KELAB NURI
03 JAMADIL AKHIR 1431 H - 17 ME 2010
Sepanjang bulan Mac 2010, boleh kata tiap minggu gua ada program kat utara BolehLand. Minggu pertama kat Trolak, pas tu minggu kedua ada program keluarga kat Sungai Petani, minggu ke tiga kat UiTM Sungai Petani, Kedah dan pada minggu terakhir sekali lagi ke negeri Kedah Darul Aman. Kali ni bersama Bank Rakyat sebagai jemputan dalam meraikan majlis sambutan Ulangtahun Ke 3 Kelab Nuri dan Perasmian Taman Permainan Kanak-Kanak kat Menara Alor Setar, Kedah nuu baguih dok ada! Aduuu la penatnya. ARGHHHH! Tak apa, tugas dan tanggungjawab punya pasal…dengan izinNya, gua berjaya memenuhi semua jemputan.
Semua ni bemula dari lawatan tiga orang pegawai Bank Rakyat ke Karangkraf. Diorang sempat singgah ke Department Illustrasi, tempat gua. Rupanya diorang peminat karya-karya lama gua dulu. Bersama Selamanya, Slash… diorang ni adalah eksekutif dari Jabatan Pemasaran dan Pengurusan Aktiviti Bank Rakyat. Diorang la yang fikir, urus dan buat sampai selesai segala aktiviti untuk ahli Kelab Nuri yang membuat simpanan dalam Akaun Simpanan-I Nuri. Setiap kanak-kanak yang membuka akaun secara automatik menjadi ahli Kelab Nuri dan bepeluang untuk menyertai setiap program atau aktiviti yang dibuat seperti majlis sambutan ulangtahun ni. Kali ni majlis diadakan kat belah utara untuk memberi peluang dan meraikan ahli Kelab Nuri kat Kedah nuuu… gua sedang tesengeh sengeh gumbira pasal bejaya sampai dengan selamat bersama rombongan Bank Rakyat dari
Peluang untuk naik Menara Aloq Setaq dan menikmati pemandangan dari satu-satunya bangunan paling tinggi dan gah kat bandar Aloq Setaq dan negeri Kedah. Fewitttt! Hebatnya pemandangan dari atas ni. Nun jauh kat
Sebahagian dari kanak-kanak ahli Kelab Nuri yang awal pagi lagi dah sampai kat menara. Semua ni datang dari sekolah-sekolah berhampiran Aloq Setaq. Pagi ni aktiviti dimulakan bersama kanak-kanak/ahli Kelab Nuri.
( Bank Rakyat ) bersama saudara Ropi ( Cecupak ).
Kumpulan yang satu lagi bersama gua kat pentas utama dalam bengkel kartun. Ini tugasan gua. Rasa aktiviti ni lebih baik dan menarik dari mewarna. Dah selalu sangat mewarna. Hari ni kita buat yang lain plak tapi masih pasal melukis. Gua dibantu oleh encik Faiz ( pewarna digital majalah G3 ). Seronok bersama anak-anak ni. Assalamualaikum. Apa khabar? Nama pakcik ialah Gayour. Yeah, Gayour. Ingat dan sebut betul-betul. Pakcik adalah seorang kartunis sepenuh masa kat majalah humor G3. Ayuh semua! Sebelum kita mula, kita buat senaman sket dulu. Aduuu laa… azab gak mengikut gerakan regangan yang dibuat oleh sorang peserta. Dah adik! Cukup! Masa untuk melukis kartun!
Pentas utama tempat belangsungnya perasmian sambutan Ulangtahun Ke 3 Kelab Nuri dan Perasmian Taman Permainan Kanak-Kanak Menara Alor Setar tajaan Bank Rakyat.
Encik Badut dijemput sebagai penyibuk dalam majlis sambutan ni. Beliau redah masuk kat mana jer ikut suka beliau temasuk dalam majlis gua ni. Nyibuk tul la encik badut ni! Tapi okey. Dah menang cam tu tugas beliau. Jadi badut bukan hanya sengeh-sengeh, susah sebenarnya. Pasal tu la kita tengok ada anak-anak yang tejerit-jerit menangis dan meraung bila nampak badut! Nak jadi badut kena berILMU.
Ingat semua, apa yang kita kongsi pada hari ni tidak bermakna adik-adik kena jadi seorang kartunis, pelukis, illustrator atau animator. Ini adalah maklumat dan sedikit ILMU pasal kartun. Adik-adik mempunyai pilihan untuk memilih kerjaya yang diminati. Nak jadi apa, jadi la yang baik-baik. Apa yang penting adik-adik ada sedikit maklumat pasal kartun dan harap-harap bila adik-adik melukis, adik melukis dengan berILMU.
Ramai yang tanya gua, “Macam mana brader terer lukis daun, buah pisang dan batu?”. Gua jawap, “ Gua terus belatih melukis daun pisang, pokok pisang dan buah pisang tanpa rasa jemu, cemuih, benci dan yang penting, gua berseronok masa melukis!”. Itu la yang gua buat sekian lama. Terus belatih melukis. Ramai kartunis/pelukis komik yang gua tengok membuat kesilapan yang tidak sepatutnya dalam karya mereka. Kesilapan tahap cipan yang membuatkan gua sakit hati, benci, marah, meradang, Hulk Smash! ROARRRR! geram dan cemuih tak ingat. Mereka mendakwa diri sebagai kartunis/pelukis komik tapi salah melukis tandan buah pisang yang masih tegantung kat pokok! Rasa nak mencarut!
Tamat jer acara gua terus ke acara utama iaitu Perasmian Sambutan Ulangtahun Kelab Nuri kat pentas utama. Acara dirasmikan oleh wakil VIP jemputan dari Majlis Perbandaran Aloq Setaq. Dulu masa awal pebincangan, gua dimaklumkan mungkin sultan Kedah atau kerabat sultan yang akan merasmikan acara ni kerana menara Aloq Setaq dibina kat atas tanah milik keluarga sultan Kedah. Sekiranya sultan yang sudi mencemar duli datang, bepeluang la gua betemu dengan sultan. Tak apa la. Maskot Kelab Nuri dibawa khas dari
Lepas potong pulut kuning sambutan ulangtahun, semua VIP dan jemputan dibawak ke taman permainan untuk acara perasmian Taman Permainan Kanak-Kanak Menara Aloq Setaq plak. Sebagai gimik perasmian, tiga orang peserta payung terjun membuat terjunan dari menara ke
Penerjun kedua agak cemas pasal kena tiup angin dan akibatnya hampir nak landing kat atas pokok kelapa sawit tu. Tapi bejaya mengelak dan landing kat laluan pejalan kaki.
Penerjun ketiga bejaya mendatar kat
Lagi satu yang menarik ialah papan tanda. Kat mana boleh jumpa dan tengok papan tanda ni? Kat menara Aloq Setaq korang boleh jumpa. Sila la melancong ke Kedah Darul Aman kerana kat sini lebih banyak sebenarnya tempat-tempat bersejarah yang lebih purba dan lama bebanding Melaka seperti kawasan Lembah Bujang yang dikaitkan dengan Kerajaan Kedah Tua.
Abad ke-4 hingga abad ke-11 merupakan zaman kegemilangan Lembah Bujang. Lembah Bujang telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan terpenting di antara Laut Mediteranean dan
Kerajaan Kedah Tua dikatakan bermula dengan pembukaan petempatan di Lembah Bujang. Tempat ni pernah menjadi pusat pedagangan utama yang dikunjungi oleh pedagang dari India, Arab,
Tu je la. Nak tau lebih, google sendiri. Sejarah yang menarik untuk diketahui.
Sebelum balik, lagi sekali gua naik ke menara untuk sidang akhbar dan menikmati pemandangan sekitar Aloq Setaq sambil makan-makan kat restoran musin beputaq. Mula-mula nampak Gunung Jerai, paih tu tengok balik nampak Sioam! Baguih dok ada!
Terima kasih Bank Rakyat dan pihak pengurusan menara Aloq Setaq! Jumpa lagi nuuuuu….Baguih nuuu... baguih dok ada!