Tuesday, January 26, 2010

MINI KARNIVAL

JEMPUTAN
MINI KARNIVAL 2010


Pada semua sobat yang dikasihi, sekiranya belapangan gua jemput semua untuk datang ke MINI KARNIVAL 2010 Karangkraf buat kali yang ke dua ni. Boleh bawak member, awek, suami, isteri, anak-anak dan semua keluarga termasuk ketua kampung dan orang kampung. Pastikan bawak duit sama. Kalo tak beli buku/majalah, boleh sengeh-sengeh jer. Takpun bleh betegur sapa dan bekenalan dengan editor dan staff semua majalah terbitan Karangkraf. Bawak kamera sekali untuk amik gambo. Nasib baik bleh melawat ke dalam bangunan Karangkraf.

sila klik untuk melihat peta sebesar gajah mammoth cane nak ke karnival ni.

Lagi sekali gua menjemput dengan dua kata-kata jemputan yang bebeza tiun gitarnya.

Ucapan pertama yang sungguh skima dan boring tak ingat. begini bunyinya....

" dengan segala hormatnya dijemput semua sahabat ke MINI KARNIVAL 2010 Karangkraf. kedatangan semua adalah sangat dialu-alukan dan dihargai. disudahi dengan ucapan terima kasih."

ucapan kedua yang lebih telus, jujur, jiwa murni, moden, terkini, tahap facebuk, tweeter... begini kata-katanya...

"hoi! kalo nak datang, korang datang la. kalo tak nak, sudahhh!"

jumpa di sana dengan keizinan Allah.

Tuesday, January 05, 2010

KAMPONG BOY SDN.BHD

SATU KURIER DAN SATU SURAT

25 MUHARRAM 1431 HIJRAH – 11 JAN 2010


Suatu petang Khamis ( 24 Dis 2009 ) tahun lepas, sedang gua melukis sambil gossip pasal kenaikan harga gula tetiba datang budak penghantar surat bagi satu kurier kat gua. Dari siapa. Apa isinya. Cek ke? Kalo cek, itu rezeki yang tak diduga. Tengok belakang envelop siapa yang kirim…. Macam tak caye! Biar betul.


Ni dia kurier yang gua dapat tu. Tak ada apa yang menarik, envelop kiriman ekspres biasa. "Hantar besok, sampai hari ini". Harharhar! Orang yang menghantarnya yang menarik. Tapi mungkin tak menarik pada korang.


Tu dia orang yang mengirim pada gua. Tengok kat Name of Sander tu. Nampak? Datuk Lat gua cakap lu. Datuk Lat yang kirim kurier ni kat gua. Huh! Macam tak caye Datuk Lat yang hantar bende ni kat gua.


Apa yang Datuk Lat kirim kat gua? Tak sabar nak tau. Trus buka dan nah! Kalender tahun 2010 dari NST.


Terus selak kat belakang dan tu dia yang dijangkakan, kalendar 2010 ilustrasi Datuk Lat. LAT.NOW! Tak sangka tul Datuk Lat sendiri yang kirim kalendar ni kat gua. Kembang dua-dua lobang idung gua. Gua trus bangun dan membuat pengumuman pada kengkawan. “ Oii! Gua dapat kalender dari Datuk Lat!” Wuuuuu...!


Karya karya Datuk Lat yang mencuit hati pada setiap bulan sepanjang tahun 2010 dalam kalendar ni. Satu lagi kejutan, kat belakang sekali ada ucapan khas dari datuk berserta tandatangan. Ni yang paling mahal! Tesengeh tak sudah gua dapat kalendar ni. Nikmat sungguh rasanya. Bebunga-bunga rasa di hati bila kartunis pujaan memberi sesuatu. HNSSH! HNSHH! NGEE! NGEE!


Gua cuba menghubungi Datuk Lat untuk mengucapkan terima kasih dan bertanya khabar. Tapi tak dapat. Hari tu gua antar SMS pada datuk, pas tu datuk menghubungi gua.Lagi sekali tak sangka, Datuk Lat tipun gua! Assalamualaikum datuk. Apa khabar? Datuk kata kalo kelapangan nak datang jumpa gua dan melawat ke Karangkraf. Seronoknya! Terima kasih datuk. Moga sihat, betambah iman, bahagia dan betambah rezeki di tahun 1431H/ 2010 ni.

Hampir semua rakyat BolehLand kenal dan menyukai karya-karya Datuk Lat. Ada siapa yang tak kenal atau tak penah dengar nama Datuk Lat seorang kartunis Melayu yang berasal dari Perak Darul Ridzuan ni? Ia benar-benar memalukan. “ Gua kenal manggaka dari Jepun je brader! Apa kelas kartunis tanahair!”. Kebanyakan remaja sekarang ni lebih kenal dan memuja kartunis/pelukis dari Jepun. Tak kenal kartunis hebat dari negara sendiri.

Melihat karya-karya Datuk Lat seperti Keluarga Si Mamat, Kampung Boy, Lat’s Lot, Scenes Of Malaysian, Entahlah Mak… dan banyak lagi karya hebat beliau seperti melihat budaya kehidupan rakyat Malaysia yang bebilang kaum dan bangsa secara umumnya. Karyanya mencerminkan identiti Malaysia! Tapi malangnya identiti Melayu/Malaysia seperti yang dibuat Datuk Lat tak popular dikalangan pelukis muda sekarang ni. Tiru mangga baru glamer! Kalau Datuk Lat becerita pasal budaya orang Melayu, itulah Melayu. Jelas keMelayuannya Ia begitu kuat, rapat dan disenangi sekali. Karya-karyanya adalah catatan sejarah yang disampaikan secara mudah, bersahaja, lucu, mencuit dan penuh mesej.

Gua paling suka dengan siri Kampung Boy: Yesterday and Today dan Mat Som. Kelakar suit! Kelakar, sarat dengan mesej dan penuh nostalgia. Dari dulu sejak mula melukis gua dah meminati karya-karya Datuk Lat. Ia menjadi ‘guru ghaib’ gua melukis kartun dan sekarang menjadi seorang tokoh Negara yang mengkagumkan sekali pencapaiannya melalui bidang kartun! Gua sangat menghormati Datuk Lat. Usaha gigihnya telah membuktikan menjadi seorang kartunis boleh mendapat pengiktirafan hingga mendapat gelaran Datuk.

Terima kasih datuk.


"I was born in a kampung in the heart of the world's largest tin-mining district—the Kinta Valley in Perak.." Datuk Lat

Ni satu lagi yang tidak diduga belaku pada gua pada penghujung tahun lepas. Gua dapat sepucuk surat. Weeee… lama dah tak dapat surat cam ni. Seronok tul rasanya. Teringat masa tahun 90an dulu. Banyak tul gua dapat surat dari peminat. Hari-hari dapat surat. Bacapun seronok. Boleh pegang dan simpan. Tapi kecanggihan teknologi telah ‘mengubah dan merampas’ keseronokan tu. Nak moden sangat. Surat ni dari jauh. Dari luar negara, dari Thailand Tom Yam Gong.


Orang Siam mana plak yang hantar surat nak bekenalan dengan gua ni? Suspen tul. Bekerut dahi dan kembang lobang idung melihat stem Thailand tu. Tony Jaa ke yang hantar? Tak mungkin. Ah! Kalo nak tau, kena la bukak.


Seblum bukak, tengok belakang envelop dulu. Tu dia pengirim dan alamatnya. Dari Bangkok, Thailand. Gua tak boleh dedahkan nama pengirim surat ni kerana sebab yang akan didedahkan sebentar lagi. Tak perlu mintak maaf kerana merahsiakan nama beliau pasal gua tak buat salah.


Koyakkan envelop dan trus tengok surat. Tu dia alamat sebenar pengirim. Nampak bulatan tu? Kat belakang envelop tadi hanya tulis Klong Prem Central, Building 6. Kat kepala surat ni alamatnya Klong Prem Central PRISON. Nampak? NGEE! NGEEEE!


Ah, sudah! Surat dari banduan rupanya. Banduan mana plak ni? Lagi besar lobang idung gua menghembus dan menarik oksigen. Apa hajat beliau pada gua? Bekerut-kerut muka gua baca surat ni. Akhirnya tahu la apa hajat sipengirim. Beliau minat melukis kartun dan pohonkan ehsan gua untuk mengirimkan sebuah buku Melukis Kartun Cara Gayour sebagai panduan /rujukan beliau melukis kartun masa dalam tahanan. “ Nak beli atau guna wang pos saya tak boleh sebab saya ni dalam penjara, duit tak ada nak bayar”. Kasihannya… tarik nafas panjang gua bila habis membaca surat ni.

Hari tu baru pergi Penjara Kajang, melihat begitu ramai banduan remaja perempuan di dalamnya. Sekarang dapat plak surat dari banduan nun jauh di negara orang. Sobak hati den dibuek eh! Encik ni adalah seorang rakyat Malaysia dan sedang menjalani hukuman penjara selama 13 TAHUN kat penjara Bangkok, Thailand. Yeah! TIGA BELAS TAHUN! Apakah kesalahan yang telah beliau lakukan? Curi ayam Siam, curi beskal, curi teksi Tuk Tuk, songlap getah segrap, curi DVD Nang Nak, Ong Bak atau Tom Yam Gong atau kodeng awek Siam mandi… Apapun, beliau telah melakukan kesalahan dan sedang menjalani hukuman yang panjanggggg…


Nak hantar buku ke tak?

Nak kirim buku ke tak?

Nak bagi free buku ke tak?