THE MAKING OF MY BUKU
MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR
13 JAMADILAWAL1429HIJRAH - 19 MEI 2008
Ni la rupe cover yang blum siap lagi susun letaknya.
Sorang sobat bertanya “ kenapa buat atau letak EMOSI kat depan?” Biasanya bende ni letak kat belakang atau tengah. Hah! Tak ada sebab untuk gua ikut susunan/protocol cam tu! Ini buku gua, cara gua. Jadi gua buat cara gua! Gua nak ubah dan gua melakukannya! Memang sengaja gua letakkan bahagia EMOSI kat awal buku kerana tidak perlu membawa pembaca/pelajar trus ‘belajar’. Pada sesetengah orang EMOSI adalah perkara yang paling penting dan mendatangkan ghairah untuk dia melakukan sesuatu seperti mengikuti trus isi buku gua ni. Kerana itu EMOSI gua letakkan kat hadapan. Sama gak dengan MOOD yang biasa diucapkan oleh ramai semasa melakukan tugasan. Dah naik cemuih kita dengar “ gua tak ada mood la nak buat kerja hari ni!” Rasa nak bagi flying kick jer! Tapi masa makan beliau ada mood plak! Patut sangat kena flying kick dengan tumbuk perut! Pengalaman gua sebagai kartunis, “ gua tak ada mood la hari ni “ yang dikata oleh sobat-sobat kartunis yang ‘ kehilangan idea ‘ dah betrilion kali gua dengar! Tak ada MOOD punyer pasal, tak dapat idea dan tak boleh melukis. Itu adalah alasan yang paling jahanam sekali! Sebenarnya bukan tak ada MOOD tapi MALAS! Malas nak mampus!Tengok kat bahagian PERSONALITI tu, gua minta encik Baien tukar susun letaknya.
Bukan semua illustrasi kena buat tone sebagai latarbelakang. Masa mengedit gua melihat setiap mukasurat, memikir dan membayangkan cane rupa susun letak mukasurat ni nanti bila siap nanti. Keputusannya setelah bekerut dahi begitu lama, ada yang kena biarkan kosong dan berdiri dengan kekuatan sendiri seperti bahagaian MIMIK MUKA. Kenapa gua tak tone? Kerana tak nak buat mukasurat ni jadi terlalu berat/serabut pasal dah banyakkkk illustrasi MIMIK MUKA yang bemacam-macam. Jangan serabutkan lagi. Biarkan beliau begitu seperti bunga lalang yang tak tentu arah ditiup oleh angin yang berhembus…
Walaupun banyak illustrasi dalam makasurat ni, tapi dalam laser print reka letak asal yang gua edit ni ia kelihatan tidak ‘ kuat ‘ sekiranya tanpa ditone. Sobat yang bertanya kenapa gua buat EMOSI kat depan berkata “ Banyak illustrasi, ni yang gua suka. Puas tengok!”. Memang gua buat sebanyak-banyaknye illustrasi dalam setiap bahagian untuk memberi kefahaman, maklumat, kepuasan dan keseronokan pada semua yang membeli, membaca dan megikuti buku cara gua ni. Moga melalui illustrasi yang banyak-banyak ni akan mendatangkan minat dan menjadi cabaran untuk siapa saja melukis seperti gua. Bukan tiru cara gua tapi melukis cara sendiri. Guapun suka kalo tengok buku-buku melukis kartun atau komik yang ada banyak illustrasi dalam menerangkan setiap bahagian. Tengok illustrasipun dah best, faham dan seronok! Kerana itu gua buat banyakkkkk illustrasi dalam buku gua ni walau menyakitkan jari-jari. ARGHHHHH!
Menambah teks/artikel memang tidak dapat dielak masa mengedit. Masa ni baru nampak/perasan macam-macam kelemahan, kesalahan dan kekurangan. Yang tu tinggal, yang ni tinggal!
Tidak ada artikel pada illustrasi asal dalam mukasurat ni. Masa megedit gua memasukkan artikel tambahan untuk lebih menguat dan menerangkan apa perlunya kita berseronok masa melukis. Lukis la apa yang kita suka masa membuat latihan, ia pasti seronok. Seperti illustrasi konset metal dan pemain drum yang gua buat ni. Gua melukisnya dengan penuh ghairah dan pastinya seronok tak ingat kerana ini adalah antara yang gua suka/minat! Kerana itu ia bukan saja seronok tapi sangat mudah dibuat tanpa merujuk mana-mana gambar konset dan peralatan. Kenapa mudah dan senang dilukis? Kerana gua suka/minat dengan apa yang gua buat. Semua dalam memori dan kepala hotak gua! Jadi lukis la apa yang korang suka untuk ‘ merasa ‘ keseronokannya.
Dari pengalaman bertemu dengan ramai orang termasuk guru dan ibubapa, gua biasa mendengar kata-kata begini dari mereka, “ anak makcik si angah tu suka/pandai betul melukis kartun”. Gua dah cemuih mendengarnya. Betul. Serius. Gua tak salahkan sesiapa. Kata dan bagi tau la siapapun pandai melukis kartun. Itu hak semua orang untuk berkata. Gua adalah orang yang paling seronok, suka dan bersyukur sekiranya anak/orang itu berilmu pasal kartun. Dengan ilmu, anak/orang itu boleh merakamkan sejarah, menyampaikan mesej dan berdakwah melalui karya-karyanya. Dalam mukasurat ni gua menerangkan mengenai masalah keghairahan bakat-bakat baru melukis kartun. Harap ibubapa, guru, kawan-kawan dan diri sendiri faham akan keutamaan untuk belajar, mencari ILMU dan menjadi berILMU. Selamat belajar melalui buku gua ni dan berusaha la untuk berjaya. Cari la sebanyaknya ILMU dari sumber manapun. Guapun masih belajar, masih banyak kelemahan, kekurangan, tak tahu itu dan ini. Sama seperti buku gua ni yang masih banyak kekurangan, kelemahan...
ini la sedikit sumbangan gua, moga ada kebaikan....

