Sunday, December 16, 2007

KEMULIAAN ZULHIJJAH

ALHAMDULILLAH, ZULHIJJAH DATANG LAGI…
BESARKAN APA YANG DIBESARKAN OLEH ALLAH

KEMULIAAN ZULHIJJAH
07 ZULHIJJAH 1428 HIJRAH - 17 DISEMBER 2007


Ingin dikongsi maklumat yang baru diperolehi ini dengan semua sahabat. Moga ada kebaikan dan manafaat. Mungkin ada yang dah lama tahu, cuma gua sorang jer rupenye yang jahil.

Bulan Zulhijjah bukanlah bulan hanya bagi Tetamu Allah, tetapi bulan istimewa bagi seluruh umat Islam yang peka dengan masa-masa yang dimuliakan oleh Allah dan bijak mengambil peluang.

Sesungguhnya pada kejadian Allah terdapat benda-benda, masa-masa, tempat-tempat dan insan-insan yang dibesarkan dan dimuliakan olehNya. Di antaranya ialah Ka’abah, Hajar Aswad, Zam-zam, bulan Ramadhan, hari Jumaat, SEPULUH TERAWAL ZULHIJJAH, Makkah, Madinah, Baitul Maqdis, Para Nabi, Rasul dan sebagainya. Kesemua perkara tersebut merupakan syiar Allah yang diperintahkan supaya dibesarkan sebagaimana firmanNya yang bermaksud;

“Demikianlah ( ajaran Allah ) dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka ( dialah orang yang bertaqwa ) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang Mukmin“

Dalam bulan Zulhijjah terdapat masa-masa yang dibesarkan dan dimuliakan oleh Allah iaitu sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, Hari Arafah, ‘Idul Adha dan Hari Tasyriq.
Sesungguhnya Allah telah bersumpah dengan Fajar ‘Idul Adha dan 10 malam bulan Zulhijjah. Allah tidak bersumpah dengan sesuatu kerana melainkan kerana KEMULIAAN dan KEPENTINGAN perkara tersebut, sebagaimana firmanNya yang bermaksud;

“Demi waktu fajar ‘Idul Adha dan malam sepuluh Zulhijjah ( yang mempunyai kelebihan di sisi Allah ).“

Allah telah menganugerahkan pada sepuluh malam terawal bulan Zulhijjah dengan kelebihan-kelebihan yang lebih besar dan hebat daripada malam-malam yang lain. Banyak hadith yang menerangkan mengenai kelebihan hari-hari ini dan kelebihan amalan yang dilakukan. Di antaranya, sebagaimana yang disebut di dalam hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;

“ Tidak ada hari-hari, yang dilakukan amal soleh padanya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat R.A. bertanya. “ Wahai Rasulullah S.A.W., dan tidak juga berjihad fi sabilillah ( lebih afdhal daripada beramal pada hari-hari ini? ) “ Rasulullah S.A.W bersabda, “ Tidak juga berjihad fi sabilillah, kecuali orang yang berjihad dengan diri dan hartanya dan kemudian dia syahid.”

Ulama’ mendalilkan hadith ini bagi menunjukkkan kepada galakan atau sunat berpuasa pada sembilan hari daripada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah kerana puasa juga termasuk dalam kategori amalan soleh. Perkara ini disebut oleh al Hafiz Ibnu Hajar R.A. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud;

“ Berpuasa sehari dalam bulan ini ( hari yang sembilan ) menyamai puasa seribu hari dan sehari puasa pada hari Arafah menyamai puasa 10,000 hari! “

Daripada Abu Hurairah R.A. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud;

“ Tidak ada dari hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk dipenuhi dengan ibadah kepadaNya daripada sepuluh hari terawal dari bulan Zulihjjah; puasa setiap hari daripadanya menyamai puasa setahun, solat pada setiap malam daripadanya menyamai solat pada malam Lailatul Qadar.”

Bahkan disunatkan bagi orang yang mahu melakukan korban menahan dirinya terlebih dahulu daripada memotong kukunya dan mencukur bulu sama ada pada kepala, muka dan badanya iaitu dari masuknya bulan Zulhijjah hinggalah selesai melakukan ibadah korban. Hal ini berdasarkan hadith Ummu Salamah, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud;

“ Apabila masuk hari yang kesepuluh Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, makan jangan disentuh rambut dan kulitnya sedikitpun.”

Di dalam satu riwayat;

“Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan seseorang dari kamu ingin berkorban, maka hendaklah ditahan dari memotong rambut dan kukunya.”

* ini adalah hadith larangan memotong kuku dan rambut yang baru gua ketahui pada sepuluh Zulhijjah. ingatkan larangan ini hanya pada jamaah haji jer. mungkin sahabat semua telah lama mengetahui dan mengamalkannya.

Ini menunjukkan terbukanya pintu penerimaan Allah terhadap amal yang dilakukan pada hari-hari yang berkat ini kerana Allah Yang Maha Mulia apabila Dia kasih atau suka kepada sesuatu maka Dia menerimanya.

Kesimpulannya, maksud yang paling utama dari hadith ini, kita digalakan melakukan amal yang disukai dan diredhai Allah pada hari-hari tersebut, seklipun amalan yang mudah dan tidak sulit untuk dilakukan. Sekiranya tidak mampu untuk berjihad, berpuasa atau bersedekah, janganlah pula merasa lemah untuk melakukan ibadah yang lain seperti solat sunat, tasbih dan tahlil. Kadang kala amal yang sedikit dan mudah itu besar nilainya di sisi Allah dan lebih dikasihiNya.

HARI ARAFAH

Hari Arafah ialah hari para Jemaah Haji mengerjakan wuquf di Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Ia terkenal sebagai kemuncak bagi segala amalan atau rukun haji. Allah yang bersifat Maha Pemurah memuliakan dan membesarkan hari tersebut dengan mencucurkan rahmat dan keampunan kepada hamba-hambaNya yang berdoa dan meminta keampunan kepadaNya.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud;

“ Tidak ada hari yang lebih banyak pembebasan dari neraka daripada Hari Arafah.”

Kerana itu kita sangat digalakkan untuk memperbanyakkan doa dan istigfar memohon keampunan dari Allah atas segala dosa yang kita lakukan selama ini.

Salah satu sebaik-baik doa dan ucapan Rasulullah S.A.W. dan para nabi sebelum baginda pada Hari Arafah ialah;

“ Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kekuasaan dan pujian. Dia Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. “

Selain itu kita juga disunatkan berpuasa pada Hari Arafah kerana Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud;

“Puasa pada Hari Asyura akan mengkafarahlan dosa setahun ( sebelumnya ). Manakala pada Hari Arafah, akan mengkafarahkan dosa selama dua tahun, setahun sebelumnya dan setahun selepasnya yang akan datang.”


Sebagaimana yang disebut di dalam hadith bahawa Rasulullah S.A.W. berdoa pada petang Hari Arafah agar diampunkan dosa-dosa umatnya termasuk orang yang zalim. Apabila Allah mengqabulkan doakan , Baginda S.A.W. tersenyum kerana melihat iblis mengambil tanah lalu menaburkan ke atas kepalanya sambil mengeluh panjang apabila mengetahui doa Baginda S.A.W. dimaqbulkan dan dosa-dosa umatnya diampunkan.

‘IDUL ADHA

Solat hari raya merupakan khususiat umat ini seperti solat istisqa’ ( minta hujan ) dan kusuf ( gerhana matahari ). Di antara dua solat hari raya, solat ‘Idul Adha adalah lebih afdal daripada solat ‘Idul Fitri kerana terdapat nas dari al Quran yang menyebut mengenainya sebagaimana firman Allah yang bermaksud;

“Oleh itu, kerjakanlah solat ( ‘Idul Ahda ) kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban ( sebagai bersyukur ).”

Dalil ini juga menunjukkan bahawa ibadah yang dituntut pada ‘Idul Adha bukan setakat ibadah jasad iaitu solat tetapi juga ibadah yang melibatkan pengorbankan harta iaitu melakukan korban.
Ibadah korban merupakan sunat muakkad bagi umat Islam dan makruh meninggalkan bagi orang yang berkemampuan.
Rasulullah S.A.W. sendiri memberi amaran kepada orang yang enggan berkorban sebagaiman sabdanya yang bermaksud;

“Sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk berkorban tetapi tidak berkorban, maka jangan hadir/datang ke tempat solat kami!”

Sesiapa yang melakukan korban pada hari tersebut, akan diampunkan dosanya dan ahli rumahnya/keluarganya pada titik pertama darah sembelihan korbannya. Sesiapa yang memberi makan dan bersedekah dengannya akan dibangkitkan pada Hari Kiamat sebagai orang yang mendapat keamanan dan timbangannya lebih berat daripada Jabal Uhud.

'Idul Adha adalah “Idul Akbar ( RAYA TERBESAR ) bagi umat ini kerana banyaknya pembebasan dari neraka atau pengampunan dosa yang dianugerahkan oleh Allah pada hari yang sebelumnya iaitu Hari Arafah. Tidak dilihat pembebasan dari neraka yang lebih banyak daripada pembebasan pada Hari Arafah sepertimana yang telah disebut dalam hadith. Sesiapa yang telah dibebaskan, maka keesokkannya adalah hari raya baginya dan sekiranya tidak, maka dia berada jauh dari rahmat Allah dan dijanjikan dengan seburuk-buruk balasan.

Para sobat yang dikasihi semua, memandangkan betapa besar dan mulianya hari-hari yang terdapat dalam bulan Zulhijjah ini, maka seharusnya kita membesar dan memuliakannya dengan merebut peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin dengan melakukan pelbagai amalan soleh seperti mana yang telah dijelaskan bahawa amal soleh yang dilakukan pada hari-hari tersebut adalah lebih afdhal daripada berjihad pada jalan Allah. Adalah tidak sepatutnya sebagai seorang muslim yang berakal dan menjadikan akhirat sebagai matlamat hidup, menyambut hari yang penuh dengan kemuliaan ini dengan perkara-perkara maksiat, keduniaan atau ambil tak kisah! " Ah, raya haji.. apa sangat la! " Itu la dalam kebanyakan kepala hotak kita sekarang ini.

'Idul Adha mempunyai kelebihan, kebesaran dan kemuliaan yang jelas antaranya;

  • Kita boleh bertakbir sepuasnya bermula pada 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah ( hari Tasyrik ). Siapa yang tak puas bertakbir pada hari raya ‘Idul Fitri yang lalu, inilah masanya nak betakbir sepuas-puasnya!
  • Terdapatnya nas dalam al Quran yang menyebut akan ibadah solat sunat ‘Idul Adha. Sedangkan solat sunat ‘Idul Fitri tidak tedapat nas dalam al Quran, hanya dari hadith/amalan Rasululah S.A.W.
  • Adanya Hari Tasyriq

Selamat merebut peluang melakukan sebanyaknya amal soleh di dalam bulan Zulhijjah. Selamat melakukan ibadah korban dan selamat merayakan Hari Raya ‘Idul Adha pada semua. Moga kitatergolong di kalangan hambaNya yang dikurniakan maghrifah dan rahmah. Beruntunglah pada sahabat yang telah mengetahui akan hadith, kemuliaan, kelebihan dan kemuliaan sepuluh Zulhijjah dan beramal dengannya. Tak lupa, selamat makan daging kambing lagi pada semua hardrcore daging kambing! HEH!

Petikan dari Risalah Yayasan Sofa Negeri Sembilan oleh Tuan Guru Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki ( Penasihat Yayasan Sofa Negeri Sembilan )

13 comments:

Anonymous said...

Terima kasih kerana berkongsi info!
selamat hari raya korban buat en gayour! =)

gayour said...

ixora
selamat hari raya 'Idul Adha juga diucapkan buat saudari. moga berbahagia.

Jorji said...

gua cuti raya sehari je..jumaat kojo balik! yahudi betul la boss2 ni semua.

Nak jem2 kek highway satu hal...kek bkt putus kang satu hal laie...bolum hilang ponek esoknya dah nak balik KL balik....

Apopun,balik totap balik!

gayour said...

jorji
biso la tu. kojo totap kono kojo. ini la kelebihan dan kehebatan undang-undang negaro Islam!

selamat hari ghayo jang! ekau jangan la nangih plak!

the indie story said...

Salam Bro' Gayour yang cool serta mempunyai hati yang bersih bercahaya...

bebanyak terima kasih lah sebab sudi singgah di blog komuniti kami serta dengan tawadhuk dan rendah hatinya mengucapkan selamat idul adha.

Maka saya mewakili rakan-rakan yang lain ingin membuat lawatan balas agar silaturahim terjalin erat dan ukhuwah bertambah mesra.

Moga kita terus bersahabat dialam persaya maya cyber...mungkin akan menjelang ke alam realiti dan terus kealam akhirat nanti.

Semoga Bro' gayour dapat idea kaw-kaw...untuk lukis kartun dengan gaya hensem.

SELAMAT KASSIM SELAMAT!..OOPSS...sori bro'..."SELAMAT RAYA HAJI SAMPAI NAIK HAJI".

Bila nak jomput datang umah aiih..

faizalmukhtar said...

alhamdulillah.

posmen said...

lame dok jenguk blog brader.. bakpe g ganu dok singgoh macing? beh oo..

jalang2 ade juppe pokcik din ko?

salam eiduladha

The.Libyaman said...

selamat aghi ghayo aji
makan kambing biar berpado
kot nanti sakit kaki
yang kambing tu apo cito
belum abih kigho ko laei
jangan buek2 lupo
den mengigho dah banyak kali
kok x sabar dah lamo den gilo

huuummaaangg aiii pandai boto oghang jolobu nie main pantun2 plak lapan koghek tu. berkat belajar bahaso melaysia ngan cikgu zebedah kek soghoting ulu muahahahaha...wei bro kambing..kambing sudah kira ka?

gayour said...

moderator
terima kasih

faizalmukhtar
bersyukur dan melakukan segala suruhanNya

posmen
tak plan langsung nak macing temasuk la nak macing gewe nganu!

babazahra'
den ingat an apo la ekau mengarut. ghupo eh pantun lapan koghek! harharhar!
ingat! mano bleh lupo... bagi peluang kawan2 lain ngiro laie kambing tu.

DeeN said...

Gua pun jahel gak, Bro! Insaf, insaf. Sob, Sob, Sob!!
A'ah! Apsal skang hari rayo dah tak meriah? Hu Hu Huk

gayour said...

nur@ddeen
kerana
1- kerajaan Islam hadhari tidak membesarkan idul adha. cuti hanya sehari!
2- kita sendiri jahil mengenai kebesaran dan kehebatan idul adha
3- kita ingat/sangka idul adha hanya untuk orang yang pergi haji saje. kita buat lebih kureng jer!
4- dalam kepala ota kita, idul adha hanya untuk menyembelih lembu, kerbau, unta, kambing dan makan sup tulang!
5- kebanyakan kita tidak beria atau bersungguh untuk menyambut dan merayakannya.
6- kita tidak pernah mengganggap idul adha lebih besar, hebat dan meriah dari idul fitri!

dan bermacam kerana lagi....

Anonymous said...

Bro Gayour..

cakap pasal sup tulang...kalau mai singapore habaq mai kat aku...aku belanja sup tulang power punya !

cuti cuti la kat singapore...

gayour said...

gandum
ooo.... kat singapurapun ada sup tulang gak ya. ingatkan ada rojak singapura jer. heh!