Monday, February 09, 2009

YA BETUL! BETUL! BETULLL!

LES' COPAQUE
14 SAFAR 1430H - 10FEB 2009

Tahun lepas masa kat program Visual Communication Kolej Komuniti kat Kepala Batas, Pulau Pinang, hanya sempat amik gambo dengan geng Les’ Copaque. Tak sempat nak sembang-sembang dan join dalam sesi diorang bersama pelajar dalam program tu. Tak apa, tak kisah pasal department kitorang ( ilustrasi ) dijemput untuk melawat ke Studio LES’ COPAQUE yang begitu gah dan popular dengan siri animasi UPIN dan IPIN nya yang telah menawan hati dan mempersonakan jutaan rakyat BolehLand dengan hanya tayangan selama LIMA MINIT pada bulan Ramadhan yang lalu! Biasa pelawat budak sekolah dan segala macam persatuan, pertubuhan yang datang melawat kitorang, kali ni kitorang plak membuat rombongan pegi melawat. Yeahoooo!

Tu tengok betul-betul. Gua amik gambo betul-betul kat bawah signboard studio Les’ Copaque seblum masuk ke pejabat/studio diorang. An Animation Company LES’ COPAQUE Productions Sdn.Bhd – MSC Malaysia Status Company.

Masuk jer gua trus melilau tak tau nak amik gambo kat mana dulu. Sana ker, sini ker. Amik gambo kat standee GENG ni dulu la dengan Tuan Haji Brader YO.

Sesi penerangan oleh saudara Mohd Zarin ( lead render artist ) mengenai segala yang bekaitan dengan Les’ Copaque dan menjawap pertanyaan yang tak ada akal dari kitorang. Harharhar! Rasakan. Cam tu la rasanye bila ditanya oleh pelawat yang datang melawat ke department kitorang. Tanyo ontah apo-apo ntah! Diorang datang tanpa buat sedikit penyelidikan mengenai syarikat atau apa yang diterbitkan olah Karangkraf. Ada yang tanye cam ni,“ ni karangkraf yang buat kraf tangan tu ke?” Cam tu la lebih kurang pemahaman ramai pelawat mengenai penerbitan Karangkraf. Ontah la jang! Masa ni gak kitorang dipesembahkan dengan tayangan siri-siri animasi Ipin dan Upin, iklan koprat Upin dan Ipin, projek khas khidmat sosial temasuk preview filem GENG. Gua teruja menyaksikannya!. Nak tanye sket brader… “ apo makna Les’ Copaque. Kenapa Les’Copaque?”

Les’ Copaque adalah dalam slang/bahasa Perancis. Lebih global bunyinya. Kerana itu dipilih/digunakan Les’ Copaque. Kalo dalam bahasa broken kita ia berbunyi LAST KOPEK. Last kopek yang kita faham bermaksud PELUANG TERAKHIR dalam permainan atau PERCUBAAN TERAKHIR. Seperti kalo gagal mengkerate tulang keting lembu tu, habih la kena pijak-pijak!. Mereka menggunakan Les’ Copaque sebagai peluang terahir dalam penerbitan animasi dan KABOMMM! tercipta la sejarah! Lepas ni kalo korang pegi melawat atau jumpe diorang kat mana-mana, tak payah la tanye "apa makna les' copaque!". Gua dah bagi tau kat sini! Tanye la yang lain plak. Leceh!

Masa sesi panas soal jawap, tetiba muncul encik yang pemegang watak suara UPIN dan IPIN. Sapa ya nama adik ni? Lemah minda tul. Ni la dia orangnye yang suaranye digunakan untuk KEDUA-DUA watak Ipin dan Upin. Yeah! DUA-DUA watak tu menggunakan suara orang yang sama. Jangan tak caya dan buat-buat tekezut plak! Dari segi teknikal, ada kelainan sedikit sebenarnya pada tonenasi suara kedua watak tu. Gua tangkap dan paksa beliau amik gambo!

Antara hadiah, anugerah, piala, pingat, model karakter, pinggan, mangkuk, cawan yang menghiasi ruang reception diorang untuk ditengok, dibelek dan diamik gambo oleh pelawat.

Bukti pencapaian hebat diorang selama ini dalam penerbitan animasi tanahair. Boleh la tengok semua bende ni kalo korang bepeluang datang ke sini.

Setelah begaduh dan tak puas hati dengan jawapan, sesi soal jawap terpaksa ditamatkan untuk mengelakkan pergaduhan lebih besar. Masa untuk melawat ke setiap bahagian/department dalam proses menyiapkan sesebuah siri animasi. Tempat petama ialah studio rakaman untuk rakaman suara pelakon dan membuat kesan khas. Kat sini la semua pasal rakaman dibuat. Peralatan yang paling minimum digunakan dalam proses rakaman. Ni dia komputer dan mixer yang digunakan. Untuk efek, diorang gunakan software after effect, buat efek sendiri atau masuk hutan untuk merakamkan bunyi beruk, monyet, babi, cengkerik, bunyi burung hantu, bunyi perut kena tumbuk, bunyi itik kena sepak, suara kaldai, ombak menghempas batu, bunyi air hujan kat zink, angin ribut, kocakan ikan puyu dan lain-lain mengikut keperluan. Best gak dept n!

Setelah boring kat studio rakaman, kitorang dibawak ke studio animator buat kerje diorang. Ada beberapa bahagian/tugasan tertentu kat sini. Bukan semua belasah buat semua bende. Ada bahagian masing-masing dalam proses menyiapkan sesebuah animasi. Mula-mula kitorang dibawa ke bahagian tukang buat storyboard ( papan cerita ) dan penerangan mengenainya. Ini adalah bahagian paling penting dalam proses awal membuat animasi selain skrip dan lakaran konsep. Papan cerita adalah perancangan awal dan panduan untuk proses setrusnya. Baru perjalanan cerita cantik dan menarik. Tak la huru hara cam filem kita skang ni. Kebanyakan pengarah filem kita tak pentingkan atau buat storyboard langsung dalam proses pembikinan filem diorang. Main belasah ikut kepala lutut. Tu yang huru hara filem diorang!

Yang ni plak adalah bahagian wire frame modeler yang mencipta, membentuk dan mengemaskan sesuatu karakter. Tak kira karakter manusia, binatang, hantu setan, robot, alien atau apapun. Setiap bahagian seperti rambut, warna rambut, warna kulit, bentuk muka, bentuk badan dan semua yang bekaitan, diorang ni la yang buat. Tengok tu, encik ni sedang eksyen tunjuk kebolehan beliau membentuk karakter dengan teknik wire frame modeler.

Ni la dia bahagian dan orang yang digelar animator 3D ( 3 dimensi ) yang bertanggungjawap dalam proses “ mengerakkan “ karakter berpandukan papan cerita dan rakaman lakonan dan asas rendering. Apa ke bende rendering tu? Susah gua nak terangkan pasal kalo gua terangkan nampak cam terer plak, pada hal gua sangat naïf pasal animasi ni. So kalo korang melawat atau jumpe geng Les’ Copaque ni boleh la tanye soalan betaraf tinggi ni. Proses rendering ni diorang tak buat kat studio diorang kerana kebanyakan babak dalam GENG tak mampu dirender menggunakan computer biasa. Proses render ni hampir 70% dibuat kat render farm di MIMOS (The Malaysian Institute of Microelectronic Systems ) dibawah Malaysian KnowledgeGRID yang menjalankan proses pembangunan dan kaji selidik ( R&D ) Grid Computing.

Proses rendering memerlukan komputer/server yang berkuasa super power giler! So… jangan ingat buat animasi ni mudah, senang, kacang. Silap besar. Kalo kat Pixar Animation yang buat Bugs Life, Cars, Monster Inc, Finding Nemo, Incredible, Wall E dan segala macam lagi filem animasi yang membuatkan korang menangis dan bedarah idung, server diorang dah tahap gedabak mega superpower!

Bila dinamakan animasi, mesti ada pergerakan dan suara ( bunyi-bunyian). Ni la lebih dan menariknye animasi. Ada suara, ada pergerakan, ada kesan khas dan ada lagu. Kitorang dibawak betemu dengan encik Mohamed Azfaren ( composer ) yang bertanggungjawap mencipta lagu/muzik tema dan background muzik untuk animasi Upin & Ipin dan juga untuk filen GENG.

Seperti kat studio rakaman tadi, beliau hanya menggunakan sebuah keyboard dan computer untuk melakukannya! Hebat! Tengok tu. Ringkas jer peralatan yang digunakan. Jangan konpius antara keyboard komputer dengan keyboard untuk buat lagu. Kitorang gak dipertonton/diperdengarkan dengan soundtrack untuk filem GENG. Beliau gak menerangkan serba sket pasal proses muzik dan lagu-lagu ni. Terima kasih.

Habih dah semua department kitorang lawat. Penat dah bediri lama-lama. Biasa la kalo melawat. Rasakan! Terima kasih semua. Habih melawat, kitorang dibawak ke tempat lawatan terakhir iaitu ke kedai cenderahati Les’ Copaque. Pada korang yang datang melawat, jangan lupa singgah ke kedai cenderahati ni. Tak belipun tak apa. Sengeh sebgehpun dah kira okey dah. Takpun amik gambo.

Apa yang ada kat sini? Walau tak ada macam-macam cam kat pasaraya, kat sini ada tshirt Upin & Ipin, beg gambo Upin & Ipin, button badge karakter siri Upin & Ipin, mug nak minum kopi Tongkat Ali, poster dan poskad. Pada yang tak puas hati tengok animasi Upin & Ipin kat tv selama lima minit pada bulan Ramadhan dulu boleh dapatkan DVD atau VCD lengkap siri Upin & Ipin sebagai koleksi. VCD ada, DVDpun ada. Tak payah la tanye, “ DVD tak ada ker? “. Korang tengok la sampai jahanam player korang!

Seblum menamatkan sesi lawatan, kitorang diminta melukis sebagai tanpa ingatan penah datang ke sini.

Ni gua posing kat depan/bawah/tepi jalan bangunan pejabat/studio Les’ Copaque. Nampak mascot katak kuning kat atas tempurung tu? Kenapa katak, apa simboliknye? Soalan ni korang boleh tanye sendiri kalo tak tau nak tanye apa walau gua nak bagi tau kenapa. Ia dari peribahasa “ seperti katak di bawah tempurung ”. Tapi katak kuning tu kat atas/luar tempurung. Ready to rock the world babeh! Tak faham? Lantak korang la!

Sesi lawatan berakhir betul-betul time makqan tengahari. Cantekkkk! Pada pelawat dan siapa yang datang, boleh menjamu selera kat Restoran GENG ‘S CORNER kat sebelah studio Les’ Copaque. Tengok la encik Padi tu. Kalo pasal makqan, beliau memang pantas, cekap dan tidak membuang masa.

“ Ya Allah ya tuhan kami, berkatilah rezeki yang kau berikan pada kami dan jauhilah kami dari azab api neraka. Amin”. Makqan timeeee! Nampak boy pelayan ber t shirt putih yang berdiri cekak pinggang tu? Beliau bukan boy pelayan ya. Untuk makluman semua, beliau adalah tukang kuar duit/ penerbit/pengarah urusan Les’Copaque Productions Sdn.Bhd., Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi. Seorang usahawan bumiputra yang zero pasal animasi tapi berani dan yakin dengan pelaburannya! Tahniah tuan haji. Moga trus berjaya didoakan bersama Les’ Copaque sebagai salah satu syarikat animasi bumiputra betahap global!

Beberapa hari lagi film animasi 100% 3D, GENG buatan anak tempatan bumiputra, terbitan Les’Copaqur Productions Sdn. Bhd akan ditayangkan pada semua rakyat BolehLand. Ikut korang la nak pegi tengok atau tak. Pada peminat filem animasi tempatan, ini peluang baik untuk menikmatinya dan sebagai sokongan pada industri animasi tanahair. Pada pengkritik dan pembenci filem/animasi tempatan, ini peluang untuk mencari salah, kelemahan, kekurangan, keburukan, kesilapan, mengondem dan mengkritik filem animasi 3D tempatan. Kutuk, hina dan maki la asalkan korang beli tiket dan menontonnya! Memang semua yang kita buat tak betul. Kena plak filem animasi. Tanggapan sentiasa tak betul dan beniat jahat! Ada saja salah itu ini. Skrip lemah, plot cerita hancur, pemilihan pelakon/suara tak tepat blablablaa.... Kalo filem animasi dari barat semua baik, semua betul, hebat, menarik, fantastic dan berdarah lobang idung!

Yeah! Kat luar sana ada ramai yang terer giler tak ingat pasal teknik animasi 2D, 3D dan segala D lagi. Banyak syarikat animasi yang lebih hebat, superpower dan lebih mega hebat dari Pixar Animation. Heran… kenapa diorang tak buat filem animasi 3D sendiri? Tak ada yang berani sponser pasal kos mencanak ke langit, tak cukup tukang buat, malas nak buat atau lebih suka tengok orang buat, pas tu kutuk ikut sedap mulut!

Gitu la lebih kurang sesi lawatan sambil bejalan kitorang pada 22 Zulkaedah 1429 H – 20 November 2008, cuti sekolah penggal ketiga zaman dinosaur merajai dunia yang lalu. Terima kasih Les’ Copaque.

Gua tak percaya suara adik ni digunakan untuk karakter Upin dan Upin. Gua paksa beliau untuk membuktikannye dengan mencekik sampai biru muka, kendian lepaskan dan cekik semula sampai biru muka, lepaskan dan akhir sekali tumbuk perut beliau, baru la terbukti dengan rakaman video ni. Layannnn….