Thursday, January 15, 2009

TOONZ DAY 2008

TOONZ DAY
KOLEJ KOMUNITI SELAYANG
18 MUHARRAM 1430H – 15 JAN 2009

Sekali lagi gua and the geng dijemput ke Kolej Komuniti Selayang. Bukan buat bengkel lukis kartun tapi sebagai tukang tengok, tukang kutuk, komen, maki, hina, peleceh, kata yang bukan-bukan dan segala macam lagi dalam hari terbuka TOONZ DAY pelajar semesta satu dalam kursus animasi. Kali ketiga datang ke sini dan kali kedua dalam program TOONZ DAY ni. Ayuh mari kita kutuk sama-sama tanpa belas!

Kali ni kitorang memenuhi jemputan seramai empat orang yang terdiri dari saudara Niezam, Aguri, Faiz ( digital colourist g3) dan gua ke TOONZ DAY. Masuk jer ke dewan pameran gua dah teruja bila nampak lukisan-lukisan anatomi manusia yang dilukis oleh pelajar-pelajar semesta pertama. Ni dah kira bagus! Tapi signboard yang diorang buat ni amatur sungguh. Tak menarik langsung font yang dibuat. Tak nampak/terserlah imej sebagai kursus kreatif. Agresif la sket oii! Nampak lemah tak bermaya. Tu segala reben mak nenek moyang tu tak payah la. Karut semua tu!

Walau buruk, Faiz dan Aguri ( kanan ) tetap nak begambo gak dengan signboard ni. Lantak korang la!

Keadaan seblum majlis perasmian bermula. Seperti biasa kesesakan lalu lintas melambatkan perjalanan dan ketibaan kitorang. Harap maaf. Dimaklumkan program TOONZ DAY kali ni disusun, dirancang dan dibuat hampir 100% oleh pelajar-pelajar tahun pertama tanpa bantuan dari senior dan pensyarah. Mereka cuma memberi panduan, yang lain buat sendiri. Walau serba kekurangan pengetahuan mengenai pameran, mereka melakukannye! Syabas!

Sorang skinhead naik ke pentas dan memulakan ucapan alu-aluan dalam majlis pembukaan dan meraikan kedatangna kitorang. Wah! Budak skinhead jadi emcee. Ingatkan beliau agresif tapi hancurrrrr! Tegagap-gagap, gementar, gugup dant ak tau apa yang beliau cakap. Aduuuu.... Ni la masalah bila semua tak bersedia, menolak dan nakot nak jadi emcee. Main paksa siapa yang tak benasib baik. Ni jadinya. Budak skinhed ni jadi mangsa. Kesian plak gua tengok beliau. Masa gua diberi peluang becakap, gua tahan beliau dan bagi sket ceramah pada beliau dan semua mengenai pentingnya keyakinan, keberanian dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu tugasan seperti sebagai emcee. Jangan amik mudah. Ni majlis korang, imej kolej kena jaga. Sekain ceramah gua.

Aguri dan Niezam tenganga kagum atau kondem? Walau banyak kelemahan, kekurangan itu ini, program ni tetap bagus sebagai pendedahan pada pelajar-pelajar. Lebih utama, diorang bersedia untuk dikritik, ditegur dan akan melakukan perubahan pada karya-karya akan datang.

Ni sebahagian dari hasil kerja diorang. Kali ni selain dari melukis anatomi, karya-karya yang diorang buat bagak-bagak saiznye. Bagus. Gua suka walau masih amatur. Baru korang ada akal melukis ni senang atau kacang! Bemacam teknik dan media yang diorang gunakan. Lagi sekali, bagus! Kena cuba try segala macam bahan lukisan yang ada. Baru kita tahu mana rasanye. Susah atau senang, sesuai atau tak dengan kita. Setidaknye kita penah cuba gunakan cakol, pensil, pen, marker, arkilik dan sebagainya. Cam gua lukis kartun. Hampir semua media gua cuba try untuk melukis. Pen, brush, teknikal pen, pen celup. Dah cuba baru gua tahu mana yang sesuai untuk gua dan yang paling best! Jadi ada peluang nak gunakan masa belajar ni, belasah tanpa kesian!

Salah satu hasil karya pelajar yang berseronok melukis menggunkan marker sebagai medium warna. Melukis memang untuk berseronok tanpa merasa nakot dengan apa yang tidak boleh kita buat. Pedulikan perasaan tu. Buat ikut rasa dan kepala hotak! Tapi untuk membuat ikut kepala hotak kena belajar dan menjadi berilmu dulu. Baru boleh buat ikut kepala hotak yang berotak! Ada faham?

Masa untuk melawat dan menghina apa yang patut! Apa yang pasti, gua enjoy dengan karya-karya yang dipamerkan oleh pelajar semesta pertama kali ni. Lebih baik dari TOONZ DAY tahun lepas. Lebih agresif, warna warni, banyak dan bagak-bagak. Lebih menarik hati bila diorang dipaksa melukis anatomi manusia dalam silibus diorang. Bagusnye! Belajar dan lukis betul-betul anatomi biarpun ia boleh menyebabkan muntah hijau!

Tak tau apasal pihak pengurusan/pensyarah Kolej Komuniti Selayang suke sangat menjemput team kitorang ( G3 ) sebagai pengkritik dalam program TOONZ DAY diorang pada tahun ni. InsyAllah, ada kelapangan kitorang datang. Ini gak satu tugasan dan tanggungjawap yang perlu dilaksanakan. Kira sedikit sumbangan pada pelajar-pelajar yang perlukan ilmu dan pendedahan. Apa ada hal. Ilmu yang sedikit ni perlu dikongsi. “ Mu tengok la tu Niezam…hancuss!”

Dalam dewan pameran dan tempat hasil kerja pelajar-pelajar dipamerkan. Kali ni tempat pameran agak kacil, sempit dan terhad. Tak cukup kat dalam dewan, ditampal kat luar. Tak kisah la. Ruangan yang sempit cam ni la best buat pameran. Besepah, bereput ruang dan kreatif dalam susun letak bahan pameran. Baru penuh, padat dan tak perlu jalan jauh-jauh. Gua suka cam ni. Bising dan nampak sibuk. Baru happening!
Salah satu karya anatomi yang gua suka tengok. Usaha yang bagus dari pensyarah dan pelajar. Ini la keutamaan yang perlu difahami, dipelajari dan dikuasai untuk menjadi seorang animator yang hebat! Jangan main-main. Bersungguh la masa belajar.

Sedayanye gua melawat dan tengok semua karya yang dipamerkan dan lebih penting memberi kritikan, pandangan, teguran temasuk kutukan pada setiap tempat yang gua singgah. Sempat gak melakar sebagai panduan pada pelajar-pelajar ni cam no nak membuat dan membezakan mimik muka. Antara tugasan utama yang diorang kena buat ialah melukis potret dan mimik muka. Jelas kelemahan ketara pada kedua-dua tugasan ni. Diorang masih tak dapat membezakan perbezaan antara senyum, marah atau ketawa. Sama jer keadaan mimik mukanye. Apa hal? Ni gua tunjukkan cara yang betul….

Sebahagian dari karya tugasan melukis potret dan ilustrasi yang dipamerkan. Bukan itu saja diorang kena belajar dan lukis anggota tubuh manusia seperti mata, hidung dan lain-lain. Yang pastinye membosankan sekiranya tak minat dengan kursus ni. Semua ni memerlukan minat, kesungguhan dan displin. Bukan main-main. Memang tak jadi dan menyakitkan hati kalo tak minat!

Aguri yang mempunyai pengetahuan mengenai animasi turut memberi pandangan, kritikan temasuk kutukan pada karya pelajar-pelajar tahun satu ni.
“ Jangan kesian Aguri, belasahhh!”

Round punye round, sampai ke tempat pameran awek ni. “ Sila la tengok dan bagi komen ya brader”, ujar awek ni pada gua sambil tesengeh gumbira dengan hasil karya beliau seblum dikritik. Ya, silakan sengeh-sengeh bila ada peluang kerana….

… gua bukan jenis lembut hati dalam soal lukisan ni. Gua pasti akan kritik, komen, kutuk, hina dan keji sekejamnye tanpa belas! Tengok la muka awek tu kena kutuk… uuu..uuuuu…. Memang semua ada kelemahan, kekurangan. Masih baru, masih belajar, masih tak tahu itu ini. Yeah! Yeahhh! Itu gua tahu. Guapun penah melalui dan merasainya. Apa yang gua maksudkan ialah kesungguhan dalam menghasilkan karya. Boleh tahu/nampak bersungguh atau tidak. Jadi kena bersungguh. Memang susah. Nak jadi hebat kena lalui semua ni wahai cik adik manisss….!

Ni karya yang dipamerkan kat luar/kaki lima. Yang ni ada belasah buat abstrak. Entah la. Lantak korang la! Lepas rehat makqan tengahari, kirorang dibawa ke dewan tayangan/ theatre untuk menyaksikan video/animasi yang dibuat oleh pelajar tahun tiga dan empat. Gua ingat pelajar tahun satu ada buat animasi pendek diorang, rupanye blum lagi. Baru belajar asas melukis. Aguri, Faiz dan gua jer yang pegi tengok wayang. Niezam masih enggan meninggalkan dewan pameran kerana banyak bende yang beliau nak share dengan students tu. Gua jangkakan hasil animasi yang kalo tak hebatpun kira boleh dibanggakan la. Tapi harapan tinggal harapan. Gua kecewa dengan karya-karya yang dipersembahkan. Banyak yang syok sendiri! I frust!

Ayuh kita ikuti komen dari saudara Aguri dan Faiz mengenai pameran dan tayangan animasi pelajar semesta pertama dan semesta akhir Kolej Komuniti Selayang. Saudara Niezam enggan memberi komen. Apa la!

Komen dari Faiz

- Kualiti animasi yang dihasilkan masih berada di peringkat asas.(mengecewakan, huu..huu..)
- Perlu lebih memahami mengenai apa yang ingin dilakukan/dihasilkan.
- Kaji animasi2 lain yang dihasilkan animator professional.
- Perbaiki kualiti lukisan karakter dan latar belakang.
- Pergerakan karakter terlalu kaku, perlukan in-between yang lebih banyak bagi setiap pergerakan karakter supaya pergerakannya lebih lancar dan tidak kelihatan seperti robot(pergerakan robot pun lagi lancar tau!)
- Buat story board bagi setiap animasi yang hendak dihasilkan supaya jalan cerita terancang, masa, suara dan audio bagi setiap plot dalam jalan cerita dapat disusun dengan teratur.
- Warna memainkan peranan penting dalam menghasilkan mood dalam sesebuah animasi, jadi pastikan warna yang digunakan bersesuaian dengan suasana yang ditunjukkan.
- Secara keseluruhannya, saya kecewa sedikit(banyak sebenarnya..) dengan tahap animasi yang dihasilkan kerana saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik lagi daripada animasi yang sedia ada seperti ‘Bola Kampung’. Oleh itu, kalau anda rasa andalah orang yang akan membawa animasi Malaysia ke mata dunia, berusahalah dengan serajin-rajinnya dan serajin-rajinnya.Terima Kasih. Akhir kata daripada saya, Jangan biarkan handphone anda diselubungi miss call…

Komen saudara Aguri
PAmeran Pelajar Semester 1

Pameran Toonz Day pelajar-pelajar semester 1… pada pendapat saya… memuaskan… errr… memuaskan dari segi penyediaan bahan projek, assignment dan bahan pameran je. Dari segi komitmen dan kepuasan menghasilkan sesuatu yang mampu buat kitorang teruja… masih tak nampak lagi. Tapi… sekurang-kurangnya para pelajar berjaya didedahkan skit tentang pembuatan animasi bermula dari penyediaan karakter, pergerakan, cerita (storyboard), model prop dan rekaan latarbelakang. Diharap dengan pendedahan asas tu dapat diperluaskan lagi dengan usaha pelajar itu sendiri. Bukan tunggu disuap dulu… lepas tu buat je.

Perlu diingatkan… belajar ketika waktu pembelajaran di dalam kelas… masih tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu menguasai apa yang dipelajari. Misalnya penggunaan perisian yang bersesuaian, teknik penyediaan grafik termasuk penggunaan kepelbagaian kesan khas dan juga kreativiti perlu diberi perhatian. Amalkan melakukan rujukan ( seperti buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR ), research dan pemerhatian samada melalui media cetak atau media digital… walaupun tidak disuruh sesiapa pun. Sejarah dan asal-usul juga amat penting malah boleh dijadikan sebagai panduan untuk menjadi seorang animator atau penganimasi.

TAYANGAN VIDEO

Kalau saya la –kan jadi tukang bagi markah kat diorang… saya bagi tahap asal boleh lulus je... atau asal bleh lepas utk dapat sijil je… urghh!

Serius saya katakan… amat tidak memuaskan lebih-lebih lagi tayangan video yang tidak menarik perhatian saya langsung walau sedikit pun. Senario sebegitu biasanya berlaku apabila para pelajar kurang peka tentang kerja-kerja pembikinan, pembuatan dan penyuntingan video yang sepatutnya. Anda belajar di sebuah institusi pendidikan tinggi… bukan belajar sendiri di rumah. Malah… mereka2 yang belajar sendiri pun lebih baik hasilnya dari yang saya tonton tempoh hari. Maaf sekiranya penyataan saya agak kasar sedikit… tetapi itulah hakikat sebenarnya. Kita belajar dari pengalaman -kannn...

Projek animasi STOPMOTION tu juga sungguh tidak memuaskan kerana tidak menampakkan kesungguhan para pelajar menghasilkan karya yang boleh dibanggakan. 15% animasi dan selebihnya lakonan para pelajar semata-mata seolah-olah hanya ingin melangkau proses remeh-temeh penyediaan frame dan menijmatkan masa pembikinan animasi tu je. Walaupun anda merasakan diri anda seorang amatur atau baru nak berjinak-jinak dalam industri tersebut… itu bukan alasan yang boleh diterima-pakai. Belajar selama 2 tahun - 4 semester… setakat itu sahaja pencapaian yang boleh dipamerkan. Mengecewakan!

Sebagai seorang animator atau penganimasi, komitmen dan kesabaran amat penting dalam menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh sesiapa sahaja melihat hasil kerja kita. Banyakkan rujukan, pelbagaikan bahan bacaan dan media tontonan dan yang paling penting adalah MINAT dan semangat untuk menghasilkan karya animasi mesti ada… bukan sekadar mendapatkan sijil je. Tidak kiralah animasi tradisional 2D, digital interaktif 3D mahupun kaedah stopmotion sekalipun. Lagi sekali diingatkan, MINAT ITU WAJIB!

Akhir kata… kalau ada perasaan TERPAKSA… terpaksa belajar ambik kursus animasi… dan sekadar nak cukup syarat dapat sijil… cepat2 la tukar kursus lain. Itu nasihat saya kepada bakal-bakal pelajar bidang animasi akan datang.


komen gua plak

pasal pameran - bagus pasal pelajar semesta satu dah melukis anatomi!

pasal tayangan video/animasi
HANCUR!

harap menjadi makin baik dan berkualiti lepas ni. itu harapan gua.

TOONZ DAY ni telah berlangung pada 05 Zulhijjah 1429 Hijrah - 04 Disember 2008 zaman purba yang lalu.

47 comments:

KELAM TERANG BULAN said...

tu la gunanya orang macam lu...ajar@beri la ilmu2 yang sepatutnya untuk diorang yg masih baru..tapi memang signboard yg awal tu tak mengancam langsung...hancusss

Anonymous said...

huhu.den blaja guno 3ds max sem 3 lopeh buek animation.itu pun buek animation themed advertising yang kalo ikut an,den memang guno skill basic.takdo handa mano pun.taun ni den amek laie subjek digital media(yang mano akan buek animation lobih kompleks,lobih lamo,lobih gilo rendering eh).huhu.mako, ado lah chance nk explore lobih dalam,develop idea lobih mantap lopeh ni.

apo2 pun animation bukan cikai punyo production,den pun bagai nak pitam render siang malam,smooth an motion model 3d,huhu.upin dan ipin tu ikut an memang olahan 3dsmax yang bukan calang2.huhu.but practice makes perfect.

eddie dewanaga said...

tanggung jawab sosial tu...

mendidik masyarakat tentang kartun.

gayour said...

kelam terang bulan
gua tak terer pasal animasi. gua hanya terer kalo pasal komen, kutuk, hina dan peleceh pasal perkara paling asas iaitu - lukisan.

lutfie
whoa! best la kau belaja animasi. dah belaja baru tahu sonang atau susah nak mampus!
animator adalah satu kerjaya profesional, tapi masih ramai ibubapa yang akan berkata " animasi, kartun? tak payah la belajar/amik kursus tu. mengarut! tak ada masa depan!" bila anaknye berkata nak amik kursus animasi walau mereka (ibubapa) bedarah idung menonton kehebatan filem animasi 3D!

eddie dewanaga
ilmu tak banyak mana. ada la sket2 kalo nak kutuk orang.

heh!

4630AC D said...

entah kenapa semalam sy mimpi beli koleksi bersama selamanya jilid 3. da kuar belum boss?

Q said...

apo ceghito taun lopeh lak nie... nie 2009.... tapi elok la ko sokong and support and bagi nasihat kek budak budak tu... x macam ko dulu kan... susah nak caghik oghang support kan... yang sceptical tu bersepah la....

gayour said...

HAFIZ
koleksi bersama selamanya vol 3 dah kuar? mimpi jadi kenyataan.
whoa! kat mana lu jumpe/beli, guapun nak beli oi!

Q
pasal kutuk mengutuk memang den tak lopeh peluang. kono plak dijomput untuk mengutuk. harharhar!

ekau kalo nak den kutuk lukisan kau, kau bagi la den tengok.

Johan said...

Salammm... tumpang lalu. saya budak baru belajar nak melukis.. Tak tau camne tiba-tiba je terbabas masuk kat dalam blog brader ni. Sila beri tunjuk ajar ye brader Gayour.. hehehe..

gayour said...

johan
timo kasih sudi singgah ke blog den.
ekau suko/boleh melukih, nak belaja melukih? kalo lukih kartun tu insyAllah, buleh la den tengok an sikit2.
kalo ekau nak belaja lukih katun, boleh dapek an buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR, lopeh tu tunjuk an kek den apo yang kau lukih. baru buleh kutuk!

selamat melukih katun jang!

Q said...

nanti den anta...

gayour said...

Q
nanti den kutuk!

haha!

4630AC D said...

haha.
Boss,MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR tu boleh dapat kat ne?
xpernah nmpak pun kt kedai. online je ke?

gayour said...

HAFIZ
ada kat kedai2 yang menjual buku alaf 21. kalo encik nak tau kedai mana yang dekat dengan rumah encik yang jual, sila layari laman web alaf

www.alaf21.com.my

atau emel ke alaf dan tanye kat mana ada jual buku gua tu.

alaf@alaf21.com.my

tq

mangkuk statik said...

Gua bacer katun lu maser zaman belum datang haid lagi dan gua ingat lu mat pit maner ntah. Sekor2 selebriti zaman tu masuk sekolah dadah; jamal abdillah, salem etc (tak ingat dah den). Gua tak nampak namer lu, wa ingat lu dah mati OD bawah jambatan maner ntah.
Sekarang biler gua dah tua (pon belum datang haid lagi!!) gua bersyukur nampak lu lam, blog ni, sehat wal-kereta-fiat dok ngajar bebudak ni.
Tahniah, teruskan usaha anda dan Keep on rockin bro!

Dr. Bentara said...

Bro,

katalah gua nak rilis demo DIY dan nak mintak lu lukis cover demo tu... berapakah bayarannya?

Ki To said...

Askom sifu Gayour......Sihat?Takpe ke saya panggil abg sifu...?Sifu can i be your student.Saya nak tanya sikit pasal nak buat karikatur lah abg sifu.Bleh tak?Saya sebenarnya nak lukis karikatur tuh boleh.Potret pun boleh.Tapi satu je yang mengganggu saya abg sifu.Saya ni lukis jenis pakai mood je.Kalau saya pakai jer mood lukisan saya mesti menjadi.Itu pun lama gak nak amik masa beberapa jam.Karya yang pernah menjadi pun boleh kira dengan jari.Adalah dalam 6 camtu.Jadi saya nak berlajar denagn abg sifu untuk buat karikatur boleh?Bukannya apa,sambil tu boleh saya cari duit nak beli barang sekolah.Saya harap abg guru terima saya sebagai anak murid?

ajie said...

okla tu pakcik gayo...bleh share ilmu2 ni..jenis tak lokek..baguih2..heheh

gayour said...

mangkuk statik
dah tua bangka masih blum haid lagi? bagi gua tumbuk perut lu sekali, gerenti lu dapat merasai pengalaman haid pertama.

tq kerana penah meminati karya2 gua sejak dari zaman purba dulu.

abang ben
tak tau cane nak letak harga tapi gua boleh melukis tanpa bayaran untuk abe ben.

pungguk
waalaikumsalam
tunggu ada mood baru bleh melukis? kalo setahun tak ada mood, setahun la rugi dan sia-sia tanpa melukis. memang lu nak kena tumbuk perut! itu semua alasan. yang benarnye MALAS.
untuk menjadi seorang pelukis karikatur dan potret yang baik, hebat dan berkualiti, lu kena dan WAJIB belajar melukis anatomi manusia dan menguasainya. belajar betul-betul, baru boleh berkata " gua faham boleh melukis karikatur atau potret".
kita kena jujur dan bertanggungjawap dengan apa yang kita buat. jadi la seorang kartunis, pelukis karikatur/potret atau pembuat apam balik yang berILMU.

ajie
ilmu tak banyak mana bro.

gayour said...

mangkuk statik
dah tua bangka masih blum haid lagi? bagi gua tumbuk perut lu sekali, gerenti lu dapat merasai pengalaman haid pertama.

tq kerana penah meminati karya2 gua sejak dari zaman purba dulu.

abang ben
tak tau cane nak letak harga tapi gua boleh melukis tanpa bayaran untuk abe ben.

pungguk
waalaikumsalam
tunggu ada mood baru bleh melukis? kalo setahun tak ada mood, setahun la rugi dan sia-sia tanpa melukis. memang lu nak kena tumbuk perut! itu semua alasan. yang benarnye MALAS.
untuk menjadi seorang pelukis karikatur dan potret yang baik, hebat dan berkualiti, lu kena dan WAJIB belajar melukis anatomi manusia dan menguasainya. belajar betul-betul, baru boleh berkata " gua faham boleh melukis karikatur atau potret".
kita kena jujur dan bertanggungjawap dengan apa yang kita buat. jadi la seorang kartunis, pelukis karikatur/potret atau pembuat apam balik yang berILMU.

ajie
ilmu tak banyak mana bro.

guapunyahal said...

yo.. mana ang pao gua?

Q said...

jap... kek mano den nak anta

gayour said...

guapunyahal
ang pow?
tu lupunyahal!

Q
ekau tampal yo kek blog kau. ghamai orang buleh tengok. ghamai yang buleh kutuk!

Izariza said...

Saudara,

Seronok lak baca entry ni .. rasa macam saya ikut serta sekali :D
Itulah . bagi yang tak tahu .. mungkin mereka anggap nak melukis ni boleh main hentam aje .. padahal setiap inci harus disertai ilmu..

Salam 2009 dari teratak baru saya :)

gayour said...

izariza
tq sudi singgah ke blog gua.
tak semestinya kita kena jadi pelukis, kartunis blablabla... sekiranya kita tahu. kita boleh jadi ejen penyebar maklumat. yang penting maklumat dan ilmu bekembang. tapi kalo belajar, tahu dan menjadi seorang kartunis yang berilmu dan bertanggungjawap lagi baik untuk pekembangan industri kartun/komik tanahair.

RockSportS said...

Gayour,
gua baru nampak blog lu..dulu gua rajin jugak karton lu tapi sekarang dah kurang banyak la...maklumlah dah sibuk heheee...

Ahmad Salman said...

Hallo Bro, gua selalu tengok blog Bro..sebab gua mahu tahu tentang perkembangan Bro dan team g3..haha..sebab gua suka sangat g3. Tiap-tiap bulan gua beli. NI Bro, gua mahu tanya, pasal erk..masa gua nak melukis, gua tak tahu nak melukis apa..dan masa melukis hanya sekadar bersahaja, memang K.O dan tak pernah menjadi O.K.. gua pun bukan pandai sangat melukis, setakat tiru di buku2 di majalah2 dan dimana saja yang ada gaabr kartun. Lagipun sekarang ni, gua telah dikepung seorang perempuan. Dia suruh gua buat design di dinding TASKA. Dia suh gua melukis dan mewarna sekali. gua mana pandai melukis, kalu melukis gitu2 pandai la. dan gua paling pandai melukis bila tiru. Tolong la Bro. "Sesungguhnya Bro seorang yang pandai melukis, curahkanlah sedikit-sebanyak ilmu yang bro ada kepada orang-orang yang tak berapa pandai dan KURENNNNNNNNNNNNNNN ilmu dalma seni melukis ini" dari surah GayourRambutMacam Ellicat...kah6..

gayour said...

rockspots
terima kasih kerana pernah memainati karya2.itu dah cukup baik.
tq

ahmadsalman
meniru adalah cara paling mudah untuk kita belagak dan dakwa pandai/tahu melukis. jadi truskan meniru mana2 kartun yang diminati sebagai LATIHAN untuk menjadi mahir dan berseronoklah masa melukis.

Q said...

aha.... den ado satu tompek baik punya.... apo kato den lotak kek blog galeri ko.... lagipun galeri ko pun kosong lagi kan hahahahahaha...

gayour said...

Q
GALERI den? elok kau bukak galeri kau sendiri. sumbek an kartun2 kau kek situ.

bilo la agak eh galeri den tu nak berisi. ghamai yang marah nunggu eh. ontah la jang.

Ki To said...

Thank kayu abg sifu.Wk lu jangan lah sampai perut ambo terburai dah.Macam ner abg sifu leh tau saya malas?waklu terer gile sifu ni.TAbik spring puluh belas ratus.Ambo akan cuba membuang sifat-sifat maleh yang telah lama bersemadi di dlm jiwa ambo guruku dan menjadi penjual apam balik yang berjaya dan disegani oleh masyarakat dunia hari ini.Arigato haet.Tahnk you,sawadikap kapkap.

azhar said...

lamadah tak masuk blog otai komik kartun malaysia nih..

bz keje banget!

WAHHHH!!!
cayalah bro gayour!..kelua masuk univeristi kolej..makin lama makin muda cam budak kolej pon ada brader gayour nih..

keep up the good work!

pastikan ramai remaja belia kita ni minat pada seni komik kartun tempatan..

bro gayour rock as usual!

gayour said...

pungguk
guapun kadang2 malas nak mampus. tu biasa sebagai manusia. tapi jangan layan sangat! bagi sedas penumbuk kat perut sendiri kalo malas memanjang!

azhar
sikit sumbangan gua pada budak2 sekolah tu. apa sangat la.

bukan saja minat tapi faham dan berILMU pasal kartun, animasi atau komik.

Q said...

itu la... kiro den tolong la isi skit dari kosong yo... agak agak lawa den ngaku la den punyo... kok kono kutuk den kobar la lu punyo... hahahahaha

gayour said...

Q
best gak ideo dan kepalo hotak bejambul kau tu.

Q said...

den anggap tu sebagai pujian la.... timo kasih...

gayour said...

Q
samo-samo!

Ki To said...

Sifu,kritik saya punya karya.Apa kekurangan artwork saya...Bleh?

gayour said...

pungguk
tengok dulu baru kutuk atau kutuk siap-siap baru tengok?

Anonymous said...

Manusia yang ikhlas berkongsi ilmu Tuhan sayang.
Kan?

gayour said...

blackpurple
bukan senang nak ikhlas dalam semua perkara wak. yang pasti gua ikhlas masa marah, mengutuk, menghina, memaki dan mencarut kat orang!

moga Allah sentiasa membantu gua.

kalo wak ada ilmu terbang, boleh ghaib atau kebal, ajar la sket. jangan la kedekut wak. heh!

Ki To said...

Yo lah tu sifu.....hambameminati sifu punya artwork iaitu naga berapi?Lawak gak....Sifu blaja kat mana lawak2 camtu?sifu gi betapa ke kat pergunungan Uganda?Hee..Heee.....

hans said...

bestlah pakcik oit...
leh pergi jalan merata...

gayour said...

pungguk
makin lama kita melukis, menjadi makin mahir dan faham dengan apa yang kita buat. begitu gak dengan pekerjaan lain.
jadi trus melukis....

hans
seronok tapi penatttttt! ARGHHH!

Ki To said...

Thank you sifu,ambo akan mengingati pesan mu..

AIZAT BARON said...

pakcik gayour
rambut bila nak potong
heh heh heh

gua support blakng pakcik gayour!!!!

gayour said...

pungguk
jangan hanya ingat tapi BUAT!

aizat baron
sampai masanye nanti gua potong la. bila gua dah potong rambut nanti orang akan kata " eh sayangnye! kenapa potong rambut?"

tq atas sokongan encik!

pandan said...

assalamualaikum Yo!!Gua saja lalu nak tengok perkembangan lu...kira lu dah jadik blogger tegar ni...cerita pasal metal la pulak Gayo..mekasih!gua tumpang lalu...