Thursday, March 18, 2010

PAK CIK KAYOOOOO!

WUHAI BERAMBOI

02 RABIUL AKHIR 1431H – 18 MAC 2010


Bulan Oktober tahun lepas dapat jemputan untuk rancangan game EWAH EWAH. Pas tu pada 18 November 2009 plak, gua dapat satu lagi jemputan untuk rancangan ( rakaman sebenarnya ) talk show baru ( untuk siaran Astro Warna ) yang bertajuk WUHAI BERAMBOI kelolaan Din Beramboi. Ada sobat yang dah tengok talk show Din Beramboi ni? Dah mula ditayangkan pada bulan Mac 2010 ni setiap hari Selasa ( malam Rabu pukul 9.30 malam ). Tak penah dengar. Tak tau. Tak peduli, tak heran, tak kisah, tak amik tau….?


Masa gua sampai ke studio rakaman kat Studio 9, Wisma Ali Bawal, Jalan Tandang P.J., rakaman WUHAI BERAMBOI sedang belangsung. Masa ni artis jemputan adalah Darling Ngasri dan sorang brader tukang repair kasut. Penonton jemputan boleh tahan ramai. Gue sengeh-sengeh tengok rakaman. Pas ni gua plak.


Habih jer rakaman Darling dan brader repair kasut, semua penonton dan tetamu undangan pegi makan malam yang disediakan. Gua dah makan tadi. Oh, yeah! Rakaman gua ni buat waktu malam. Masa ni penulis skrip dan floor manager memberi penerangan pada gua mengenai konsep dan perjalanan program. Orait! Line clear. Semua penonton sedang berehat, masa untuk merayau rayau tengok sekitar studio dan posing amik gambo. Hey, watch out! Mr.Dave Thunder Lombardo in the house! HEH!


Menarik gak prop hiasan dalam studio ni. Lain dari prop studio rakaman yang penah gua pergi. Biasak la, prop biasanya mengikut konsep sesuatu rancangan. Yang ni WUHAI BERAMBOI dan pengacaranya adalah Din Beramboi. Ini rancangan beliau. Pasal tu propnya penuh dengan karikatur besar bagak! Menarik.


Hah! Ada karikatur Din Beramboi main gitar. Tak bleh jadi. Mesti lawan dengan air guitar! Weuuuu…weuuuu!


Tak cukup dengan air guitar, ada plak guitar Fender kat situ. Apa lagi, trus amik dan posing dengan Fender. HEH!


Blum habih posing, encik Din Beramboi datang setelah abih berehat. “ Hoi! Ekau buek apo tu jang? Habih jahanam gitar tu kang. Lotak balik!”. Iyo la Iyo la. Bersama pengacara talk show WUHAI BERAMBOI, encik Din Beramboi yang juga DJ pagi radio ERA.


“Ekau belasah yo cakap apo yang kau nak cakap nanti Gayour”, ujar encik Din pada gua sebelum bermulanya rakaman.”Den nak semua tetamu rancangan den ni selesa dan enjoy!”. Tak payah contol control. Belasahhhhh! Selain gua, sorang lagi tetamu undangan adalah saudara Usup dari kumpulan Kopratasa. Kopratasa? Tak penah dengarpun kumpulan ni. Tak apa. Biar yang oldskool saja yang tahu. Kali pertama gua betemu dengan brader Usup. Hebat brader ni. Brader Usup menjadi tetamu pertama bersama dengan Din Beramboi di pentas. Gua selepas itu dipanggil untuk join diorang.

Production Assistant, cik Nana yang menghubungi gua minta gua bawak sekali artwork gua untuk rancangan ni. Tu yang kat belakang tu adalah karya-karya yang gua hasilkan secara manual. Tak nampak aa… tak apa. Tak la menarik manapun. Biasa jer. Orang lain boleh buat lagi hebat dengan kecanggihan teknologi digital sekarang ni.



Gua tak berapa ingat dan ilang ingatan apa yang ditanya oleh encik Din Beramboi pada gua, pasal entah apo-apo ntah pertanyaan beliau. Poning palo pakcik! Tapi ada la pasal kerjaya gua sebagai kartunis. Hey! I am Gayour and I am a CARTOONIST. Selain cakap-cakap, brader Usup diminta menyanyikan beberapa buah lagu yang membuatkan penonton jemputan pada malam ni ternganga mulut pasal tak penah dengarpun lagu yang dinyanyikan. “ Diorang tak tau la apa yang gua nyanyikan Din”, ujar brader Usup bila penonton tak boleh nak sing along. “ Peduli apa dengan diorang! Lantak diorang. Kita oldskool. Tak kan kita nak ikut selera diorang jer!” Harharhaar! Belasahhhh!

Masihkan kau ingat

Masihkah kau ingat…


Bersama brader Usup Kopratasa setelah berakhirnya rakaman. Gua ingat hanya gua sorang saja yang dijemput untuk rakaman rancangan ni, rupanya ada tetamu lain iaitu brader Usup. Sungguh tidak disangka dapat betemu, betanya khabar, berbual dan begambar dengan brader Usup salah seorang ahli kumpulan Kopratasa yang pernah menghiburkan gua dan seluruh rakyat BolehLand suatu masa dulu. Rakaman tak la lamo manopun. Kojap yo. Proses persiapan tu yang lamo. Tak apo, sumo dah selosai.


Dah tamat, apo laie.. posing amik gamba la dengan sebahagian dari krew rakaman WUHAI BERAMBOI untuk musim pertama. Ada enam rakaman lagi untuk diorang siapkan musim pertama yang akan mula disiarkan pada bulan tiga 2010.



Ini merupakan rancagan talk show huru hara pertama gua. Best gak. Belasah ikut suka nak buat atau cakap apa. Jangan mencarut dah. Tak kisah la sama ada korang nak tunggu dan tengok rancangan WUHAI BERAMBOI yang menjemput gua sebagai salah sorang tetamu undangan. Macam biasa, biar pahit dan kelat tak ingat… gua telus, jujur dan berjiwa murni berkata-kata begini “… nak tengok, tengok…. tak nak tengok sudah! “

Apapun terima kasih atas jemputan wahai Din Beramboi!

Sebut nama Din Beramboi, mengingatkan gua pada Pak Cik Din Beramboi, maskot majalah Ujang yang sangat popular, glamer dan dibenci ( HEH! ) ramai peminat kartun tanahair tempat gua berkarya sebagai seorang kartunis belasan tahun yang lalu. Banyak kenangan...

Monday, March 08, 2010

NOW I'M FEMES!

DI SEBALIK NAMA
22 RABIULAWWAL 1431 H - 08 MAC 2010

Hari tu sekali lagi gua menjadi bahan untuk siaran dalam sokaba Berita Harian. Tak la hebat manapun. Hanya temuramah biasa mengenai diri dan kerjaya. Ikut rasa, gua tak nak jadikan bende ni sebagai entri blog gua kali ni. Tak la hebat mana! Tapi bila masuk sokaba, gua rasa ni satu catatan sejarah sebagai seorang kartunis. Gua mesti simpan untuk tatapan diri gua sendiri, anak cucu dan yeah! bekongsi dengan sobat-sobat yang sudi. Pada yang tak tahu, tak sempat, tak kisah, tak beminat bla blaa blaaa... boleh la baca sedikit kisah gua yang disiarkan dalam ruangan XY pada hari Sabtu, 13 Februari 2010 bersamaan 28 Safar 1431 Hijrah yang lalu. Lagi sekali, tak la hebat mana.

Di Sebalik Nama: Gaya Gayour

Oleh Diyanah Anuar

Imej rock, metal terserlah dalam diri, watak kartun ciptaan

GAYA watak kartun lakaran kartunis ini banyak persamaan dengan si empunya diri. Rambut panjang dengan gaya penampilan rock dan metal, imej itu saling tidak tumpah dengan penampilan kartunis Gayour sejak dulu lagi.

Watak dalam karyanya iaitu Siapa Yang Harus Disalahkan, Slash dan Bersama Selamanya juga sama dengan karektor Gayour yang cukup popular di kalangan peminat kartun tempatan, terutama pembaca majalah Ujang dan Gelihati.

Sebenarnya, minat Gayour atau Mazli Ibrahim cukup mendalam terhadap genre muzik rock dan metal. Tidak hairanlah, genre muzik ini banyak mempengaruhi karya kartun yang dihasilkannya. Jangan tidak tahu, bait lirik sebuah lagu dari kumpulan thrash metal dijadikan sebagai idea utama untuk siri Siapa Yang Harus Disalahkan yang disiarkan dalam majalah Gelihati.

Biarpun maksud lirik lagu itu menjurus kepada konflik yang boleh memudaratkan diri, Gayour mengubahnya dan menyampaikan mesej dengan cara berbeza dengan menerapkan nilai kekeluargaan dan kasih sayang.

Unsur kekeluargaan menjadi tema utama dalam siri Siapa Yang Harus Disalahkan serta beberapa karya yang lain. Bagi saya, nilai kekeluargaan dan kasih sayang amat penting dalam kehidupan kita, katanya ketika ditemui XY - Ikon Lelaki di pejabatnya, baru-baru ini.

Bercerita mengenai siri Slash pula, watak dua sahabat, Slash dan Black biarpun tampak ganas dengan imej rockers dan mat metal, mereka prihatin terhadap alam sekitar.

Gayour yang pernah berkhidmat dengan majalah Gelihati, Gila-Gila, Era@MOY dan Blues Selamanya, kini berkarya dengan majalah humor, G3.

Membuka kisah zaman gemilang industri kartun, Gayour berkata, itulah detik paling indah pernah dilaluinya.

Sambutan dan sokongan peminat cukup membanggakan. Ini dapat dilihat daripada sambutan yang diberi setiap kali kita mengadakan promosi.

Bukan itu saja, berlambak-lambak surat dihantar peminat kepada kartunis pujaan setiap hari. Ketika itu, sesibuk manapun, saya cuba membalas setiap surat atau kad ucapan yang diterima dengan melukis karakter popular karya saya, katanya sambil menambah peminat sekarang lebih cenderung berkomunikasi melalui internet dan feel dirasai cukup berbeza.

Selain berkarya, Gayour aktif berkongsi idea bersama peminat dan penggiat kartun serta memberi tunjuk ajar kepada generasi baru yang berminat mendalami seni kartun.

Ikuti temubual bersama Gayour...

Anda berpengalaman bekerja dengan hanya syarikat penerbitan. Bagaimana pendedahan yang diterima ini membantu anda dalam kerjaya?

Selama kira-kira 20 tahun melukis kartun dan bekerja dengan pelbagai syarikat penerbitan, banyak pengalaman diperoleh. Ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran saya dalam bidang ini.

Antara yang saya sedar, perancangan masa untuk menyiapkan karya bertambah baik. Jika dulu, saya mengambil masa lebih seminggu untuk menyiapkan karya tiga atau empat muka surat, sekarang saya hanya perlu ambil masa sehari.

Jika saya tidak sedar soal peningkatan ini, mungkin saya tidak dapat memanfaatkannya sebaliknya terus dengan cara lama. Selain itu, pengalaman yang diperoleh juga meningkatkan kemahiran saya berinteraksi dengan ramai orang dari pelbagai latar belakang.

Bagaimana anda berani membuat keputusan beralih dari sebuah syarikat penerbitan ke syarikat lain? Tidakkah sukar membuat keputusan seperti itu?

Pengalaman mengajar saya menjadi berani membuat keputusan. Biarpun bermacam-macam kemungkinan terlintas dalam fikiran ketika membuat keputusan, ia perlu dilakukan. Kita mestilah berani berdepan dengan sebarang kemungkinan.

Antara perkara menyedihkan terpaksa saya tempuhi apabila beralih dari sebuah syarikat penerbitan ke syarikat lain ialah terpaksa berpisah dengan rakan-rakan kartunis lain. Namun, hidup perlu diteruskan, peningkatan dalam kerjaya juga perlu ada.

Persahabatan antara kami tetap terjalin baik. Apabila ada kelapangan atau acara yang menghimpunkan penggiat industri ini, kami akan bertemu.

Apa yang mendorong anda untuk berkongsi kemahiran melukis kartun dengan penggemar kartun?

Setiap kali adanya peluang dan ruang untuk memberi tunjuk ajar, berkongsi idea serta memberi kritikan membina kepada generasi baru yang mahu belajar teknik atau selok-belok seni kartun, menggembirakan saya.

Apa yang saya pelajari selama ini banyak membantu saya untuk memberi serba sedikit bimbingan kepada mereka.

Ceritakan serba sedikit mengenai siri terkini sentuhan anda dalam majalah G3?

Dalam majalah G3, saya tampilkan karya yang temanya berbeza daripada apa yang pernah saya lakukan sebelum ini. Siri berjudul Apa yang Aku Cari berkisarkan alam persilatan. Namun, ia tidak berkaitan dengan ilmu silat sedia ada.

Seni bela diri berasaskan silat yang ditunjukkan dalam siri ini, saya reka sendiri. Untuk mengelak ia bercanggah dengan seni persilatan sedia ada atau seni bela diri yang lain, saya sering rujuk kepada rakan yang mendalami ilmu silat atau seni bela diri.

Saya tampilkan tema persilatan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru. Pada masa sama, mahu bersaing dengan komik seni bela diri dari luar yang membanjiri pasaran tempatan.

Apa yang membuatkan anda memilih tema persilatan, berbeza daripada tema rock dan metal seperti karya dulu?

Saya cukup seronok dalam menghasilkan siri ini kerana dapat melukis banyak pergerakan anatomi. Ini sesuatu yang berbeza dengan karya saya dulu. Agak mencabar untuk melukis pergerakan watak yang sedang bersilat namun ia memberi kepuasan.

Pembaca yang mengikuti karya ini kebanyakannya golongan remaja. Jadi pendekatan sesuai perlu dipraktikkan bagi menarik minat pembaca remaja.

Apa agaknya maklum balas yang diterima daripada pembaca yang masih anda ingat hingga hari ini?

Kadangkala saya terkedu apabila menerima maklum balas peminat yang mengikuti perjalanan karier saya sejak mula-mula saya menceburi bidang ini. Ada yang masih setia mengikuti perkembangan saya hingga hari ini. Mereka sering bertanya mengenai sambungan koleksi karya yang pernah dihasilkan dulu.

Apa yang lebih membuatkan saya rasa terharu ialah apabila ada antara karya saya memberi impak positif kepada pembaca. Seorang pembaca pernah memberitahu, karya berjudul Mak yang saya hasilkan dulu menyebabkan beliau lebih menyayangi ibunya.

Selain itu, ada juga peminat yang berkenalan dan bercinta kerana masing-masing meminati karya saya. Mereka kemudian mendirikan rumah tangga.

Bagaimana anda menghadapi tekanan dalam berkarya?

Ketika bekerja, saya cuba untuk tidak begitu memikirkan masalah atau perkara negatif. Sebaliknya, saya lebih memikirkan perkara positif bagi menimbulkan rasa seronok dengan kerja yang dilakukan.

Sebenarnya, sebelum memulakan kerja, kita harus tahu apa yang ingin kita lakukan. Daripada subjek yang kita fikirkan itu, akan timbul idea pokok dan seterusnya, ia berkembang lebih besar.

Ini antara kemahiran yang dulunya, saya tidak dapat kuasai. Dulu, saya sering rasa sukar mendapat idea sedangkan formulanya mudah. Cuma perlu fikir dan tahu apa yang kita ingin lakukan. Tidak dinafikan, kemahiran ini hanya disedari dan dikuasai melalui kematangan dalam kerjaya.

Apa perancangan anda sekarang?

Mengikut perancangan tahun ini, karya komik saya bersama seorang lagi rakan yang bertindak sebagai penulis akan mula diterbitkan. Komik berjudul Logbook ini adalah karya pertama yang menyaksikan kolaborasi saya dengan penulis.

Sebelum ini, sayalah penulis dan pelukis untuk karya sendiri. Karya ini dapat diterbitkan selepas memenangi pertandingan yang dianjurkan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan akan dipasarkan di Malaysia dan luar negara.

Ada beberapa ilustrasi kartun turut dimuatkan dalam siaran ni. Cik wartawan minta kartun-kartun lama gua ( tahun 80an... ) sebagai bahan tambahan. Ada beberapa dalam simpanan yang gua bagi tapi tidak disiarkanpun. Sebagai tambahan gua lakarkan khas karekter-karekter yang telah gua cipta lebih 20 TAHUN yang lalu iaitu SLASH dan BLACK. Satu lakaran penuh nostalgia menggabungkan Slash, Black dan semua watak utama dalam siri BERSAMA SELAMANYA. Kat sini tak ada. Kalo nak tengok lakaran tu sila klik kat GALERI GAYOUR ni. Kalo nak tengok yang ada gambo gua, sila ke website sahabat pena gua iaitu encik Manggis. Terima kasih dan enjoy!

now i'm femes. harharhar!