Monday, February 09, 2009

YA BETUL! BETUL! BETULLL!

LES' COPAQUE
14 SAFAR 1430H - 10FEB 2009

Tahun lepas masa kat program Visual Communication Kolej Komuniti kat Kepala Batas, Pulau Pinang, hanya sempat amik gambo dengan geng Les’ Copaque. Tak sempat nak sembang-sembang dan join dalam sesi diorang bersama pelajar dalam program tu. Tak apa, tak kisah pasal department kitorang ( ilustrasi ) dijemput untuk melawat ke Studio LES’ COPAQUE yang begitu gah dan popular dengan siri animasi UPIN dan IPIN nya yang telah menawan hati dan mempersonakan jutaan rakyat BolehLand dengan hanya tayangan selama LIMA MINIT pada bulan Ramadhan yang lalu! Biasa pelawat budak sekolah dan segala macam persatuan, pertubuhan yang datang melawat kitorang, kali ni kitorang plak membuat rombongan pegi melawat. Yeahoooo!

Tu tengok betul-betul. Gua amik gambo betul-betul kat bawah signboard studio Les’ Copaque seblum masuk ke pejabat/studio diorang. An Animation Company LES’ COPAQUE Productions Sdn.Bhd – MSC Malaysia Status Company.

Masuk jer gua trus melilau tak tau nak amik gambo kat mana dulu. Sana ker, sini ker. Amik gambo kat standee GENG ni dulu la dengan Tuan Haji Brader YO.

Sesi penerangan oleh saudara Mohd Zarin ( lead render artist ) mengenai segala yang bekaitan dengan Les’ Copaque dan menjawap pertanyaan yang tak ada akal dari kitorang. Harharhar! Rasakan. Cam tu la rasanye bila ditanya oleh pelawat yang datang melawat ke department kitorang. Tanyo ontah apo-apo ntah! Diorang datang tanpa buat sedikit penyelidikan mengenai syarikat atau apa yang diterbitkan olah Karangkraf. Ada yang tanye cam ni,“ ni karangkraf yang buat kraf tangan tu ke?” Cam tu la lebih kurang pemahaman ramai pelawat mengenai penerbitan Karangkraf. Ontah la jang! Masa ni gak kitorang dipesembahkan dengan tayangan siri-siri animasi Ipin dan Upin, iklan koprat Upin dan Ipin, projek khas khidmat sosial temasuk preview filem GENG. Gua teruja menyaksikannya!. Nak tanye sket brader… “ apo makna Les’ Copaque. Kenapa Les’Copaque?”

Les’ Copaque adalah dalam slang/bahasa Perancis. Lebih global bunyinya. Kerana itu dipilih/digunakan Les’ Copaque. Kalo dalam bahasa broken kita ia berbunyi LAST KOPEK. Last kopek yang kita faham bermaksud PELUANG TERAKHIR dalam permainan atau PERCUBAAN TERAKHIR. Seperti kalo gagal mengkerate tulang keting lembu tu, habih la kena pijak-pijak!. Mereka menggunakan Les’ Copaque sebagai peluang terahir dalam penerbitan animasi dan KABOMMM! tercipta la sejarah! Lepas ni kalo korang pegi melawat atau jumpe diorang kat mana-mana, tak payah la tanye "apa makna les' copaque!". Gua dah bagi tau kat sini! Tanye la yang lain plak. Leceh!

Masa sesi panas soal jawap, tetiba muncul encik yang pemegang watak suara UPIN dan IPIN. Sapa ya nama adik ni? Lemah minda tul. Ni la dia orangnye yang suaranye digunakan untuk KEDUA-DUA watak Ipin dan Upin. Yeah! DUA-DUA watak tu menggunakan suara orang yang sama. Jangan tak caya dan buat-buat tekezut plak! Dari segi teknikal, ada kelainan sedikit sebenarnya pada tonenasi suara kedua watak tu. Gua tangkap dan paksa beliau amik gambo!

Antara hadiah, anugerah, piala, pingat, model karakter, pinggan, mangkuk, cawan yang menghiasi ruang reception diorang untuk ditengok, dibelek dan diamik gambo oleh pelawat.

Bukti pencapaian hebat diorang selama ini dalam penerbitan animasi tanahair. Boleh la tengok semua bende ni kalo korang bepeluang datang ke sini.

Setelah begaduh dan tak puas hati dengan jawapan, sesi soal jawap terpaksa ditamatkan untuk mengelakkan pergaduhan lebih besar. Masa untuk melawat ke setiap bahagian/department dalam proses menyiapkan sesebuah siri animasi. Tempat petama ialah studio rakaman untuk rakaman suara pelakon dan membuat kesan khas. Kat sini la semua pasal rakaman dibuat. Peralatan yang paling minimum digunakan dalam proses rakaman. Ni dia komputer dan mixer yang digunakan. Untuk efek, diorang gunakan software after effect, buat efek sendiri atau masuk hutan untuk merakamkan bunyi beruk, monyet, babi, cengkerik, bunyi burung hantu, bunyi perut kena tumbuk, bunyi itik kena sepak, suara kaldai, ombak menghempas batu, bunyi air hujan kat zink, angin ribut, kocakan ikan puyu dan lain-lain mengikut keperluan. Best gak dept n!

Setelah boring kat studio rakaman, kitorang dibawak ke studio animator buat kerje diorang. Ada beberapa bahagian/tugasan tertentu kat sini. Bukan semua belasah buat semua bende. Ada bahagian masing-masing dalam proses menyiapkan sesebuah animasi. Mula-mula kitorang dibawa ke bahagian tukang buat storyboard ( papan cerita ) dan penerangan mengenainya. Ini adalah bahagian paling penting dalam proses awal membuat animasi selain skrip dan lakaran konsep. Papan cerita adalah perancangan awal dan panduan untuk proses setrusnya. Baru perjalanan cerita cantik dan menarik. Tak la huru hara cam filem kita skang ni. Kebanyakan pengarah filem kita tak pentingkan atau buat storyboard langsung dalam proses pembikinan filem diorang. Main belasah ikut kepala lutut. Tu yang huru hara filem diorang!

Yang ni plak adalah bahagian wire frame modeler yang mencipta, membentuk dan mengemaskan sesuatu karakter. Tak kira karakter manusia, binatang, hantu setan, robot, alien atau apapun. Setiap bahagian seperti rambut, warna rambut, warna kulit, bentuk muka, bentuk badan dan semua yang bekaitan, diorang ni la yang buat. Tengok tu, encik ni sedang eksyen tunjuk kebolehan beliau membentuk karakter dengan teknik wire frame modeler.

Ni la dia bahagian dan orang yang digelar animator 3D ( 3 dimensi ) yang bertanggungjawap dalam proses “ mengerakkan “ karakter berpandukan papan cerita dan rakaman lakonan dan asas rendering. Apa ke bende rendering tu? Susah gua nak terangkan pasal kalo gua terangkan nampak cam terer plak, pada hal gua sangat naïf pasal animasi ni. So kalo korang melawat atau jumpe geng Les’ Copaque ni boleh la tanye soalan betaraf tinggi ni. Proses rendering ni diorang tak buat kat studio diorang kerana kebanyakan babak dalam GENG tak mampu dirender menggunakan computer biasa. Proses render ni hampir 70% dibuat kat render farm di MIMOS (The Malaysian Institute of Microelectronic Systems ) dibawah Malaysian KnowledgeGRID yang menjalankan proses pembangunan dan kaji selidik ( R&D ) Grid Computing.

Proses rendering memerlukan komputer/server yang berkuasa super power giler! So… jangan ingat buat animasi ni mudah, senang, kacang. Silap besar. Kalo kat Pixar Animation yang buat Bugs Life, Cars, Monster Inc, Finding Nemo, Incredible, Wall E dan segala macam lagi filem animasi yang membuatkan korang menangis dan bedarah idung, server diorang dah tahap gedabak mega superpower!

Bila dinamakan animasi, mesti ada pergerakan dan suara ( bunyi-bunyian). Ni la lebih dan menariknye animasi. Ada suara, ada pergerakan, ada kesan khas dan ada lagu. Kitorang dibawak betemu dengan encik Mohamed Azfaren ( composer ) yang bertanggungjawap mencipta lagu/muzik tema dan background muzik untuk animasi Upin & Ipin dan juga untuk filen GENG.

Seperti kat studio rakaman tadi, beliau hanya menggunakan sebuah keyboard dan computer untuk melakukannya! Hebat! Tengok tu. Ringkas jer peralatan yang digunakan. Jangan konpius antara keyboard komputer dengan keyboard untuk buat lagu. Kitorang gak dipertonton/diperdengarkan dengan soundtrack untuk filem GENG. Beliau gak menerangkan serba sket pasal proses muzik dan lagu-lagu ni. Terima kasih.

Habih dah semua department kitorang lawat. Penat dah bediri lama-lama. Biasa la kalo melawat. Rasakan! Terima kasih semua. Habih melawat, kitorang dibawak ke tempat lawatan terakhir iaitu ke kedai cenderahati Les’ Copaque. Pada korang yang datang melawat, jangan lupa singgah ke kedai cenderahati ni. Tak belipun tak apa. Sengeh sebgehpun dah kira okey dah. Takpun amik gambo.

Apa yang ada kat sini? Walau tak ada macam-macam cam kat pasaraya, kat sini ada tshirt Upin & Ipin, beg gambo Upin & Ipin, button badge karakter siri Upin & Ipin, mug nak minum kopi Tongkat Ali, poster dan poskad. Pada yang tak puas hati tengok animasi Upin & Ipin kat tv selama lima minit pada bulan Ramadhan dulu boleh dapatkan DVD atau VCD lengkap siri Upin & Ipin sebagai koleksi. VCD ada, DVDpun ada. Tak payah la tanye, “ DVD tak ada ker? “. Korang tengok la sampai jahanam player korang!

Seblum menamatkan sesi lawatan, kitorang diminta melukis sebagai tanpa ingatan penah datang ke sini.

Ni gua posing kat depan/bawah/tepi jalan bangunan pejabat/studio Les’ Copaque. Nampak mascot katak kuning kat atas tempurung tu? Kenapa katak, apa simboliknye? Soalan ni korang boleh tanye sendiri kalo tak tau nak tanye apa walau gua nak bagi tau kenapa. Ia dari peribahasa “ seperti katak di bawah tempurung ”. Tapi katak kuning tu kat atas/luar tempurung. Ready to rock the world babeh! Tak faham? Lantak korang la!

Sesi lawatan berakhir betul-betul time makqan tengahari. Cantekkkk! Pada pelawat dan siapa yang datang, boleh menjamu selera kat Restoran GENG ‘S CORNER kat sebelah studio Les’ Copaque. Tengok la encik Padi tu. Kalo pasal makqan, beliau memang pantas, cekap dan tidak membuang masa.

“ Ya Allah ya tuhan kami, berkatilah rezeki yang kau berikan pada kami dan jauhilah kami dari azab api neraka. Amin”. Makqan timeeee! Nampak boy pelayan ber t shirt putih yang berdiri cekak pinggang tu? Beliau bukan boy pelayan ya. Untuk makluman semua, beliau adalah tukang kuar duit/ penerbit/pengarah urusan Les’Copaque Productions Sdn.Bhd., Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi. Seorang usahawan bumiputra yang zero pasal animasi tapi berani dan yakin dengan pelaburannya! Tahniah tuan haji. Moga trus berjaya didoakan bersama Les’ Copaque sebagai salah satu syarikat animasi bumiputra betahap global!

Beberapa hari lagi film animasi 100% 3D, GENG buatan anak tempatan bumiputra, terbitan Les’Copaqur Productions Sdn. Bhd akan ditayangkan pada semua rakyat BolehLand. Ikut korang la nak pegi tengok atau tak. Pada peminat filem animasi tempatan, ini peluang baik untuk menikmatinya dan sebagai sokongan pada industri animasi tanahair. Pada pengkritik dan pembenci filem/animasi tempatan, ini peluang untuk mencari salah, kelemahan, kekurangan, keburukan, kesilapan, mengondem dan mengkritik filem animasi 3D tempatan. Kutuk, hina dan maki la asalkan korang beli tiket dan menontonnya! Memang semua yang kita buat tak betul. Kena plak filem animasi. Tanggapan sentiasa tak betul dan beniat jahat! Ada saja salah itu ini. Skrip lemah, plot cerita hancur, pemilihan pelakon/suara tak tepat blablablaa.... Kalo filem animasi dari barat semua baik, semua betul, hebat, menarik, fantastic dan berdarah lobang idung!

Yeah! Kat luar sana ada ramai yang terer giler tak ingat pasal teknik animasi 2D, 3D dan segala D lagi. Banyak syarikat animasi yang lebih hebat, superpower dan lebih mega hebat dari Pixar Animation. Heran… kenapa diorang tak buat filem animasi 3D sendiri? Tak ada yang berani sponser pasal kos mencanak ke langit, tak cukup tukang buat, malas nak buat atau lebih suka tengok orang buat, pas tu kutuk ikut sedap mulut!

Gitu la lebih kurang sesi lawatan sambil bejalan kitorang pada 22 Zulkaedah 1429 H – 20 November 2008, cuti sekolah penggal ketiga zaman dinosaur merajai dunia yang lalu. Terima kasih Les’ Copaque.

Gua tak percaya suara adik ni digunakan untuk karakter Upin dan Upin. Gua paksa beliau untuk membuktikannye dengan mencekik sampai biru muka, kendian lepaskan dan cekik semula sampai biru muka, lepaskan dan akhir sekali tumbuk perut beliau, baru la terbukti dengan rakaman video ni. Layannnn….




57 comments:

cerpelai said...

Makaih?..
Tak mati ke budak tu kena cekik bro?.. Kebal ke beliau?..

gayour said...

yus yusuff
pasal beliau kebal la gua berani cekik dan tumbuk perut tu.
heh!

Anonymous said...

very the complete theexplain..ha sape yg nak dtg lawatan kat "Les Kopek" jangan gatai2 lagi nak tanya soalan yg lu dh jawab..hahahhahooorr..punya la lame x update blog???

cerpelai said...

Lenkali jangan tumbuk perut beliau bro.. tak baik..!!
Belah je ketiak dia.. potong dadu dan buat jadi bentuk kiub..!!
Lepas tu boleh laa dicampurkan ke dalam masakan ye puan-puan?..

Mari memasak bersama Kak Rogayah..

gayour said...

ktb
bukan apa, orang cemuih, benci, meluat, muntah darah kalo menjawap 10000 soalan yang sama! ada banyak lagi soalan yang lebih ilmiah boleh ditanye. peluang yang ada biasenya tak digunakan kerana tak tahu nak tanye apa, malu nak mampus atau blablabla...

" cam no brader dapat idea?"

gua ditanye soalan ni sejak melukis 25 tahun yang lalu! mau tak muntah darah menjawapnye!

terima kasih.

Anonymous said...

Lepas ni, kalau ada orang datang visit, kami tunjuk aje la blog ini. Dah kira complete set of information the others need to know already!

Thanks very much for the support!!

gayour said...

yus yusuf
tumbuk perut dah cukup baik kerana ia tak meninggalkan kesan seperti menumbuk kat muka ( vulgar display of power! )

kee yon pin
no problemo!
cover majalah g3 kuaran tebaru ( isu 60 feb 09 ) maskot kitorang, codet dengan upin dan ipin!
chekitdaut!

JohnJenin said...

Pergh.. karangan gayour budak STPM pon tak berani nak lawan. Tahap A+

Pakcik pon tak sabar nak menonton movie Upin dan Ipin walaupun hanya mendengar cerita kegilaan budak budak terhadap siri animasi Les Copaque nih..

matakucing said...

lepas ni boleh buat animasi bersama selamanya pulak..har har har rare ooo. brader gayour lu ada ker ujung bulan ni kat mini karnival karangkraft.

gayour said...

johnjenin
nasib baik gua tak amik stpm dulu. kalo tak, A+ dalam tangan. HEH!

filem GENG untuk semua rakyat BolehLand menikmatinya!

matakucing
insyAllah, ada. tapi tak tau lagi kena betugas hari apa masa mini karnival tu nanti.

Anonymous said...

Teman ingat logo katak ni sbb suke lompat2 party.. opssss..


wakakaka!

guapunyahal said...

fuh... gambar terakhir tu lu makan sampai 3 pinggan????? dasat..

Q said...

lu x jeles ke bro...biler lu nyer kartun nak di 3D kan...anyway gua memang respek team Les’ Copaque memang dah lamer gua follow perkembangan diorang nih... dari dier masuk pertandingan filem animasi pendek sampai geng....memang kiter lum leh independent cam pixar tuh... tapi bagi gua ini permulaan yang baik untuk kita... yang penting penerimaan orang kita...if buat grand tapi xder orang nengok nak buat aper?(cam final fantasy dulu)...
anyway gua memang respek lu la jugak sebab cari peluang nak kembangkan kartun...
tapi part posing macam ultraman tu gua x respek... salah angle tuh...

gayour said...

aidilangelo
lu tak kena tempat cerita pasal politik la encik.

guapunyahal
kalo gua boleh makan banyak tu tak pe. makan sepingganpun dah sendat abdomen.

Q
nanti den posing angle yang lobeh hebat dari otomen kau tu.
siap la kau!

eddie dewanaga said...

sungguh cantik dan bermutu...!!!

sebagaimana gua mengkagumi hasil kerja lu dan animasi2 seperti Usop Sonto dan Keluang Man, gua cukup bangga dgn siri Upin & Ipin ni, boleh dibanggakan beb...

Insya-Allah, akan gua heret budak2 'Black Metal Army' gua utk tonton filem ini nanti sebagai tanda sokongan...!

Patut masa lu masuk studio Les Copaque tu, diorang pasang lagu abang Mus... Secret Place.

"..Welcome to my hide away,
my secret place
How I arrived I can't explain
You're welcome to,
if you want to stay
But everyone just runs away...!

Let me in, get me out
Can't do more than twist and shout
Lost my soul without a trace
Found it again in my secret place..."

- Megadeth (1997)

gayour said...

eddie dewanaga
setiap animator banging sorang2 dengan headphone memasing. tak tau diorang layan lagu ape.

" Won't you come into my room,
I wanna show you all my wares.
I just want to see your blood, I just want to stand and stare.

See the blood begin to flow as it falls upon the floor.
Iron Maiden can't be faught, Iron Maiden can't be sought..."

iron maiden - iron maiden

deaf-angel said...

salam gayour

enjoy baca laporan ko. superb.
thanks for sharing \m/

gayour said...

deaf angel
ontah apo-apo yang den tulih. berita dah basi beb! tahun lepas punya cerita. ontah la

apopun tq.

berteromber said...

bro..gua pun teringin nak tengok kartun lu difilemkan..

mana tau satu hari nanti ada siri Amar dan Slash kat tv ker kan..

gayour said...

berteromber
kehendak tuhan tiada yang mustahil.

dream on beb. dream on...

matakucing said...

brader gayour,
gua mau jumpa lu kat karnival nanti..gua nak paksa lu lukis muka gua ngan mat tepet har har har

gayour said...

matakucing
kalo gua jumpe lu nanti, gua fikir dulu sama ada nak lukis atau tak.

harharhar!

Anonymous said...

eddie dewanaga
setiap animator banging sorang2 dengan headphone memasing. tak tau diorang layan lagu ape.

i seken dis wan.ngahaha.

gua baru balik dari tour last kopek jugak REMBAU-SHAH ALAM-KL-UKM-REMBAU.sempat jugak lalu dpan kedai ni dgn makan2 kt kedai makan diorg.huhu.nak je aku masuk tapi besok2 ah.

gayour said...

lutfie
pegi makan-makan tu dah kire okey dah tu!

Aku said...

Wonder Pet - apa yang penting kerjasama, kerjasama ... hehehe ... eh lu bila nak tangkap gambar dgn novel gua tu? kasik promo la sket bro ... hehehe

lu kena beli tu, nama lu wa catat kat dedikasi tuuu

gayour said...

geng metal
gua pegi alaf semalam anta ilustrasi. memang dah niat nak amik gambo kat kedai alaf tu. bukan dengan novel lu tapi dengan awek yang jaga kedai tu. harharhar!

gua chekitdaut kat toko buku karangkraf, tak ade novel lu tu. sold out kot. tu la pasal tak boleh nak amik gambo dan promo lagi.

Unknown said...

semalam gua ada pegi jalan jalan cari awek... tetiba terpijak taik kucing. hati gua berkata "taik punya taik kucing". lalu gua bertekad untuk mencari tuan punya taik kucing itu. cari punya cari akhirnya gua jumpa tuan punya taik kucing itu. tapi lantas dia berkata... "itu bukan taik hamba tapi kucing..." hamba berkata lagi dalam hati..."taik punya tuan kucing punya taik". moral of the story... jangan beli tiket wayang banyak-banyak kalau duit takde.

Aku said...

ahhhh lu mmg takmo bergambo dgn gua nye novel tu ... sbb lu jelesssss gua dpt no 9, lu no 10 ...hehehehe ...

gayour said...

niezam
syabas encik kucing! syabas! berak merate-rate lagi. pas ni abe pijak taik kucing, pas tu naik bas yang ada ekon. lagi jahanam punye perangai!

geng metal
bukan jeles tapi cemburu!

hans said...

nasib ko lepas budak tu gayour..
kalau x tak pasal2 budak tu ada poster macam sharlinie..
tapi budak tu kiut..
huhu

gayour said...

hans
asal budak jer kiut! kalo budak tak kiut orang buat tak heran jer. tak adil! tak adil!

EYA ZAMANI ZAITEE said...

bestnya jalan2 hehehe

gayour said...

eya zamani zaitee
best, tapi penat kena jalan-jalan naik tangga, turun tangga dan bediri lama. lenguh kepala lutut! ARGHHHHH!

Anonymous said...

hi,can we exchnage our banner,if u done have banner i still can post yur link,please let me know after it done.thank

Anonymous said...

bro... gua rase sore lu sesuai untuk watak raksasa dalam filem geng upin-ipin tu... har har harrr!

applepurple said...

abg gayour~ kul 3 pagi td, kawan call sy semata2 mo jeleskan sy depa baru pas tgk midnite upin ipin. ciss!! depa kata beshhhhhhhh!isk3, mmg sgguh jeles.

gayour said...

riqzmie
maaf, tak beminat.
terima kasih atas jemputan/pelawaan.

rio
bagi la watak yang lebih jahat lagi. setakat raksaksa apo sangat la! bunyi GRAHH! GROAHH! GRAHH! GRAHHH! senang sangat.

heh!

applepurple
nak jeles apa plak? diorang tengok ipin dan upin, bukan movie GENG.
haha!

faizul darius said...

assalamualaikum, pagi tadi saya nampak abang gayour sorong motor ke stesen minyakkan> motor kaler kuning kan? abang pakai baju jaket hitamkanh> haaaa nampak, kalau ada camera time tu saya dah tangkap dah gambar abang sorong motor kuning abang gayour. tapi, abang memang menarik perhatian ngan imej abang tu, dasat la bro

gayour said...

faizul darius
aduuu...
sepatutnye berenti isi minyak kat seksyen 19, tapi " ah, persetankan!" tu la akibatnye. uuu..uuuu..

DeeN said...

Nak tanya bro.. mixer tuh yg macam dok buat doh kuih atau kek tu yer? Hehehehehe!!

Cayalah sore budak tuh. Ada class!

gayour said...

DeeN
yeah, tepat sekali! mixer bancuh telur nak buat kuih bahulu tu la yang diorang gunakan. multi purpose mixer. tu yang dapat suara dan efek yang memacam. mixer bancuh simen tu pun boleh digunakan.

Anonymous said...

Gua ada kat Mini Karnival ahad ni, lu ada tak?

gayour said...

serunai faqir
aduuu... tepaksa la gua tukar hari lain untuk mengelakkan jumpe lu. harharhar!

insyAllah, jumpe ahad ni.

"Loving you sunday morning
You were on my mind love everyday
Loving you sunday morning
Your love makes me fly so far away"

HEH!

loving you sunday morning -
scorpions

Anonymous said...

hahahaha ... tu la pasal, wa ingat nk hari isnin pulak, tapi editor gua dah paksa gak hari ahad tu gak ...akekeke ...

Insya-Allah kita jumpa bro ...

RockSportS said...

gua ingat bila gua balik malaysia cuti gua nak mintak lu lukis gambar karton gua la...bole ka?Let me know how much it will cost me?

Pyanhabib said...

brader gayour, salam.
tumpang lalu. hoih, entri tu panjangnya, kena baca dari atas ke bawah!
(brader, lu ada no hp atau alamar emel rossem? tolong kasi gua)
tk.

Pyanhabib said...

opss lupa!
(emel gua: Pyanhabib@gmail.com
atau 013-3635725 -sms no rossem, ok)

gayour said...

serunai faqir
dah jumpepun tadi! sori la pasal tak sempat/dapat bawak lu round2 melawat apa yang ada kat dalam bangunan karangkraf. lain kali la ye.

rocksports
boleh tak de hal punye. bro punye pasal free jer!

pyanhabib
terima kasih bro kerana sudi lalu dan singgah ke blog gua.
insyAllah, gua usahakan. dapat je nombor kontek saudara roseem nanti gua bagi kat brader.

RockSportS said...

thank you bro...really appreciate it. How can i reach you. my e-mail is mrozani@yahoo.com....+447920041276. let me know kalau nak pesan apa apa from London.

Azizul said...

tumpang lalu dan singgah sat bro.. gua dari dulu sememangnya peminat Guns n roses merasa berbangga kerana lu masih menyimpan rambut tradisi kaum rockers. TERIMA KASIH.

gayour said...

rocksports
tadi gua dah emel kat lu. harap sampai la emel gua tu ke kota london. heh!
selamat layan lagu tu bro.

siti aurora
hey you, hair monster! u're under arrest!

Anonymous said...

ehem..ehem..
arhahahah!
mcm mcmla lu cek gayour..
mcm mcm sodara!

gayour said...

anonymous
tak baik lagi sakit tekak encik ye. sian. dah masuk taun baru hijrah 1430 ni

Anonymous said...

ehem..ehem..
nak wat camne cek gayour..
tok batin pun tak mampu nak ngobat.
sbtu lepas gua ada pegi karnival karangkraf.. lu tkde pun..
baru nak mintak lu lukis selai dua..

gayour said...

anonymous
lu pegi jumpe tok batin, memang la tak baik. ubat 'kuat' boleh la beliau bagi! aparaaa!
gua betugas hari ahad, lu datang hari sabtu... rasai lu. harharhar!

lain kali jer la ye.

ghimau said...

aku memang suspek la dengan diorang ni :P

gayour said...

ghimau
apa salah diorang hingga menjadi suspek dalam kes berprofil tinggi negara tu?

ngaummm!