TOONZ DAY
KOLEJ KOMUNITI SELAYANG
18 MUHARRAM 1430H – 15 JAN 2009
Sekali lagi gua and the geng dijemput ke Kolej Komuniti Selayang. Bukan buat bengkel lukis kartun tapi sebagai tukang tengok, tukang kutuk, komen, maki, hina, peleceh, kata yang bukan-bukan dan segala macam lagi dalam hari terbuka TOONZ DAY pelajar semesta satu dalam kursus animasi. Kali ketiga datang ke sini dan kali kedua dalam program TOONZ DAY ni. Ayuh mari kita kutuk sama-sama tanpa belas!
Kali ni kitorang memenuhi jemputan seramai empat orang yang terdiri dari saudara Niezam, Aguri, Faiz ( digital colourist g3) dan gua ke TOONZ DAY. Masuk jer ke dewan pameran gua dah teruja bila nampak lukisan-lukisan anatomi manusia yang dilukis oleh pelajar-pelajar semesta pertama. Ni dah kira bagus! Tapi signboard yang diorang buat ni amatur sungguh. Tak menarik langsung font yang dibuat. Tak nampak/terserlah imej sebagai kursus kreatif. Agresif la sket oii! Nampak lemah tak bermaya. Tu segala reben mak nenek moyang tu tak payah la. Karut semua tu!
Walau buruk, Faiz dan Aguri ( kanan ) tetap nak begambo gak dengan signboard ni. Lantak korang la!
Keadaan seblum majlis perasmian bermula. Seperti biasa kesesakan lalu lintas melambatkan perjalanan dan ketibaan kitorang. Harap maaf. Dimaklumkan program TOONZ DAY kali ni disusun, dirancang dan dibuat hampir 100% oleh pelajar-pelajar tahun pertama tanpa bantuan dari senior dan pensyarah. Mereka cuma memberi panduan, yang lain buat sendiri. Walau serba kekurangan pengetahuan mengenai pameran, mereka melakukannye! Syabas!
Sorang skinhead naik ke pentas dan memulakan ucapan alu-aluan dalam majlis pembukaan dan meraikan kedatangna kitorang. Wah! Budak skinhead jadi emcee. Ingatkan beliau agresif tapi hancurrrrr! Tegagap-gagap, gementar, gugup dant ak tau apa yang beliau cakap. Aduuuu.... Ni la masalah bila semua tak bersedia, menolak dan nakot nak jadi emcee. Main paksa siapa yang tak benasib baik. Ni jadinya. Budak skinhed ni jadi mangsa. Kesian plak gua tengok beliau. Masa gua diberi peluang becakap, gua tahan beliau dan bagi sket ceramah pada beliau dan semua mengenai pentingnya keyakinan, keberanian dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu tugasan seperti sebagai emcee. Jangan amik mudah. Ni majlis korang, imej kolej kena jaga. Sekain ceramah gua.
Ni sebahagian dari hasil kerja diorang. Kali ni selain dari melukis anatomi, karya-karya yang diorang buat bagak-bagak saiznye. Bagus. Gua suka walau masih amatur. Baru korang ada akal melukis ni senang atau kacang! Bemacam teknik dan media yang diorang gunakan. Lagi sekali, bagus! Kena
Salah satu hasil karya pelajar yang berseronok melukis menggunkan marker sebagai medium warna. Melukis memang untuk berseronok tanpa merasa nakot dengan apa yang tidak boleh kita buat. Pedulikan perasaan tu. Buat ikut rasa dan kepala hotak! Tapi untuk membuat ikut kepala hotak kena belajar dan menjadi berilmu dulu. Baru boleh buat ikut kepala hotak yang berotak!
Masa untuk melawat dan menghina apa yang patut! Apa yang pasti, gua enjoy dengan karya-karya yang dipamerkan oleh pelajar semesta pertama kali ni. Lebih baik dari TOONZ DAY tahun lepas. Lebih agresif, warna warni, banyak dan bagak-bagak. Lebih menarik hati bila diorang dipaksa melukis anatomi manusia dalam silibus diorang. Bagusnye! Belajar dan lukis betul-betul anatomi biarpun ia boleh menyebabkan muntah hijau!
Tak tau apasal pihak pengurusan/pensyarah Kolej Komuniti Selayang suke sangat menjemput team kitorang ( G3 ) sebagai pengkritik dalam program TOONZ DAY diorang pada tahun ni.
Dalam dewan pameran dan tempat hasil kerja pelajar-pelajar dipamerkan. Kali ni tempat pameran agak kacil, sempit dan terhad. Tak cukup kat dalam dewan, ditampal kat luar. Tak kisah la. Ruangan yang sempit cam ni la best buat pameran. Besepah, bereput ruang dan kreatif dalam susun letak bahan pameran. Baru penuh, padat dan tak perlu jalan jauh-jauh. Gua suka cam ni. Bising dan nampak sibuk. Baru happening!
Sedayanye gua melawat dan tengok semua karya yang dipamerkan dan lebih penting memberi kritikan, pandangan, teguran temasuk kutukan pada setiap tempat yang gua singgah. Sempat gak melakar sebagai panduan pada pelajar-pelajar ni cam no nak membuat dan membezakan mimik muka. Antara tugasan utama yang diorang kena buat ialah melukis potret dan mimik muka. Jelas kelemahan ketara pada kedua-dua tugasan ni. Diorang masih tak dapat membezakan perbezaan antara senyum, marah atau ketawa. Sama jer keadaan mimik mukanye. Apa hal? Ni gua tunjukkan cara yang betul….
Aguri yang mempunyai pengetahuan mengenai animasi turut memberi pandangan, kritikan temasuk kutukan pada karya pelajar-pelajar tahun satu ni.
“ Jangan kesian Aguri, belasahhh!”
Round punye round, sampai ke tempat pameran awek ni. “ Sila la tengok dan bagi komen ya brader”, ujar awek ni pada gua sambil tesengeh gumbira dengan hasil karya beliau seblum dikritik. Ya, silakan sengeh-sengeh bila ada peluang kerana….
… gua bukan jenis lembut hati dalam soal lukisan ni. Gua pasti akan kritik, komen, kutuk, hina dan keji sekejamnye tanpa belas! Tengok la muka awek tu kena kutuk… uuu..uuuuu…. Memang semua ada kelemahan, kekurangan. Masih baru, masih belajar, masih tak tahu itu ini. Yeah! Yeahhh! Itu gua tahu. Guapun penah melalui dan merasainya. Apa yang gua maksudkan ialah kesungguhan dalam menghasilkan karya. Boleh tahu/nampak bersungguh atau tidak. Jadi kena bersungguh. Memang susah. Nak jadi hebat kena lalui semua ni wahai cik adik manisss….!
Ni karya yang dipamerkan kat luar/kaki
Ayuh kita ikuti komen dari saudara Aguri dan Faiz mengenai pameran dan tayangan animasi pelajar semesta pertama dan semesta akhir Kolej Komuniti Selayang. Saudara Niezam enggan memberi komen. Apa la!
Komen dari Faiz- Kualiti animasi yang dihasilkan masih berada di peringkat asas.(mengecewakan, huu..huu..)
- Perlu lebih memahami mengenai apa yang ingin dilakukan/dihasilkan.
- Kaji animasi2 lain yang dihasilkan animator professional.
- Perbaiki kualiti lukisan karakter dan latar belakang.
- Pergerakan karakter terlalu kaku, perlukan in-between yang lebih banyak bagi setiap pergerakan karakter supaya pergerakannya lebih lancar dan tidak kelihatan seperti robot(pergerakan robot pun lagi lancar tau!)
- Buat story board bagi setiap animasi yang hendak dihasilkan supaya jalan cerita terancang, masa, suara dan audio bagi setiap plot dalam jalan cerita dapat disusun dengan teratur.
- Warna memainkan peranan penting dalam menghasilkan mood dalam sesebuah animasi, jadi pastikan warna yang digunakan bersesuaian dengan suasana yang ditunjukkan.
- Secara keseluruhannya, saya kecewa sedikit(banyak sebenarnya..) dengan tahap animasi yang dihasilkan kerana saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik lagi daripada animasi yang sedia ada seperti ‘Bola Kampung’. Oleh itu, kalau anda rasa andalah orang yang akan membawa animasi
PAmeran Pelajar Semester 1
komen gua plak
pasal pameran - bagus pasal pelajar semesta satu dah melukis anatomi!
pasal tayangan video/animasi
HANCUR!
harap menjadi makin baik dan berkualiti lepas ni. itu harapan gua.
TOONZ DAY ni telah berlangung pada 05 Zulhijjah 1429 Hijrah - 04 Disember 2008 zaman purba yang lalu.