Tuesday, January 05, 2010

KAMPONG BOY SDN.BHD

SATU KURIER DAN SATU SURAT

25 MUHARRAM 1431 HIJRAH – 11 JAN 2010


Suatu petang Khamis ( 24 Dis 2009 ) tahun lepas, sedang gua melukis sambil gossip pasal kenaikan harga gula tetiba datang budak penghantar surat bagi satu kurier kat gua. Dari siapa. Apa isinya. Cek ke? Kalo cek, itu rezeki yang tak diduga. Tengok belakang envelop siapa yang kirim…. Macam tak caye! Biar betul.


Ni dia kurier yang gua dapat tu. Tak ada apa yang menarik, envelop kiriman ekspres biasa. "Hantar besok, sampai hari ini". Harharhar! Orang yang menghantarnya yang menarik. Tapi mungkin tak menarik pada korang.


Tu dia orang yang mengirim pada gua. Tengok kat Name of Sander tu. Nampak? Datuk Lat gua cakap lu. Datuk Lat yang kirim kurier ni kat gua. Huh! Macam tak caye Datuk Lat yang hantar bende ni kat gua.


Apa yang Datuk Lat kirim kat gua? Tak sabar nak tau. Trus buka dan nah! Kalender tahun 2010 dari NST.


Terus selak kat belakang dan tu dia yang dijangkakan, kalendar 2010 ilustrasi Datuk Lat. LAT.NOW! Tak sangka tul Datuk Lat sendiri yang kirim kalendar ni kat gua. Kembang dua-dua lobang idung gua. Gua trus bangun dan membuat pengumuman pada kengkawan. “ Oii! Gua dapat kalender dari Datuk Lat!” Wuuuuu...!


Karya karya Datuk Lat yang mencuit hati pada setiap bulan sepanjang tahun 2010 dalam kalendar ni. Satu lagi kejutan, kat belakang sekali ada ucapan khas dari datuk berserta tandatangan. Ni yang paling mahal! Tesengeh tak sudah gua dapat kalendar ni. Nikmat sungguh rasanya. Bebunga-bunga rasa di hati bila kartunis pujaan memberi sesuatu. HNSSH! HNSHH! NGEE! NGEE!


Gua cuba menghubungi Datuk Lat untuk mengucapkan terima kasih dan bertanya khabar. Tapi tak dapat. Hari tu gua antar SMS pada datuk, pas tu datuk menghubungi gua.Lagi sekali tak sangka, Datuk Lat tipun gua! Assalamualaikum datuk. Apa khabar? Datuk kata kalo kelapangan nak datang jumpa gua dan melawat ke Karangkraf. Seronoknya! Terima kasih datuk. Moga sihat, betambah iman, bahagia dan betambah rezeki di tahun 1431H/ 2010 ni.

Hampir semua rakyat BolehLand kenal dan menyukai karya-karya Datuk Lat. Ada siapa yang tak kenal atau tak penah dengar nama Datuk Lat seorang kartunis Melayu yang berasal dari Perak Darul Ridzuan ni? Ia benar-benar memalukan. “ Gua kenal manggaka dari Jepun je brader! Apa kelas kartunis tanahair!”. Kebanyakan remaja sekarang ni lebih kenal dan memuja kartunis/pelukis dari Jepun. Tak kenal kartunis hebat dari negara sendiri.

Melihat karya-karya Datuk Lat seperti Keluarga Si Mamat, Kampung Boy, Lat’s Lot, Scenes Of Malaysian, Entahlah Mak… dan banyak lagi karya hebat beliau seperti melihat budaya kehidupan rakyat Malaysia yang bebilang kaum dan bangsa secara umumnya. Karyanya mencerminkan identiti Malaysia! Tapi malangnya identiti Melayu/Malaysia seperti yang dibuat Datuk Lat tak popular dikalangan pelukis muda sekarang ni. Tiru mangga baru glamer! Kalau Datuk Lat becerita pasal budaya orang Melayu, itulah Melayu. Jelas keMelayuannya Ia begitu kuat, rapat dan disenangi sekali. Karya-karyanya adalah catatan sejarah yang disampaikan secara mudah, bersahaja, lucu, mencuit dan penuh mesej.

Gua paling suka dengan siri Kampung Boy: Yesterday and Today dan Mat Som. Kelakar suit! Kelakar, sarat dengan mesej dan penuh nostalgia. Dari dulu sejak mula melukis gua dah meminati karya-karya Datuk Lat. Ia menjadi ‘guru ghaib’ gua melukis kartun dan sekarang menjadi seorang tokoh Negara yang mengkagumkan sekali pencapaiannya melalui bidang kartun! Gua sangat menghormati Datuk Lat. Usaha gigihnya telah membuktikan menjadi seorang kartunis boleh mendapat pengiktirafan hingga mendapat gelaran Datuk.

Terima kasih datuk.


"I was born in a kampung in the heart of the world's largest tin-mining district—the Kinta Valley in Perak.." Datuk Lat

Ni satu lagi yang tidak diduga belaku pada gua pada penghujung tahun lepas. Gua dapat sepucuk surat. Weeee… lama dah tak dapat surat cam ni. Seronok tul rasanya. Teringat masa tahun 90an dulu. Banyak tul gua dapat surat dari peminat. Hari-hari dapat surat. Bacapun seronok. Boleh pegang dan simpan. Tapi kecanggihan teknologi telah ‘mengubah dan merampas’ keseronokan tu. Nak moden sangat. Surat ni dari jauh. Dari luar negara, dari Thailand Tom Yam Gong.


Orang Siam mana plak yang hantar surat nak bekenalan dengan gua ni? Suspen tul. Bekerut dahi dan kembang lobang idung melihat stem Thailand tu. Tony Jaa ke yang hantar? Tak mungkin. Ah! Kalo nak tau, kena la bukak.


Seblum bukak, tengok belakang envelop dulu. Tu dia pengirim dan alamatnya. Dari Bangkok, Thailand. Gua tak boleh dedahkan nama pengirim surat ni kerana sebab yang akan didedahkan sebentar lagi. Tak perlu mintak maaf kerana merahsiakan nama beliau pasal gua tak buat salah.


Koyakkan envelop dan trus tengok surat. Tu dia alamat sebenar pengirim. Nampak bulatan tu? Kat belakang envelop tadi hanya tulis Klong Prem Central, Building 6. Kat kepala surat ni alamatnya Klong Prem Central PRISON. Nampak? NGEE! NGEEEE!


Ah, sudah! Surat dari banduan rupanya. Banduan mana plak ni? Lagi besar lobang idung gua menghembus dan menarik oksigen. Apa hajat beliau pada gua? Bekerut-kerut muka gua baca surat ni. Akhirnya tahu la apa hajat sipengirim. Beliau minat melukis kartun dan pohonkan ehsan gua untuk mengirimkan sebuah buku Melukis Kartun Cara Gayour sebagai panduan /rujukan beliau melukis kartun masa dalam tahanan. “ Nak beli atau guna wang pos saya tak boleh sebab saya ni dalam penjara, duit tak ada nak bayar”. Kasihannya… tarik nafas panjang gua bila habis membaca surat ni.

Hari tu baru pergi Penjara Kajang, melihat begitu ramai banduan remaja perempuan di dalamnya. Sekarang dapat plak surat dari banduan nun jauh di negara orang. Sobak hati den dibuek eh! Encik ni adalah seorang rakyat Malaysia dan sedang menjalani hukuman penjara selama 13 TAHUN kat penjara Bangkok, Thailand. Yeah! TIGA BELAS TAHUN! Apakah kesalahan yang telah beliau lakukan? Curi ayam Siam, curi beskal, curi teksi Tuk Tuk, songlap getah segrap, curi DVD Nang Nak, Ong Bak atau Tom Yam Gong atau kodeng awek Siam mandi… Apapun, beliau telah melakukan kesalahan dan sedang menjalani hukuman yang panjanggggg…


Nak hantar buku ke tak?

Nak kirim buku ke tak?

Nak bagi free buku ke tak?


32 comments:

Maryam Hafizah said...

bagi jer lah~ sian dia~

mr.kordes said...

bg aje la beb!hehe..sian beliau!

datuk lat sdr yg bg tu!gila mahal!tknk jual ke?ahakss!!!!

sofian ishak said...

Apasal le Lat tak mau bagi aku kalendar satu! Aku cuma ada autograf ngan gambar dia aje...

Eh, Gayour, surat dari Guantanamo hang x dapat ka?

Takilala said...

bagi je bro

berteromber said...

gua pun nak satu boleh?

gayour said...

misz3ous jay(me!)
tak perlu rasa kesian kalo nak bagi. bagi jer!

pakcik kordi
yeah memang mahal harga/nilainya kerana datuk lat sendiri yang hantar. sungguh mengharukan!

tak ada sebab untuk gua rasa belas kalo nak bagi beliau sebuah buku!bagi dengan ikhlas, bukan kerana kesian! huh!

Anonymous said...

datuk lat boleh bagi hang kalendar,hang bai je la buku tu free kat banduan tu.dapat pahala :)

gayour said...

sofian ishak
pasal datuk lat benci kat lu la beliau tak bagi kat lu pyan! harharhar!

blum dapat lagi dari guantanamo pyan. heh!

takilala
tak bleh la bagi cam tu je. kena tengok kepentingan. kan itu cara hidup dan amalan kita hari ni.

"apa kepentingan/keuntungan yang gua dapat kalo gua tolong atau bagi lu?"

budaya jahanam yang sungguh menyakitkan hati!

berteromber
kalo kat banduan gua boleh jual, takkan orang bebas cam lu gua tak bleh jual. HEH!

"...Not a prisoner I'm a free man
And my blood is my own now
Don't care where the past was
I know where I'm going ...out!"

the prisoner

gayour said...

abu
belum tentu dapat pahala kalo gua tak ikhlas memberi.

Anonymous said...

nk tnya ckit...cm ner nk dapatkan maklumat tentang dato lat?????
xtau r nk cari kat mana...nk wat latihan ilmiah nie...bleh x tlog gua?????
kalu ada apa2 just emel kat
aD_naN87z@yahoo.com..
harap tu..

sunmelonz said...

saya sokong bro bagi sumbangan buku yg dipohon itu.

Habang said...

Tpulang kat bro nak bg ke idak..

Kurang-kurang kalau bro bagi, dia bosan kat penjara boleh jugak dia melukis kartun ala-ala bro Gayour.

Aku pun camtu jugak, bila aku bosan aku ambik buku bro, amik kertas kosong, pen sebatang pastu melukis sampai tertidur..kihkihkih.

gayour said...

anonymous
apa susah, encik google jer "datuk lat". macam2 info pasal datuk lat ada.

$unmelon
semua sokong suruh bagi ni. tak ada ke yang bantah? heh!

habang
yeah! lukis kartun kat mana-mana.
selamat trus melukis kartun

deaf-angel said...

gayour lat tu lebih dari legend dah haha. untung ko kenal dia.

lermekk kesian beb member kat dalam prison,
thailand punye prison antara prison paling teruk.. ni apa aku tahu dari tulisan2 buku pasal prisons yang pernah lalui Thailand.
tak macam prison yang kita tahu...thailand nye giler abis.

smoga ko bleh buat dia happy sikit pun jadi la.

gayour said...

deaf_angel
gua suka lu kata " bleh buat dia happy sket... "

yeah! moga boleh membuat beliau gumbira lukis kartun sebagai mengisi masa dalam penjara yang 'mengerikan' tu. moga dikira sebagai amal ibadah.

Q said...

kenapa gua x dapat kalendar dari lu pun...autograf ker aper ker....
tapi pasal banduan tu elok lubagi jer... x baik hampakan peminat...maner tau bila dia kuar dia jadi kartunis jugak(hasil dari buku yang lu kasi)lu x bangga?nanti dia pun hantar gak kalendar kat lu...
orang nak dapat ilmu jangan halang... xpun suruh warden penjara tue belanja dia...

gayour said...

Q
den tak buek kelenda', cam no nak bagi kau.
iyo la tu. ilmu jangan kedokut. buku yang den buek tu memang nak bagi orang belaja, tahu dan beilmu. nanti den anta la buku den tu kek encik banduan.

Q said...

ehem ehem... tersedak...(kek den skali yo!)

gayour said...

Q
hambik kau!

mr.kordes said...

betul tu gayour!bg dgn ikhlas hati..=)cayalah gayour!!!gayour bersama selamanya tkde stok dh ke?huhu...

Portdy said...

datuk lat = legend.

gayour = legend in the making.

gayour said...

pakcik kordi
gua dah tak lukih lagi cerita bersama selamanya, mana ada stok lagi pakcik. kalo pakcik maksudkan koleksi bersama selamanya, yang ada hanya simpanan peribadi gua saja.uuu...

portdy
gua sedang layan album "legend" bob marley. hebat!

"...You can fool some people sometimes
But you can't fool all the people all the time
And now we've seen the light (What you gonna do)
We gonna stand up for our rights..."

get up,stand up

Kalamtimur said...
This comment has been removed by the author.
Kalamtimur said...

hantarlah apa2 yang precious buat peminat terpenjara kat Thailand itu, sebagai tanda penghargaan.

kiriman dari Datuk Lat pun mahal juga tu, hanya yang terpilih sahaja mendapatnya.

gayour said...

kalamtimur
ya cikgu. ilmu perlu disampaikan. baru bekembang dan bermanfaat.

bila menjadi hebat seperti datuk lat, apa saja pemberian darinya menjadi sangat berharga dan penghormatan besar.

Rockarena said...

Gua lebih gembira klu lu boleh bagi je buku tu kpd beliau,dgn kadar segera & penuh keikhlasan. Skurang2nya lu BEBASkan minda beliau dari terPRISON brsama. FIGHT FIRE WITH FIRE.JUMP INTO THE FIRE...SMOKE ON THE WATER.

gayour said...

rockarena
insyAllah, itu yang gua akan lakukan.

"...But here I am in prison, here I am with a ball and chain, yeah

Musha ring dum a do dum a da
Whack for my daddy-o
Whack for my daddy-o
There's whiskey in the jar-o..."

thin lizzy

mama said...

Salam bro...

menyenang kan dan menggembiraka hati org tu..besar pahala nye...so..bagi je la...

gayour said...

mama
iyo! iyo! harap beliau akan senang, suka dan gumbira nanti.

Unknown said...

Salam Mr. Gayour yg hensem lg bijaksana..hehe

alhamdulillah Allah jumpakn sy dgn blog gayour..dah lama saya minat pasal kampung boy..dulu slalu tgok kampung boy kat astro ceria.zaman skolah pulak saya beli buku akaun kampung boy kononnya utk isi bbrpa kita blnja diskolah.haha..
saya skrg blajar di salah satu Universtiti tmpatan.

kalau tak kbratan boleh tak kasi nombor PA beliau ka..sebab saya benar2 minat nk brjmpa personally dgn Datuk Lat krn sy sngt mngkagumi beliau..kebetulan pula projek assigment saya pula berkaitan tokoh,so saya nk jadikn Datuk Lat sbg ikon utk final projek sy..
kalau tidak pun nom gayour ka..hrap gayour boleh reply ASAP.. :)

Unknown said...

assalammualaikum en gayour ada x no PA dato lat atau sesiapa yang boleh saya hubungi tuk tanya dengan lebih lanjut pasal production kampung boy nie? hope en boleh tolong ya?

Unknown said...

mcm mne sy nk hubungi dato lat ye? sy nak sgt tunjuk sy punya projek final menggunakan kampung boy sebagai motif saya dalam bidang seni kraf batik.