Wednesday, November 14, 2007

SATUDUATIGAEMPATLIMA....

MARI MENGIRA KAMBING!
05 ZULKAEDAH 1428 HIJRAH 15 NOVEMBER 2007

Dalam drama APA YANG AKU CARI siri ke 15 yang lalu ( g3 keluaran Oktober 2007 ), dengan penuh perasaan, telus, ikhlas dan semangat gua melakar dan melukis mukasurat pertama ( dari enam muka ) illustrasi kat bawah ni, gambaran dari mata burung suasana kat ladang ternakan kambing sebagai bukti kecintaan gua pada kambing! HEH! Gua melukis menggunakan brush Series 7. Finest Sable. Winsor & Newton point 2. Sungguh seronok melukis kambing ramai-ramai ni walau jari kematu sakit tak ingat! ARGHHH! Tak kisah la, kalo chinta mau aje! Dalam melukis kartun ada banyak angle yang perlu diketahui dan dibuat mengikut kesesuaian untuk menggambarkan sesuatu yang lebih dramatik seperti yang gua buat ni. Ilmu mengenai perkara ini perlu dipelajari untuk menjadi seorang kartunis/pelukis komik profesional yang baik! Jangan main belasah ikut suke jer! Apa korang ( pelukis baru/lama.. ) ingat lukis kartun hanya tau lukis karakter ( manusia/binatang ) jer ke? Banyak bende kena belajar, tahu dan amalkan seperti melukis bebagai angle dengan baik dan tepat! Ceh! Apa daa gua melalut ni? Emosi tak memasal la plak! ARGHHH!

Sebenarnya tujuan gua kuarkan illustrasi kambing ( yeah! gua suka makan daging kambing! ) ni ialah nak bagi kerje sket kat korang wahai semua sobat yang dikasihi sama ada yang makan daging kambing atau tak! Kerje yang gua nak bagi tu ialah MARI MENGIRA BERAPA EKOR KAMBING dalam illustrasi yang gua buat ni. Penat gua buat tau. Pandai-pandai la cane korang nak kira. Ini bukan peraduan tapi gua ingat ( bila ada bajet ) nak bagi hadiah pada siapa yang dapat menjawap dengan tepat. Amacam, setuju? Kalo setuju... bleh la mula mengira.

Syarat-syarat:
1- Tak ada tarikh tutup.
2- Bleh hantar sebanyak mana penyertaan/percubaan.
3- Tak perlu resit atau apa-apa barcode sebagai bukti pembelian.
4- Berapapun umur korang tak kisah.
5- Korang nak tipu, nak ubah bilangan kambingpun tak kisah. Lantak korang la pasal jumlah sebenar encik kambing tu gua tau. HEH!
5- Kawan-kawan/sobat seopis dan kroni guapun bleh masuk. Tak kisah. Kalo menang kita bleh bagi dua hadiah! HEH!

Selamat mengira dan juling mata diucapkan. Tak menangpun tak apa kerana ini bukanlah peraduan. Saja suka-suka. Sapa tak dapat mengira dengan tepat... sah LEMAH MINDA! Harharhar!
Ebekk..embekkk! Bunyi kambing mengebekkkk!

Tuesday, November 13, 2007

MAKAN-MAKAN RAYA!

MAJLIS MESRA AIDILFITRI 1
04 ZULKAEDAH 1428 HIJRAH - 14 NOV 2007

Banyak tul jemputan/jamuan Hari Raya dalam bulan syawal yang telahpun berlalu. Sampai ke hari ni dah masuk bulan Zulkaedahpun masih ada majlis/jemputan makan-makan! Memang budaya beraya sebulan penuh menjadi amalan tegar kita sekarang ni di seluruh Malaysia. Pasal tu la ramai yang boroi-boroi! Makan dengan rakus kat mana-mana termasuk la kitorang. Hari tu pada 23 Syawal 1428H - 04 Nov 07 ( Isnin ), betempat kat Garden Café Kumpulan Karangkraf Snd.Bhd. telah berlangsung acara makan-makan ikut nafsu antara department grafik dengan illustrasi. Kitorang share buat majlis jamuan makan-makan Hari Raye ni. Kat sini banyak dept, jadi main kongsi dept ni dengan dept tu buat makan-makan cam ni.

Antara kuih muih yang dibuat, dibawa dan ditempah untuk dibelasah pagi tu! Ada banyak lagi makanan lain cam lemang, nasi impit, rendang ayam/daging, kari daging, pulut, mee kari, meehun sup, nasi ape ntah namenye, kuih bahulu, cendol, agar-agar, buah-buahan… ceritapun tak abis. Makan jer la!


Ini rezeki gua pagi tu. Nampak kemas, tersusun, berkhasiat, seimbang dan mengikut piramid makanan sungguhkan? Heh!


Nak komen apapun tak tau pasal aksi rakus cam ni. Dah majlis makan-makan, kena la makan ye tak? Padi ( tengah ) memang tak membuang masa untuk membelasah, termasuk A’an ( kiri ). Hanya gua jer yang sangat sopan, berakhlak mulia dan tertip sekali menghadap makanan. Sedang baca doa/bismillah dalam hati la tu. Heh!
Ada banyak lagi gambo aksi-aksi rakus sedang makan ni sebenarnye. Tapi aksi yang sama cam no korang makan atau tengok kat mana-mana majlis makan-makan sambutan Hari Raya. Tak la menarik sangat nak share kat sini. Yang penting makan pagi hingga ke tengahari hari tu selamat. Syukur alhamdulillah!


MAJLIS MESRA AIDILFITRI
KELAB SUKAN KARANGKRAF

Tak abih-abih MAKAN! Sekali lagi majlis makan-makan diadakan kat Karangkraf pada 28 Syawal 1428H – 09 Nov 2007 ( Jumaat ) mingu lepas. Kali ni untuk semua warga kerja Karangkraf anjuran Kelab Sukan Karngkraf. Lagi la ramai yang datang dan makananpun banyakkkk! Ada sate, nasi briani temasuk kambing panggang kegemaran gua! Yeahooo!


OH KAMBING!
Sampai-sampai jer gua trus jadi tak keruan bila nampak kambing panggang! Apa lagi ambik gambo la seblum gua makan beliau! Heh! Tak sangka tul dari bulan Ramadhan dulu sampai ke bulan Syawal ni, murah tul rezeki gua boleh makan daging kambing dalam bebagai jenis masakan kat majlis makan-makan cam ni termasuk dalam majlis marhaban dari rumah ke rumah kat tempat gua! Alhamdulillah. Dulu gua memang jarang makan daging kambing kerana tidak dipekenalkan, tidak disuruh, diberi dan lebih teruk dikata macam-macam yang tak baik pasal daging kambing... Maklumat/cerita cam ni yang banyak gua dengar dan dapat dari warga emas terutamanya. Apasal ek?


MAKAN JER!
Bila selalu sangat gua dengar cerita yang tak baik pasal ' keburukan ' daging kambing membuatkan gua tak selera, nakot dan tak pasal-pasal benci kat masakan daging kambing. Ia umpama virus kejam yang mesti dijauhi! Ini perasaan/tanggapan yang bebar-benar gua alami selama ini sebelum jatuh cinta sepenuhnya pada masakan daging kambing! Memang kat mana-mana fanatik daging kambing ramai tak ingat! Termasuk dalam majlis ni. Semua berebut dan beratur panjang nak makan daging kambing termasuk sate yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia! Walau ramai yang suka tapi kerana cerita-cerita yang telah melekat pekat dalam kepala hotak kita, ramai gak yang NAKOT dengan daging kambing. Korangpun tau apa sebabnyekan… citepun tak guna! Tak pe la, kalo korang nakot sangat biar la gua jer yang makan!

SAYA TAK MAKAN!
Bukan salah daging kambing kalo penyakit itu dan ini menimpa kita. Memang makanan/perut merupakan punca pada segala penyakit! Jadi kena kawal la makanan kalo nak sihat, nak slim, nak comel lote! Jangan salahkan daging kambing! Kalo kita tak makan jangan halang orang nak makan. Jangan kata daging kambing itu tak baik, bisa la, bahaya la, angin la, itu la, ini la… Seolah ianya HARAM tidak boleh dimakan dan menyebabkan kita mendapat sakit. Sedangkan ia adalah HALAL dan mempunyai kelebihan/khasiat tertentu. Kata saja “ saya tak makan “. Orang akan faham. Jangan nak mengarut kata macam-macam hanya kerana kita tak boleh menikmatinya kerana penyakit tertentu yang dihadapi. Kita yang berpenyakit yang kena perpantang tak makan, bukan menghalang orang lain yang nak menikmatinya seperti gua yang tepaksa beratur pasal tadi tu gatai ambik gambo! ARGHH!


RUPE-RUPENYE...
Akhirnye berjaya gak gua mendapat daging kambing yang menjadi pojaan hatiku setelah beratur panjang! Yeahoooo! Pedulikan makanan yang lain. Kendian-kendian bleh makan. Lagipun mesti lambat abis punyer makanan yang lain tu. Daging kambing panggang ni jangan dibiarkan... habih kena belasah orang nanti! Lihat la daging kambing panggangku… sedapkan? Heee… Gua ingat bleh makan dengan tenang tapi rakus daging kambing ni sensorang, rupenye kena pow oleh encik Padi dengan Jamb yang berabdoment besar! Uuu…uuu… silap duduk dengan diorang… uuu..uu..


RAKUS
Akhirnya hanya banyak ni jer yang tinggal untuk gua setelah difaraihkan pada sobat-sobat yang lain. Ingatkan kena pow dengan Padi dengan Jamb jer, Amang, encik Lan pun pow gua gak! Uuu..uuuu… Amang tak cukup pow daging kambing gua, beliau pow sate Aguri gak! Rakus tul pak cik sorang ni!


AH, TIPU!
Jangan tetipu dengan signboard kat lori tu. Sebenarnya diorang beratur ni bukan nak amik cendol atau rojak, tapi beratur nak amik kuey tiow yang sedang digoreng! Penipu sungguh signboard tu! Lagi satu yang gua konfius.. sebenarnya siapa nama sebenar tuan punyer lori ni, encik Rojak, encik Karim atau encik Cendol? Atau nama sebenarnya Karim Cendol yang menjual rojak atau Rojak Karim yang menjual cendol! Mana satu yang betul ni? ARGHHHH! Lantak korang yang bebaris la kena tipu!

SABO LA SKET!
Ha ni baru lori yang betul-betul menyediakan cendol. Yang tadi tu penipu! Nasib korang la kena tipu! Kelihatan encik Padi dan Jamb dah tak nyempat-nyempat sangat dah menunggu cendol yang dioder.


KENAPA YE?
Selamat minum cendol sebagai penutup acara makan-makan pada tahun ini. Kalo bleh tahun depan oder la kambing dalam lima nam ekor pasal ramai sobat-sobat lain yang tak dapat merasa keenakan daging kambing. Kesian diorang. Ramai fanatik daging kambing ni. Lagi satu, kalo bleh masak ( apa resepi/gaya/carapun ) daging kambing tu biar la ada rasa/bau kambing sket. Baru rasa makan daging kambing. Ni tak ada feel langsung! Habih hilang bau dan rasa daging kambing. Tak tau gua sedang makan daging apa? Pada gua la, tak tau selera korang. Cam daging lembu… masak la canepun, kan masih ada rasa dan bau lembu. Dah la kambing dikata, difitnah, dicap, dilebel, dituduh dengan segala macam yang menakotkan dan punca penyakit kronik kononye! Kalo masak tu jangan la hilangkan 100% personaliti kekambingan beliau! Tapi ada plak yang geli, meloya, hilang selera, tak suka kalo ada bau... leceh tul la!

Kenapa kebanyakan rasul menjadi gembala kambing ek? Sapa tahu apa sebab, kelebihan, hikmah yang tersembunyi….

Friday, November 09, 2007

BADAR AL KUBRA PART 3

BADAR AL KUBRA - PART 3 OF 4
28 SYAWAL 1428 HIJRAH- 09 NOVEMBER RAIN 2007

Akhirnya pedang yang terhunus mencari mangsa dan darah pahlawan Islam yang gagah berani menyembur membasahi bumi, SYAHID kerana mencari janji Rasulullah S.A.W. dan keredaan Allah...

Rasullulah S.A.W. kemudian telah membina sebuah khemah dan telah merancang strategi untuk menghadapi tentera musuh di atas bukit yang menghadap kearah medan pertempuran. Baginda S.A.W. berjalan-jalan di sekitar medan pertempuran dan menunjukkan isyarat tangan baginda sambil bersabda
“ Ini adalah tempat kedudukan medan pertempuran pada si fulan, dan ini pula kedudukan pada si fulan semasa pertempuran nanti… insyAllah “. Tiada seorangpun sahabat/tentera Islam yang lari atau meninggalkan kedudukan masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh Rasulullah S.A.W. Apabila tentera Musyrikin telah muncul dan saling berhadapan, maka Rasulullah S.A.W. telah bersabda;

Ya Allah! Inilah kaum Quraisy telah datang dengan kesombongan dan keangkuhan mereka. Mereka telah datang untuk memerangiMu dan mendustakan RasulMu “

Kedua pasukan kemudian saling memperkemaskan barisan masing-masing. Setelah Rasulullah S.A.W. memeriksa barisan, Baginda S.A.W. kembali ke khemahnya dan diiringi oleh Saidina Abu Bakar. Kemudiannya Rasulullah S.A.W. memperbanyakkan munajat, merintih, merayu dan memohon pada Allah dengan doa;

“ Ya Allah, Tunaikanlah janji yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, aku memohon pertolonganMu!”

Rasulullah S.A.W. benmunajat dengan mengangkat tinggi kedua-dua belah tangan Baginda S.A.W. ke langit sehingga terjatuh selendang Baginda S.A.W. dari bahunya. Lalu Saidina Abu Bakar menenangkan dan menghiburkan hati Baginda S.A.W. kerana merasa sangat kasihan dan hiba melihat Baginda Rasulullah S.A.W. berulang-ulang bermunajat kepada Allah.
Kemudian Rasulullah S.A.W. keluar menemui tentera-tenteranya, lalu mengeluarkan kata-kata semangat untuk menghadapi perperangan. Apabila keadaan semakin tegang dan kedua pasukan makin menghampiri, maka Rasulullah S.A.W. pun berseru;

“ Berjuanglah untuk menuju syurga yang luasnya seluas langit dan bumi! “

Tentera kaum Muslimin berdiri di dalam barisan mereka dengan hati yang tabah dan sentiasa berzikir mengingati Allah. Baginda Rasulullah S.A.W. mengetuai peperangan yang sangat dahsyat itu dan Baginda S.A.W. berada dalam kedudukan paling hampir dengan musuh dan Baginda S.A.W. yang paling hebat melancarkan serangan! Pada waktu kemuncak inilah Allah telah menunaikan janjiNya pada Rasulullah S.A.W. dengan memerintah/menurunkan para malaikatNya yang membawa rahmat dan kemenangan pada tentera Muslimin. Mereka membunuh kaum musyrik sebagaimana firmanNya yang bermaksud;

“ Ingatlah ketika Tuhanmu mewahyukan kepada malaikat:” Sesungguhnya Aku menyertai kamu ( memberi pertolongan ), maka tetapkanlah ( hati ) ornag-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati-hati orang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu pancunglah leher mereka ( musuh ) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka.”

Maka para pemuda kaum Musliminpun bertambah bersemangat melancarkan serangan untuk mempertahankan Islam dan berlumba-lumba untuk mendapat syahid , mengecapi kebahagian dan kemenangan untuk Islam.

Pertempuran yang dahsyat ini berkahir dengan kemenangan besar pada kaum Muslimin yang dipimpin Rasulullah S.A.W. Seramai 70 orang kafir musyrik telah berjaya dibunuh termasuk di kalangan ketua dan pembesar-pembesar Quraisy Musryrikin iaitu Abu Jahal, ‘Utbah ibn Rabi’ah, saudaranya Syaibah dan anaknya al Walid. Seramai 70 orang kafir musyrik telah berjaya ditawan oleh tentera Muslimin.

Sementara di pihak Muslimin pula, seramai enam orang dari kaum Quraisy dan lapan orang dari kaum Ansar telah gugur sebagai SYAHID. Enam orang dari kaum Muhajirin yang syahid tersebut ialah ‘Ubaidah ibn al Harith, Umair ibn Abi Waqqas, Zu al Syimalain, ‘Aqil ibn al Bakir, Mahja’ iaitu hamba sahaya kepada Saidina Umar ibn al Khattab dan Safwan ibn Baidha’.

Manakala lapan orang yang syahid dari golongan Ansar Madinah ialah Sa’ad ibn Khaithamah, Mubasysyir ibn Abdul Munzir, Yazid ibn al Harith, Umair ibn al Hammam, Raafi’ ibn Mu’la, Harithah ibn Suraqah, ‘Auf dan Mu’awwaz; anak kepada al Harith dan ‘Afra’.

Mereka telah syahid kerana Allah, kerana Rasul dan kerana Islam. Bebahagialah mereka sebagai pejuang Islam yang gagah berani!

Akan datang pada bahagian terakhir…
KELEBIHAN PAHLAWAN BADAR!