Monday, May 17, 2010

KELAB NURI

KELAB NURI

03 JAMADIL AKHIR 1431 H - 17 ME 2010


Sepanjang bulan Mac 2010, boleh kata tiap minggu gua ada program kat utara BolehLand. Minggu pertama kat Trolak, pas tu minggu kedua ada program keluarga kat Sungai Petani, minggu ke tiga kat UiTM Sungai Petani, Kedah dan pada minggu terakhir sekali lagi ke negeri Kedah Darul Aman. Kali ni bersama Bank Rakyat sebagai jemputan dalam meraikan majlis sambutan Ulangtahun Ke 3 Kelab Nuri dan Perasmian Taman Permainan Kanak-Kanak kat Menara Alor Setar, Kedah nuu baguih dok ada! Aduuu la penatnya. ARGHHHH! Tak apa, tugas dan tanggungjawab punya pasal…dengan izinNya, gua berjaya memenuhi semua jemputan.


Semua ni bemula dari lawatan tiga orang pegawai Bank Rakyat ke Karangkraf. Diorang sempat singgah ke Department Illustrasi, tempat gua. Rupanya diorang peminat karya-karya lama gua dulu. Bersama Selamanya, Slash… diorang ni adalah eksekutif dari Jabatan Pemasaran dan Pengurusan Aktiviti Bank Rakyat. Diorang la yang fikir, urus dan buat sampai selesai segala aktiviti untuk ahli Kelab Nuri yang membuat simpanan dalam Akaun Simpanan-I Nuri. Setiap kanak-kanak yang membuka akaun secara automatik menjadi ahli Kelab Nuri dan bepeluang untuk menyertai setiap program atau aktiviti yang dibuat seperti majlis sambutan ulangtahun ni. Kali ni majlis diadakan kat belah utara untuk memberi peluang dan meraikan ahli Kelab Nuri kat Kedah nuuu… gua sedang tesengeh sengeh gumbira pasal bejaya sampai dengan selamat bersama rombongan Bank Rakyat dari Kuala Lumpur kat bawah Menara Alor Setaq! Baguih nuuu!


Peluang untuk naik Menara Aloq Setaq dan menikmati pemandangan dari satu-satunya bangunan paling tinggi dan gah kat bandar Aloq Setaq dan negeri Kedah. Fewitttt! Hebatnya pemandangan dari atas ni. Nun jauh kat sana nampak Gunung Jerai. Baguih dok ada! Kat belah sana plak nampak Kuala Kedah. Ada bot dan pekampungan nelayan. Hiuh! Kat sekeliling Aloq Setaq tebentang luas tak ingat kawasan sawah padi. Sayangnya masa ni baru lepas menuai dan baru nak membajak. Kalo musim sawah menghijau atau padi mengunin’, sangat cantik dan syahdu pemandangan dari ataih menara ni. Tak apa la, tiupan angin dari Kuala Kedahpun dah cukup nyaman dan syahdu kat ataih ni. Baguih nuuu…


Sebahagian dari kanak-kanak ahli Kelab Nuri yang awal pagi lagi dah sampai kat menara. Semua ni datang dari sekolah-sekolah berhampiran Aloq Setaq. Pagi ni aktiviti dimulakan bersama kanak-kanak/ahli Kelab Nuri. Ada dua aktivit dijalankan serentak sebelum bemulanya acara perasmian kat pentas utama. Kanak-kanak ni dipecahkan pada dua kumpulan. Kumpulan pertama dan paling ramai terlibat dalam aktiviti/pertandingan mewarna yang dikendalikan oleh encik Mamat

( Bank Rakyat ) bersama saudara Ropi ( Cecupak ).


Kumpulan yang satu lagi bersama gua kat pentas utama dalam bengkel kartun. Ini tugasan gua. Rasa aktiviti ni lebih baik dan menarik dari mewarna. Dah selalu sangat mewarna. Hari ni kita buat yang lain plak tapi masih pasal melukis. Gua dibantu oleh encik Faiz ( pewarna digital majalah G3 ). Seronok bersama anak-anak ni. Assalamualaikum. Apa khabar? Nama pakcik ialah Gayour. Yeah, Gayour. Ingat dan sebut betul-betul. Pakcik adalah seorang kartunis sepenuh masa kat majalah humor G3. Ayuh semua! Sebelum kita mula, kita buat senaman sket dulu. Aduuu laa… azab gak mengikut gerakan regangan yang dibuat oleh sorang peserta. Dah adik! Cukup! Masa untuk melukis kartun!


Pentas utama tempat belangsungnya perasmian sambutan Ulangtahun Ke 3 Kelab Nuri dan Perasmian Taman Permainan Kanak-Kanak Menara Alor Setar tajaan Bank Rakyat.


Encik Badut dijemput sebagai penyibuk dalam majlis sambutan ni. Beliau redah masuk kat mana jer ikut suka beliau temasuk dalam majlis gua ni. Nyibuk tul la encik badut ni! Tapi okey. Dah menang cam tu tugas beliau. Jadi badut bukan hanya sengeh-sengeh, susah sebenarnya. Pasal tu la kita tengok ada anak-anak yang tejerit-jerit menangis dan meraung bila nampak badut! Nak jadi badut kena berILMU.


Ingat semua, apa yang kita kongsi pada hari ni tidak bermakna adik-adik kena jadi seorang kartunis, pelukis, illustrator atau animator. Ini adalah maklumat dan sedikit ILMU pasal kartun. Adik-adik mempunyai pilihan untuk memilih kerjaya yang diminati. Nak jadi apa, jadi la yang baik-baik. Apa yang penting adik-adik ada sedikit maklumat pasal kartun dan harap-harap bila adik-adik melukis, adik melukis dengan berILMU.


Ramai yang tanya gua, “Macam mana brader terer lukis daun, buah pisang dan batu?”. Gua jawap, “ Gua terus belatih melukis daun pisang, pokok pisang dan buah pisang tanpa rasa jemu, cemuih, benci dan yang penting, gua berseronok masa melukis!”. Itu la yang gua buat sekian lama. Terus belatih melukis. Ramai kartunis/pelukis komik yang gua tengok membuat kesilapan yang tidak sepatutnya dalam karya mereka. Kesilapan tahap cipan yang membuatkan gua sakit hati, benci, marah, meradang, Hulk Smash! ROARRRR! geram dan cemuih tak ingat. Mereka mendakwa diri sebagai kartunis/pelukis komik tapi salah melukis tandan buah pisang yang masih tegantung kat pokok! Rasa nak mencarut!


Tamat jer acara gua terus ke acara utama iaitu Perasmian Sambutan Ulangtahun Kelab Nuri kat pentas utama. Acara dirasmikan oleh wakil VIP jemputan dari Majlis Perbandaran Aloq Setaq. Dulu masa awal pebincangan, gua dimaklumkan mungkin sultan Kedah atau kerabat sultan yang akan merasmikan acara ni kerana menara Aloq Setaq dibina kat atas tanah milik keluarga sultan Kedah. Sekiranya sultan yang sudi mencemar duli datang, bepeluang la gua betemu dengan sultan. Tak apa la. Maskot Kelab Nuri dibawa khas dari Kuala Lumpur sebagai penyeri dan tarikan. Itu la NURI, maskot Kelab Nuri yang pasti akan bersama kanak-kanak dan ahli kelab dalam setiap acara yang dibuat.


Lepas potong pulut kuning sambutan ulangtahun, semua VIP dan jemputan dibawak ke taman permainan untuk acara perasmian Taman Permainan Kanak-Kanak Menara Aloq Setaq plak. Sebagai gimik perasmian, tiga orang peserta payung terjun membuat terjunan dari menara ke padang taman. Ini adalah penerjun pertama yang berjaya membuat terjunan dan mendarat tepat kat sasaran. Syabas!


Penerjun kedua agak cemas pasal kena tiup angin dan akibatnya hampir nak landing kat atas pokok kelapa sawit tu. Tapi bejaya mengelak dan landing kat laluan pejalan kaki.


Penerjun ketiga bejaya mendatar kat padang. Ni la dia taman permainan tajaan Bank Rakyat yang dirasmi dan diserahkan kepada pengurusan menara dan Majlis Bandaraya Aloq Setaq. Kalo korang pergi melancong ke Aloq Setaq dan singgah ke menara Aloq Staq, boleh la lepaskan anak-anak main kat sini. Jangan bagi jahanam dah! Enjoy!


Lagi satu yang menarik ialah papan tanda. Kat mana boleh jumpa dan tengok papan tanda ni? Kat menara Aloq Setaq korang boleh jumpa. Sila la melancong ke Kedah Darul Aman kerana kat sini lebih banyak sebenarnya tempat-tempat bersejarah yang lebih purba dan lama bebanding Melaka seperti kawasan Lembah Bujang yang dikaitkan dengan Kerajaan Kedah Tua.

Abad ke-4 hingga abad ke-11 merupakan zaman kegemilangan Lembah Bujang. Lembah Bujang telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan terpenting di antara Laut Mediteranean dan China. Lembah Bujang pernah berada di bawah naungan Kerajaan Srivijaya. Ini membantu Lembah Bujang menjadi sebuah pelabuhan yang pesat.

Kerajaan Kedah Tua dikatakan bermula dengan pembukaan petempatan di Lembah Bujang. Tempat ni pernah menjadi pusat pedagangan utama yang dikunjungi oleh pedagang dari India, Arab, China dan Eropah dan jadi tempat pengembangan agama dan budaya. Paling ketara adalah kesan peninggalan agama Hindu dan Buddha yang masih boleh dilihat kat Lembah Bujang atau Kedah Tua hingga ke hari ini.

Tu je la. Nak tau lebih, google sendiri. Sejarah yang menarik untuk diketahui.

Sebelum balik, lagi sekali gua naik ke menara untuk sidang akhbar dan menikmati pemandangan sekitar Aloq Setaq sambil makan-makan kat restoran musin beputaq. Mula-mula nampak Gunung Jerai, paih tu tengok balik nampak Sioam! Baguih dok ada!

Terima kasih Bank Rakyat dan pihak pengurusan menara Aloq Setaq! Jumpa lagi nuuuuu….Baguih nuuu... baguih dok ada!



21 comments:

pakcik kordi said...

wah wah wah,.....best la lu!syok maa!!!makwe mesti ramai situ...kekekekehhh!!!

Yatt said...

Ceh..mai aloq staq x habaq chek pun...

deaf_angel said...

beb
dari pegawai bank sampai keja kilang, dari tua sampai muda, mat rock, minah karen, lelaki, pompuan
smua pun minat ko la beb haha

gayour said...

pakcik kordi
kat mana2 ramai awek. heh!

yatt
kalo cheq habaq kat hang, mesti masa tu hang ada hal lain. tak dapat nak mai. biasanya cam tu la. cemuih!

deaf_angel
teria kasih pada semua!

Abang Ben said...

bro gayour... boleh mintak email tak? Ada benda nak request.

frankrx2 said...

Wah! Kalau dah Bank yg panggil, mesti masyuk banyak bro!! Caya lah!! Bank Rakyat plak tuuuu!!!!

Heh heh heh, sib baik senaman ringan sebelum melukis, kalau gua, gua suruh lari trek 8 round =P

err.... tandan pisang bukan memang tergantung kat pokok pisang ke?.. jangan marah bro... just tanya jek...

Apa2 pun, gua rasa bangga sebab satu lagi pencapaian telah dibuat oleh kartunis favorite gua di mata rakyat!! I will vote for you for the president of the united state of africa.

Congrats!!!! =D

gayour said...

abang ben
alamak! bahaya ni. ahh...! walaupun bahaya... NAH! ni dia emel gua

gayour@karangkraf.com.my

frankrx2
yeah! tandan buah pisang memang tegantung kat batangnya.
yang gua hangin bila lukis tandan pisang tebalik! dengan buah pisang sekali tebalik. salah la! tu yang gua hangin! patutnya cari la rujukan dulu kalo lemah minda nak lukis pokok dan buah pisang!

frankrx2 said...

kahkahkah! tu bukan lemah minda lagik! tapi sengal! heh! tapi tak baik marah2 bro... bak kata org tue2.. "saya budak baru belajar.. kalau salah tolong tunjukkan"


-Rest In Peace Ronnie James Dio-
\m/ \m/

NaqeebLukhman said...

haaaa betul ker bro... klau cam tu saya pu n tak nak dah lukih buah pisang setandang hehehe

macamnan nak lukih jantung pisang dengan betul eh.... har har har...

Yatt said...

Hehehe..jgn la ckp mcm tu bro. event tu kan ada reporter cover, cuma gua je yg tak gi sbb colleague gua yg gi. Kalau gua tau lu turun, mmg gua gi cover event tu...

gayour said...

frankrx2
masalahnya budak2 sekarang dah tau tak tau, salah, mengong, sengal... tapi ego, belagak, bodoh sombong tak nak belajar!

nakeblukman
jangan main2 dan ambik mudah nak lukis jantung pisang kalo benar2 nak belajar dan melukis dengan betul!
1- pegi bawah pokok pisang yang bebuah dan ada jantung tejuntai, terus lukis ikut jantung pisang tu.
2-amik gambo pokok, daun, buah ( tandan ) dan jantung pisang. balik rumah boleh jadikan rujukan.
3- google gambar jantung pisang.
4- tiru kat mana2 gambo jantung pisang yang encik jumpa. dalam majalah, sokabar...

yatt
insyAllah, ada rezeki pi sana lagi, cheq habak pi kat hang nuu...

speedrider said...

rupa2nya kelab nuri ni ada lagi noh?

Gayour, fun gila xtvt ni, btoi tu. Aktiviti mewarna dan melukis ni dah selalu buat. dah cemuih.

Bercakap pasal lukih tandan pisang tak btoi, tak silap aku dulu dalam Gila-Gila ada seksyen tutorial. Spaa ntah cikgu dia time tu, Rejabhad kot?

Kitosia said...

As-salam sifu,lame tak dengar khabar,kat sini gak laa dengar khabar eak..Waaa,sifu buat bengkel kat sana eak..Jauh gak sifu mengembara...

sifu, mai la kutuk artwork cheQ...Lma tak dengar kutukAN Sifu..Huhuu...Kat Kitosia.blogspot.com

gayour said...

speedrider
allahyarham pak jab yang mengendalikan ruangan bengkel kartun, senyum skot, senyum pelajar blablablaa... yang melahirkan ramai bakat2 baru dalm industri kartun tanahair melalui ruangan tu kat majalah gila-gila temasuk melukis tandan pisang dengan betul!

kitosia
gua begitu tak bekesempatan kebelakangan ni. nanti la gua singgah.

Runaldy Bundle said...

Salam...salam...

Dlm sebulan 2 nih, gua baru nak start minat G3.
Tu pun sebab lu la bro!
Tak tao pulak lu skrg dah jadik nakhoda G3.
Ingatkan dah gantung pen pasal lama x nampak..heheh..

Gua sebenarnya dah selalu nampak G3 ni, cuma tak penah tergerak ati nak belek sebab gua ingat majalah nih satu kapal ngan majalah 'tutttt' (pun start ngan urup G)..

Tah cemana ari tu, tangan ni tiba2 lak rasa gatal nak belek.
Pastu plak, nampak lak nama lu.
Perghh...otomatik! Trus gua jatuh minat.
Bukan apa, cuma teringat ngan lu punya klasik masterpiece...Bersama Selamanya.
Mat Tepet...emm...sapa lg ek? (lupa lak..)

So, bro, terus-terusan la berkarya ya. Takat mana gua bleh sokong, gua sokong...peace!!!

p.s: G3 tu gua tak beli. Baca pree je...pasal gua keje kat kedai jual majalah..heheh..

Firdaus said...

bro,

gua ada special request ni..
setelah puas gua cari, akhirnya gua jumpa lu dlm alam maya ni..

gua nk full version of bersama selamanya. siap kaset sekali.

harga boleh runding. asalkn lu bole penuhi permintaan gua ni.

Firdaus said...

bro gayour,

ape2 hal email gua kt

mfirdaus.mzin@simedarby.com

Anonymous said...

abg GAYOUR x buat facebook ke boleh sembang saya peminat abg

Anonymous said...

abg GAYOUR x buat facebook ke boleh sembang saya peminat abg

gayour said...

runaldy bundle
terima kasih dan syabas kerana minat kat majalah g3 walaupun tak beli. mungkin bleh promot kat pelanggan kat kedai.

terima kasih gak kerana masih "bersama selamanya"

kat kedai lu tu ada jual majalah revolver the world's loudest rock megazine! tak

firdaus
terima kasih kerana pernah meminati siri bersama selamanya dan berusaha untuk memiliki koleksi dan albumnya. gua terharu. kalo bleh gua nak tolong. tapi sayang, gua hanya ada koleksi untuk simpanan/rujukan peribadi gua. tak dapat nak memenuhi permintaan encik.

sad but true

anonymous
tak ada fesbuk pun kita masih boleh bekawan dan besembang kat sini. " ya, lu tanya apa tadi?" heh!

Runaldy Bundle said...

Majalah revolver takdak la bro.
Paling rock pun takat majalah rottw je..heh.. :-)