SELAMAT DATANG YA RAMADHAN
30 SYAABAN 1428 HIJRAH
12 SEPT 2007
Pada semua sahabat yang dikasihi, selamat mennyambut dan meraikan kedatangan RAMADHAN AL-MUBARAK yang dinanti-nanti.
Bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Pada PERMULAANNYA adalah RAHMAT. Pada PERTENGAHANNYA adalah PENGAMPUNAN dan pada PENGHUJUNGNYA adalah PEMBEBASAN DARI SEKSAAN API NERAKA JAHANAM!
Moga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik dari Ramadhan yang lalu kerana kejahilan kita selama ini semasa menjalani ibadah puasa.
Moga semua diberi kesihatan yang baik, bertambah keimanan dan ketakwaan.
Moga mendapat kelapangan, ketenangan hati dan perasaan semasa menjalani ibadah puasa dan seterusnya.
Moga diberi kekuatan oleh Allah dan merasa seronok untuk melakukan segala ibadah fardu dan sunat dengan baik.
Yang paling penting, moga ibadah puasa dan semua amal ibadah kita diterima Allah, bertambah iman dan berbahagia di dunia dan akhirat. Amin
SEBELUM DIA DATANG
Pagi Ahad minggu lepas, surau Nurul Islah kat tempat gua mengadakan gotong royong persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Segala ceruk surau dibersihkan. Kolam/kolah tempat muslimin berwuduk dibersihkan, kipas/aircond dibersihkan, syiling yang betompok-tompok ditouch- up, speker kat menara dipastikan semua berbunyi, carpet dan lantai disapu/divakum dan segala macam lagi termasuk banner mengalu-alukan kedatangan Ramadhan digantung. Kita gak kena bersiap dan membersihkan diri/hati untuk menyambut dan menjalani ibadah puasa. Moga gembira dan seronok dengan kehadiran Ramadhan dan selamat beramal!
Ampun dan maaf saya pohon pada semua sahabat atas segala salah dan silap saya. Maafkan saya yang banyak salah dan silap ini...
Selamat datang ya Ramadhan!
29 comments:
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Semoga kita sama-sama dapat menghayati Ramadhan kali ini dengan sebenar-benar penghayatan. Insya-Allah.
Selamat berpuasa, bersahur, berbuka, bertarawikh, bermoreh....
bila menjelang ramadhan teringat gue masa tinggal serumah dengan kartunis Sukun dulu. beliau akan beli pecal tiap2 petang untuk buka puasa. jawa tegar ( cam lu gak )sungguh beliau tu. harharhar! yeah! selamat berpuasa wahai sobat. berbahagialah hendaknye...
kawan2 den sms, itu yg komen kat blog lu tu Gayour kartunis ke? gua kata itu bukan kartunis dah dia legend bagi dunia kartun kat Malaysia. Thanks bro. Gua nak link blog lu plak ok. Ramadhan Kareem kulla 'Am wa antum bi alfi alfi khair. gua start poso maso dajah tigo sampai hari ni umur 30 baru, den cuma gagal sehari pada tahun 2000 sebab demam. Riaknya gua muahahahaha.
selamat menyambut ramadan ....
betul tu bradeer kita pon tak tau lagi sempat tak kita menyambut ramadan yg akan datang
"Dia datang lagi".. mcm tajuk lagu plak. hehehe. "Cinta datang lagi"..
erm,sama spt org lain.. saya pn nk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa pd encik gayour.
dua tiga mggu lg saya ucap slmt ari raya plak ye. ehehe.
peace~!!
babazahra
pandai2 yo kau lebel an den legend. poso punyo pasal, tak jadi la nak ghembat an kau. kalau tak, memang den ghembat an! huiii! hebat tu... dari umo semilan taun sampai skang ekau poso cumo kantoi sehari! syabas! dongki eh lak den aih! mugo ekau trus diberi kesihatan yang baik untuk trus beposo. selamat beposo jang!
nunn
tu la pasal kena buat betul2 ibadah puasa ni.
ixora
puasa dulu chek, pas tu baru kite rayeee nuuu... hehe..
Bro Gayour!! Salam Ramadhan. Wa pon nak minta maaf kalau terbagi komen yang tak pekdah kat dlm blog ni. Dan wa harap dapatlah kiranya Bro Gayour memaafkan gagak yang telah melanggar saudara itu hari.
patutnye encik gagak tu yang kena mintak maaf kat gua, tapi tak pe la gua maafkan beliau. moga beliau sihat dan agresif. tidak ada sebab untuk tidak memaafkan encik sekiranye ada kesalahan pada gua. gua maafkan. selamat berpuase
Selamat menyambut ramadhan brader ..
Eh lu posa tak? wakakaka
alhamdulillah diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah, tidak ada sebab untuk monteng puasa sekiranya memenuhi semua rukun puasa.
selamat berpuasa...
harap penuh la yer pose tu lalalalala
bukan saje puase gua tapi puase kite semua harapnye cukup!
Salam.
Lu aa sulah lupa sama wa ho? Tapa la ho..nanti wa kasi tau sama Sukun. Aiya...wa pun sulah lama tatak jiumpa sama Sukun sama Bijan. Summa satu lumah lengan lu ho? Lulu la masa bujang itu maciam. Ho? Lu apa bikin sikalang? Oo..tapa la ho...wa mau nyalan lain timpat.
Soli la ho. Salam Ramadhan.
tak kisah la siapa encik ni, yang penting encik ingat dan kenal sama gua. heh! selamat bepuasa. elok la encik pegi jalan2 ke tempat lain plak. elok2 jalan tu... banyak godaan kat luar. bleh kureng pahala puase.
Selamat Berpuasa kepada semua dan selamat berkarya kepada en. Gayour kita...semoga bersama selamanya dengan karya beliau dari dulu hingga kini...
Assalamualaikum,
Alangkah baiknya, sempena menghayati Ramadhan ini, segala karya superchik itu di hilangkan sementara waktu, atau selama-lamanya. Kerana langsung tidak menjiwai roh kesenian islam. Wallahuaklam. "Wahai orang beriman, difardukan ke atasmu puasa sepertimana orang-orang terdahulu, dengan demikian mudah-mudahan kamu bertaqwa"
lizziannix
terima kasih
tok gajus
terima kasih
Salam, bro gayour!
lama tak mai sini. Apa kabarrr? Selamat menjalani ibadah posa. Moga sentiasa dirahmatiNYA. Nak duwit rayaaaaa.. hak hak hak!
Tima Kaseyyyyyy...!!!
salam..
tok nak ucapkan selamat berpuaso pada Gayour. bila nak buat katun pasal perjuangan lanun lanun?
Selamat berbuka ..aekkk alhamdulillah ....
nur@ddeen
alhamdulillah sihat. selamat bepuase gak untuk encik nur. alaa... nak duit raye la plak budak ni. tak de! tak deee! pegi mintak kat orang lain! heee...
ketualanun
ekau ni ketua lanun kat laut mane plak ni? ekau jangan nak merompak duit raye budak2 plak raye nanti! jangan jang jangannnn!
serunai faqir
asyik bebuke jer. oii! bile puasenye?
assalamualaikum bro gayour...
selamt berpuasa...
satu soalan emir nak tanya bro gayour iaitu: apakah nama sebenar bro dalam ic atau yg ibubapa bro bagi?
setahu aku nama bro. gayour yang sebona Mazli bin Ibrahim...
ontah boto ko tak tu...
selamat berpuasa bro. gayour..banyak2 bersabar dengan dugaan...
emir
waalaikumsalam. untuk jawapan, sila tengok komen dari encik johan. selamat meneruskan ibadah puasa.
johan
pandai-pandai yo ekau jawap bagi pihak den yo johan. tak apo la. timo kasih banyak-banyak yo laa..
Ampunnnn bro.. wa tak buat lagi dahh.....hihihiii..ada soklan skit ni - apakah bro. akan terus kekalkan kerockan dalam karya2 bro sampai bila-bila? sebab saya rasa kalau gayour tanpa rock macam tak kena...!!! hiduppp Rockkk !!!
tidak ada sebab untuk gua mengubah kerana itu adalah CARA gua dan sekiranya cara itu berkesan, mudah dan bermanafaat dalam menyampaikan kebaikan.
bro gayour-tenkiu... bro pun samalah, selamat meneruskan ibadah puasa
yeah! berpuasa dan berusaha sedayanye menjaga dari melakukan perkara2 yang membatal dan mengurangkan pahala puase.
gayour, engkau punya kartun memang best... lebih cara ianya dilukis. teruskan perjuangan.. harapan aku satu hari nanti ada yg boleh didramakan atau filemkan... tentu best gile.
Post a Comment