Tuesday, July 31, 2007

GAGAK OH GAGAK!

KEMALANGAN NGERI
17 REJAB 1428 HIJRAH - 01 OGOS 2007

Tak penah gua tepikir bende ni nak jadi kat gua! Tapi ni la yang
telah belaku. Ni baru gua berani nak becerita. Begini kisahnye....

Jumaat minggu lepas ( 12 Rejab 1428 Hijrah - 27 Julai 2004 ) masa gua
on the way and on the road balik ke rumah dari kerje, selepas melalui satu roundabout dengan kelajuan 280km sejam guapun memperlahankan motor gua ke 30km - 40 km sejam dan menikmati pemandangan sekeliling. Kenderaan tak banyak. Jalan agak lengang dan tenang. Kat depan, gua nampak dua ekor burung gagak lepak kat tepi jalan sedang makan sesuatu. Apa yang beliau bedua ekor makan gua tak tau. Makin gua hampir dengan beliau bedua, tetiba seekor dari beliau terbang dan entah cane... encik gagak yang baru
take off tu terbang tak tentu arah dan mengehala ke arah gua... Gua kata dalam hati " ah, sudah! biar betul encik gagak ni? Kang kena gua kang ni! Tak sempat nak buat apa-apa nak elak, gua pejam mata dan KELEKUK! encik gagak tu langgar tepat ke helmet yang gua pakai! Gua dah kata! Gua dah kata.... Begegar kepala otak gua akibat pelanggaran ngeri tu. Huru hara gua kontrol handle motor gua. Ngeri sungguh! Tapi syukur la gua selamat. Gua toleh tengok encik gagak tu tekelepap atas jalan! Kesian gak. Member encik gagak yang seko lagi tu datang ke arah encik gagak yang tekelepap tu. Tak tau apa yang beliau cakapkan kat member beliau, mungkin beliau kutuk atau gelakkan member beliau tu, encik gagak yang tekelepap tu trus bangun dan terbang dengan lemah sekali...
Tak tau la apa yang belaku setrusnye pada encik gagak tu. Harap beliau selamat. Tak belaku sebarang pendarahan dalam otak akibat pelanggaran tu. Yang gua confuse sampai sekarang ni ialah... apa masalah encik gagak tu sebenarnya hingga beliau sanggup melakukan aksi yang agresif melanggar helmet gua? Adakah beliau nak bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan, migrain atau banyak hutang kredit kad? Entah la! Sekiranye sahabat semua tahu atau dapat agak apa yang menyebabkan encik gagak tu bertindak giler cam tu, boleh la nyatakan kat sini untuk kita kongsi sesama....

gambaran di hari kejadian. motor tu bukan motor sebenar ya. HEH!

38 comments:

KARTUNESIA said...

Salut buat blogger ini. Saya harus belajar banyak dari Anda. Jika ada waktu, mampirlah di kartunesia.blogspot.com

Gandum said...

Your..aku raser la kan...gagak di rimba tu..nak test ko punya helmet original ke palsu...tak pun dia nak test helmet dia..hehhe...

babazahra' said...

bro, lu pakai spek hitam kan masa naik motor? dia ingat lu saki baki kumpulan gagak hitam tu.

Serunai Faqir aka SF said...

goreng je gagak tu! akekeke

Yatt said...

Gua rasa beliau adalah bekas pelakon iklan Gagak Yang Bijak pada era 80-an dulu. Beliau waktu itu menggunakan akal fikirannya utk mendapatkan minuman dgn memasukkan beberapa bijik batu ke dalam botol air sehingga ketumpatan air di dalam botol itu penuh, lalu memudahkan beliau memasukkan paruhnya ke dalam botol untuk minum.

Tindakan Gagak Yang Bijak itu menghentam helmet encik Gayour mungkin kerana dia sudah tua sekarang.

Nadia said...

setuju ngan yatt, kekanda ku itu..hehehe...;-) or maybe dulu bro ada join memane operasi tembak gagak kot? mungkin gagak yg tu penah sipi2 jadik mangsa...haa...

pakcik kordi said...

sabar lah encik gayour.. kejadian seperti ini juga pernah berlaku kepada pakcik. bezanya insiden terbabit melibatkan pakcik dan seekor semut adanya.. apa2 pun pakcik ucapkan padan muka kepada encik gayour dan helmet beliau..sekian

gayour said...

kartunesia
tq kerana sudi singgah kat blog gua ni. apa yang baik kita kongsi bersama.

gandum
entah la... mungkin beliau sesat dari hutan metropolitan mana ntah. nasib lu la encik gagak.

babazahra'
kalo ye pun gua ex-gang gagak hitam, apasal plak beliau langgar gua? langgar la helmet orang lain.

serunai
kalo bleh goreng, gua goreng! goreng kicap, goreng kunyit... bagi garing-garing baiekkk punyer! HEH!

yatt
bijak hapanye cam tu? terbang la betul2. langgar orang buat ape? kalo dah jadi warga emas, elok la duduk rumah elok2. kan dah eksiden... tak ke menyusahkan?

nadia
kalo ade peluang nak gak tembak encik gagak. BANG! BANG! BANG! shot em down! baru pueh hati den. HEH!

pak cik kordi
sudah la pak cik, pak cik dah tua lagi uzur... tak payah la nak sibuk dengan urusan orang remaja pak cik oii! dah! pegi tengok lembu pak cik tu dah bagi minum air garam ker blum... entah2 encik gagak yang langgar gua tu sedang membuli lembu pak cik pasal nak balas dendam. cepat pegi tengok pak cik!

FaizalMukhtar said...

semua salah. sebenarnya cerita ni fiksyen yang difaktakan.

aku rasa gagak tu ada dendam dengan lu.

setel.

gayour said...

hah! kalo bener banget beliau dendam dengan gua, takkan hanya berani langgar gua masa bawak moto. kalo betul2 gagak jantan... ayuh dong ah kita bepencak di gelanggang betumbuk betul2 la!

Ijan said...

tu namanya GAGAK KAMIKAZE. Dia nak test, kepala dia keras ke atau helmet lu keras.

Enche gagak tu pon satu hal....byk2 benda dia boleh langgar, yang dia langgar lu apahal?....

Yatt said...

Allo brader! mana ni kartun Lumba Haram tu tak keluaq2 lagi...

Tak pun lu fax je le kt gua. Hehehe

gayour said...

ijan
betul tu encik ijan. banyak lagi bende lain yang beliau bleh langgar walaupun beliau seekor GAGAK KAMIKAZE! tak ada akai punye gagak! sampai skang ni gua trauma. rasa nakot sungguh tiap hari lalu kat tempat eksiden tu. nakot beliau tunggu nak balas dendam. heh!

yatt
iyo la! iyo la! sabo la sket. nanti gua suruh encik gagak kamikaze yang langgar gua ari tu langgar lu plak, baru lu tau!

ixora said...

mungkin gagak tu bertaruh dgn kwn die kot nk tgk sape lebih kuat.hahaha.

gayour said...

kalo cam tu beliau memang kuat dan sengaja nak mampuih!

ixora said...

mmg beliau kuat sbb tak mampuih lps berlanggar ngn encik gayour. hehehehe

gayour said...

yeah! kuat nak mampuih! harap pas ni kalo beliau nampak gua lagi beliau tak tunjuk kuat menyondol tulang belikat gua plak!

Gandum said...

Gayour..

aku baru buat blogsite,sudi sudilah bertandang ke teratak blog aku yg tak seberapa ni..mudah mudahkan berkat heheh

http://pangeranworld.blogspot.com/

SIPUT said...

woi ni blog ke bakul sampah...uwekkk!!
buat la best skit..apalah.
tak rock langsung!!!
jangan marah ye.

gayour said...

gandum
syabas! nanti la gua singgah ke blok encik gandum. bleh la kutuk, hina, keji mana yang patut. heh!

siput
sori kerana blog gua buat encik menyesal, kesal dan muntah hijau. moga encik siput sihat sejahtera, selamat, berjaya, diberkati dan dirahmati Allah sentiasa. amin

Anonymous said...

gayour... pagi tadi masa nak parking kereta gua ada nampak segerombolan gagak hitam yang diketui oleh farouk gagak hitam seolah-olah sedang menunggu kedatangan seseorang. Hati kecil gua kuat mengatakan yang mereka sebenarnya menunggu lu gayour untuk sessi balas dendam. habislah lu gayour... lebih baik lu pakai baju kalis peluru lepas ni... muahahaa

apai

Gandum said...

Your,

Ralat,URL aku tukar

http://gandumworld.blogspot.com/

Sorry atas sebab sebab kecuaian...

Gandum..

gayour said...

anonymous
kat mana2 gua pegi skang pasti ada encik gagak yang mengekori dan bebunyi kuat seolah memberi tau kat member2 beliau gua ada kat sini untuk dibelasah!. hidup gua makin tetekan. tiada lagi ketenangan... yang ada hanya la kebisingan bunyi gagak!

gandum
nak jer gua repot kat encik gagak yang langgar gua hari tu, langgar lu plak!

viruspadu said...

huh... saspen sungguh...
ngeri betul nih...
oh gagak... gagak

Gandum said...

Kesian bro aku sorang ni...Trauma sampai ni hari...isk isk isk...

sempena ramadhan menjelang tiba nanti ko mahapkan lah gagak tu...

gagak baru balik operation tuan..

gayour said...

viruspadu
kalo lu kena langgar gagak baru lu tau virus. lebih tetekan dari komputer kena langgar virus!

gandum
gua dah memaafkan beliau. tak baik bermusuhan dengan gagak. gua anggap itu kesilapan yang tak disengajakan.

Anonymous said...

elehhhh...anu aku kena gigit gagak pun aku tak kisahhh!!! tak ngeri punnnn!

bella

sha said...

Encik gagak baru belajar terbang bang..

gayour said...

bella
kena gigit anu dengan keno langgar gagak mano nak samo tekanan perasaanyo abe. mengong sungguh abe ni!!

sha
baru belajar tebang mendenye besar macam bapak gagak! bejanggut dah gua tengok encik gagak tu!

Yatt said...

Wahai pengkomen2 semua. Semua ini adalah cerita karut. Gayour tipu! Penipu! Hahahaha!

Gagak yg dimaksudkan beliau itu hanya khayalan beliau semata-mata!!

gayour said...

oooo... berani lu kata gua tipu ya. petang ni on the way balik gua pegi jumpe encik gagak yang langgar gua hari tu, mintak beliau sms semua member beliau kat kedah, penang, perlis dan siam ( yang ada tomoi ) langgar lu plak! biar lu rasa! kalo boleh berak, berak sket. harharhar!

blackpurple said...

Silap gagak itu jugak. Patutnya dia pun kena pakai helmet. Baru selamat! ha ha ha!

Catborg ExColorist said...

Salah semua tuh.
sebenarnya salah lu gayour!

Dia ingat rambut lu sarang dia!
Tuh laa.. tak sikat lagi rambut tuh..

Hahahahahhaha

gayour said...

black purple
kalo beliau pakai helmet gak, lagi la kuat bunyi hentakan dan betambah ngeri eksiden petang tu!

catborg
ah! sudah la lu catborg! lu dengan burung gagak tu sama jer! asyik nak langgar orang jer!

afterwork8 said...

Hahaha! giler lah...gagak langgar lu...hahah..
" Sama ngan kisah Singapura dilanggar todak"
"Gayour dilanggar gagak" heheh..

gayour said...

yeah! cam tu la nasib malang yang menimpa gua. apa la punye nasib kena langgar gagak!uuuuu...huuuu...

M1N4M1 said...

aku rasa gagak tu nak bermanja-manja dgn ko la..biasala org manja2 langgar bahu..dia nak jadikan luar biasa tu yg langgar helmet lu..hahaha

gayour said...

itu manja tak ada akal namenye! patut kena belasah!