SATTA dan OTAK-OTAK yang betul-betul 100% daging ikang! Suasana kampung nelayang yang nyamang dengan tiupang angin di petang hari. Anak-anak nelayang lelaki dan pompuan seronok bemain bola sepak besama. Beli kopok dan beberapa kudapan untuk dimakang sepanjang pejalanan pulang... Jumpe lagi mung di nung weii!

16 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Wah..seronok bercanda di Trengganu ek..

Ya, dalam menghayati keindahan alam kita mengkagumi kebesaran Allah, juga menginsafi kekerdilan kita :)

gayour said...

bukan becanda kat pantai Ngannu weii. tu kat pantai Tok Bali, Kelantan Darul Naim. Memang semestinye kita mensyukuri atas segala nikmat kurniaan Allah. Bukan sekadar bersyukur saja tapi menuruti, patuh, taat dan melakukan segala suruhanNya. Bila melihat segala ciptaan, kehebatan dan kebesaranNya memang terasa betapa kecil, lemah dan hinanye kita...

N a d i a said...

alangkah rupawan rambut mu itu, encik gayour....sungguh dramatik tatkala ditiup angin laut..pewwwiiiitttt!!..heheh...btw, sile le singgah ke blog saya. poster 'bang your head' mu itu pernah menjadi sumber inspirasi di dunia "cubed" ku...;-)

gayour said...

yeah! tidak ada nikmat yang lebih best dan syahdu bila berada di tepi pantai yang indah dan sang bayu mengusap wajah dan membelai helaian rambut hingga kadang2 menutup seluruh muka, masuk mulut dan kelihatan tak serupa orang! hehehe! apapun... yeahooooo!

faizalmukhtar said...

aku ada 3 komen :

1. Apsal gambor posing kau semuanya letingalan zaman?

2. Apsal 2-3 menjak ni aku tengok asyik pompuan jer bagi komen kat blog kau?

dan...

3. Apsal tak ajak aku pegi sana? Kau tau kan aku nak ikuuuuttt!!!

gayour said...

1- yang klasik, yang dah pupus, yang ketinggalan zaman tu la yang orang suke bangat nak tengok dong ah!lu pun suke kan? harhar!
2- abih dah blog gua ni best, pasal tu la diorang suke nak bagi komen. nak buat cane. hehheh!
3- hah! tak ade sebab nak ajak lu! rasin lu! har fragin harr!

fara[the]bugbuster said...

Satta memang best in the world... rasanya kat kl takde mende nih... mmg feveret saye... tapau la kalau pegi lagi hehehe...

gayour said...

cik fara pun suke makan satta. kalo nak mu pegi beli sendri. hehe.. makan panas-panas kat kuala kemamang, tepi laut sambil menikmati tiupan angin laut china selatan. lagi besttt! heh!

KAMBING said...

posing ketinggalan zaman..hahahahahahha.aku suka ayat tu!!

gayour said...

itu posing ketinggalan zaman purba yang gua suke dan tau nak buat. yang penting gua enjoyyyyy!

Anonymous said...

nampaknyer kambing sajer nak sakitkan ati bro. gayour...tak elok la...camtu. kalau tak suka pun jangan aibkan orang tak baik kawan. aku bukan nak backing sesapa ok!
control emosi beb!!
lepas ni lu nak menyampah kat gua pun gua tak kisah...SUKATIKAULAHHHH- bak kata bro. ujang.

gayour said...

haha!
kita mesti trus hidup
kita mesti trus hidup...

Anonymous said...

hidup mesti terusssss...
tapi ibadat jangan tuang ar...

gayour said...

tapi kadang-kadang gua berdosa gak. inilah kelemahan gua sebagai manusia biasa... moga tuhan menghapuskan dosa-dosa dan mengampunkan kesalahan itu...

Anonymous said...

insyAllah...gitu lah hendaknyer...

Anonymous said...

People should read this.