Friday, March 21, 2008

MAULID NABI

SAMBUTAN MAULIDURASUL
12 RABIULAWAL 1429 HIJRAH – 20 MAC 2008 MASIHI

Cam tahun lepas, Surau Nurul Islah kat tempat gua sekali lagi mengadakan majlis sambuatn MAULIDURASUL pada tahun 1429 Hijrah ni seperti kat masjid atau surau kat tempat sobat-sobat semua dan di seluruh Negara. Satu acara/majlis sambutan sebagai tanda ingatan, cinta dan kasih sayang kita pada seorang insan mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Ini adalah salah satu dari berjuta-juta cara menunjukkan tanda kasih, sayang dan cinta kita terhadap Rasulullah S.A.W.

Banner sambutan dan jemputan pada semua qariah Surau Nurul Islah ke majlis MAULIDURASUL 1429 HIJRAH/2008. Datang oii!

Dengan semangat gua sampai awal ke surau. Awal punya pasal, kena lepak dulu kat bawah kemah sementara menunggu ahli qariah yang lain datang dan bermulanya majlis perarakan di jalan sekitar tempat kediaman. Kelihatan golongan oldskool, dewasa, kanak-kanak dan remaja seperti gua cool menunggu. Heh! Tak sabar nak bersalawat dah niii….!

Lead vocal, Tuan Imam Mutalib yang merupakan Pengerusi Sambutan Majlis Maulidurasul begitu sibuk sekali menyusun/mengatur barisan perarakan. Gua gak adalah salah seorang dari AJK sambutan kali ni. Gua kena jaga bahagian hadiah. Part hadiah gua semua dah settlekan! Bila nak mula nyanyi ( salawat ) ni?

Akhirnya semua telah sedia untuk memulakan perarakan dalam acara permulaan sambutan Maulidurasul Surau Nurul Islah pada tahun ini. Golongan anak-anak mengetuai barisan hadapan kerana menjadi tanggungjawap kita golongan dewasa, ibubapa, oldskool untuk mengajar dan mempekenalkan pada mereka siapakah Nabi Muhammad S.A.W. untuk mereka merasa cinta, sayang dan mengamalkan segala suruhan dan sunnah baginda dalam kehidupan kerana bagindalah sebaik-baik contoh untuk mereka dan kita ikuti. Bagindalah tokoh hebat yang tiada tolok bandingannya dalam alam semesta ini. Satu acara yang menjadi kemestian untuk dibuat dalam sambutan Maulidurasul kat Negara kita. Bersalawat sambil berarak atau berarak sambil bersalawat ke atas junjungan besar lagi mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W. di jalan-jalan sekitar perumahan atau di mana saja.

Memang tak ada nas yang menjelaskan Rasulullah S.A.W. menyambut hari kelahiran baginda sendiri semasa hidup Baginda atau memerintahkan umatnya untuk menyambutnya. Orang kata ini adalah perbuatan BID’AH. Tak pernah dibuat, disuruh dan dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. pada para sahabat, para Khulafa’ Rasyidin, para tabi’in mahupun tabi’ihim bi ihsan. Ada bermacam-macam pandangan, pendapat dari ulama'- ulama' besar Islam mengenai sambutan Maulid Nabi ini. Ada yang menyatakan ini adalah BID'AH DHALALAH ( BIDA'AH YANG SESAT ), ada yang menghukumkan ianya BIDA'AH MUHARRAMAH ( BIDA'AH YANG HARAM ) dan setengah ulama’ menyatakan bahawa perbuatan ini adalah BID’AH HASANAH ( BID’AH YANG BAIK ) sebagai tanda penghormatan, kasih, sayang, cinta, ingatan dan kegembiraan kita atas keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W.. Ini juga kita lakukan sebagai tanda syukur pada Allah kerana mengurniakan kepada kita kaum Muslimin seorang manusia yang paling mulia di muka bumi ini yang membawa rahmat dan menjadi pembimbing… dan kita telah terpilih menjadi umatnya. Selain dari menjemput semua penduduk qariah, seperti sambutan tahun-tahun lepas, kami turut menjemput beberapa buah sekolah tadika dalam qariah kami dalam majlis sambutan pada tahun ini. Ini sebahagian dari anak-anak/pelajar dari Tadika Nur Ummi yang telah bersedia untuk menyertai perarakan dan bersalawat.

Satu sepanduk yang dibuat dan dibawa dalam perarakan pada pagi ini ‘’ NABI MUHAMMAD S.A.W. TOKOH PENDIDIK SEPANJANG ZAMAN ‘’ Baginda bukan saja sebagai tokoh pendidik yang hebat tapi juga adalah seorang suami, seorang ayah, seorang ahli poltik yang agung, seorang ahli peniagaan yang cemerlang, panglima perang yang gagah berani dan segala macam kehebatan lagi! Baginda adalah seorang pendakwah, pembawa risalah Allah, penyebar agama Islam dan pembawa rahmat ke seluruh alam.

Sedang syok berarak dan bersalawat, tetiba gua dihulurkan pembesar suara untuk gua jerit! YEAHOOO! Peluang baik ni. Terpesona dan kagum la kejab lagi seluruh qariah mendengar suara gua bersalawat. Heh!

YA NABI SALAMALAIKA, YA RASUL SALAMALAIKA…
Uikz! Bestnye… siapa punyer suara tu? Heh!

Alhamdulillah… selesai acara pertama sambutan Maulidurasul pada pagi ini iaitu perarakan dan salawat di sekitar kawasan perumahan kitorang. Semua berjalan lancar, semua semangat bersalawat dan semua selamat tak kena langgar lori atau kereta. Heh! Bekumpul kat depan perkarangan Surau Nurul Islah setelah berarak dan bersalawat dan mendengar sket taklimat mengenai acara seterusnya dan termasuk acara yang dinanti-nanti iaitu acara….

… MAKAN! MAKANNNNN!

SERANGGGG! Dah penat berarak dan bersalawat, semua rakus untuk bersarapan pagi. Tak la hebat mana menu sarapan pagi yang kami sediakan kalo nak banding dengan tempat sobat semua…tapi ni la yang mampu.



Gua belasah meehun ( dah habis gua belasah, sori ek! Heee… ), karipap, sedulang/setalam/setray kuih kaswi dan tea O. Syukur alhamdulillah.

Acara setrusnya selepas membelasah meehun dan karipap berlangsung kat dalam dewan solat Surau Nurul Islah. Ni bahagian jamaah lelaki dan sebahagian dari muslimin yang datang memberi sokongan dalam majlis sambutan Maulidurasul pada kali ini.

Yang ni plak bahagian dan sebahagian dari muslimat yang telah mengambil tempat dan menunggu acara seterusnya.

Acara kat dalam dewan surau dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan Qasidah yang diketuai oleh Tuan Imam Abdul Mutalib. Kendian dikuti oleh persembahan dari anak gadis Tuan Imam iaitu adik NorWafa Binti Abdul Mutalib yang sungguh petah, lancar, berkeyakinan tinggi dan bersemangat sekali membacakan sebuah hadith dan mengulas mengenai hadith dan sedikit sirah Rasulullah S.A.W.

Persembagan dari anak-anak Tadika Nur Ummi. Biasa la budak-budak tadika ni apa lagi kalo tak nyanyi ( lagu nasyid ), tak ikut melodi, lupa lirik dan tak ikut arahan. Itu yang menghiburkan! Mereka memuji dan membesarkan junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. dalam persembahan mereka! I

Satu lagi persembahan dari anak-anak qariah iaitu persembahan/penyampaian Syair yang menceritakan sejarah ringkas mengenai Rsulullah S.A.W. Sorang bersyair dan sorang lagi menceritakan mengenainya. Syair merupakan salah satu hiburan yang sangat diminati pada zaman jahiliah di Makkah dan di zaman Rasulullah S.A.W. Syair-syair yang tersohor hebat digantung di dinding Kaabah untuk tatapan umum. Ramai penyair-penyair yang hebat telah muncul pada zaman ini dan penyair-penyair hebat ini disanjung dan dipuja oleh seluruh masyarakat dari setiap golongan. Melalui syair… golongan bangsawan, pengganas, pelampau, pembenci dan penentang tegar Rasulullah S.A.W. telah mempelekeh, menghina, mengkeji, memburuk-burukkan, memfitnah, menjatuh dan menyatakan segala yang tak baik mengenai Rasulullah S.A.W dan apa yang diseru oleh baginda melalui penyair-penyair hebat mereka. Susahnya kerja dakwah Baginda....

Perembahan dari tadika yang kedua. Hanya dua buah sekolah tadika yang dapat join pada sambutan kali ini. Okey la tu. Yang ni persembahan dari tadika Ceria Bestari. Tengok tu, persembahan nyanyian dari anak-anak ni ada backing vocal dari guru-guru mereka dari belakang. Hee.. heee…

Mengahkiri acara sabutan Maulidurasul pada tahun ini ( sebenarnya tak pernahnya habis kita mengingati dan bersalawat ke atas Rasulullah S.A.W. selagi hayat di kandung badan…. ) ialah acara salawat dan qasidah beramai-ramai yang diketuai oleh Tuan Imam. Hadiah-hadiah yang telah disediakan disampaikan pada semua anak-anak dari sekolah tadika yang mengambil bahagaian dan membuat persembahan. Terima kasih semua. Moga menjadi anak-anak yang kenal Rasulullah S.A.W. Mencintai, menyayangi dan berusaha untuk mengamalkan sunnah-sunnah baginda dan sedia mempertahankan maruah Rasullulah S.A.W. sekiranya dikeji, dihina, difitnah dan dikata yang bukan-bukan oleh musuh-musuh Islam!

Acara penghabisan sebelum tamatnya majlis sambutan….
Apa lagi kalo tak MAKAN! Untuk sekian kalinya acara makan tengahari dalam DULANG untuk semua jemputan menikmatinya. Nasi putih, ayam masak kicap, ayam masak lemak, ulam daun selon dan sambal belacan. Mudah dan ringkas!

Bestnye makan dalam dulang walaupun ramai yang tak suka dengan bebagai alasan.

Alhamdulillah… licin gua belasah! Kendian jilat-jilat sisa makan di hujung jari sebagai mengikut/mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. yang sangat mudah dilakukan tapi masih ramai yang segan nak buat!

Cam ni la lebih kurang majlis sambutan Maulid Nabi kat tempat gua pada tahun ini yang dijaga sedayanya dan bebas dari kemungkaran, percampuran antara muslimin dan muslimat dan lain-lain kemungkaran lagi semasa sambutan memperingati ulangtahun kelahiran/keputeraan insan yang agung dan mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W.


‘’ sesungguhnya memuliakan Rasulullah S.A.W. itu adalah dengan mengikut dan bepegang teguh kepada segala sunnahnya, baik itu perkataan, perbuatan ataupun taqrir
( pembenaran ) baginda’’

15 comments:

Faizal said...

wah sampai sedulang bro hantam ... sadatt ...

j or ji said...

1. gua caya lu
2. kueh kaswi best
3. mana tempah baju melayu?

nge! said...

gayor aku suke lukisan ko dari aku dak kecik lagi...xde ke gmba lukisan ko kt blog ni? xpon kt mane2 ke?

A t i Q a h said...

Bro, masa tengok pak cik pakai jubah putih tu, i ingat itu u..mwahahaha

gayour said...

faizal
rezeki halal dari Allah cheq...tak baik membazir. belasah tanpa ragu-ragu! heh!

j or ji
1- den boleh cayo ko kek kau jang? hee..
2- nasib baik kono lari an kuih kaswi tu, kalo tak habih den belasah sensorang! heh!
3- kek kodai jait baju la jang oi! apo la, tupun tak tau! cantek kan baju melayu den? jeles la tu. cam la den tak tau. harharhar!

meraikan hari keputeraan Rasulullah S.A.W., pakai la yang cantik-cantik. simpan buek apo jang oiii!

nge!
terima kasih kerana meminati karya-karya gua sejak dari zaman purba dulu. cuba encik bukak blog gua ni satu-satu sejak dari mula gua buek blog ni ( sept 2006 ), encik pasti akan bejumpe dengan beberapa kartun oldskool gua. enjoy!

atiqah
InsyAllah, kalo panjang umur gua akan merasa menjadi warga emas yang berambut panjang? cool huh? heh!

MODERATOR said...

melihatkan foto2 ini, makin membuatkan saya respek tabik spring kat Bro' Gayour the Legend Cartoonist. Sebab?

1)Rambut Panjang mengurai Sejibik cam Slash

2)Terer lukis kartun

3)Otai

4)Tak rasa besar diri dan sombong

5)Tahu menyesuaikan diri bila pergi masjlis

6)Sudi bercampur dengan jemaah masjid

7)Tidak lupakan Allah swt dan Nabi saw...serta dengan rendah hati mendekatkan diri kepada Agama.


Ini bukan pujian nak "jek" tapi pandangan ikhlas saya selaku bloggers. Diharap Bro Gayour, rakan2 serta diri saya sendiri sentiasa berada dilandasan yg benar. Sebelum ini saya semata2 mengenali Bro Gayour selaku kartunis senior yang berimej rock. Imej luaran rupanya tidak dapat menggambarkan sifat dalaman.

"Percaya itu penting...tidak percaya habislah kita..."

Serunai Faqir aka SF said...

lu patut panggil kumpulan gua main beb ... hehehhe

gayour said...

moderator
aduuu! jangan la puji gua lebih-lebih. malu rasanye. bukannya hebat manapun bebanding dengan sobat-sobat yang lain seperti encik moderator yang lebih berilmu dan beriman.

serunai fakir
gua tak nak ganggu pengantin baru yang sedang asyik berbulan maduuuu. hehee...

Geneticthylon said...

sedulang licin tu ekau settlekan...
terpegun seminit den tengok licin dulang tu ekau kojokan..

mau register kat slim world? den buleh rekemen kan. hehe

walau apa pun... baju ekau memang striking abeh.

gayour said...

geneticthylon
tu baru sedulang, blum duo dulang laie tu! harharhar! gilo kau! nak mampuih makan sampai duo dulang!

apopun den memang kono rajin besenam skang ni... arghhhh!

babazahra' said...

cis, asyik tunjuk gambar dulang dah licin, menjilat jari, cuba lah buat info sikit kt dalam blog ajak gua datang, boleh gua belasah ayam masak kicap tu, err boleh gua belasah berselawat jugak

blackpurple @ jowopinter said...

Alhamdulillah.

Sebak wak tengok ketulusan bro' di dalam gambar itu. Semangat macam itulah yang kita mahu.

Hehehe!

gayour said...

babazahra
hahaha! sori la bro... den kalo makan memang tak ingat kek orang lain! lauk ikan masinpun jadi. heh!

blackpurple
sementara kesihatan baik yang dipinjamkan Allah dan program cam ni dibuat kat tempat gua... pegi jer la! boleh bersalawat, mengeratkan silaturahim dan MAKQAN dalam dulang! yeahooooo!

isyam143 said...

BAGUS JUGA SAMBUTAN YANG DITERIMA DI TAMAN ENCIK.TETAPI KEBANYAKAN TEMPAT TERUTAMANYA DIBANDAR SEKARANG INI JARANG DIADAKAN MAJLIS-MAJLIS KERAMAIAN SECARA GOTONG-ROYONG.ENCIK BERSETUJU JIKA SAYA KATAKAN BAHAWA NILAI KEJIRANAN SEKARANG INI SEMAKIN PUDAR DAN MENGHILANG.APA-APA PUN SEBELUM AKU MENAMATKAN BICARA TERIMA SEBUAH PANTUN INI
" BUAH SELASIH BUAH MEMPELAM
MARI DI JAMU BERSAMA TEMAN
KITA SEMBAHYANG SEMUANYA BERIMAM
TAPI ADA YANG MENYEMBAH SYAITAN"
RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI TEMANKU.WASALAM!!

gayour said...

isyam143
semangat kejiranan makin hilang kerana kita sendiri yang 'membunuhnya'