Friday, November 09, 2007

BADAR AL KUBRA PART 3

BADAR AL KUBRA - PART 3 OF 4
28 SYAWAL 1428 HIJRAH- 09 NOVEMBER RAIN 2007

Akhirnya pedang yang terhunus mencari mangsa dan darah pahlawan Islam yang gagah berani menyembur membasahi bumi, SYAHID kerana mencari janji Rasulullah S.A.W. dan keredaan Allah...

Rasullulah S.A.W. kemudian telah membina sebuah khemah dan telah merancang strategi untuk menghadapi tentera musuh di atas bukit yang menghadap kearah medan pertempuran. Baginda S.A.W. berjalan-jalan di sekitar medan pertempuran dan menunjukkan isyarat tangan baginda sambil bersabda
“ Ini adalah tempat kedudukan medan pertempuran pada si fulan, dan ini pula kedudukan pada si fulan semasa pertempuran nanti… insyAllah “. Tiada seorangpun sahabat/tentera Islam yang lari atau meninggalkan kedudukan masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh Rasulullah S.A.W. Apabila tentera Musyrikin telah muncul dan saling berhadapan, maka Rasulullah S.A.W. telah bersabda;

Ya Allah! Inilah kaum Quraisy telah datang dengan kesombongan dan keangkuhan mereka. Mereka telah datang untuk memerangiMu dan mendustakan RasulMu “

Kedua pasukan kemudian saling memperkemaskan barisan masing-masing. Setelah Rasulullah S.A.W. memeriksa barisan, Baginda S.A.W. kembali ke khemahnya dan diiringi oleh Saidina Abu Bakar. Kemudiannya Rasulullah S.A.W. memperbanyakkan munajat, merintih, merayu dan memohon pada Allah dengan doa;

“ Ya Allah, Tunaikanlah janji yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, aku memohon pertolonganMu!”

Rasulullah S.A.W. benmunajat dengan mengangkat tinggi kedua-dua belah tangan Baginda S.A.W. ke langit sehingga terjatuh selendang Baginda S.A.W. dari bahunya. Lalu Saidina Abu Bakar menenangkan dan menghiburkan hati Baginda S.A.W. kerana merasa sangat kasihan dan hiba melihat Baginda Rasulullah S.A.W. berulang-ulang bermunajat kepada Allah.
Kemudian Rasulullah S.A.W. keluar menemui tentera-tenteranya, lalu mengeluarkan kata-kata semangat untuk menghadapi perperangan. Apabila keadaan semakin tegang dan kedua pasukan makin menghampiri, maka Rasulullah S.A.W. pun berseru;

“ Berjuanglah untuk menuju syurga yang luasnya seluas langit dan bumi! “

Tentera kaum Muslimin berdiri di dalam barisan mereka dengan hati yang tabah dan sentiasa berzikir mengingati Allah. Baginda Rasulullah S.A.W. mengetuai peperangan yang sangat dahsyat itu dan Baginda S.A.W. berada dalam kedudukan paling hampir dengan musuh dan Baginda S.A.W. yang paling hebat melancarkan serangan! Pada waktu kemuncak inilah Allah telah menunaikan janjiNya pada Rasulullah S.A.W. dengan memerintah/menurunkan para malaikatNya yang membawa rahmat dan kemenangan pada tentera Muslimin. Mereka membunuh kaum musyrik sebagaimana firmanNya yang bermaksud;

“ Ingatlah ketika Tuhanmu mewahyukan kepada malaikat:” Sesungguhnya Aku menyertai kamu ( memberi pertolongan ), maka tetapkanlah ( hati ) ornag-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati-hati orang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu pancunglah leher mereka ( musuh ) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka.”

Maka para pemuda kaum Musliminpun bertambah bersemangat melancarkan serangan untuk mempertahankan Islam dan berlumba-lumba untuk mendapat syahid , mengecapi kebahagian dan kemenangan untuk Islam.

Pertempuran yang dahsyat ini berkahir dengan kemenangan besar pada kaum Muslimin yang dipimpin Rasulullah S.A.W. Seramai 70 orang kafir musyrik telah berjaya dibunuh termasuk di kalangan ketua dan pembesar-pembesar Quraisy Musryrikin iaitu Abu Jahal, ‘Utbah ibn Rabi’ah, saudaranya Syaibah dan anaknya al Walid. Seramai 70 orang kafir musyrik telah berjaya ditawan oleh tentera Muslimin.

Sementara di pihak Muslimin pula, seramai enam orang dari kaum Quraisy dan lapan orang dari kaum Ansar telah gugur sebagai SYAHID. Enam orang dari kaum Muhajirin yang syahid tersebut ialah ‘Ubaidah ibn al Harith, Umair ibn Abi Waqqas, Zu al Syimalain, ‘Aqil ibn al Bakir, Mahja’ iaitu hamba sahaya kepada Saidina Umar ibn al Khattab dan Safwan ibn Baidha’.

Manakala lapan orang yang syahid dari golongan Ansar Madinah ialah Sa’ad ibn Khaithamah, Mubasysyir ibn Abdul Munzir, Yazid ibn al Harith, Umair ibn al Hammam, Raafi’ ibn Mu’la, Harithah ibn Suraqah, ‘Auf dan Mu’awwaz; anak kepada al Harith dan ‘Afra’.

Mereka telah syahid kerana Allah, kerana Rasul dan kerana Islam. Bebahagialah mereka sebagai pejuang Islam yang gagah berani!

Akan datang pada bahagian terakhir…
KELEBIHAN PAHLAWAN BADAR!

3 comments:

DeeN said...

Sementara di pihak Muslimin pula, seramai enam orang dari kaum [Quraisy?] dan lapan orang dari kaum Ansar telah gugur sebagai SYAHID.

[Pembetulan..! Tersilap type kot tuh, bro!]

Anonymous said...

salam bro... akhirnya jumpa gak blog bro... so pasni senang skit nak tahu perkembangan...

gayour said...

nur@ddeen
enam yang syahid itu adalah Muhajirin dari bangsa Quraisy Makkah yang berhijrah ke Madinah bersama Rasulullah S.A.W. tq

palie
welcome to my NIGHTMARE... encik nak sukepun tak ape, nak menyampahpun tak ape!