Tuesday, March 04, 2008

TUKAR

'' SAYA NAK BUAT PENUKARAN ALAMAT DAN
TEMPAT MENGUNDI LA ENCIK ''

27 SAFAR 1429 HIJRAH - 05 MAC 2008

Agaknye cam ni la ( ANTARA ) jawapan yang akan dibuat, direka, dicipta, dikarang, dikata dan diberi pada rakyat BolehLand yang sah mengundi yang memohon untuk tukar alamat/tempat mengundi pada Pilihan Raya yang ke 12 ni oleh Pengerusi SPR atau juak-juak yang berkenaan bila permohonan tidak diterima/ditolak...

1- Kita tak pernah memberi kebenaran/kelulusan pada mana-mana pihak memacak meja kat mana-mana ( tepi jalan, shooping kompleks…. blablabla… ) dan mendakwa mereka dari SPR. yang menjalankan tugas mendaftar, tukar alamat/tempat mengundi. Penipu tu! Pasal tu la permohonan encik gagal pasal kami tak menerima borang permohonan encik! Apa daa....

2- Kesilapan teknikal yang sangat kritikal! Habih semua fail permohonan hilang tak dapat dikesan! Kritikal sungguh!

3- Semua permohonan dari tahun 2004 hingga tahun 2007 memang ditolak.

4- Walaupun budak/pegawai petugas tu kata semua online, zaman IT canggih giler babi tak ingat… Auta jer tu! Mana ada. Mandai-mandai jer budak tu kata sistem kami online!

5- Pakar IT kami mati!

6- Tu yang duduk kat meja SPR pada tahun 2007 kat mana-mana tu saje kitorang buat. Tu semua part timer. Diorang bukan tau apa. Nampak la kami buat kerje sket. Sayapun boleh claim yang bukan-bukan lebih sikit.

7- Kesilapan teknikal tahap maut pada sistem IT kami.

8- Bukan encik sorang yang memohon tau! Bejuta-juta orang memohon! Kitorang mana cukup kaki tangan, masa nak buat. Fikir la sikit! Giler apa? Gaji dah la sikit!

9- Kitorang memang ada banyak bajet, pasal tu la pacak meja kat mana-mana shooping kompleks dan upah budak-budak partime buat kerje tu. Boleh la masyukkk sket kat kitorang. Bukan nak buat kerje sangat. Nak ‘ rembat ‘ bajet yang ada! Cam ni la carenye. Alaaa… dapat sket jer encik.

10- Technician kami tecurah air sabun seliter suku masa merepair computer. Habih jahanam!

11- Ni pasal budak-budak tu la ni. Diorang tak save fail tu betul-betul. Habih hilang! Bukan permohonan encik saje yang gagal… ramai lagi!

12- Masa tu tetiba elektrik terputus. Blackout! Tak sempat nak save fail permohonan encik. Tu yang hilang.

13- Kesilapan komputer. Bukan kesilapan kami!

14- Hari tu opis kitorang kena banjir kilat. Habih jahanam semua! Tu yang tak dapat kesan permohonan encik tu.

15- Kesilapan teknikal.

16- Mana cukup masa setahun, tiga tahun, empat tahun, dua tahun nak proses permohonan encik walau kami menggunakan teknologi IT tahap dewa punyer canggih! Encik ingat senang ker? Encik ingat encik sorang jer ker yang memohon?

17- Kesilapan juruteknik kami.

18- Bukan permohonan encik saja ditolak, saya yang kerje kat sinipun kene reject permohonan tukar alamat saya oleh Pengerusi SPR! Uuuuu…uuuu…

19- Pegawai yang menerima borang permohonan encik hari tu tetiba jadi gile. Kami tak tau kat mana borang/fail encik tu beliau simpan. Beliau makan agaknya!

20- Stor penyimpana segala data dan fail kami tebakar! Bukan tu saja, ada yang kena makan tikus! Banyak yang rosak!

21- Opis kami ada hantu. Tak berani nak stay lewat malam. Satu malam tu masa proses permohonan encik, mangkuk hayun mana ntah mail to everone email hantu pocong. Tak sempat nak save computer kitorang cabut balik ramai-ramai! Nakot sungguh! Fail encik hilang pada malam tu! Mungkin hantu pocong tu yang delete.

22- Dalam perjalanan pulang, sorang pegawai kami telah diserang dan dimakan buaya. Borang encik tu rasa-rasanya ada kat dalam perut buaya sekarang ni pasal borang encik tu beliau lipat kecik-kecik dan simpan kat kocek depan baju kemeja biru biji kundang beliau masa kejadian tu. Kesian sungguh…

23- Permohonan encik tu kami tolak bukan kerana tak lengkap, tapi pasal tulisan encik buruk walau boleh dibaca. Tulis la cantik-cantik sikit encik. Rajin-rajin la praktis.

24- Hari tu rumah sorang pegawai kami kena pecah masuk pencuri. Kami ingatkan pencuri biasa, rupanye toyol yang pecah masuk mencuri. Habih borang permohonan encik, encik toyol tu rembat sama! Tak ada akal punyer toyol! Beliau ingat duit dalam envelop tu. Gitu la kisahnye encik… Encik percaya tak ni? Saya cerita betul ni encik…

25- Budak-budak yang menerima pemohonan encik tu semua anak-anak buah dan anak-anak kroni saya. Memang diorang tak tau apa. Terima saja borang permohonan encik. Diorang tak ada kerje. Kami plak ada banyak bajet. Tu yang suruh diorang duduk bute tapi dapat gaji/upah. Yang best kami dapat lagi banyakkkkkkk……

26- Kelemahan teknikal tahap siput babi!

27- Anak buah saya yang menerima permohonan encik hari tu tetinggal borang tu masa dating dengan awek dia.

28- Walaupun kami disediakan dengan segala kemudahan teknologi IT tahap dewa maut tak ada tolok bandingan di alam semesta ni, tapi kami hanya terrer buka email, foward email, catting, download yang bukan-bukan, surf yang bukan-bukan, layan myspace... Blog kami tak dibenarkan pasal semua blogers penipu kata kerajaan BolehLand. Pasal tu la permohonan encik tak berjaya.

29- Server kitorang sentiasa down. Hangin sungguh!

30- Tak payah la tukar-tukar tempat mengundi encik. Kalo dekat dengan rumah encik, sapa nak bayar tol, isi minyak… rugi la kerajaan Bolehland!

31- Kelemahan komunikasi antara kami. Sorang kata dah proses, sorang kata jangan, sorang kata boleh blah! Sorang tu kuat mencarut. Huru hara saya encik!

32- Kesilapan teknikal kat Jabatan Bekalan Air hingga menjejaskan mutu kerja kitorang. Apa tak nye, cube encik fikir... encik boleh kerje ker kalo bilik air/tandas tak diflush sepanjang hari? Cane nak buat kerje?

33- Kalo semua tukar tempat mengundi, siapa nak mengundi kat sini encik? Fikir la orang lain gak encik. Jangan la pentingkan diri sendiri.

34- Banjir hari tu… habih semua kerusi, meja, pen, paper klip, kotak tisu, pembaris, computer termasuk borang permohonan encik tenggelam sama. Ada yang hanyut kat sungai Klang dan Sungai Gombak. Ntah-ntah ada yang sampai ke Selat Melaka agaknye.

35- Encik membuat permohonan tapi suka hati kami la nak luluskan atau tak! MUAHMUAHMUAHH!

Ni la ANTARA jawapan yang akan diberi ( ada banyak lagi sebenarnye sebab yang para sobat lebih tahu, arif dan maklum dari gua.... heh! ) pada gua yang terpaksa mengundi agak jauh sket dari rumah kediaman tempat tinggal gua pada Pilihan Raya ke 12 kali ini. Ingatkan nak tukar tempat mengundi kali ni. Dekat dengan rumah. Apa nak buat, hajat tak kesampaian. Sabar jer la banyak-banyak. Hebat sungguh teknologi canggih yang dimiliki oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kita hari ini dalam melayan/memberi perkhidmatan pada rakyat BolehLand. ARGHHHHHHHH!

17 comments:

isyam143 said...

ha!lawak yang rascal camni yang aku minta.tapi kau harus ingat lawak politik,agama,kaum ni tak boleh bawa main-main tau.buatnya kena sound giler kau nak jawab balik.okey gua harap lu teruih menerus memperjuangkan kartun-kartun tanah air yek.(dah tua rupanya ekau yek jang!)

The Maint said...

36.ghambut ekau panjang, lopeh gunting baru leh tuka.
- eleh maleh nak poyie, tompek jauh lak yang jadi sobab banyak la kau punyo cengkadak.
p/s: adun Bayai koba ekau buleh claim kalau balik ngundi....yeargh!

gayour said...

isyam143
yeah! perjuangan yang belum sudah mesti diteruskan di bumi BolehLand ni. harharhar!

the maint
iyo la! pasal tu la den nak tukar tompek ngundi. buek apo poie jauh-jauh jang oiii! dopan ghumah buleh ngundi!

Jorji said...

untuk pertama kali tahun ini den seorang pengundi berdaftar yg sah.

insyallah akan mengundi untuk dun kuala pilah atau juasseh..ko jompol..ontah la.

tapi dah 4 penggal den tak konal dengan wakil rakyat kg tu..memang cilako..mintak bola sebijik pun susah.tak pernah nampak muko!

kali ni den nak bagi pengajaran skit kek dio!

gayour said...

j or ji
humang hai bongih eh lak kau yo jang. kan main eksyen laie kau yo. montang-montang la buleh ngundi kali ni, ekau nak tunjuk samseng yo. syabas! syabas! harharhar! baguih! baguih! biar dio ghaso sikit! ajar jangan tak ajar!

mintak bola yo? koman eh lak aih! mintak la jesi bola sekali. apo la kau jang!

ekau jangan rait lak koteh undi tu. PANGKAH jang, PANGKAH bukan rait. kalou kau rait kiro undi rosak la jang oii!

gayour said...

moderator
moh kito tengok weiii!

Sukatikaulah said...

Tahniah gayour..Den suko write up kau yang ini.bravo!!!

:: Wiween :: said...

heheh satu entry yg besh bro gayour. ape2 pun selamat mengundi yo.;p

gayour said...

sukatikaula
tak nak tulis sebenarnye tapi tertulis plak! sukoatikaula nak suko atau tak jang oii!

wiween
yeah! PANGKAH bukan rait cam cikgu rait buku sekolah murid-murid tu. hehee..

the indie story said...

LIPUTAN TERKINI:

Foto-Foto Perhimpunan Malam Terakhir BARISAN ALTERNATIF Sebelum Hari Mengundi Esok ( Lokasi : TAMAN PERMATA, LEMBAH KERAMAT / Masa : 9.30pm - 12am )

FOTO-FOTO EKSKLUSIF HANYA DARIPADA:

http://theindiestory.blogspot.com

CHECK IT OUT!

blackpurple @ jowopinter said...

Hahaha!

Rasa macam nak jotos kepala peng-kerusi EsPiAr itu......

faizalmukhtar said...

perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata

- BijakPandai.

Sukatikaulah said...

Alhamdulillah....hasil tulisan kau ni gayour...kita telah berjaya mendapat 4 buah negeri untuk di tadbir secara pentadbiran kelantan.takbirrrrr

gayour said...

moderator
terima kasih bro!

blackpurple
tak payah la pancung. tengok kat tv hari tu muka beliau dah cam kena pancung dah punyer la tensen masa buat pengumuman. har fragin har!

faizalmukhtar
jangan banyak cakap, buat kerja lu tu cepat!

sukatikaula
moga Allah sentiasa membantu dalam menjalankan tanggungjawap besar ni.

gayour said...

moderator
terima kasih bro!

blackpurple
tak payah la pancung. tengok kat tv hari tu muka beliau dah cam kena pancung dah punyer la tensen masa buat pengumuman. har fragin har!

faizalmukhtar
jangan banyak cakap, buat kerja lu tu cepat!

sukatikaula
moga Allah sentiasa membantu dalam menjalankan tanggungjawap besar ni.

Anonymous said...

ko org mane ni gayour...
ckp jela trus,nk bselindung plak..
huhu...
eh,nk tnya sket..
xleh ke ko bukukan citer bersama selamanya???
byk koleksi aku ilang da...

gayour said...

anonymous
gua orang Malaysia la! selindung apa plak?
hak menerbitkan cite bersama selamanya tu kepunyaan moy publications.