Tuesday, January 08, 2008

MAAL HIJRAH 1429

SELAMAT MENYAMBUT
MA'AL HIJRAH 1429

Pada semua sahabat yang dikasihi, gua mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 1429 HIJRAH. Moga Allah mengurniakan kita kesihatan yang baik untuk beramal, betambah rezeki, dipertingkatkan IMAN, berbahagia dan berjaya didunia akhirat.

Moga tahun baru hijrah ini juga membawa kebaikan, keberkatan pada kita, keluarga kita dan semua umat Islam di seluruh dunia. Moga umat Islam dan negara Islam akan lebih berjaya! InsyAllah.

MUHARAM adalah BULAN PERTAMA dalam tahun/kalendar Islam ( Hijrah ). Sebelum Rasulullah S.A.W. berhijrah dari Makkah ke Yathrib ( Madinah ) , kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah S.A.W. memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah S.A.W. , ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ' DIHARAMKAN ' atau ' DIPANTANG ', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM BULAN MUHARAM

  • 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
  • 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.


12 comments:

Faizal said...

selamat tahun baru bro!

Gandum said...

Selamat Tahun Baru 1429H sahabat

semoga tahun baru ini akan memeberi rezeki yg melimpah kepadamu...

insyaallaaaaaaaaah.....

MODERATOR said...

Asslamualaikum Bro' Gayour yang dirindui selalu...hehehe,

Selamat Menyambut Maal Hijrah. Semoga berbahagia disamping keluarga.

Jom kita lihat citer terbaru tentang Abu FurQaan...dan foto GEMPAAARRR anak kandungnya yang telah dikenal pasti melalui proses ujian DNA TEST...Abu Mazhab. 100% tulen!

check it out bro'...http://theindiestory.blogspot.com

j or ji said...

Selamat Tahun Baru!
Semoga tahun mendatang, kita lebih insaf dan amal ibadat semakin bertambah,insyallah..

Tapi,gua dengar baca doa awal tahun tu bidaah? konpius betul.

nUr@dDeEn said...

Selamat Menyambut Maal Hijrah, Bro. Moga segala ibadah di tahun baru ini bermula dengan baik. Moga azam kita akan tercapai dan berkesuahan dengan baik. Insya Allah! ;)

zan said...

Selamat menyambut tahun baru jugak bro.

Erm..ikut pemahaman wa, setiap yang diamalkan selepas kewafatan nabi muhammad (S.A.W) adalah bidaah. Tak kira la hasanah atau dhalalah.
Pasal doa tu pun dah dikira bid'ah. Siapa pulak yang pernah dengar syaitan sebut macam tu..Memang handal orang itu..

-Sekadar kasi pandangan bro..-

MODERATOR said...

zan said...
Selamat menyambut tahun baru jugak bro.

Erm..ikut pemahaman wa, setiap yang diamalkan selepas kewafatan nabi muhammad (S.A.W) adalah bidaah. Tak kira la hasanah atau dhalalah.

Jawapan :

Salam Bro'

Sebelum kita mengambil sikap suka membidaahkan umat (yang membawa maksud pengikut bidaah sesat semua sekali masuk neraka)...adalah lebih baik kita ber MUHASABAH dahulu.

Yang mengatakan terdapatnya budaah hasanah dan dhalalah bukan ustaz2 pondok atau ustaz sekolah rendah agama. Tetapi yang memecahkan terdapatnya 2 kategori bidaah tersebut adalah seorang manusia dari tImur yang namanya telahpun disebut oleh Rasulullah saw didalam HAdis Shahih. Beliau adalah Imam Sya'fie Rahimullah...keturunan ahlul bait Nabi saw.

Jangan mengambil keputusan berdasarkan akal yang terbatas dan pemahamana yang sempit bro'.

Siapakah kita ini berbanding Imam Syafie rahimullah??? Jangan lekas terpengaruh dengan UStaz2 Wahabi...yang cakap secara permukaan sahaja....Superficial...sedap didengar namun banyak percanggahan. Mereka ini selalu mengatakan Kembalilah kepada AL QUR"AN DAN SUNNAH padahal mereka inilah sebenaranya yang menentang Sunnah SAW.

Imamm Syafiee Ahlul Hadis yang menukilkan hadis...Ustaz2 Wahab ni siapa??? Setelah kewafatan Rasullullah saw....maka ikutlah para Ahlul Bait dan Para Sahabat....selepas itu para tabiin, selpeas itu pula Tabi' Tabiien dan selepas itu barulah Salafus Soleh...hingga hari ini. Masalahnya mereka ini dengan muka tak yang tak tahu malu cuba mengaku kononnya mereka ini pendokong mazhab Safus Soleh. Sedangkan mereka ini jenis puak2 yang suka membidaahkan sesama umat yang membawa maksud mengkafirkan umat secara tidak langsung.

Pemamahan RIGID dan TEGAR!

Anataranya mempersoalkan membaca YAASIIN malam jumaat, berkumpul untuk berzikrullah dengan LA ila HA illa laah pun dikatakan melakukan bidaah. Sedang benda2 ini sebenarnya SUNNAH NABI SAW. Kononnya benda2 ini tak pernah dibuat dizaman nabi saw. Tak ke BODOH pemikiran begini. Inilah akibatnya jika manusia menagambil pendekatan agama secara jumud, rigid dan tegar, tanpa kasih sayang terhadap seluruh umat. Mereka fikir mereka sahaja betul, orang yang baca YAssin kat MAsjid tu semua habis masuk NEraka. Na'zuzbillah.

YAng BETUL2 buat kerja SESAT sebenarnya ialah pergi beli kitab Bukahri dan Muslim kat Jalan MAsjid India,lepas tu pi tafsir pakai akal dan logik berdasarkan hawa nafsu...Lepas tu mula lah cakap cara sembahyang mAzhab Syafiee tak betul...salah laa...apa kejadah laaa. JAngan ingat baca satu dua kitab hadis dah jadi Ahlul Hadis. Yang sedbenarnya depa nih tak berjumpa hadis lain yang membenarkan iMam Syafie. Kerja lagu tu laa buat BIdaah Sesat.

KIta kena ikut Al Qur an , Sunnah, ulama...dan 14 lagi displin ilmu untuk menjatuhkan sesuatu hukum agama. Bukan macam puak-ouak wahabi Jumud nih, baru baca satu dua kitab dah mula jatuh hukum bidaah kan sesama umat. Tak kebahalol namanya itu??? Pernah anda dengar dizaman Para Sahabat ra...mereka membidaahkan sesama umat???


Kalau kail panjang sejengakal jangan Imam 4 Mazhab hendak kita perlecehkan....

Walaupun siapa mereka...tinggi kononnya tahap KESAAARRJAANAANNN mereka...kononnya bergelar DR., mereka sesekalai tidak dapat menandingi ilmu agama Imam 4 Mazhab. Apa nak heran yahudi tu BAPAK PHD!

Merka lupa agaknya bahawa tok2 guru pondok 30 juzuk AL QUR"AN dalam kepala...apa nak heran setakat buat dr. phd berdasarkan sub thesis di UNiversiti...diulangi YAHUDI tu BAPAK DR PHD!


Imam Sayafie itu AHLUL HADIS yang namanya disebut sendiri oleh RASULULLAH SAW berdasarkan hadis SHAHIH...janganlah nak dibandingkan dengan puak2 wahabi yang baca kitab pun dalam terjemahan.

Saya harap anda tidak berkecil hati. Anggaplah ini satu bentuk teguran yang konstruktif buat bekalan dimasa depan. Buka senang orang nak bagis nasihat secara panjang lebar begini. Jangan kita jadi lekas kelam kabut bila tengok title Mufti ke...Ustaz ke...padahal pendokong wahabi. ILmu ISlam ini luas tak terjangkau kita...

Yang jadi mangsa orang awam macam kita ini...mudah-mudah dibidaah dan dipanggil sesat... TU kat luar tu...berlambak lagi puak2 tak sembahyang...kenapa tak tegur??? Kenapa sambut Maulud NAbi kita nak panggil bidaah??? Sebab Zaman Nabi tak pernah buat? Check dulu...sahabat. LIhat intipati MAulud NAbi tu. Jangan mudah2 label orang lain bidaah. Ini akan hanya mempamrkan kecetekan ilmu agama kita dimata orang lain.

Wallahualam...

MODERATOR said...

Salam Zan,

Bro' kalu lu mau tau apa itu maksud bidaah yang sebenar...wa dengan rendah hatinya bgai lu link nih http://www.youtube.com/watch?v=ft_lPw-gRXg

tengok baik2 video nih. ustaz nih dapat explain segala kekeliruan lu selama ini.

Selamat Menyambut Maal Hijrah Bro' jangan ambil hati...wa minta maaf akalu ada terkasar bahse dalam siri penerangan wa ni.

take care. wasalam.

myownmind said...

bro gayour.. tak mintak KK terbtkan koleksi SIAPA HARUS DISALAHKAN- ur very masterpiece kat GH dulu2 ke...

atau re-run kat g3.. sbb kertas GH dulu x berp nak up untuk color dan lokesan lu yg besh 90s dulu..

butterfly85 said...

Salam Maal Hijrah buat en Gayour!

long time not komen2 kt blog ni. huhu

blackpurple @ jowopinter said...

Selamat tahun baru 1429H bro'

Semoga tahun ini kita sama-sama lebih diberkati dan dirahmati Allah. Amin.

gayour said...

faizal, gandum, moderator,j or ji, nur@ddeen, zan, myownmond, butterfly85, jowopinter
terima kasih wahai sahabat yang diberkati dan dirahmati Allah sekelian atas ucapan, harapan dan doa pada gua. moga dipekenankan Allah. begitu juga doa gua pada sahabat semua.