Tuesday, April 21, 2009

DIALOG PNM

DIALOG PENULIS
26 RABIULAKHIR 1430H - 22 APRIL 2009

Bulan lepas ( 15 Rabiulawal 1430 Hijrah - 12 Mac 2009 Khamis ), gua mendapat jemputan dari Perpustakaan Negara Malaysia untuk menyertai sesi dialog Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia bersama penulis di Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak. “Apa hal plak diorang jemput gua ni. Gua bukan penulis”. Tegas gua pada diri sendiri. Gua lupa, selain sebagai seorang kartunis, rupanye gua gak adalah seorang penulis! Gua dah buat buku MELUKIS
KARTUN CARA GAYOUR. Heh!

Nak tak nak gua pegi gak ke majlis ni. Orang dah jemput, kena la pegi. Nak tau gak apa yang akan dibincangkan. Ni kira pengalaman pertama gua join dalam sesi cam ni sejak begelar penulis secara rasminya. Sejak buku gua diterbitkan. Cam biasa gua sampai lewat. Macam-macam alasan boleh direka sebab lewat. Heh! Gua sampai, majlis dah mula. Tak kisah la. Janji gua sampai dan memenuhi jemputan. Begini lebih kurang pengisian dan perjalanan sesi dialog...

Ada tiga objektif utama sesi dialog antara Ketua Pengarah dengan
penulis ni diadakan.

Yang pertama –
Memberi penerangan mengenai Kepentingan Akta Penyerahan bahan Perpustakaan 1987 ( Akta 331 ) dan perana Pusat Penyerahan Terbitan Negara,perpustakaan Negara Malaysia. Pusat Penyerahan ni bertanggungjawapsepenuhnya terhadap penguatkuasaan akta tersebut dalam usaha membina Koleksi Negara iaitu koleksi bahan yang diterima bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 ( Akta 331 ).

Objektif yang kedua
Menggalakkan penulisan dan penerbitan karya tempatan melalui peruntukan Dana Pembelian Terus Buku-buku Karya Tempatan.

Objektif ketiga
Menjana idea dan pandangan dalam memaju dan mempelbagaikan karya terbitan di dalam industri pembukuan Negara.

Untuk makluman semua sobat, Akta Penyerahan ni mewajibkan penerbit menyerahkan bahan yang diterbitkan dalam negara kepada Perpustakaan Negara Malaysia melalui Pusat Penyerahan Terbitan Negara. Bahan-bahan yang diterima itu akan dijadikan sebagai Koleksi Negara ( buku gua dah jadi Koleksi Negara rupenye ) yang dapat mencerminkan warisan interlek, kesusasteraan, kebudayaan serta ilmu dan kebijaksanaan manusia yang terkumpul. Konsep penyerahan secara undang-undang telah diamalkan sejak dahulu lagi melalui Straits Settlements Book Ordinance 1886, FMS Book Enactment ( F.M.S. cap 90 ) 1916, Preservation of Books Ordinance 1950 dan Akta pemeliharaan Buku 1966. Jadi mana-mana sobat yang dah ada buku/diterbitkan, elok la hantar ke Perpustakaan Negara. Simpan sendiripun tak guna. Elok jadikan Koleksi Negara.

Objektif Akta Penyerahan

Ni gua share sket pasal Objektif Penyerahan.
Akta ni mula berkuatkuasa sejak 15 April198 zaman purba yang lalu yang bertujuan untuk:
-menyediakan bagi pemuliharaan dan pengunaan bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia
-Mewujudkan rekod bibliografi yang standard bagi bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia.
-Menyelenggarakan rekod-rekod statistic bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia.

Yang ni plak pasal Definisi – Bahan Perpustakaan

Bahan Perpustakan meliputi bahan bercetak seperti buku, terbitan bersiri
( majalah, jurnal, buletin, surat khabar ), peta, carta, poster,
risalah dan sebagainya. Manakala bahan tidak bercetak termasuk filem sinematograf, microform, piring hitam, rakaman video dan audio, media elektronik ( perisian computer, CD-ROM ) dan media lain yang mengandungi maklumat. Ada banyak lagi maklumat pasal Akta Penyerahan Bahan ni. Tak larat nak tulis. Korang kena cari sendiri la. Tak kan nak senang jer. Heh!

Dalam sesi dialog ni gak, Ketua Pengarah turut menerangkan akan kepentingan dan kegunaan kod International Standard Book Number ( ISBN ) seperti yang ada kat buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Nampak tak nombor kod ISBN kat tu? Begitu gak dengan International Standard Serial Number atau ISSN barcode yang terdiri dari lapan nombor kat belakang buku. Ni semua mempunyai peranan, tujuan dan sebab kenapa perlu ada dan dicetak pada buku yang diterbitkan. Korang kena cari lagi maklumat pasalISBN, ISSN dan juga pasal PDP. Tak lengkap yang gua bagi ni.

Selepas selesai sesi penerangan dari Ketua Pengarah mengenai Akta Penyerahan Bahan, tiba la ke sesi penerangan yang ditunggu-tunggu oleh semua penulis yang hadir iaitu pasal Dana Pembelian Terus Buku-buku Karya Penulis Tempatan. Untuk makluman semua sobat, setiap tahun Perpustakaan Negara mempunyai dana khas untuk membeli terus buku-buku yang dibuat oleh penulis. Pembelian terus dari penulis, bukan dari penerbit. Peruntukan dari dua hingga empat juta ringgit setahun untuk membeli terus buku-buku dari penulis. Apa yang perlu penulis lakukan adalah membuat pemohonan dengan menghantar senaskah buku untuk dinilai oleh panel penilai perpustakaan. Hantar la berapapun buku yang ada/dibuat. Sekiranya ada empat buku, hantar semua. Mungkin semuanya akan dibeli dengan nilai hampir RM25,000 setiap buku! Kayo pakcik! Perpustakaan akan membeli dengan jumlah yang besar untuk setiap buku yang diluluskan oleh panel penilai. Oi, encik Serunai Faqir! Lu kena hantar novel MANTERA HITAM lu untuk dinilai oi!

Masa sesi dialog, hampir semua penulis membangkit, memperkata dan mempersoalkan mengenai dana ni. Berebut-rebut nak tanya. Ada yang cakap
mengarut entah apa-apa. Karut la diorang ni. Guapun nak tanye, tapi tengok semua berebut-rebut dan rakus bertanye…kebanyakan semua tahap oldskool plak, tak payah la. Bagi diorang jer meluahkan perasaan. Sabo jer la. Pada semua sobat yang telah ada buku, sedang pulun buat buku atau akan buat buku sendiri di masa akan datang, sila hantar buku korang untuk dinilai ke;

Perpustakaan Negara Malaysia,

Pusat Penyerahan Terbitan Negara,
Aras 19, Menara TH Selborn,
153, Jalan Tun Razak,
50572 Kuala Lumpur
03 2687 4232/4233/4236/4237
faks -03 26817235

Ada rezeki, buku korang akan dibeli. Dana ni untuk semua rakyat BolehLand yang ada buku sendiri sahaja! Jangan lepaskan peluang dan bagi peluang pada penulis lain saja rembat/rebut/bolot dana ni. Bila orang lain rebut peluang, korang bising. Komplin sana sini! Blah la! Ni hak kita semua!

Pastikan karya/buku korang tu best cam makanan yang disediakan untuk kitorang setelah selesainya sesi dialog. Yummyummy! Jangan la ikut orang. Orang buat novel kisah cintan cintun, pegolakan rumah tangga, skandal dato itu, datin ini, korangpun ikut gak buat tema yang sama. Boring! Jangan la. Ada banyak lagi tema, bahan yang boleh dibuat. Asyik asyik cinta, cinta! Menurut pihak perpustakaan, ada banyak lagi bahan bacaan atau maklumat yang kurang dan diperlukan seperti buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Ilmiah tapi tidak la terlalu tinggi. Sederhana. Boleh diterima, difahami dan dilakukan oleh semua golongan pembaca. Boleh kira berapa buku ( buatan anak Melayu,Malaysia ) seperti gua tu kat negara kita. Kebanyakan impot! Buku/bahan cam tu yang diperlukan oleh perpustakaan dan semua rakyat BolehLand. Novel cintan cintun dah terlalu banyak. Penuh dah stor perpustakan!

Makqan time! Yeahoooo! Masa ni gua sempat menyantuni sorang penulis oldskool. Pesara guru yang telah menghasilkan beberapa novel dari pengalaman beliau. Seronok dapat besembang dengan oldskool ni. Moga pakcik sihat dan trus dapat menghasilkan novel yang bermanafaat pada generasi muda seperti gua. Beliau bercerita sket mengenai novel beliau. Hebatnye pengalaman yang telah dilalui. Moga diberkati dan dirahmati Allah. Lebih kurang cam tu la sesi perjumpaan dan dialog dengan Tuan Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Yang Berbahagia Encik Raslin Abu Bakar. Sila lawati laman web perustakaan Negara Malaysia untuk mengetahui lebih lagi mengenai akta, dana pembelian dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Susah la sket. Jangan nak senang jer. Ni dia alamatnye.

http://www.pnm.my
pptn@pnm.my

kalo nak tau pasal ISBN, ISSN dan PDP, boleh emel jer.

issn@pnm.my
isbn@pnm.my
pdp@pnm.my

Pertemuan yang menarik. Moga ada manfaat untuk semua sobat.

Sunday, April 05, 2009

MINI KARNIVAL 09

MINI KARNIVAL 2009
10 Rabiulakhir 1430H - 06 April 2009

Pada 02 Rabiulawal - 04 Rabiulawal 1430 H - 27 Feb hingga 01 Mac 2009 zaman purba yang lalu, buat pertama kalinya MINI KARNIVAL Karangkraf 2009 telah dilangsungkan dengan jayanya diperkarangan pejabat urusan Karangkraf di Shah Alam. Pesta kecil-kecilan menjual terus majalah oleh editor, wartawan, grafik, kartunis, ilustrator pada semua penyokong, peminat, pembeli, pelanggan majalah keluaran Karangkraf dan pada semua pengujung MINI KARNIVAL 2009. Pesta ni dibuat khas untuk semua penyokong setia majalah terbitan Karangkraf selama ni. TQ.

Ni dia salah satu bunting MINI KARNIVAL 2009 kitorang. Karnival ni dibuat sebagai warm up seblum Pesta Buku 2009 pada bulan April ni kat PWTC. Dalam karnival ni, semua team majalah berusaha dan berkerjasama menjayakannya. Bermula dari setting hingga menghias gerai dan segala macam lagi. Dalam setiap khemah, empat buah majalah bekongsi tempat untuk mempromosi, menjual, buat lawak dan menjalankan segala aktiviti bersama pengujung.

Pagi Jumaat hari pertama MINI KARNIVAL. Mendengar sket taklimat dari Pengarah Urusan mengenai MINI KARNIVAL. Lepas ucapan ringkas, kita semua akan menyanyi. Masa ni semua orang sedang syok menyanyi dan membuat gerakan lagu feveret kitorang warga Karangkraf iaitu lagu "Demi Matahari". Gua plak sibuk amik gambo. Ontah la jang!

"... demi jiwa dan seluruh penyempurnaanya..."

Selain dari khemah jualan dan aktiviti, sebuah pentas mini juga turut disediakan. Kat pentas ni macam-macam aktiviti dijalankan. Masa petugas masih sibuk memasang dan menghias pentas, gua amik kesempatan buat pesembahan yang menimbulkan kemarahan semua orang terutama tukang hias pentas. Heh! “ cause i wanna be anarchyyyyyy!”

Ni buka MyVi gua. Kereta ni boleh jadi milik korang sekiranya menang. Yeah, menang! Kalo tak menang, cane nak dapat kereta ni. Macama mana nak menang? Susah gak. Korang kena kuar sket duit dengan melanggan mana-mana majalah kuaran Karangkraf. Mana boleh bagi kete ni cam tu jer. Lemak la! So lantak korang la nak melanggan atau tak. Kalo melanggan lagi la baik. Tapi tak semestinya korang akan menang myvi ni sekiranya melanggan. Nasib la kan.

Gua tak betugas pada hari pertama berlangsungnya MINI KARNIVAL. Hari pertama tolong hias gerai sket, pas tu sibuk amik gambo. Gua betugas pada hari ketiga ( hari ahad ) bersama encik Padi. Selain menjual majalah G3, gua gak menjual buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Ramai gak yang beli terus dari gua selain dari membeli kat gerai Alaf 21. Terima kasih. Oh, yeah! Gerai yang atas sekali tu bukan menjual produk Karangkraf ye. Diorang adalah jemputan khas dari Les Copaque Produktion yang membuat jualan cenderahati dan segala macam produk Les Copaque. Melompat-lompat anak-anak memaksa mak bapak membeli itu ini!

Tetamu undangan istimewa pada hari terakhir ni ialah encik IPIN dan UPIN. Memang huru hara keadaan bila kedua maskot karakter ni muncul. Belah pagi tadi sekali, belah petang ni kuar sekali lagi. Habih semua baik tua atau muda telompat-lompat nak begambo dengan Upin dan Ipin. Tak ketinggalan nak besalam dan peluk-peluk. Hey! Kan gua dah bagi tau hari tu. Dalam sarung tu ada orang. Syok giler la mamat dalam sarung tu dipeluk oleh awek cun! Lantak korang la. Yang penting enjoy!

Lawatan dari pertubuhan tak berdaftar yang diasas dan diketuai oleh kartunis A’an ( salah sorang kartunis majalah G3 ) iaitu Unregisted High School – UHS ke gerai kitorang. Oh, yeah! Kitorang bekongsi khemah dengan majalah Arena Bolasepak, Dara.com dan Remaja.

Pada Mini Karnival ni, pengunjung yang bertuah berpeluang untuk masuk ke dalam bangunan Karangkraf dan melawat di seluruh kawasan. Diorang dibawa oleh petugas dan diberi penerangan mengenai setiap tempat yang dilawat temasuk kilang pencetakan. Boleh tengok mesin cetak yang besar bagak! Habis penat melawat dan membeli, boleh duduk lepak berehat di tikar yang disediakan di bawah pohon rhu. Boleh makan, minum sambil gossip-gosip! Heh!

Bergambo dengan pembeli buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR masa diorang on the way nak balik. Terima kasi sudi datang ke Mini Karnival Karangkraf dan terima kasih banyak-banyak kerana sudi membeli buku gua. Jangan simpan buku ni, guna dan manafaatkan beliau semaksimum yang boleh! Selamat Berjaya!

Heh! Yang ni plak bersama sorang bloger tegar! Gua kenal beliau melalui laman blog. Beliau adalah encik Serunai Faqir, seorang pemukul gendang silat, peniup serunai, novelis dan geng metal. Beliau datang untuk mempromosi, menjual dan menandatangani novel pertama beliau terbitan Alaf 21 yang berjodol MANTERA HITAM yang telah berada di pasaran untuk korang beli! Patut nak sambung sembang-sembang lagi, tapi beliau kena blah awal. Lain kali jer la ye

Ni dia novel MANTERA HITAM - sebuah novel fiksyen fantasi. Saudara Serunia Faqir ada kata kat gua “ bro kena dapatkan novel gua tu pasal gua ada mantion nama bro dalam tu!”. Beliau tulis nama gua GAYOUROCK kerana beliau adalah peminat kartun-kartun gua di zaman purba dahulu. TQ. Ayuh, semua peminat novel tanahair! Beli novel fiksyen fantasi MANTERA HITAM ni sebagai sokongan dan minat! Kata minat novel. Jangan cakap saja tapi tak buktikan! Sebenarnya sejak mula diterbitkan saudara Serunai Faqir dah paksa gua promotkan novel beliau kat blog gua. Sengaja gua lambat promotkan untuk membuatkan ia sentiasa ada promosi. Tak la hanya hebat promosi di awal penerbitan saja.

MANTERA HITAM… sebuah novel fiksyen fantasi yang akan membawa anda merentasi alam ghaib, sehingga berasa tidak lagi berada di alam realiti!

Hebat!

Jumpa lagi di MINI KARNIVAL akan datang dan jumpa di Pesta Buku 2009 di PWTC. Terima kasih atas sokongan semua.