Sunday, June 10, 2007

DANI

TERBANG TINGGI
25 JAMADILAWWAL 1428 HIJRAH
11 JUN 2007

Cerita APA YANG AKU CARI yang gua buat dalam majalah G3 dahpun masuk siri yang ke DUA BELAS. Ada yang suka dan mengikuti ( tq ) dan ada yang tak tau dan tak tengokpun! Tak kisah la. Tengok, suka dan baca la apapun yang korang suka, asalkan suka membaca. Cerita yang gua buat ni tak la menarik manapun.
Tak habis-habis cerita lawan-lawan sampai tak tau bile nak abis. HEH! Cam cerita BERSAMA SELAMANYA yang gua buat dulu. Ramai yang komplin pasal begaduh lama sangat. KILL! KILL! KILL! DIE! DIE! DIEEEE! Padahal adegan bergaduh tu berlaku dalam satu malam jer! Hanya satu malam. Gua tak suka buat adegan lawan-lawan yang tegantung, yang gua sendiri tak puas hati dan tertanya-tanya '' apahal plak tiba-tiba berhenti begaduh atau apahal plak tiba-tiba jer abis cam tu jer? ''. Gua nak buat ditil mengenai adegan pergaduhan tu. Pasal tu la jadi panjang hampir setahun! HEH! Terima kasih la pada yang mengikuti adegan pergaduhan tu dulu. Tima kasih gak pada yang tak suka, benci, marah, bengis, bosan, nangis tersesak-esak, menyesal, menyampah, meluat, geram, cemuih dan segala macam rasa tak puas hati lagi pasal cerita tu. HEH!

Dalam kisah APA YANG AKU CARI, gua tak buat kelainan yang betul-betul lain, pelik, luar biasa, tak penah dibuat orang atau idea/befikir keluar dari kotak/kepala otak. Idea/cerita yang biase jer. Salah satunye pasal pencak SILAT, warisan seni bela diri orang Melayu. Kalo tengok pencak seni bela diri dalam komik/kartun/filem dari luar diorang sangat mengagungkan pencak KUNG FU, KARATE atau TAE KWON DO. Pencak itu gak yang dibuat oleh pelukis/kartunis tempatan. Tak ramai yang membuat seni pencak SILAT dalam karya-karya mereka. Lagi sekali... gua tak buat apa-apa kelainan atau mengagung-agungkan seni pencak SILAT. Cuma gua orang Melayu dan pencak SILAT merupakan seni bela diri orang Melayu... dan gua seorang kartunis yang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang kartunis. Itu saja... tak ada kelainan langsung! Ada kelapangan ( lepas deathline atau tak kire masa ) gua suka melakar dalam buku sketch gua. Beberapa lakaran watak DANI (watak utama ) dalam cerita APA YANG AKU CARI gua kuarkan kat sini untuk tatapan korang. Enjoy!

TERBANG TINGGI
Setiap pencak mempunyai seni, keaslian, keistimewaan dan segala macam kehebatan yang tersendiri seperti kebolahan melompat TERBANG TINGGI seperti sang helang mengapai impian! Gua memang enjoy giler melakar DANI beraksi hebat begini! Tak ada siapa boleh menghalang, tak ada siapa boleh komplin! Apa yang penting gua dapat membaiki dan melihat kelemahan anatomi/figure yang gua buat semasa melakar. ARGHH! Banyak lagi gua kena belajar!

MENEPIS, MENGELAK
Kepantasan, ketangkasan seorang pendekar/penglima menangkis, mengelak dan menyerang balas adalah antara kunci kejayaan. Masa melakar, gua membayangkan adegan DANI sedang bepencak dengan Guru Utama persilatan CAKAR KILAT ni. Tak ada rujukan. Belasahhhh! Hey! Kan gua buat dalam buku sketch gua. Tak kisah la jadi ker tak! Masa ni la untuk menguji kekuatan daya imaginasi/memori kita yang terhad semasa melukis tanpa rujukan. Bila rajin melakar, boleh la buat/lukis mana yang susah nak buat tu. Lama-lama terer la!

MENYERANG
Kebijaksanaan seorang pendekar menyerang dan berhasil dalam serangannya juga adalah faktor kejayaan! Sangat penting pada semua yang ingin jadi seorang kartunis untuk rajin melakar. Belasah jer! Jangan kira jadi atau tak. Apa nak nakot? Ini kita punya, lakaran kita dalam buku lakaran kita! Ketekunan dan kerajinan kita melakar biasanya akan memberikan kita ' hasil ' yang tak disangka atau yang kita mahukan selama ini seperti karektor yang makin cantik, baik, menarik dan komersial. Kita dah boleh ' menyerang ' dengan senjata baru yang kita ada!

BERSEDIA
Seperti seorang pendekar yang sentiasa berwaspada, bersedia, berjaga-jaga... seorang kartunis juga mesti sentiasa dalam keadaan sedia dengan ilmu di dada untuk melukis apa saja yang diarah atau yang ingin dibuat! Malangnya kalo tak bleh buat itu dan ini sekiranya ada peluang yang tak diduga untuk menambah pendapatan. Jadi jadi la seorang yang rajin, agresif, energetik, rakus melakar, mencari/mengumpul bahan sebagai persediaaan dan menambah ilmu di dada.

AYUH, MASUK!
Ayuh! Datang la segala dugaan, cabaran, ujian, setan gondol, hantu jembalang atau apapun, akan aku hadapi semuanya tanpa rasa gentar, nakot atau lari! Akan aku musnah dan jahanamkan semuanya tanpa belas kasihan!
Rajin-rajin la melakar pada semua yang suka melukis. Tak kira la korang lukis apa atau nak jadi apa, kartunis atau pelukis komik. Yang pasti kalo rajin melakar, pasti ada peningkatan dalam lukisan kita! Dengan segala kebolehan, pengetahuan dan kelebihan itu la kita berpeluang untuk ' merebut ' peluang yang ada! Jangan biarkan peluang itu telepas ke tangan orang lain brader!

6 comments:

Anonymous said...

hebat ar..memperkenalkan balik seni bela diri kemelayuan...
cubaan yang baik..
teruslah berusaha untuk yang terbaik.

gayour said...

terima kasih atas kata2 encik yang sungguh pekat aura pendekar keMelayuannya!

Anonymous said...

saya rasa lagi cantek kalau cerita ni dibuat dalam suasana di kotaraya.
sebab perkara macam ni dah hampir hilang bagi anak muda kita...kalau kat kampung dah biasa sangat...cuba lah lahirkan perkara ini dalam karya lu.

gayour said...

kisah baru bermula. pendekar muda baru mengorak langkah dan jalan yang dilalui masih jauh berliku, penuh dengan duri, sembilu dan segala macam lagi kepayahan...

pait said...

syabas bro gayour,lama dah menunggu kmunculan cerita2 pendekar berunsurkan silat kembali dalam persada komik melayu.ingin saya berikan beberapa cadangan:bahu orang yng bertari/pencak silat biasanya seimbang(sama).saya tengok dalam beberapa sketching bro dalam menanti,menyerang bahu tak berapa seimbang dan agak bongkok sket tapi tak mengapa,still ok.bro banyak2kan nonton video klip silat melayu(bnyak kat youtube).sekian.teruskan usaha!

gayour said...

terima kasih atas teguran yang tuan pendekar pait berikan pada hamba yang serba kurang ini.