Thursday, June 07, 2007

KARYA AWAL

EEE... SERONOTNYE!
21 JAMADILAWWAL 1428 HIJRAH

07 JUN 2007

Seronoknye bila dapat jumpe dan tengok semula kartun-kartun lama gua yang dah tepisah lebih dari DUA PULUH TAHUN! Apo nak den kato? Syukur alhamdulillah. Ingat tak dapek laie jumpo kartun-kartun lamo den ni. Terharu eh gaso hati den... gaso nak nangis. Banyak kenangan masa gua melukis kartun ni di awal pembabitan dulu. Tak ado yang sonang. Semua memerlukan pengorbanan, keringat, usaha tegar tanpa merasa kesal dengan apa yang dibuat! Kebanyakannya kenangan yang pahit, kelat, payah, sukar, tak best, menyedihkan, mengharukan... Ahh! Peduli apa dengan semua tu. Mana ada jalan mudah untuk berjaya? Tapi dalam kepayahan tu ada gak yang best, yang membuatkan gua merasa aman, tenang dan bisa tersenyum kembali bila gua boleh melukis kartun dan tengok kartun disiarkan! Kat sini gua masukkan kartun-kartun TERAWAL gua yang disiarkan dalam majalah GELIHATI. Tengok la... kata la apapun korang nak kata. Enjoy!


KEDUA
Ini adalah kartun gua yang KEDUA diterima dan disiarkan dalam majalah GELIHATI dalam bilangan 82, bulan November 1985 ( mukasurat 58 ). Memang terserlah sangat kelemahan, kekurangan, keburukan lukisan dan idea yang ontah apo-apo DUA PULUH DUA TAHUN yang lalu! Harharhar! Karya gua yang PERTAMA dulu tu kuar kat ruangan Rilek Sekejap ( dua muka surat je ruangan ni ). Kat situ la kartun gua bekongsi ruang dengan beberapa lagi kartun. Kecik jer. Alahaiii... Kat situ gak disumbat dengan dialog lucu/lawak, teka-teki dan borang penyertaan. Memang sedat, padat dan sesak tak ingat! ARGHH! Kartun gua yang KEDUA ni tidak lagi disiarkan dalam ruangan yang sendat tu. Kali ni disiarkan dalam setengah muka surat! Dah ada peningkatan sket dalam penyiaran karya gua. YAHOOOO! Seronoknye rase hati melihat kartun gua disiarkan semuka setengah!

I STAND ALONE!
Akhirnye! Akhirnye...! Kartun gua yang KETIGA disiarkan SATU MUKA PENUH dalam majalah GELIHATI! Lagi peningkatan dalam penyiaran dan kartun gua. Mula-mula kecik setoit, kendian setengah muka surat dan akhirnya satu muka surat! YEAHOOOO! Syukur alhamdulillah. Lagi sekali... idea ontah apo-apo yang gua fikir dan buat. Mungkin masa tu gua tengok ramai senior-senior gua melakukan kegiatan yang tak bermoral cam mengisap ganja. Memang apa yang belaku dipersekitaran mempengaruhi apa yang gua nak buat dan lukis. Seorang kartunis memang kena sensitif dan prihatin dengan apa yang belaku dipersekitaran. Karya KETIGA ni kuar dalam bilangan 84, bulan Januari 1986 muka surat 61.

KEEMPAT
Yang ni plak adalah karya KEEMPAT gua yang disiarkan dalam majalah GELIHATI pada bulan Februari 1986, bilangan 85 ( muka surat 56 ). Untuk kali kedua karya gua ni disiarkan dalam SATU MUKA SURAT lagi! YEAHOOOO! Idea tahap begini la yang gua boleh fikir dan buat masa tu. Leceh tul! Ya la, kartun PERTAMA dan KEDUA baiek punye becinta sakan. Yang ni plak dapat idea pasal frust menonggeng. Harharhar! Apa bende ntah! Teruk tul. Tak kisah la korang nak kutuk apapun.


REMPIT
DUA PULUH TAHUN yang lalu gua dah buat kartun pasal MAT REMPIT yang mengganas skang ni. Karya KELIMA ni merempit dalam majalah GELIHATI pada bulan Mac 1986, bilangan 86 ( muka surat 61 ) tanpa belas kasihan! PRENGGG! PRENGGG! PRENGGGGG! HEH! Sori la... Mat Rempit yang gua buat tak guna/pakai kapcai. Gua lebih teruja dengan BIG BIKE terutama dari jenis EASY RIDER! Perhatikan latarbelakang keempat-empat kartun gua ni. Hancus! Memang pada masa ni gua tak fikir dan tau akan kepentingan latarbelakang dalam karya-karya yang dibuat. Belasah ikut sedap jer! Ni la antara kelemahan gua yang paling teruk dan ketara sekali selain dari idea. ARGHH! Cuba korang agak kat mana la Mat Rempit ni sedang merempit agaknye. Kat atas bulan, kat awan... Jangan buat cam ni ya...




10 comments:

FaizalMukhtar said...

Ada lagi ni... ADA !

Cepat dedahkan semua !!!

jonjenin said...

mula2 berkarya sapa pun tak ambik tau kan...sekarang dah nampak mutu pada stroke brader...cayalah!!!

gayour said...

boy scout
yeah! memang ada banyakkkkk untuk dikongsi besama kengkawan. nanti gua dedahkan.

jonjenin
hey! gua mula2 lukis kartun dulu dah ramai peminat fanatik tahap hardcore kat kampung gua. heh!

FaizalMukhtar said...

pendedahan berani, skuad siasat!

apakejadahnya semua ini??

gayour said...

nak masuk ebay mesti la berani buat pendedahan rakus gini. harhar! tak nakot langsung!

BUDAK ROCK said...

wahhhh..banggaaa gua dengau.
syabas pada jabatan syabasss..hihihii

jonjenin said...

biasa la macam tu brader...
itu anugerah yang tuhan bagi kat kita nak membangga sangat pun tak bleh kan..tapi itu motivation untuk kita..hihihiii

gayour said...

budak rock
apa yang lu mengarut ni? mesti lu dah terover banging ni! HEH!

jonjenin
menjadi tanggungjawab dan kewajipan untuk menggunakan segala kebolehan dan bakat yang ada untuk kebaikan. kadang2 sebagai manusia yang mudah terpesona dan tergoda... gua berdosa juga. perasaan riak itu tidak berupaya untuk dilawan! ARGHH!

dina said...

bro, bila tengok katun lama ni, teringat muka bro gayo masa dulu2, memang rock! hehehe...

Didi JR said...

Apak kim salam.... Saudara raz a.k razak zabidin bang