DIALOG PENULIS
26 RABIULAKHIR 1430H - 22 APRIL 2009
26 RABIULAKHIR 1430H - 22 APRIL 2009
Bulan lepas ( 15 Rabiulawal 1430 Hijrah - 12 Mac 2009 Khamis ), gua mendapat jemputan dari Perpustakaan Negara Malaysia untuk menyertai sesi dialog Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia bersama penulis di Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak. “Apa hal plak diorang jemput gua ni. Gua bukan penulis”. Tegas gua pada diri sendiri. Gua lupa, selain sebagai seorang kartunis, rupanye gua gak adalah seorang penulis! Gua dah buat buku MELUKIS
KARTUN CARA GAYOUR. Heh!
KARTUN CARA GAYOUR. Heh!
Nak tak nak gua pegi gak ke majlis ni. Orang dah jemput, kena la pegi. Nak tau gak apa yang akan dibincangkan. Ni kira pengalaman pertama gua join dalam sesi cam ni sejak begelar penulis secara rasminya. Sejak buku gua diterbitkan. Cam biasa gua sampai lewat. Macam-macam alasan boleh direka sebab lewat. Heh! Gua sampai, majlis dah mula. Tak kisah la. Janji gua sampai dan memenuhi jemputan. Begini lebih kurang pengisian dan perjalanan sesi dialog...
Ada tiga objektif utama sesi dialog antara Ketua Pengarah dengan
penulis ni diadakan.
Yang pertama –
Memberi penerangan mengenai Kepentingan Akta Penyerahan bahan Perpustakaan 1987 ( Akta 331 ) dan perana Pusat Penyerahan Terbitan Negara,perpustakaan Negara Malaysia. Pusat Penyerahan ni bertanggungjawapsepenuhnya terhadap penguatkuasaan akta tersebut dalam usaha membina Koleksi Negara iaitu koleksi bahan yang diterima bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 ( Akta 331 ).
Objektif yang kedua
Menggalakkan penulisan dan penerbitan karya tempatan melalui peruntukan Dana Pembelian Terus Buku-buku Karya Tempatan.
Objektif ketiga
Menjana idea dan pandangan dalam memaju dan mempelbagaikan karya terbitan di dalam industri pembukuan Negara.
penulis ni diadakan.
Yang pertama –
Memberi penerangan mengenai Kepentingan Akta Penyerahan bahan Perpustakaan 1987 ( Akta 331 ) dan perana Pusat Penyerahan Terbitan Negara,perpustakaan Negara Malaysia. Pusat Penyerahan ni bertanggungjawapsepenuhnya terhadap penguatkuasaan akta tersebut dalam usaha membina Koleksi Negara iaitu koleksi bahan yang diterima bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 ( Akta 331 ).
Objektif yang kedua
Menggalakkan penulisan dan penerbitan karya tempatan melalui peruntukan Dana Pembelian Terus Buku-buku Karya Tempatan.
Objektif ketiga
Menjana idea dan pandangan dalam memaju dan mempelbagaikan karya terbitan di dalam industri pembukuan Negara.
Untuk makluman semua sobat, Akta Penyerahan ni mewajibkan penerbit menyerahkan bahan yang diterbitkan dalam negara kepada Perpustakaan Negara Malaysia melalui Pusat Penyerahan Terbitan Negara. Bahan-bahan yang diterima itu akan dijadikan sebagai Koleksi Negara ( buku gua dah jadi Koleksi Negara rupenye ) yang dapat mencerminkan warisan interlek, kesusasteraan, kebudayaan serta ilmu dan kebijaksanaan manusia yang terkumpul. Konsep penyerahan secara undang-undang telah diamalkan sejak dahulu lagi melalui Straits Settlements Book Ordinance 1886, FMS Book Enactment ( F.M.S. cap 90 ) 1916, Preservation of Books Ordinance 1950 dan Akta pemeliharaan Buku 1966. Jadi mana-mana sobat yang dah ada buku/diterbitkan, elok la hantar ke Perpustakaan Negara. Simpan sendiripun tak guna. Elok jadikan Koleksi Negara.
Objektif Akta Penyerahan
Ni gua share sket pasal Objektif Penyerahan.
Akta ni mula berkuatkuasa sejak 15 April198 zaman purba yang lalu yang bertujuan untuk:
-menyediakan bagi pemuliharaan dan pengunaan bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia
-Mewujudkan rekod bibliografi yang standard bagi bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia.
-Menyelenggarakan rekod-rekod statistic bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia.
Yang ni plak pasal Definisi – Bahan Perpustakaan
Bahan Perpustakan meliputi bahan bercetak seperti buku, terbitan bersiri
( majalah, jurnal, buletin, surat khabar ), peta, carta, poster, risalah dan sebagainya. Manakala bahan tidak bercetak termasuk filem sinematograf, microform, piring hitam, rakaman video dan audio, media elektronik ( perisian computer, CD-ROM ) dan media lain yang mengandungi maklumat. Ada banyak lagi maklumat pasal Akta Penyerahan Bahan ni. Tak larat nak tulis. Korang kena cari sendiri la. Tak kan nak senang jer. Heh!
Ni gua share sket pasal Objektif Penyerahan.
Akta ni mula berkuatkuasa sejak 15 April198 zaman purba yang lalu yang bertujuan untuk:
-menyediakan bagi pemuliharaan dan pengunaan bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia
-Mewujudkan rekod bibliografi yang standard bagi bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia.
-Menyelenggarakan rekod-rekod statistic bahan perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia.
Yang ni plak pasal Definisi – Bahan Perpustakaan
Bahan Perpustakan meliputi bahan bercetak seperti buku, terbitan bersiri
( majalah, jurnal, buletin, surat khabar ), peta, carta, poster, risalah dan sebagainya. Manakala bahan tidak bercetak termasuk filem sinematograf, microform, piring hitam, rakaman video dan audio, media elektronik ( perisian computer, CD-ROM ) dan media lain yang mengandungi maklumat. Ada banyak lagi maklumat pasal Akta Penyerahan Bahan ni. Tak larat nak tulis. Korang kena cari sendiri la. Tak kan nak senang jer. Heh!
Dalam sesi dialog ni gak, Ketua Pengarah turut menerangkan akan kepentingan dan kegunaan kod International Standard Book Number ( ISBN ) seperti yang ada kat buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Nampak tak nombor kod ISBN kat tu? Begitu gak dengan International Standard Serial Number atau ISSN barcode yang terdiri dari lapan nombor kat belakang buku. Ni semua mempunyai peranan, tujuan dan sebab kenapa perlu ada dan dicetak pada buku yang diterbitkan. Korang kena cari lagi maklumat pasalISBN, ISSN dan juga pasal PDP. Tak lengkap yang gua bagi ni.
Selepas selesai sesi penerangan dari Ketua Pengarah mengenai Akta Penyerahan Bahan, tiba la ke sesi penerangan yang ditunggu-tunggu oleh semua penulis yang hadir iaitu pasal Dana Pembelian Terus Buku-buku Karya Penulis Tempatan. Untuk makluman semua sobat, setiap tahun Perpustakaan Negara mempunyai dana khas untuk membeli terus buku-buku yang dibuat oleh penulis. Pembelian terus dari penulis, bukan dari penerbit. Peruntukan dari dua hingga empat juta ringgit setahun untuk membeli terus buku-buku dari penulis. Apa yang perlu penulis lakukan adalah membuat pemohonan dengan menghantar senaskah buku untuk dinilai oleh panel penilai perpustakaan. Hantar la berapapun buku yang ada/dibuat. Sekiranya ada empat buku, hantar semua. Mungkin semuanya akan dibeli dengan nilai hampir RM25,000 setiap buku! Kayo pakcik! Perpustakaan akan membeli dengan jumlah yang besar untuk setiap buku yang diluluskan oleh panel penilai. Oi, encik Serunai Faqir! Lu kena hantar novel MANTERA HITAM lu untuk dinilai oi!
Masa sesi dialog, hampir semua penulis membangkit, memperkata dan mempersoalkan mengenai dana ni. Berebut-rebut nak tanya. Ada yang cakap
mengarut entah apa-apa. Karut la diorang ni. Guapun nak tanye, tapi tengok semua berebut-rebut dan rakus bertanye…kebanyakan semua tahap oldskool plak, tak payah la. Bagi diorang jer meluahkan perasaan. Sabo jer la. Pada semua sobat yang telah ada buku, sedang pulun buat buku atau akan buat buku sendiri di masa akan datang, sila hantar buku korang untuk dinilai ke;
mengarut entah apa-apa. Karut la diorang ni. Guapun nak tanye, tapi tengok semua berebut-rebut dan rakus bertanye…kebanyakan semua tahap oldskool plak, tak payah la. Bagi diorang jer meluahkan perasaan. Sabo jer la. Pada semua sobat yang telah ada buku, sedang pulun buat buku atau akan buat buku sendiri di masa akan datang, sila hantar buku korang untuk dinilai ke;
Perpustakaan Negara Malaysia,
Pusat Penyerahan Terbitan Negara,
Aras 19, Menara TH Selborn,
153, Jalan Tun Razak,
50572 Kuala Lumpur
03 2687 4232/4233/4236/4237
faks -03 26817235
Ada rezeki, buku korang akan dibeli. Dana ni untuk semua rakyat BolehLand yang ada buku sendiri sahaja! Jangan lepaskan peluang dan bagi peluang pada penulis lain saja rembat/rebut/bolot dana ni. Bila orang lain rebut peluang, korang bising. Komplin sana sini! Blah la! Ni hak kita semua!
Pastikan karya/buku korang tu best cam makanan yang disediakan untuk kitorang setelah selesainya sesi dialog. Yummyummy! Jangan la ikut orang. Orang buat novel kisah cintan cintun, pegolakan rumah tangga, skandal dato itu, datin ini, korangpun ikut gak buat tema yang sama. Boring! Jangan la. Ada banyak lagi tema, bahan yang boleh dibuat. Asyik asyik cinta, cinta! Menurut pihak perpustakaan, ada banyak lagi bahan bacaan atau maklumat yang kurang dan diperlukan seperti buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Ilmiah tapi tidak la terlalu tinggi. Sederhana. Boleh diterima, difahami dan dilakukan oleh semua golongan pembaca. Boleh kira berapa buku ( buatan anak Melayu,Malaysia ) seperti gua tu kat negara kita. Kebanyakan impot! Buku/bahan cam tu yang diperlukan oleh perpustakaan dan semua rakyat BolehLand. Novel cintan cintun dah terlalu banyak. Penuh dah stor perpustakan!
Makqan time! Yeahoooo! Masa ni gua sempat menyantuni sorang penulis oldskool. Pesara guru yang telah menghasilkan beberapa novel dari pengalaman beliau. Seronok dapat besembang dengan oldskool ni. Moga pakcik sihat dan trus dapat menghasilkan novel yang bermanafaat pada generasi muda seperti gua. Beliau bercerita sket mengenai novel beliau. Hebatnye pengalaman yang telah dilalui. Moga diberkati dan dirahmati Allah. Lebih kurang cam tu la sesi perjumpaan dan dialog dengan Tuan Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Yang Berbahagia Encik Raslin Abu Bakar. Sila lawati laman web perustakaan Negara Malaysia untuk mengetahui lebih lagi mengenai akta, dana pembelian dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Susah la sket. Jangan nak senang jer. Ni dia alamatnye.
http://www.pnm.my
pptn@pnm.my
kalo nak tau pasal ISBN, ISSN dan PDP, boleh emel jer.
issn@pnm.my
isbn@pnm.my
pdp@pnm.my
Pertemuan yang menarik. Moga ada manfaat untuk semua sobat.
http://www.pnm.my
pptn@pnm.my
kalo nak tau pasal ISBN, ISSN dan PDP, boleh emel jer.
issn@pnm.my
isbn@pnm.my
pdp@pnm.my
Pertemuan yang menarik. Moga ada manfaat untuk semua sobat.
30 comments:
salam..
tahniah abg gayour..smoga berjaya dan terus berjaya...
ez
terima kasih. moga kita berjaya dan bebahagia di dunia akhirat.
Salam Brader Gayour,
TQ atas maklumat yg brader share, gua yg tak tahu nie dah jadi tahu serba sikit.
Sebenarnya gua peminat "old school" brader sejak dari GH lagi, masa schoolah rendah sampai dah ada anak satu ni (anak kedua dlm proses).
Gua pun ada impian nak buat novel grafik ttg perkerjaan gua ni. Nanti dah siap impian gua tu bole la gua apply ISBN/ISSN tu.
Gua pun sebenarnya baru jumpa blog brader 3 hari lepas, skrg gua dlm proses nak khatam baca blog brader yang sejak 2006 tue. Apa yang pasti weekend ni mesti gua terjah KLIBF@PWTC utk beli buku brader tu. Brader ada kat sana ke nanti? Boleh gak gua amik autograph brader ataupun brader amik pulak autograph gua har,har,har...
Oklah brader, gua nak sambung khatam blog brader nie. Selamat berjuang brader gua ucapkan. Brader memang best, gua tabik dua-dua belah tangan utk brader.
Wassalam.
ada soklan sikit ermmm buku tu kalau dah dibeli oleh perpustakaan penulis still boleh jual lagi ker kat pasaran luar??.. lu hantar tak buku lu tu..ermm kat pesta buku kat PWTC ni lu ada ker..ingat mau terjah la sebab tuari karnival kat s.alam gua terlepas.
gua nampak makanan jer... nyam nyam
ooo...akta camgini pun ada ek...baru gua tau...hehe..tq.
Bahan-bahan
yang diterima itu akan dijadikan sebagai Koleksi Negara ( buku gua dah
jadi Koleksi Negara rupenye )
Deymmnnn!!!! Satu lagi batu tanda terchatat nama Gayour dlm industri seni negara.
Banggo pokcik! ekekeke
salam
yus ni dulu suka sangat ngan lukisan abg gayour nie..
bila beli majalah ujang mesti selak yang belakang baru baca depan..
tapi dah lama tinggalkan minat tu..
blog nie yus baru jumpa..
bagus ler ada blog nie boleh tahu perkembangan selanjutnya...
banyaknyer akta..
yang best tgk makan2 je
yang lain tu tak faham ler..
"mistaken identity"
wow! menarik.. terimakasih en gayour, lepas ni, saya terus ada idea nak tulis buku... tapi, nak tulis apa ek?
yutanagi
tahniah kerana bejaya jumpe blog gua ni. terima kasih kerana penah meminati karya2 gua sejak dari zaman purba dulu.
insyAllah, kalo sihat, gua akan ke pwtc sabtu ni untuk acara anjuran pekomik. jumpe di sana. tegur la gua. kao tak mana gua nak kenal/tahu siapa encik.
selamat mengkhatam baca blog gua ni. tq
matakucing
selepas buku/novel dibeli oleh perpustakaan negara, kita dan penerbit masih bleh jual buku/novel kita tu tanpa prajudis atau halangan. gua dah antar dan buku gua dahpun dibeli pada tahun lepas. alhamdulillah
guapunyahal
sam cam gua! heh!
berteromber
selain akta keselamatan dalam negeri, akta cetak dan segala macam akta lagi...akta penyerahan bahan/buku nipun ada.
aidilangelo
yeah! buku gua dah jadi koleksi negara!
sayanghasni@yus
terima kasih kerana penah meminati karya2 gua. tahniah kerana bejaya jumpe blog gua ni.
akta pasal makan2 tu memang best. heh!
senyum sentiasa
mistaken identity
mak su
tulis atau buat la buku pasal herba, kemahiran, kajian pasal ternakan, tanaman, pemakanan sihat, pelakuan manusia dan segala macam lagi selain cintan cintun!
selamat berkarya!
thanks for sharing
bagus ler kalo sapa2 berbakat tahu pasal ni..
deaf angel
sekarang dah tahu, sila la rebut peluang!
salam... caya lah dah ada buku... tahniah.. teruskan menyediakan bahan2 supaya generasi depan tahu dan boleh wat refference...
>>>Peminat hang<<< Jangan tinggal rock sampai tua..
budak kampung online
gua menjalankan tanggungjawab menyediakan bahan rujukan. bakat2 baru kena cari, belajar dan menguasainya!
here i am
rock u like a hurricane
Salam,
Ingatkan tahun neh leh jupe bro kat pesta buku. Tp malangnya tak der rezki gak. Insya Allah, kalo panjang umo tahun depan pulaklah ya. Ingatkan dapat la blanje bro ABC kali neh. Isk! Hehehe..!
Terus berkarya!
Tabik, bro!!
deen
tak apa. tak dapat jumpa gua tak rugi apa2. encik akan berjumpa dengan orang yamg lebih baik, hebat dan berilmu dari gua. insyAllah.
terima kasih. moga encik sihat, selamat, bahagia dan berjaya walau di mana berada.
Gua datang anugerah pekomik semalam semata-mata baca dalam web pekomik nama brader gayour idola gua tercalon masuk final.Tapi bila idola gua tak menang satu apa pun dan presiden pekomik sendiri yang sapu banyak anugerah gua cukup tak puas hati dan nak cabut-cabut dinding pwtc tu.Gua tak puas hatiiiiiiiiii!!!!!
anonymous
harharhar! terima kasih kerana sudi datang. kalah tak kisah, yang penting gua dapat jumpa dengan idola2 hebat gua. dapat jumpe dato' lat, proff. muliyadi dan jaafar taib. itu dah kira menang!
lagi satu dapat jumpe pelukis hebat nenek nora.
allow sifu...?Sifu skrg nie tgh buat citer ape?
camtu rupanyerrrr...
pungguk
buat cite yang sedang gua buat kat majalah G3 la apa lagi. deathline dah dekat dah ni!
mineral
yeah! cam tu la rupe, akta, peraturan dan peluang yang perlu direbut!
dialog2 nih mesti bosan
yg best bila sampai waktu makan
penuh satu meja
hahaha
hans
sesi dialog tu tak membosankan pasal maklumat yang disampaikan sangat baik . yang bosan masa sesi soal jawab. peserta banyak meluahkan perasaan dan tanye mengarut entah apa2 ntah!
pasal makan tu memang tak bosan dan mengarut. heh! rezeki dari Allah.
brader...takder review pasal ANUGERAH PEKOMIK PWTC ke?
anonymous
ada, tapi tak tau bila bekesempatan nak buat.
nanti la ye.
teruskan berkarya bro..gua mmg suka lu punye kartun dari gua kecik...cuma skrg sbb kojo toghuk bonar..nak baco komik pun x sompek..memblog ajo la gua.
SiPuuuAaa',Selamat mendeathline....
neep
kojo la elok2 jang. jangan asyik nak memblog yo. kono ghembat an kek boss kau kang!
timo kasih banyak2 yo la pasal ekau ponah suko kek katun den.
pungguk
hari deathline sambil layan lagu death metal. ARGHHH! ARGHHHH! BUARGHHHH!
belajar banyak
Post a Comment