Wednesday, March 11, 2009

HERE I GO AGAIN

SIRIH PULANG KE GANGGANG
16 RABIULAWAL 1430H - 13 MAC 2009

Ayat biasa yang kita dengar “ penatpun tak hilang lagi “ dah kena pindah balik! Yeah! Kitorang kena pindah lagi untuk sekian kalinye pada 29 Safar 1430H – 25 Feb 2009 ( Rabu ) yang lalu. Rasenye baru sangat pindah tempat, ni kena pindah lagi. Gua tak ingat dan ilang ingatan masuk ni kali yang keberapa gua kena pindah tempat sejak kerje balik kat karangkraf.. ARGHHHH! Ni budaya kat karangkraf untuk makluman semua. Pindah randah ni adalah perkara biasa. Jadi jangan simpan atau kumpul harta/sampah banyak-banyak. Tak la azab nak pindah.

Tempat atau department baru kitorang kembali ke tingkat satu. Kembali ke tempat awal masa gua mula bekeje kat karangkraf dulu. Kenangan lama tetap segar dalam ingatan. Seperti semalam gua kat tempat ni… ah, syahdunye! Ia seperti balik kampung. Tengok sungai, sawah, ayam, kambing, memerang, tupai, burung…. Kenangan itu masih pekat, likat, hitam dan kuat melekat kat kepala hotak!

Ni la yang gua kata tadi. Jangan simpan sampah banyak-banyak! Buang cepat-cepat mana sampah yang tak perlu. Apa sangat la nak disayang-sayangkan! Nak pindah senang. Jenjeng jer satu atau dua plastik beg dah selesai. Kena plak pindah kat tingkat satu. Kan senang. Sekali harung dah siap. Tak cam gua. Aduuuu la azabnye munggah harta pusaka dan sampah-sampah yang sangat gua cintai. Apa nak buat, gua adalah jenis suka mengumpul sampah. Ni la padahnye. Tak kisah la asalkan gua boleh menyusahkan kawan-kawan tolong angkat, pikul, jenjeng dan tolak mana yang patut. Heh!

Hari pindah ni gua sampai lewat sket
ke opis. Apa hal ntah guapun dah lupa. Member lain dah selesai punggah harta pusaka memasing. Walau seketika kat tempat baru ni, ia tetap meninggalkan kenangan teutama masa chicks dan model yang lalu lalang sengeh-sengeh walau ia sangat ‘mengganggu penumpuan’ gua untuk melukis. Tempat ni tidak ‘menyenangkan jiwa dan raga’ gua. Ia bukan tempat yang sesuai untuk department kitorang kerana ia laluan utama ke studio photo kat karangkraf ni. Orang lalu tengok dan jeling-jeling. Ada yang singgah tengok. Ia merimaskan! Maklum la orang seni, seni sangat la kononnye. Heh!

So hari ni PINDAHHHHH! Yahoo walau menyeksakan! Member lain sekali dua ulang dah selesai punggah dan siap kemas harta memasing. Boleh tidooo lagi cam A’an tu. Sama gak cam Padi dan Amang kat belakang tu. Jelesnye gua! Gua plak jenis yang suka belek buku itu dan ini masa bekemas. Tu antara penyebab lambat nak mampus siap bekemas. Antara komik yang gua kasih dan cinta.Tapi tak ada la sayang sangat. HEH!

Masa memunggah dan bekemas ni la jumpa segala macam buku, majalah dan komik. Masa ni la plak paling syok membelek. Leceh tul. Lagi sekali antara komik yang gua kasih dan cinta tapi tak la sayang sangat. Belah kanan tu ialah komik LOBO. Karekter anti hero yang sangat kuat pengaruhnye dalam kerjaya dan stroke gua. HEH! Zaman emas LOBO adalah semasa dilukis oleh encik Simon Bisley.

Ni plak adalah senjata membunuh gua untuk berkarya! Yang botol-botol tu adalah wana air yang gua gunakan untuk mewarna. Hey! Gua adalah kartunis/illustrator tegar yang masih mengamal dan berkarya secara MANUAL! Korang nak kutuk, hina, keji, maki, pelekeh blablablaaa..apapun cakap la kerana gua masih berkarya secara purba/pramitif dan tidak menggunakan teknologi digital yang korang bangga-banggakan sangat tu. Biar tinggal gua sorang kartunis yang berkarya secara manual kat Malaysiapun tak apa! Ramai pelawat yang datang bertanya " kenapa brader purba sangat masih melukis cara manual?". Gua sengeh jer. Kotak-kotak kat atas botol-botol warna tu adalah kotak dakwat hitam untuk gua melukis atau inking dengan brush atau pen celup. Dalam kotak yang serabut yang ada gunting dan straw tu plak ada peluru perang gua iaitu pen, brush dan segala macam lagi. Kotak biru tu plak ialah warna pensil. Sapa lagi yang masih gunakan senjata purba ni mewarna ye? Kalo korang nak tau, gua la orangnye.

Gua dah ilang akal dan arah tujuan cam no nak nyusun semua ni. ARGHHHH! Hari tu masa pindah, gua dah banyak buang sampah-sampah yang tak diperlukan. Cam no buleh jadi banyak balik ni? ARGHHHHHH! Member member lain semua dah siap bekemas. A’an masih kroih! kroih! dengan lenanye. Aduuu la! Gua masih ilang akal nak buek cam no laie ni. ARGHHH!

Tengok la encik Padi tu. Beliau dah besenang lenang layan mp3 dangdut sambil menunjukkan buah pisang penyek yang beliau sorokkan hari tu. Maklum la barang tak banyak untuk dipunggah. Satu round dah settle semua. Masa pindah ni baru jumpe buah pisang la, gula-gula la… Dah jahanam baru ofer kat sapa yang beminat nak makan. You kejam Padi. Kejammm! Sama gak dengan encik Amang kat belakang tu. Dah siap bekemas dan sedang donlod lagu klasik tahun 60an.

Tak cukup tempat atas meja, gua sumbat bawah meja. Aduuuu… angkat barang ke tingkat satu dah la penat, menyusun harta bende ni lagi menyakitkan kepala hotak dan memenatkan! Gua masih tetanye-tanye “ cam no harta gua boleh jadi banyak balik ni”? Rasa dah buang banyak masa pindah hari tu. Entah la. Jangan banyak songeh, kemas cepat!

Untuk menghibur hati, gua amik gambo majalah dan komik yang gua ada sebelum menyusunnye dalam laci. Ni semua antara rujukan gua masa melukis. Gua masih dan tetap belajar walau telah lebih 25 tahun melukis. Gua tak anggap gua dah hebat. Gua masih belajar. GROO merupakan komik dan karekter kartun yang gua suka. Dulu gua ikuti dan beli komik GROO tiap bulan secara tegar. Ia dicipta oleh encik Sergio Aragones yang gua temui pada tahun 1998/99 yang lalu kat satu seminar komik. Tak penah dengar komik ni? Tak apa. Ia tidak menjejaskan apa-apapun. GROO sungguh menghiburkan!

Death Dealer – watak yang dicipta oleh pelukis hebat Frank Frazetta yang “dipinjam” oleh Glen Danzig ( penerbit dan penulis ) yang menjadikannya watak utama dalam komik Death Dealer ni. Ceritanye tak la bagus mana tapi painting/lukisannye yang hebat. Simon Bisley, Liam Sharp… phew! Ini antara bahan rujukan gua dan gua mengambil manfaat darinya. Tapi apa sangat la komik ni. Walaupun tahap rare. Tak perlu la lebih-lebihkan sangat. Sebelah kanan tu plak komik boy scout forever special edition yang covernye dilukis oleh superstar komik dunia, encik Alex Ross dan dibuat dengan teknik hologram. Apa sangat la. CRAP!

Hah! Dalam sakit otak menyusun harta pusaka gua ni, terjumpa la plak dengan harta paling rare ni. Ni baru rare! Komik tempur tegar buatan anak Melayu awal tahun 80an dulu terbitan Mediaseni dan Golden Books. Selain Mediaseni, komik gak diterbitkan oleh penerbitan Berjaya Enterprise dan P. Maju. Selain kisah kehebatan pahlawan Melayu, percintaan dan misteri, kisah seram hantu setan juga menjadi tema pilihan ramai pelukis komik masa tu. Jelas banyak sekali kelemahan itu ini dalam penghasilan komik-komik ni. Tapi ini la yang gua banggakan. Walau buruk, ia ada jati diri Melayu yang sangat pekat dan tegar. Ini la jati diri kita! Gua tak malu menyimpan,memiliki dan merujuk komik-komik ‘buruk’ ni. Ia kebanggan gua. Terima kasih pada semua pelukis komik old skool tanahair. Tanpa korang, gua tak jadi seperti hari ni ( dengan usaha dan ketentuan Allah ).

Ni plak komik adalah komik terakhir yang gua beli. Tahun 2006/07 kot. Komik bersiri sebulan sekali karya encik Alex Ross ( bersama Doug Braithwaite ) yang mewarna secara manual ( 0.5% air brush untuk efek ) keseluruhan dari cover dan kandungannya. Diulangi… MANUAL! Pada korang yang memuja dan mengagungkan warna digital tak perlu la susah-susah cari dan beli komik ni. Warna manual beb! Old skool. Purba, primitif, ketinggalan. Tak menarik cam digital. Apa sangat la. Jangan la kagum sangat dengan komik ni.


Ni lagi satu yang menyebabkan kerja gua tetangguh dan menjadi ralit . Novel grafik AKU DAN SESUATU karya saudara Aie. Setakat ni gua ada empat dari lima bahagian. Tak tau bila nombor lima akan siap dan diterbitkan. Kalo lambat sangat nak siap, gua jumpe Aie kat mana-mana nanti, gua pasti akan sungkit dan tumbuk perut beliau sebagai wakil dari korang ( peminat dan pengikut siri ni ) . HEH! Khabar tebaru, karya AKU DAN SESUATU ni sedang dipropose untuk difilemkan. Selepas karya Dato Lat ke Layar Perak, nantikan plak karya Aie ni sekiranya ada rezeki di Layar Perak.

Hah! Antara majalah metal sebagai rujukan untuk menghasilkan karya atau lukisan pemain gitar yang hebat! Bukan main belasah ikut kepala otak. Ramai yang rasa mudah/senang je nak lukis gitar, aksi pemain gitar, amplifier atau drum. Itulah kesilapan. Gua mencari, membeli dan mengumpul majalah-majalah metal yang mahal nak mampus ni semata nak menghasilkan karya yang bermutu sejak 28 tahun yang lalu. Macam-macam majalah metal yang gua beli ikut kemampuan. Ada yang dah pupus, mahal nak mampus, susah nak nak cari dan ada majalah metal baru yang tak kurang hebat info dan photonye. Dari majalah ni la gua tahu sikit-sikit pasal band itu dan ini. Ada yang tanye gua “ cam no brader lukis orang main gitar tu nampak real!”. Majalah-majalah ni la yang menjadi 'guru' rujukan gua. Ia hanya rujukan untuk memudahkan kerja. Gua akan ubah ikut selera dan keselesaan. Tapi bila dah lama melukis, tak perlu merujuk sangat buku/majalah.. Dah tak jadi masalah nak lukis kartun banging sambil belasah gitar flying V. Majalah-majalah ni sangat membantu gua.

Susun punye susun. Jumpe lagi komik-komik lama seperti komik Children of Fire yang dicipta, dilukis dan diwarna secara MANUAL oleh pelukis hebat Richard Corben pada tahun 80an dulu. Tak penah dengar, tak penah tengok dan tak heran langsung pasal Richard Corben ni kan? Tak apa. Untuk makluman, beliau bersama Frank Frazetta merupakan pengaruh kuat encik Simon Bisley. Sapa pulak Simon Bisley ni. Hebat sangat ke beliau. Apa karya dan sumbangan beliau pada industri komik dunia? Tak apa, ia tidak menjejaskan apa-apakan?

Warna dan stroke Richard Corben dengan Frank Frazetta bebeza sangat. Persamaannya, kedua-duanya adalah pelukis MANUAL dan betemakan fantasi! Superb! Gua penah cuba meniru warna yang digunakan oleh Corben dalam painting komik dan ilustrasi yang gua buat. Hancus! Dapat ikut sikit jer. Susah tul nak tiru. ARGHHH! Painting cover komik kompilasi LOBO Greatest Hits tu dilukis oleh encik Simon Bisley. Komik MARVELS tu plak dilukis manual sepenuhnye oleh encik Alex Ross dengan teknik warna air. Ia merupakan karya awal Mr Alex sebelum menjadi superstar hebat nombor satu komik dunia dengan karya agung Kingdom Come beliau!

Ramai yang kata sukan gusti dan majalahnye sekali adalah karut! Ramai yang mempelekehkan sukan yang sangat menghiburkan ni. Walau karut, ia sangat penting pada gua sebagai seorang kartunis dan illustrator. Bahan rujukan mesti cukup! Gua menyimpan segala macam majalah temasuk majalah WWE, Smack Down dan RAW sebagai rujukan. Bila dapat tugasan melukis ahli gusti atau segala yang bekaitan dengan sukan gusti, majalah ni la penyelesaiannya. Walau sukan ni tipu tapi kecederaannya adalah benar kerana gusti merupakan salah satu sukan ekstreme yang sangat popular di seluruh dunia skang ni. Ia sangat menghiburkan. Sama seperti sukan bolasepak. Orang menjadi giler dan ilang akal menontonnye. Kenapa perlu membayar tiket dan sanggup berasak-asak ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak? Boleh mencarut dan maki hamun ikut suke? Tidak. Kerana manusia mencari hiburan dan keseronokan. Gusti adalah hiburan dan bolasepak juga adalah hiburan. “ The Rabid Wolverine FOR REAL!”

Metal Maniacs Presents - History Of Metal 25 Years! Edisi collectors edition ni dah tahap rare dah ni. Diterbitkan pada tahun 1993. Masa kemas-kemas ni la jumpe macam-macam majalah. Gua beli majalah ni sebagai rujukan untuk membuat satu cerita pasal muzik dalam majalah UJANG kuaran No. DUA bulan Februari 1994 yang lalu. Apa ya tajuk cerita metal gua tu? Yeah! MUSICMANIA tajuknye. Disiarkan sebanyak tiga keluaran. Ni la majalah rujukan utama selain dari Metal Hammer, Metal Edge, Metal Force, Faces Rocks, Metallix, Kerrang!, Metal Maniacs, Rolling Stone, Metal Attack Special – THRASH, Hit Parader dan ontah apo kobondo majalah metal laie. Jangan ingat gua buat cerita tu main belasah ikut kepala lutut dan tidak melakukan kajian dan bahan rujukan yang cukup. Google atau Wikipedia blum ada lagi masa tu. Kena la beli majalah yang mahal nak mampus! Gitu gak dengan majalah Metal Attack THRASH special tu. SLAYER RULES! Gua beli untuk cerita, berita, ulasan album thrash/death/grind, photo, live dan sebagai rujukan di sepanjang masa. Gua suka melukis dengan bahan rujukan yang banyak. Seronok meja besepah-sepah. Pasal tu ‘harta’ dan ‘sampah’ gua tersangat la banyaknye. Terasa seni sangat la kononnye. Heh!

Ni gambo rare pada tahun 1994 yang lalu masa proses melukis cerita MUSICMANIA. Nampak tak majalah History of METAL-25 YEARS tu? Cam ni la cara gua bekerja. Bahan rujukan mesti cukup/banyak dan besepah! Lukis kartun bukan semudah yang disangka. Belasah lukis ikut kepala lutut! Kena ada bahan rujukan yang cukup dan mesti membuat kajian untuk menjadi seorang kartunis yang baik, bertanggungjawap dan berilmu. Kerana kartunis bertanggungjawab melukis dan menyampaikan bahan atau fakta yang betul dan tepat pada pembaca dalam karya-karya yang dihasilkan.

Alamak! Siapakah jejaka kacak ni? HEH! Ni la gua pada tahun 1994 dulu masa mula-mula betugas sebagai kartunis sepenuh masa kat majalah UJANG. Korang kat mana masa ni. Sekolah kat mana. Dalam darjah/tingkatan berapa? HEH! Untuk makluman, ni kira peringkat awal gua melukis menggunakan brush. Sangat mencabar. Tehegeh-hegeh lukis guna brush masa ni. Tapi gua tak berhenti. Trus menggunakan brush hingga ke hari ni. Cerita MUSICMANIA ni gua lukis gunakan brush sepenuhnya. Sakit jari, lenguh bahu tapi seronok! Lagi sekali,nampak tak bahan rujukan tu? Begini cara melukis ya. Selain punya bakat dan kebolehan hebat melukis, bahan rujukan perlu ada dan cukup. Terima kasih.

Korang penah nampak, jumpa atau tengok ( baca ) majalah old skool ni? Tak penah. Ni la kali petama tengok. Harhar! Satu lagi majalah old skool, WEEKEND kuaran 15 June 1985 zaman purba dulu yang masih gua simpan dan tejumpa balik masa pindah ni. Majalah hiburan mampu beli ( $1.20 senaskah ) untuk remaja nakal cam gua mendapatkan info dan poster artis pop dan rock masa tu. Ada cerita dan gambo Duran Duran, Modern Talking ( aww! ), Bananarama, WHAM!, Cyndi Lauper, Michael Jackson, Madonna, Culture Club, Eurythmics, Prince, Thompson Twins, The Police, Sheena Eston, Breakdance dan band-band rock/metal - Motley Crue, Twisted Sister, Ozzy, Van Halen, Ratt, Deep Purple, Night Ranger, Saxon, Scorpions, WASP, Kiss dan segala macam lagi. Yang paling best ada poster Brooke Shields dan Phoebe Cates! HEH! Majalah mampu beli ni la yang banyak bejasa pada gua masa melukis. Ia menjadi bahan rujukan utama.

MASTERS OF HEAVY METAL. Satu lagi buku yang menjadi rujukan utama masa melukis/membuat cerita MUSICMANIA. Gua beli majalah/buku ni pada tahun 1990. Mahal nak mampus! Tak apa, kerana ia sangat beguna dan membantu gua menjadi lebih mahir melukis kartun/ilustrasi gitar atau aksi bemain gitar! Buku koleksi khas pasal generasi awal gitaris hebat dunia dari The Pioneer of Heavy Metal Jimi Hendrix, Mountain's Leslie West, Jimi Hendrix, Ritchie Blackmore, Tony Iommi, Ted Nugent, Jimi Page, Michael Schenker hingga ke gitar hero generasi baru Randy Rhodes dan Eddie Van Halen.
The master guitar players, their instruments, their playing techniques, their spirit and power!

Tejumpe plak yang ni! Dulu sapa yang ada koleksi BERSAMA SELAMANYA VOL 1 dan VOL 2 ni atau masih ada lagi dalam simpanan? Terima kasih pada yang penah membeli sama ada vol satu atau dua. Itu kenangan indah kita pernah Bersama Selamanya walau di mana berada. Hingga ke hari ini masih ramai yang betanye pada gua koleksi Bersama Selamanya vol. SATU. Sori, tak ada lagi. Yang ada hanya kenangan dan untuk simpanan peribadi. Ni la antara majalah/koleksi yang gua sanggup tampal kat sini untuk tatapan semua. Ada banyak lagi harta pusaka dan buku/komik/majalah yang gua jumpe masa kemas-kemas yang tak nak gua tampal kat sini. Sori la. Biar la menjadi rahsia. HEH! Apapun kita tetap Bersama Selamanya. Tetap indah dalam kenangan. Terima kasih.

Masa keletihan tak ingat bekemas dan leka membelek majalah-majalah, ada la plak awek student dari UITM Shah Alam yang datang melawat. Alahaiii… dari penat trus besemangat! Heh! Gua tak perlu mintak maaf kerana keadaan tempat gua yang masih huru hara. Datang masa orang pindah apahal? Walau huru hara besepah sepah, diorang tetap tegedik-gedik nak begambo dengan gua. Sila, sila… tak ada hal punyer. Masa ni gua sangat penat. Tak larat dah. Rasa dah lebih pukul empat petang, tapi masih tak habih bekemas. ARGHHH! Member lain dah bangun dari tido, dah lunch, dah berapa lagu/album diorang donlod, dah siap kerje. Cam ni la nasib gua setiap kali pindah tempat. Paling lambat habih punggah harta dari tempat lama dan paling lambat abih bekemas kat tempat baru. Maklum la ‘harta’ banyak. Kayo la kato an! HEH!

Tempat baru ni benar-benar mengingatkan pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan. Ia seperti muzik rock. Walau DUA PULUH TAHUN telah berlalu tetap segar dalam ingatan. Selamat bersemangat menjalankan tanggungjawab di tempat baru pada gua dan pada semua sobat department ilustrasi dan majalah G3. Tak lupa pada semua sobat yang dikasihi. Selamat bejaya didunia dan akhirat.

adoii... ponek eh!

89 comments:

Kalamtimur said...

itulah kemanisan dan manisan pindah randah..terkelendat dan terkedu nampak koleksi komik Melayu oldskool

garb_ina said...

Bro, nak pinjam komik? Hhehehhee.....

gayour said...

kalamtimur
susah nak menjaga dan menyimpan harta pusaka tahap fosil tu cikgu. memang tekelendat tapi penat ya amat!

garb_ina
komik tu bukan untuk dipinjam atau dibaca tapi hanya untuk belagak dan menunjuk-nunjuk amik gambo jer. heh!

berteromber said...

bro..gua baru nak buat citer pasal majalah weekend (wa baru terjumpa bln lepas masa kemas2 store kat kg)...lu dah citer dulu...potong stim betul ahh...haha...

btw...phobe cates?...nyum nyum..dulu2 poster dia tertampal kat bilik tido gua...hahaha...

Ki To said...

Askom sifu....Sihat?Ambo kat SP sihat2 belaka.....Sifu,ambo nak bertanyakan soklan..Bleh tak?
1)Macam ner nak buat loose part and hantar kat majalah?
2)Sebenarnya bape saiz loose part sebenarnye?Adakah 14x24?Or 18x27 or so on?
3)Kena pakai kertas saiz bape?A4 ke atau B5?
4)Kalau nak antor kat majalah,mutu artwork yang macommano yang editor selalu menilainya?
5)Lastly,Nak antor kat majalah selalunya diorang warnakan artwork or biorkan hitam putih....Tu jerrr,harap kabero kat ambo sifu...Thanks

eddie dewanaga said...

fuh, koleksi majalah metal yg klasik!


"Remember to call my name
I adore it..
If you call my name
I implore it..
If with all these things
we invoke here
Call you out our name
But be forwarned dear

I don't mind the pain!

We hear you call our name
We adore it..
Hear you all these things
That we invoke here..
If you call our name
Rest assured dear
See you all these things
But be forwarned dear,

I don't mind the pain!!

And I stay so arcane
In the shadows
Of your brain
Will I come to you
Again

Remember...
I don't mind the pain!!!"


- Glen Danzig, 1994

lanterajiwa said...

salam tuan tulis… tumpang promote tee-shirt ya… =)

T-Shirt Kenangan PERISTIWA PERDANA BULAN MAC

(1) T-SHIRT ANTI PPSMI ( RM30 termasuk biaya pos )

(2) T-SHIRT JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA ( RM25 termasuk biaya pos )

(3) T-SHIRT SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK ( RM25 termasuk biaya pos )

(4) T-SHIRT KERANDA 152 ( RM25 termasuk biaya pos )

http://lantera-jiwa.blogspot.com/2009/03/t-shirt-kenangan-peristiwa-perdana.html

gayour said...

berteromber
tak ada sebab gua nak mintak maaf pasal potong stim kuarkan majalah weekend tu. harharhar!
apa salahnye lu dedahkan gak koleksi majalah tu. nak gak tengok. cover phoebe cates ada tak? kalo ada poster lagi baik. heh!

pungguk
1- kartun loose adalah kartun semuka sama ada warna ( manual atau digital ) atau hitam putih. boleh hantar ke editor mana2 majalah melalui surat atau emel.
2- saiz kartun loose atau bersiri bergantung pada majalah bekenaan. ambik saja saiz dari mana2 kartun ( loose atau drama ).
3- elok lukis besar sket. gunakan kertas saiz A3
4- mesti lawak giler, warna yang kemas dan bermutu ( cantik )
5- dua2 cara boleh buat. warna atau hitam putih. tapi lagi baik buat hitam putih saja. buat salinan ( photostate ) dan hantar salinan saja. kalo nak hantar yang warna digital, emelkan saja.

harap faham dan membantu. selamat melukis kartun dan berseronok!

eddie dewanaga
tak la hebat manapun. orang lain lagi banyak koleksi majalah metalnye. apapun itu la 'guru ghaib' gua selama ni.

"... He is the Painkiller
This is the Painkiller
Wings of steel Painkiller
Deadly wheels Painkiller"

pain killer - judas priest

lanterjiwa
sila oder pada siapa yang beminat!

Q said...

apo lak dulu den nampak slim yo skrang dah macam makan mauri pan....

anyway lu nyer collection gua memang respect!!!

agak agak marvel vs dc nyer colection ader x? edition lobo lawan wolverine pas tu wolverine menang....kalo ader gua nak pinjam... gua nyer dah hancusss....
dimakan tikus....

gayour said...

Q
dulu ado la sket2 jadi hardcore kumpul komik. habih beratus2 tiap bulan boli komik! marvel vs dc? komik tu den tak boli. tak minat. lobo vs wolverine plak tak sompek nak boli. tak dapek la kau nak minjam. haha!

faizalmukhtar said...

MEMO:

oi.

jaga la komik tu baik2 agar senantiasa berada dalam keadaan mint condition. kalau jual kat eBay kan, ada harganya. ini macam... hish! gua selaku ahli majlis tertinggi pengumpul komik DUN sini, amat kesal akan tindakan tuan/puan.

gayour said...

faizalmukhtar
kalo kita belajar/mengaji menggunakan kitab ( fekah, tauhid, tafsir hadith atau apa2 kitab pengajian ), sekiranya kulit buku dan isinya lekang, koyak, betulis nota di sisinya, itu menunjukkan buku/kitab itu sentiasa ditengok/digunakan. tapi kalo cantik seperti baru dibeli, ia tidak dimanafaatkan sepenuhnya! sayang buku sangat la tu kononnye. blah la!

begitu la yang gua lakukan pada majalah, buku atau komik2 gua tu. gua beli untuk dimanafaatkan bukan untuk disimpan atau dijaga keadaannya seperti baru dibeli. CRAP! buku itu pasti suka diperlakukan begitu. tak ada nilai kat eBay pun tak apa.

itu cara gua menghargai dan memenafaatkan "ilmu" yang ada pada buku, majalah atau komik.

got it boy scout?

Anonymous said...

waaaaaaaaaa!!!!

bersama selamanya tuu kiteee adeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

wooooo eksaited btol.

gayour said...

feerhann
kitapun ade! yeahooo!

tq

Anonymous said...

wahh..muka en gayor dulu2 cam kirk hammet la.skrg muka encik mcm...muka encik la kan.huhu

Anonymous said...

iyahh..marilah kita berpindah minda..hahah!masa kamu sedang melukis musicmania itu,aku ada disekitar kamu.

gayour said...

anonymous
masuk lu dah seratus juta orang kata cam tu. malu i tau. aww!

harfraginhar!

babatifaryan
ah, tipu la! mana mungkin! gua tak percaya. tapi mungkin betul. ah, tipu la!
moga encik sihat, selamat, berjaya, bahagia, diberkati dan dirahmati Allah. gua masih melukis kartun.

terima kasih sudi singgah ke blog gua.

Yatt said...

Bro, lu simpan semua mag metal lama2 tu kt ofis ke? Tak sayang ke?

gayour said...

yatt
gua tak simpan tapi memenafaatkannye sampai hancur!
gua tak nak jadi cam kebanyakan orang yang sayang sangat la kononnye dengan novel, majalah, buku... jangan sentuh harta dia, nanti rosak!

cikceriacorner said...

salam..
abg gayour,seronok tgk koleksi buku2 n majalah2 yg abg gayour ada..teruskan berkarya dan selamat maju jaya..

gayour said...

ez
itu la 'harta dan sampah' gua. tak la hebat cam orang lain. tq

Unknown said...

Ah abe pung pindoh jugak be... tak bising pung!

Kalamtimur said...

here i come again,
hehe ramainya teruja dengan harta dan sampah cik gayour,buleh masuk arkib dah tu..

Anonymous said...

ehem..ehem..
makaiih...
berkoyan koyan komik die..
lu pun satu cek gayour..
nape tak abadikan je komik tu dirumah..
ha.. kan tak bersepah sepah disana sini..

gayour said...

niezam
sampah abe tak banyak. nak bising gapo plak?

kalamtimur
kalo masuk arkib tak boleh la saya nak merujuk lagi cikgu. kesian kat beliau kalo disimpan kat arkib. uuu..uu.

anonyomus
gua beli semua tu bukan untuk disimpan tapi untuk dimanafaatkan. gua tak nak jadi orang yang ( ehem! ehem!) kononnye sayang sangat kat majalah, buku, novel. kunci dalam peti besi kat rumah atau bank!

matakucing said...

purba2 pon lu antara kartunis yang memopunyai iadentiti tersendiri. Lu tak tipu..bila tgk lukisan lu tau dah roots lu cam ner. banyak komik & majalah kuno lu eh.

Anonymous said...

Mother tuuuutttttt!!!

Tu le perkataan memole terkluor dr mulot teman nengok koleksi komik mike.. demnnnn! It'll took me lightyears to own one like yours!

Komik Lobo tuh mmg mengingatkan dzaman mike melukih Bersama Selamanya (BS) dlu. Sbb teman ade nyimpan keratan Ujang yg memaparkan karekter2 faveret Mr. Gayour. Antare yg teman ingat Mr. Punisher, Lobo, Pitt, Judge Dredd. Memang rare habis!

Komik2 tempatan tuh pon memang ngancham! Ni pengaruh Tamar Jalis kompem masih berdaki kat dalam jiwa tuh kan? ekeke!

Alhamdulillah.. koleksi BS mike ade dlm simpanan guwe.. kecuali bahagian inlay yg terkoyak dek kenakalan anak sedare teman.. yg laen sumenye elok laie. Antare koleksi laen teman ialah Tandoori Payat dan Aku Budak Minang. Bangge ade anak Mesia yg buleh buat komik n katun yg betoi2 bermagnet n menarik!

p/s: simpan leklok yeh yob koleksi2 mike nie.. tp kalo nk juei rege kawan2, bgtau le teman.. ekeke!

Anonymous said...

gambar lu time 1994 memang ganas... rambut ala ibnor riza... muka pun dah nak sama ngan ibnor riza tu.. thehehe

mknace unlimited said...

cool bro
koleksen lama yang tak tahan nengok tu

gayour said...

matakucing
mencipta identiti adalah mudah tapi untuk mempertahankan dan berlaku jujur pada diri yang paling susah! tq.

aidilangelo
tu la harta gua, tak la hebat cam orang lain. guapun ilang akal, apa ye tajuk cerita pasal superhero yang gua buat tu - comicmania kot! entah la! apapun terima kasih banyak2 pasal lu penah memainati karya2 gua dan membeli koleksi bersama selamanya. tq my friend.

matburn
eh! ramai orang kata muka gua masa tu cam kirt hammet. cuba lu tengok betul2. heh!

mknace
itu la antara barang-barang purba yang menjadi 'guru ghaib' gua melukis selama ni.

"kedatangan tuan sidiq sigaragga saudagar barang-barang purba bersama anak-anak beliau..."

Bihunsup said...

SALAM BRO GAYOUR.. MERANAM BIHUNSUP.. GUA RASA TERTARIK SEMANGAT GUA KEMBALI UNTUK KEMBALI KE ARENA LUKIS2 NI.. TERUJA DAPAT BLOG PARA KARTUNIS NI.. SAMBIL TU LEH LA BELAJAR ILMU U ALL... EH APSAL LINK TO AIE TU TAKLEH MASUK YER??
YANG GERSANG...
BIHUNSUP

gayour said...

bihunsup
selamat kembali melukis. bidang ni untuk semua. seperti orang oder dan makan bihunsup pada bila-bila masa.

entah la. tak tau apasal link encik aie jadi cam tu. yang pasti kalo encik aie makan bihunsup, lobang idung beliau akan kembang semangkuk dan peluh akan kuar lebih banyak dari sup bihun!

Bihunsup said...

sebenarnya itulah resepi aie buat bihunsup... aie kata dia dapat resepi tu dari hang... dia kata lagi ko punya resepi peluh tu leh jadi masam masin manis.. jadiknya sup 3 rasa kata beliau sewaktu diinterbiew oleh para wartawan dari zimbabwey..

Gayour.. aku rasa la kan apa kata ko buat cerita cintan lak.. buktikan kerockan lu itu ada tersembunyi cinta suci yang leleh.. perghh... macam kat blog aku tu.. http://lawakbabas.blogspot.com
ko komen le apa yang patut.. dalam episod KELAB JIWA LUKA

Bihunsup said...

aku sebenarnya tak reti nak create comment ni.. ni dah tau buat habihla aku comment semua orang.. boleh diumpamakan BATAK la ni.. dah lama aku jengok blog ko sebenarnya ni.. nak beli buku cara melukis ko tu camne? macam tak bagi beli je.. tak reti aku nak mengodernya... senak pinggul aku dibuatnya.. huhu..

Jorji said...

en.gayour.
gua rasa dah tak sesuai en.gayour menyimpan majalah metal itu lagi.

selain en.gayour dah tak perlu rujukan utk adegan mamat metal banging sambil main gitar flying V,ianya juga menyesakkan tempat baru en.gayour nak berkerja.

bagitau bila aje,gua akan datang opis en.gayour utk 'clearkan' semua majalah metal yg rare dan buat gua tension itu!!

saya beli majalah metal back issue,murah je...rm10 satu...lambat la skit beritanya...lewat 2 bulan la.


tapi tang gambar lamo macam kirk hammet tu yg tak boleh blah! hehe..dah seratus juta orang cakap eh? haha

Anonymous said...

Salam bro..

Selalunya apa yang indah di mate n hati kite akan jadi berjarga buat org laen bile kite ni tiade..

To me, it's just our Malaysian society je yg "kurang" menghargai seni2 atau koleksi di depan mate. By the time they ralize this, mende2 tuh dh jadi rare n regenye melambung naek dek demand yang melampo namun edisinye terhad.

Just my 2 cents, but gua still mengagumi hasil kerja lu, dlu hingga sekaghang! Yeah! Rock terus rock! ekekeke!

p/s: kat mane ade juei baju Lobo yeh? Dr dlu mmg teman carik xjumpe2. Deymnn!

gayour said...

bihunsup
nanti gua singgah ke blog lu dan hina apa yang patut. heh!

bihunsup
gua bleh ilangkan senak perut lu tu. apa susah, gua bleh poskan pada lu buku gua tu. emelkan pada gua alamat lu

gayour@karangkraf.com.my

j or ji
buku/majalah gua kebanyakannya dalam keadaan hancur koyak rabak! gua tak cam orang lain jaga buku. balut dengan plastik dan simpan dalam peti besi! orang lain tak boleh pinjam, tak boleh sentuh! apa manafaatnye kalo disimpan?

sampah2 gua tu kalo jualpun turun harga pasal condition tak okey. heh!

selagi boleh dimanafaatkan, gua akan gunakan semaksimanya biar hancur. bila mati semua akan ditinggalkan. apa manafaatnye lagi pada gua? jadi harta pusaka. itupun kalo ada yang nak menyimpan/menjaga. kalo tak jual kati atau hancur cam tu jer! masa skang ni la belasah cukup2!
oi, ekau boli la buku sendiri jang! haha

gayour said...

aidilangelo
biasak la tu. semua ada depan mata,mana nak hargai.

guapun tak tau kat mana nak beli tshirt superhero ni pasal gua lukis/painting tshirt lobo sendiri. bukan untuk dijual tapi untuk belagak.heh! tapi itu dulu, skang ni sibuk sangat nak meneruskan hobi purba gua tu.

main man rules!

Bihunsup said...

isk isk isk.. gua akan teruskan perjuangan!!!!!!

hidup bihun! hidup bihun! hidup bihun! bihun hidup!

jom makan bihunsup..

gayour said...

bihunsup
selamat berjaya wahai sobat!

Anonymous said...

tempat baru azam baru..yahoo

gayour said...

ktb
tempat baru tapi azam yang lama gak.
entah la...

Anonymous said...

Slm. Iklan jap. Kids' Arts Day 2009. 28 Mac 2009. Gazebo, Kompleks Perdanasiswa UM. Leh check kat http://www.kids.net.my/ppakk/ Jemput2 la dtg. TQ.^_^

gayour said...

anonymous
tq atas iklan dan jemputan. gua tak dapat join kerana ada tugasan lain pada hari itu. lain kali jika bekelapangan.
moga program berjaya!

myownmind said...

GILA DIA ada dendam sI kARMA... MEMANG karma chameleon la lu nie.. ehh apahal mamat gay pnye agu lak gwe nyanyi wahahha... weiii lu pnye koleksi mediaseni tue listkan la weei... antinya akuuu..

gayour said...

myownword
yeah! memang ada lagi komik2 adiwira tahap fosil yang gua tak dedahkan. tak payah la kot. bukan menarikpun. warna manual. tak canggih dan hebat dengan warna digital seperti komik skang ni. jadi encik tak perlu merusuh atau tunjuk perasaan la ye. heh!

shazrol said...

Gamba ekau maso tahun 1994 tu,,,hmmspt!!..suuwwiitttt!!!!

gayour said...

shazrol
teringat masa encik roy datang melawat. gua buat booo layan! rasain lu! harharhar!

yesterdayrising said...

hidup bro gayour!!dlu layan komik bersama selamanya.now da ade blog.perasan blog bro ni pun dari buku gayour tu..saye ade bli satu..huhu.keep update bro!!

Anonymous said...

kalo diingatkan memang sedih..
mags ujang #1 - thn 2000
abis dimakan anai2 kat kg..

itulah kenangan pahit manis wa dulu..
skang tinggal saki baki je...time balik kg mesti belek2..nostalgia..byk kenangan pahit manis.

gayour said...

yesterdayrising
terima kasih kerana membeli buku dan sudi singgah ke blog gua.

kebahagian pasti akan bersinar bro.

anonymous
harharhar! rasakan majalah basah dan rosak melekat-lekat kena hujan. pas tu kena makan anai-anai! haha! haha! uuuu...uuuu... guapun penah mengalamainya. sakitnye hati hanya Allah yang tahu. sabo je la.
apapun terima kasih kerana pernah BERSAMA SELAMANYA.

Sitie BUm BUm said...

tu hijrah namanye.. hehe

snower.rewons said...

salam bro...
sekian lama mencari bro gayour, akhinye ketemu jua blog bro..how r u?
ni pun adik yg bg link blog bro sbb my sista tau yg i mmg minat gile dgn lukisan bro.my sis selalu beli magazine g3/3g(sowi, tak ingat).then die kata ade karya bro dlm tuh..huhuh

well, 'bersama selamanya' takde nak wat lg ker?windula...i still simpan magazine vol 1 & 2 tuh. cuma kaset untuk volume 2 tuh dah hilangle..tak dpt nak diselamatkan.bro ade copy lagu bersama selamanya tuh ker cd version?huhuh..

for your info, i suke sgt2 watak amar tuh smpai dlm hati i(masa 1996)berkata, nanti nak letak nama anak lelaki i amar. n tahun 2007 i selamat bersalin seorg anak lelaki n i give a name of ammar (coz amar takde makna in islam, so i put ammar).

n i still simpan lg sedikit lukisan yg u coretkan dlm buku Tahun Melawat Selangor (2000) yg i beli..n satu potret gmbr i n kwn i yg u lukis.

hope to get in touch with u bro..


loadsa luv,
snower...

www.myspace.com/sitiosnower

myownmind said...

Amar sebenarnya hero yg dipengaruhi dr cerita Dustan cekedum cekedum Amar Akbarrr Anthonyyy... wahahaha

gayour said...

sitie bumbum
yeah!hijrah yang memenatkan!

hurhawa
sejahtera buat cik nurhawa.
1- terima kasih kerana sudi singgah ke blog gua.
2- terima kasih kerana pernah meminati karya 'bersama selamanya'
3- terima kasighh kerana meminati lagu2 dalam album 'bersama selamanya. maaf, tak dibuat dalam CD. leceh tul!
4- tahniah kerana telah 'memiliki' ammar yang sebenar. ia satu anugerah dariNya. moga dia membesar dengan sihat, berjaya dan menjadi seorang yang beriman dan soleh. insyAllah. gua terharu dengan niat yang dibuat pada tahun 1996 dulu dan menjadi kenyataan akhirnya.
5- moga cik nurhawa berbahagia dengan suami, ammar dan anak-anak yang lain di dunia dan akirat. moga diberkati dan dirahmati Allah.

terima kasih.
bersama selamanya

myownmind
masa buat cerita tu dulu, ramai kengkawan yang komplin "amar tu asyik gaduh jer". desyumdesyumdesyum! harharhar!

DeeN said...
This comment has been removed by the author.
DeeN said...

Tahun '94, gua baru form 3. Haha.. tengah gila baca Gila - Gila dan Ujang walopun sepatutnya fokus kat PMR. Tp pikir2 balik, memang best baca majalah tuh dari baca buku sekolah. Hahahahaaa!!

Maju terus maju, bro!

gayour said...

deen
empat belas tahun telah berlalu, tapi semuanya tetap indah dalam ingatan!

i luv skool when it's closed!

snower.rewons said...

salam bro...
thx a lot for your reply..
kalula bro depan mata skrg nih, mmg nak soh bro lukis pic ammar tuh bnyk2...
or maybe kalu bro free, lukisla satu potret ammar untuk sy ni ha..
sy leh g amik kat opis bro kat sek 15 tuh coz sy pun kije area 15 tu gak..
ahaks...

anyway, hope you have an amazing weekend..

caiyok!!

Sarah Joan Mokhtar said...

"Gua plak jenis yang suka belek buku itu dan ini masa bekemas."

Haha, boleh relate!

gayour said...

nurhawa
nak lukisan gambo amar? boleh tak ada hal punyer. nanti ada kelapangan gua buatkan.
emelkan pada gua emel cik puan. siap nanti boleh la gua bagi tau.

gayour@karangkraf.com.my

sarah joan mokhtar
betul, gua tak tipu. masa bekemas la paling syok belek itu ini. tu la pasal lambat nak siap.

tq, sudi singgah ke blog gua.

snower.rewons said...

yuhuu....
yeahbedabeduuuu....
ni yg best nih...
hmm, nanti hawa email kat bro ok..

p/s: tak sabarnye rasa nak potret tuh...

AmAraMaRaMaRaMaR!!!

gayour said...

nurhawa
sabo! sabo! sila bawak besabo ye!

heh!

4630AC D said...

Brother, tolong la faham. Tolong la.

Bersama Selamanya Vol.1 dan Vol.2 saya dah lama hilang kena kebas. Tolong la bagitau macam mana nak beli lain...

Hehe.

snower.rewons said...

bro,
ni tgh dok bersabo le nih...
ari-ari bukak email tunggu email dr bro.huhuhuh...
kapan ya agaknya?
ahaks...

gayour said...

hafiz
masalah besar ni! sukar untuk gua fahami dan hampir pasti tidak dapat dibantu. sad but true. ARGHHH!

apapun, gua simpati.

nurhawa
truskan besabo ye. bila sampai masanye nanti, sampai la emel pemberitahuan untuk menuntutnya. buat-buat la sibukkan diri buat masa skang seperti basuh pinggan, basuh baju dan sebagainye. heh!

JOE said...

mano nak cari dh BS tu...sayang tak diterbitkan lagi. sama la ngan komik
ABe tu..sayang je...

gua boleh kata BS karya terulung bro gayour! cayalah!!!

gayour said...

brader joe
yeah, sayangnye! kalo tak semua rakyat BolehLand yang blum memilikinya boleh memiliki dan menikmatinye.

Anonymous said...

akum bro.kalo ade majalah metal yang lame2 nak let go,kontek aaa sayer. mea_cruel@yahoo.com

saya memang minat ngan magazine2 lame nih maklum laaa membesar ponn zaman kurt cobain tngah top and i hurt kurt cobain.cheerz.

Aleez said...

1994.. i still ingat ur muka bro.. u posted me a sketch of your figure before i gi oversea... ke 1993 ah? lopalah pulak huhuhu

gayour said...

anonymous
gua lebih sanggup buang majalah2 metal oldskool gua tu dalam sungai yang berarus deras dari bagi/jual kat encik! harharhar!

itu la harta dan sampah sarap gua dalam menghasilkan karya.

aleez
aww! ye ker gua penah buat cam tu?

u don't remember i'll never forget!

Aleez said...

iye la bro.. mmg ada.. masa tu u tgh meletup letup macam boghotih jagung popcorn uwan den huhuhu

SkiD said...

Fulamak!!! banyak gak lu punya khazanah lama... Koleksi gua banyak dah jadi bahanapi...hehehe!

fique said...

salam brader gayour.
nk tny leh x nk pnjam buku bersama selamanya..huu..

Anonymous said...

Excеllеnt pоst. I cегtainly love thіѕ website.
Ѕtiсk wіth іt!

Stoр by my homepage; laser acne treatment

Anonymous said...

It's very simple to find out any topic on net as compared to textbooks, as I found this post at this web site.

Feel free to surf to my website :: http://Hailshare.Com/JuanStega

Anonymous said...

Ηеy I know this is οff tоріc but Ι waѕ wonԁering if you knew of any widgets
I cοulԁ add to my blog that automatically tweet my newеst
twittеr uрԁates. I've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.

Have a look at my site - social network

Anonymous said...

Thank you for anothег magnіfіcent
pоst. Wherе else maу just аnуbody get that kinԁ of information in ѕuch
a ρеrfect meаns of ωrіting?

I've a presentation next week, and I am on the search for such info.

Check out my web page Lagbook.com

Anonymous said...

Wow that was ѕtrange. I juѕt wrote an extremelу long commеnt but
аfter I clicked ѕubmit my сomment diԁn't show up. Grrrr... well I'm not wгіting all that oveг again.
Anyway, just wanteԁ to say fantaѕtic blog!


Also viѕit my blog post :: same chat

Anonymous said...

Whoa! Тhіѕ blog looks exасtly lіκе my old one!
It's on a completely different topic but it has pretty much the same layout and design. Wonderful choice of colors!

Also visit my weblog hämorrhoiden therapie

Anonymous said...

Hey Τhere. I discovereԁ your blоg usіng msn.

Thаt is a really well wгitten article.

I'll make sure to bookmark it and return to read more of your helpful info. Thanks for the post. I'll ceгtaіnly return.


my blog post: ex Zurückgewinnen

Anonymous said...

Veгy ѕoon this sitе will bе famouѕ amid all blog viewerѕ, ԁue to it's fastidious posts

Here is my site ... chatrandom

Anonymous said...

Todаy, I ωent tо thе beachfront with my
children. I found а ѕea shеll and gаve іt to my 4 yeaг old daughter and
saiԁ "You can hear the ocean if you put this to your ear." She put
the shеll to her ear and screameԁ. There was a heгmit crab inside and іt
pinсhed her ear. She never wants to gο back!
LοL Ι knοw thіs is completely off topic but
I hаd to tell someone!

My web blοg: hemoroide

Anonymous said...

Fіrst οff Ι want to ѕay excellent blog!
І haԁ a quick queѕtіon іn which I'd like to ask if you don't mind.

I was curious tο finԁ out how you center youгself and clear your
mind prior to ωгitіng. I've had difficulty clearing my thoughts in getting my ideas out there. I truly do take pleasure in writing but it just seems like the first 10 to 15 minutes are generally wasted just trying to figure out how to begin. Any ideas or tips? Cheers!

Review my webpage ... chatroullette

Anonymous said...

Stunning quest there. What occurred after? Takе care!



my site - Sixpack

Anonymous said...

І dоn't even know how I ended up here, but I thought this post was good. I don't knoω whο you are but certainly
уоu're going to a famous blogger if you are not already ;) Cheers!

Also visit my web-site natural cures for hemorrhoids - -

Anonymous said...

I'm impressed, I must say. Rarely do I encounter a blog that's both еquallу eԁuсatіνe and interesting, anԁ
withοut а doubt, you have hit thе nail on the heаd.
The іsѕue iѕ something not enough
peoplе are ѕpeaκing іntelligently about.
I аm very happy that I found thіs ԁurіng my ѕeaгch foг sоmething regаrding this.


Нeгe is my ωeb site; Bauchmuskelübungen

Anonymous said...

May I simply just saу what а relief to discoѵeг а person that
really knows what they're discussing on the net. You definitely know how to bring a problem to light and make it important. A lot more people should check this out and understand this side of your story. I was surprised that you're nοt
mοre ροpulаr sinсe уou certaіnlу possess the gift.


Also visit mу wеbsіte chatroulette

Anonymous said...

Somebody necessarily lend а hand to make critically posts I might state.

This is thе verу fіrst time I frequented yοur
websitе рage аnd to this рoint?
I surprisеd with the resеarch you made to make
thiѕ particular put up іncrеdible. Excellent actiѵity!


Also vіsit my homepage; Bauchmuskeltraining