Sunday, May 18, 2008

THE MAKING

THE MAKING OF MY BUKU
MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR
13 JAMADILAWAL1429H
IJRAH - 19 MEI 2008

Pada yang telah membeli buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua, diucapkan bebanyak terima kasih and thank you babeh! Moga buku gua ni memberi kefahaman, menambahkan minat dan memberi sedikit ILMU dan kebaikkan. Tahun lepas masa gua mengedit buku ni, gua sempat merakamkan beberapa gambo. Saja-saja amik gambo nak simpan sebagai kenangan. Tapi simpan sorang-sorangpun tak best gak… baik share dengan para sobat semua. So, ini la antara gambo yang gua pilih dan masukkan kat blog gua ni. Ada banyak lagi, tapi cukup la yang ni jer. Memang leceh tak ingat proses mengedit ni. Banyak artikel dan illustrasi yang perlu diubah, tukar, alih, buang, campak dan padam. Gua rasa mengedit buku gua lebih payah dari mengedit novel. Termasuk dengan susun letaknya. Banyak yang kena tukar. Syabas dan terima kasih pada tukang reka bentuk encik Baien yang tetekan tak ingat masa buat buku gua ni. Heh! Ayuh... mari menikmatinya....

Ni la rupe cover yang blum siap lagi susun letaknya. Ada dua illustrasi cover yang gua cadangkan. Yang ni dipilih. Ramai sobat yang komplin pasal cover ni, “ Apasal kaki/kasut tu kena potong. Kenapa tak centre. Guna special color tu okey dah tapi kenapa la pilih/gunakan warna silver?” Gua sengeh jer… heh! Masa gua mengedit, semua ni blum siap lagi aa… gua tak tau.


Ni plak adalah illustrasi dan reka letak yang dicadangkan tapi gua reject pasal nampak tak best langsung! Tukar! Tukarrrr! Ini adalah antara lakaran kasar illustrasi yang tidak digunakan dalam buku gua. Ada banyak lagi illustrasi kasar begini yang tidak digunakan. Jangan harap korang akan jumpe illustrasi ni kat bahagian PERALATAN dalam buku gua. Hanya kat blog gua ni jer bleh tengok.

Sorang sobat bertanya “ kenapa buat atau letak EMOSI kat depan?” Biasanya bende ni letak kat belakang atau tengah. Hah! Tak ada sebab untuk gua ikut susunan/protocol cam tu! Ini buku gua, cara gua. Jadi gua buat cara gua! Gua nak ubah dan gua melakukannya! Memang sengaja gua letakkan bahagia EMOSI kat awal buku kerana tidak perlu membawa pembaca/pelajar trus ‘belajar’. Pada sesetengah orang EMOSI adalah perkara yang paling penting dan mendatangkan ghairah untuk dia melakukan sesuatu seperti mengikuti trus isi buku gua ni. Kerana itu EMOSI gua letakkan kat hadapan. Sama gak dengan MOOD yang biasa diucapkan oleh ramai semasa melakukan tugasan. Dah naik cemuih kita dengar “ gua tak ada mood la nak buat kerja hari ni!” Rasa nak bagi flying kick jer! Tapi masa makan beliau ada mood plak! Patut sangat kena flying kick dengan tumbuk perut! Pengalaman gua sebagai kartunis, “ gua tak ada mood la hari ni “ yang dikata oleh sobat-sobat kartunis yang ‘ kehilangan idea ‘ dah betrilion kali gua dengar! Tak ada MOOD punyer pasal, tak dapat idea dan tak boleh melukis. Itu adalah alasan yang paling jahanam sekali! Sebenarnya bukan tak ada MOOD tapi MALAS! Malas nak mampus!
Tengok kat bahagian PERSONALITI tu, gua minta encik Baien tukar susun letaknya.
Masa mengedit baru la gua sedar/perasan banyak bende yang gua tetinggal nak masukkan, yang perlu dibuang, ditambah atau dibuat seperti tone pada setiap illustrasi untuk kelihatan lebih kemas dan ‘ kuat ‘. Tengok tu petak garisan merah yang gua buat untuk ditone sebagai penyokong latarbelakang illustrasi. Gua tengok kosong dan lemah jer setiap mukasurat tanpa tone. Gua percaya ia pasti membantu mencantik dan mempekemaskan lagi susun letak setiap mukasurat. Para sobat boleh tengok hasil kebijaksanaan gua dalam buku ni dan kesabaran encik Baien melayan kerenah gua . Heh!

Bukan semua illustrasi kena buat tone sebagai latarbelakang. Masa mengedit gua melihat setiap mukasurat, memikir dan membayangkan cane rupa susun letak mukasurat ni nanti bila siap nanti. Keputusannya setelah bekerut dahi begitu lama, ada yang kena biarkan kosong dan berdiri dengan kekuatan sendiri seperti bahagaian MIMIK MUKA. Kenapa gua tak tone? Kerana tak nak buat mukasurat ni jadi terlalu berat/serabut pasal dah banyakkkk illustrasi MIMIK MUKA yang bemacam-macam. Jangan serabutkan lagi. Biarkan beliau begitu seperti bunga lalang yang tak tentu arah ditiup oleh angin yang berhembus…

Walaupun banyak illustrasi dalam makasurat ni, tapi dalam laser print reka letak asal yang gua edit ni ia kelihatan tidak ‘ kuat ‘ sekiranya tanpa ditone. Sobat yang bertanya kenapa gua buat EMOSI kat depan berkata “ Banyak illustrasi, ni yang gua suka. Puas tengok!”. Memang gua buat sebanyak-banyaknye illustrasi dalam setiap bahagian untuk memberi kefahaman, maklumat, kepuasan dan keseronokan pada semua yang membeli, membaca dan megikuti buku cara gua ni. Moga melalui illustrasi yang banyak-banyak ni akan mendatangkan minat dan menjadi cabaran untuk siapa saja melukis seperti gua. Bukan tiru cara gua tapi melukis cara sendiri. Guapun suka kalo tengok buku-buku melukis kartun atau komik yang ada banyak illustrasi dalam menerangkan setiap bahagian. Tengok illustrasipun dah best, faham dan seronok! Kerana itu gua buat banyakkkkk illustrasi dalam buku gua ni walau menyakitkan jari-jari. ARGHHHHH!

Menambah teks/artikel memang tidak dapat dielak masa mengedit. Masa ni baru nampak/perasan macam-macam kelemahan, kesalahan dan kekurangan. Yang tu tinggal, yang ni tinggal! Ada saja idea baru yang kuar dan perlu dimasukkan. Masa buat dulu tak ingat plak. Lemah sungguh! Ini la pentingnya mengedit. Banyak benda boleh ditukar, ditambah, diubah, dibuang sebelum dicetak walau masih berlaku kesilapan itu dan ini selepas dicetak! Kita dah berusaha sedayanya untuk membetulkan semua kesilapan masa mengedit tapi ada gak yang telepas pandang sama ada pada gua, editor atau encik tukang reka letak. Itu la kelemahan manusia walau orang kata kesilapan yang tak sepatutnya belaku! Hey! Kita bukan tuhan!

Tidak ada artikel pada illustrasi asal dalam mukasurat ni. Masa megedit gua memasukkan artikel tambahan untuk lebih menguat dan menerangkan apa perlunya kita berseronok masa melukis. Lukis la apa yang kita suka masa membuat latihan, ia pasti seronok. Seperti illustrasi konset metal dan pemain drum yang gua buat ni. Gua melukisnya dengan penuh ghairah dan pastinya seronok tak ingat kerana ini adalah antara yang gua suka/minat! Kerana itu ia bukan saja seronok tapi sangat mudah dibuat tanpa merujuk mana-mana gambar konset dan peralatan. Kenapa mudah dan senang dilukis? Kerana gua suka/minat dengan apa yang gua buat. Semua dalam memori dan kepala hotak gua! Jadi lukis la apa yang korang suka untuk ‘ merasa ‘ keseronokannya. Ada sobat yang komplin, “ apa ni asyik lukis gambar metal jer, buku hapa ni?” Gua nak besikap adil pada diri gua dalam menghasilkan buku ni. Gua nak lukis apa yang gua minat. Itu saja. Pasal tu gua buat beberapa illustrasi mat rock/metal untuk kepuasan diri gua. BUKANKAH MELUKIS KARTUN ADALAH TIDAK PERLU RISAU MENGENAI APA YANG TIDAK BOLEH DIBUAT, TAPI BERSERONOK DENGAN APA YANG BOLEH DIBUAT. Jadi gua berseronok masa melukis dan bukankah buku ini bertajuk MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR?


Dari pengalaman bertemu dengan ramai orang termasuk guru dan ibubapa, gua biasa mendengar kata-kata begini dari mereka, “ anak makcik si angah tu suka/pandai betul melukis kartun”. Gua dah cemuih mendengarnya. Betul. Serius. Gua tak salahkan sesiapa. Kata dan bagi tau la siapapun pandai melukis kartun. Itu hak semua orang untuk berkata. Gua adalah orang yang paling seronok, suka dan bersyukur sekiranya anak/orang itu berilmu pasal kartun. Dengan ilmu, anak/orang itu boleh merakamkan sejarah, menyampaikan mesej dan berdakwah melalui karya-karyanya. Dalam mukasurat ni gua menerangkan mengenai masalah keghairahan bakat-bakat baru melukis kartun. Harap ibubapa, guru, kawan-kawan dan diri sendiri faham akan keutamaan untuk belajar, mencari ILMU dan menjadi berILMU. Selamat belajar melalui buku gua ni dan berusaha la untuk berjaya. Cari la sebanyaknya ILMU dari sumber manapun. Guapun masih belajar, masih banyak kelemahan, kekurangan, tak tahu itu dan ini. Sama seperti buku gua ni yang masih banyak kekurangan, kelemahan...

ini la sedikit sumbangan gua, moga ada kebaikan....


32 comments:

faizalmukhtar said...

ni ada VARIANT COVER dia tak, maknanya cetakan yang direject awal dulu masa aku kat sana? Gua nak yang tu. nak jual kat e-Bay... ngehehe!

gayour said...

faizalmukhtar
yeah! memang ada variant cover yang gua surukkan dari pengetahuan khalayak! nak jual kat e-Bay. ada ker orang nak beli?

Anonymous said...

Ciss! Aku tengah geram ni...takpa bulan depan aku nak turun kl 14june - 18june...aku nak cari buku kau kat kedai mamak..kalau mamak tak jual aku bakar kedai dia ngan mamak mamak tu sekali...

Gayour amacam kalau wa invite loe turun hotel wa kita lepak coffee house sembang sembang....nak tak?

gayour said...

gandum
carik jangan tak carik bagi pueh hati kau!
humang hai! ekau dah kayooo skang yo encik gandum, dah ado hotel sendiri! syabas! kagum! syabas!
tq atas jemputan minum kopi kek hotel lu. insyAllah ada kelapangan gua minum kopi la dengan lu

Jorji said...

apsal rupa paras mat metal banging mesti burok gila? langsung tak hensem..gigi besar kedepan..tapi..hero pulak hensem je..mata bulat besar.
hehe.

Anonymous said...

patut lah dari kecik sampai hari ni wa lukis orang jadik macam kambing, wa baca 3 kali lu tulis ni mampus wa x paham. apa cerita emosi emosi nie nak letak kat depan ke belakang. emosi letak dalam perut lah senang.

Anonymous said...

salam otai rock..gua nak tanya, kenapa brader tak bukak order form kat blog nih, bolehlah orang2 (bukan orang-orangan kat sawah tu) macam gua ni terus order dekat lu..susah la nak dptkan buku ni..order online kan senang..sila buat skrg kalau tak..kalau tak terpaksa la gua turun KL..huhuhu

blackpurple @ jowopinter said...

Wak tak kira. Wak nak jugak!

gayour said...

j or ji
ontah la... denpun poning mikir an eh! tak tau la apasal bilo lukih kartun/gamba mat metal mesti buruk!

babazahra'
elok la ekau tak faham. denpun kadang2 ilang akal gak mikir an berapo ekor la kambing2 tu. ontah la...

reen
tq atas cadangan

blackpurple
ya la wak. wak pegi la cari sampai jumpe!

Anonymous said...

kalau lu nk wa previu buku lu ni, hantar le kat alamat umah gua, alamat gua kat blog gua tu ...heheehehe

N a d i a said...

brader, ada kasut aliph yang cun di blog silverheadbanger.blogspot.com. jgn tak tengok, wokeyy? heheh..

lagi satu, kalo rajin & sudi, sile le plak ke blog rockterusrock.blogspot.com. bleh tolong kutu-kutu rock menyenarai pendekkan 10 solo rock kapak paling tangkap lentok. ;-)

macihhh...

gayour said...

serunai faqir
bagus gak tu

nadia
dulu gua ada satu kasut nike hicut!
riff gitar?
diorang lebih terer nak pilih riff gitar rock/metal mana yang lebih hebat dari gua.

Anonymous said...

WAAAAAHHH!! terujanya aku bila tgk ini buku sulah muncul maaaaaaa...
kaver dia jer dah cukup memancing hati gua. tapi gambar yg betul2 bikin gua teruja mistik ialah gambar brader gayour kena serbu dgn pen dan alat tulih ramai-ramai. semoga bro senang hati dan sihat walafiat :)

gayour said...

vrempire
whoa! encik vrempirepun minat/suke lukis kartun? tahniah!
encik bleh carik kat kedai buku berhampiran atau oder trus online melalui blog gua ni. borang ada kat bawah iklan buku gua tu.
moga encik vrempire gak sihat sejahtera hendaknye.

tq

Anonymous said...

en gayour, bile buku ni ade kt utara perak?? n bpe harganya....nt sng nk kumpul duit,hehe

gayour said...

anonymous
encik bleh tengok kat kedai2 buku utama atau tipun jer alaf 21 dan tanye kat kedai mana yang jual produk alaf ( temasuk buku gua )yang dekat dengan runah encik, supaya senang encik pegi belari atau naik beskal jer. kalo nak tanye melalui emailpun boleh. mereka pasti bleh membantu.

kalo payah sangat, encik bleh oder secara online. borang pesanan online encik bleh dapatkan kat bawah iklan buku gua tu.

buku gua ni berharga RM15.00 sebuah/senaskah

terima kasih

tipun; 03 5511 8820/21
email; alaf@alaf21.com.my
faks; 03 5511 3817
website; www.alaf21.com.my

Anonymous said...

gua bangga cadangan gua di terima, maka terpaksalah gua order buku brader sekarang jugak!!!dah ada order online kan senang..petik je keyboard segalanya settle..hehehe

Yatt said...

Brader... ni permintaan gua yg ke 12 ratus tiga puluh dua...

Suruh la Tuan Haji Hishamuddin tu buat koleksi kartun lu masa era gelihati kt opis Tmn Tun dulu...

gayour said...

reen
terima kasih kerana membeli buku gua...

yatt
gua cuba cari dan kumpul kartun2 oldskool gua tu, tapi banyak yang tak ada dalam simpanan pusat sumber. kalo banyak baru semangat sket nak buat koleksi untuk tatapan semua generasi oldskool dan hari ini menikmatinye.

sayangnye...

azhar said...

HUARGGHHH!!

giler best!..

ni yang nak tgk ni..behind the scene!

best ,,best..

post lagi sketches...etc

gayour said...

azhar
ada banyak sketch, tak ada masalah. nak masukkan dalam blog gua ni yang jadi masalah. ARGHHHHHHHHHH!

en_me said...

ammvoiii, abang gayour ittewww.. lukis lukis kartun, pastu buat buku laa fulakkk.. sonok beb!

gayour said...

en_me
seronok bila buku berjaya diterbitkan tapi lagi seronok kalo ramai yang beli dan ilmu bekembang...

Anonymous said...

sdh order, sdh terima, sdh baca, tq bro..memang best. di sarankan pada sape2 nak mendalami ilmu perkartunan

gayour said...

reen
terima kasih and thank you very much!
itu la sket sumbangan gua pada semua rakyat Malaysia

Anonymous said...

bro, kala ada lapang wa jemput lu datang ke majlis pelancaran novel warga KEPEZI pada 7/6... wa ada bikin serunai dan gendang wooo ari tu hehehe ...
http://serunaifaqir72.blogspot.com/2008/06/jadi-editor-freelance.html#links

ni blog reviu buku n filem gua ...
http://ketikamembaca.blogspot.com/

Anonymous said...

bukan bikin serunai daaa ...bikin konsert rock gendang melayu aaa ..hahaha

nadzunix said...

seriously menarik sangat sangat r bro!

thanks !!!

gayour said...

serunai faqir
sayangnye gua tak dapat datang ke majlis tari menari tu dan tengok lu belasah gendang. kalo tak bleh gua banging sekali. maaf...lain kali dengan izin Allah gua datang.

nadzunix
encik dah beli ker buku gua tu? selamat belajar dan rajin2 la melakar dalam buku sketch. terima kasih, thank you very much and gud nite babeh!

Unknown said...

ciss!!menyampah aku.dahlah dapat royalti tapi sikit pun takde nak belanja kfc.

gayour said...

isyam
hey! mana ada royalti!
...pasal blum dapat lagi.

heh!

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]discount on software for, [url=http://firgonbares.net/]microsoft software students[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] management software price comparison were to buy software
office 2003 oem software [url=http://firgonbares.net/]adobe photoshop cs3 for mac[/url] which is better coreldraw x3 or adobe illustrator
[url=http://firgonbares.net/]buy crm software[/url] real world camera raw with adobe photoshop cs3
[url=http://firgonbares.net/]full software downloads[/url] free purchase software
software to buy with [url=http://firgonbares.net/]buy cracked software[/b]