12 RAMADHAN 1428 HIJRAH
24 SEPT 2007 MASEHI
Sabtu minggu lepas ( 10 RAMADHAN 1428 HIJRAH bersamaan 22 SEPT 2007 )sempena ulangtahun PERTAMA pelancaran BLOG RASMI gua ni pada 22 SEPT 2006 tahun lepas, buat julung kalinya Surau Nurul Islah tempat gua mengadakan PROGRAM ZIARAH sempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor Darul Ehsan ( HTAR ) untuk menziarah dan memberi sedikit sumbangan pada pesakit-pesakit kat HTAR ni. Kerahmatan Allah yang dijanjikan pada sepuluh awal bulan Ramadhan ni kitorang manafaatkan untuk mendapatkannya dengan menganjurkan Program Ziarah ni. Moga kerahmatan itu kami perolehi begitu juga dengan yang kami ziarahi. Program seumpamanya ini telah dirancang sebelum bulan puasa lagi. Sumbangan/tajaan yang diperolehi tak la berapa banyak tapi alhamdulillah la, sebanyak 300 hadiah sumbangan bejaya disediakan untuk diberi pada persakit-pesakit tak kira sama ada bangsa Melayu, Cina atau India. Semua diberi kerana itu adalah tujuan dan hajat program ini diadakan. Menziarah dan memberi. Syukur alhamdulillah… program ini telah berjalan dengan jayanya.
Sebahagian hari sumbangan untuk pesakit-pesakit sebelum diagih-agihkan pada beberapa wad. Hanya ada 300 sumbangan, jadi hanya beberapa pesakit di wad-wad yang terpilih secara rambang oleh pihak pengurusan HTAR yang rombongan kitorang akan pergi ziarahi untuk menyerahkan sumbangan dan bertanya khabar.
Inilah sumbangan ( tak la hebat manepun... ) yang sempat gua amik gambo beliau berupa sebungkus kecil kurma, sebiji buah epal, sebotol air mineral, sebotol minuman berperisa, sebungkus kecil biskut, sekuntum senyuman dan doa agar sabar dengan dugaan dan cepat sembuh dari kami. Ada beberapa bag yang terdapat majalah stok lama sumbangan Kumpulan Karangkraf ( masa program Produk Halal dan Hari Kesihatan kat surau dulu ) seperti majalah E-BACA dan Majalah I. Gua betul-betul lemah minda tak ingat langsung nak minta sumbangan majalah yang baru dari Karangkraf untuk dimasukkan sama dalam bag/hadiah sumbangan ni. Kan bagus bagi majalah pada pesakit, diorang banyakkkkkk masa, bleh la membaca… dah lemah minda nak buat cane! ARGHHHH!
Sedikit taklimat dari tuan pengerusi program, Tuan Haji Abdul Rahman ( tengah ) mengenai perjalanan Program Ziarah dan memberi sumbangan pada pesakit ni. Atas nasihat pihak HTAR, kitorang akan berpecah pada beberapa kumpulan kecil semasa menziarah dan menyampaikan sumbangan ni untuk mengelakkan kesesakan ( kat lif, tangga dan di wad ) dan supaya acara ni berjalan dengan cepat tanpa mengganggu pesakit. Ya la, kalo dah ramai sekali bekumpul kat sesuatu wad, kan bising. Kan ada pesakit yang benar-benar memerlukan rehat, ketenangan dan tanpa gangguan bising. Jadi untuk mengelakkan perkara itu, menghormati cadangan pihak HTAR dan pesakit-pesakit, kitorang bepecah pada beberapa kumpulan untuk setiap tingkat/wad yang ditetapkan.
Kumpulan tuan imam, pengerusi program dan orang pompuan pergi ke tingkat lapan, enam dan tingkat lima. Kumpulan gua plak mula kat tingkat empat, wad 4A-Pembedahan untuk menziarah, bertanya khabar dan menyerahkan sumbangan.
Terasa semacam bila tengok pesakit-pesakit yang telantar/tebaring kat katil hospital ni. Tambahan bila tengok pesakit yang dah tua. Kasihan sungguh. Inilah perasaan belas dan kasih sayang yang diberi oleh Allah pada semua makhluk ciptaanNya. Perasaannya adalah berbeza semasa kita melawat/menziarahi ahli keluarga atau sahabat ( mesti la kita kenalkan ) yang sakit di hospital dengan perasaan semasa menziarahi dan bertanya khabar pesakit yang TIDAK kita kenali. Ia suatu perasaan yang sangat ganjil dan pelik… Perasaan kasih sayang inilah yang membolehkan kita hidup dengan baik dan aman walau tidak mengenali tapi menghormati dan sedia untuk membantu. Inilah rahmat dari Allah. Gua merapatinya, memberi salam, memberi senyuman, menyerahkan sumbangan dan bertanya khabar. Ikhlaskan hati dan berlapang dada. Cuba try test buat kalo korang tak caye… tambahan dalam bulan Ramadhan plak. Alahaiii.... lagi la syahdu rasa di hati.
Seperti warga emas dua sejoli ini. Gua nampak jer, trus dengan rakusnye gua pergi mendahuli sahabat yang lain menghampiri pasangan ini. Beri senyuman seikhlas dan semanisnye, serahkan sumbangan dan bertanyakan khabar. Pak cik ni menghidap sakit perut. Masuk ke HTAR semalam ( Jumaat ) Tak tau gestrik atau jenis apa. Gua tak tanye lebih-lebih kerana pak cik ni nampak sangat lemah. Tapi pakcik tetap ramah untuk berbual dan memberi senyuman. Memang pelik perasaan yang gua rasa masa melihat dan berbual dengan kedua warga emas ini. Melihat kedut di wajah mereka membuatkan gua rasa sungguh kasihan dan terharu. Memang kita perlu merasa kasih, sayang, kasihan, menghormati dan memuliakan orang-orang tua kerana itu yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. Nak nangispun ada. Tak tau apa yang mereka rasa plak. Harap pakcik dan makcik merasa sedikit seronok/gembira dengan kunjungan dan sumbangan ini. Didoakan moga pakcik dan makcik sabar dengan dugaan dan cepat baik. Moga Allah memberi kemuliaan dan kerahmatan pada kedua pasangan warga emas ini. Sekiranye gua panjang umur, begini gak agaknye nasib gua... hanya Allah yang tahu.
Asyik ambik gambo jer, nak gak gambo gua diambik. Nah! Ni dia gua sedang eksyen menyerahkan sumbangan pada pesakit yang tak kelihatan kerana hilang entah ke mana. Yang ada hanya katil, bantal, cadar dan perabot yang pastinya Hak Kerajaan Malaysia! Mungkin beliau ke tandas pasal dah tujuh kali tekucil, beri darah untuk ujian darah, ke bilik x-ray atau nyorok kat bawah katil kerana nakot atau malu! Tak kisah la, walau beliau tak ada, sumbangan tetap diberi. Surprise untuk beliau bila datang balik ke katil nanti. Moga beliau suke tak ingat dan merasa supriseeee! Heheheee...
Encik Faizul, jurubambar yang tak berapa profesional yang asyik amik gambo orang jer, gua ambik plak gambo beliau. Memang dalam setiap program anjuran Surau Nurul Islah, beliau la yang tukang amik gambo. Tak la berapa best sangat gambo-gambo yang beliau ambik tapi walau tak best beliau la satu-satunye jurugambar yang best kerana beliau tersangat la nakalnye… asyik ambik gambo nurse yang comel-comel jer. HEH!
Wad terakhir ialah Wad G2 kat bawah sekali. Masa ni kumpulan yang lain dah selesai menziarahi dan menyerahkan sumbangan pada pesakit kat wad yang lain. Kat wad ni tak berapa ramai pesakit. Kejab jer kat sini. Gua sempat bertanye khabar pada seorang pesakit demam denggi dan bergambo. Tapi gambo tu kualitinye hancus! Sori la tak dapek den nak keluar an kek sini hah!
PENGAMPUNAN
Program Ziarah di bulan Ramadhan ini akan diteruskan pada masa akan datang dan tidak semestinya kitorang akan pergi ke hospital. Mungkin akan ke rumah anak yatim, rumah orang tua atau tempat yang lain mengikut keputusan AJK Surau Nurul Islah. Tengok gak bajet dan sumbangan yang diperolehi. Harap lebih banyak sumbangan dan lebih banyak yang boleh diberi. Moga sumbangan yang sedikit ini ada kebaikan dan lawatan kitorang ni mengembirakan hati pesakit-pesakit yang mendapat sumbangan. Cam yang gua kata tadi, terasa suatu perasaan yang pelik bila menziarahi orang yang tidak kita kenali, bertanya khabar dan memberi sumbangan. Bagaimanakah agaknye perasaan orang itu bila entah sapa-sapa ntah datang menziarahinya. Memberi salam, memberi senyuman dan dengan penuh ramah bertanya khabar dan memberi sesuatu? Pastinya dia merasa teruja, seronok dan bersyukur kerana masih ada yang ingat padanya. Pastinya akan tergerak di hatinya untuk mendoakan kebahagian kita yang menziarahi. Maka turunlah rahmat dari Allah. Terjalinlah silaturahim dan kasih sayang. Inilah yang boleh kita buat iaitu menghiburkan hati mereka yang sedang menghadapi dugaan sakit dari Allah. Mungkin pada yang ada keluarga tidak merasa apa-apa yang hebat tapi bagaimana dengan warga emas yang tidak punya sesiapa? Terbiar sendiri tiada siapa yang peduli, datang menziarah dan bertanya khabar. Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku pada gua sekiranya dipanjangkan umur… Gua sakit dan terbiar sendirian tiada siapa yang peduli dan mengingati... menangis la sendiri mengenangkan nasib... Melihat mereka yang sakit terutama warga emas itu membuat gua menginsafi diri. Moga pakcik dan makcik selamat, moga semuanya selamat, berbahagia dan cepat sembuh. Moga kesabaran mereka menghadapi dugaan akan mendapat kerahmatan dan keampunan dari Allah sempena bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkataan ini. Kita dah masuk ke pertengahan Ramadhan yang dijanjikan PENGAMPUNAN wahai semua sahabat yang dikasihi…
4 comments:
xtvt yg mulia pada bulan yg mulia :)
Alhamdulillah. Semoga aktiviti yang bro' jalankan itu mendapat limpah rahmat dari Allah jua....
aah,satu aktiviti mulia yg patut dicontohi oleh semua.
cayalah encik gayour~!! =)
m1n4m1
bleh la cube try kalo ade kemampuan.
blackpaper
terima kasih. moga encik gak mendapat rahmat dan keampunan dari Allah.
ixora
biase dengar kuliah/ceramah suruh buat mane yang bleh/mampu kita buat. ade peluang, belasahhhh!
Post a Comment