24 RABIULAKHIR 1432H – 30 MAC 2011
Lagi satu kisah tahap fosil. Kisah Pameran Solo Zainal Buang Husein kat Galeri Shah Alam. Kisah ni telah berlaku pada hari yang sama masa gua pindah dari bangunan lama ke bangunan baru iaitu pada petang hari Khamis, 17 Februari 2011 yang lalu. Patut kisah ni gua tampal lepas balik dari pameran tapi.. ARGHHHH! Penat ya amat tebengkalai hingga hari ni. Alasan. HEH! Begini kisahnya…

Pameran ni dirasmikan pada hari pindah dulu. Alahai! Cane nak buek ni? Walau kelam kabut dan penat, gua berjaya menghadirkan diri walau lewat sket. Masa sampai, sidang akhbar sedang dijalankan. Ramai sahabat dan kartunis old skool hadir. Tu dia pencipta kisah Pendekar Mato Tige, Dan Din Don kat GILA –GILA yang sangat popular iaitu kartunis DON. Salah seorang kartunis yang mempunyai stroke brush dan pen celup yang sangat cantik. Jeles tul gua tengok stroke beliau! Tak lepas peluang bila dapat peluang untuk begambo dengan kartunis old skool ni. Eee.. seronoknya dapat bergambar dengan salah sorang idola! Selain hebat dengan hasil kartunnya, encik DON gak sangat terer dan hebat melukis karikatur. Tak kenal beliau, tak penah tengok kartun beliau? Ia bukan satu kerugian.
Bersama kartunis Ambo ( tengah ), mantan kartunis kat GILA-GILA yang sangat terkenal dengan siri Mega Mogie Gila-Gilanya. Sekarang ni kartunis Ambo tak lagi melukis kartun tapi menjalankan perniagaan melukis karikatur sepenuh masa seperti kartunis DON. Kalo berkunjung ke Melaka, singgah la ke Dataran Pahlawan, beliau ada studio/kedai melukis karikatur kat sana. Belah kanan tu plak ialah kartunis Yaz Malee. Seorang kartunis, animator, ilustrator, painter dan karikaturis yang gua suka. Syok tul tengok karikatur yang beliau lukis.
Ramai sahabat petang ni! Seronok tul dapat jumpa kawan-kawan lama. Pasal tu la gua sengeh jer. Hee… Bersama karunis Tazidi ( juga presiden PERKARTUN-kiri sekali berkemeja putih ), kartunis Roslim ( berbaju hitam. mantan kartunis GILA-GILA dengan siri Zack Kapcai-nya ) dan kartunis Aloy ( tiga dari kanan. masih melukis kat GILA-GILA dan menjalankan perniagaan melukis karikatur ).
This is THE MAN! Ni la Tuan Haji Zainal Buang Husein yang dihormati. Tua dah. HEH! Dulu. Dulu… masa zaman purba dulu, masa gua masih hingusan dan menjadi pembeli dan peminat majalah GILA-GILA, ZBH adalah antara kartunis yang nak sangat gua jumpa ( selain DON dan Kerengge ) kerana begitu cemburu dengan hasil karya beliau yang sangat ditil, bersungguh, kemas dan berkualiti. Awek-awek seksi yang beliau lukis benar-benar menaikkan semangat nak melukis. Tambah lagi kalo beliau lukis awek seksi tecongek kat kereta spot atau super bike! ARGHH! Memang mengujakan! Kali pertama berjumpa ZBH seperti dah lama mengenali beliau. ZBH begitu mudah mesra. Beliau melawak, melayan dan membuatkan semua merasa selesa bila besama dengannya. Bila dapat jemputan trus dari ZBH pasal perasmian pameran solo beliau ni, tak boleh tidak walau pada hari pindah. Ini satu penghormatan pada gua yang membesar bersama karya-karya beliau. Tahniah atas pameran solo ni Tuan Haji Wak Punk!
Tetamu undangan khas dan perasmi pameran adalah Datuk Lat yang dihormati. Cam ZBH, Datuk Lat kelihatan makin berumur dan tua. Lama tak jumpa datuk, pasal tu la gua rasakan perubahan ni. Walau nampak tua tapi datuk masih gagah perkasa memandu dari Ipoh ke Shah Alam untuk memenuhi jemputan kawan lama beliau dan merasmikan pemeran ni. Hebat! Hubungan yang tidak putus antara generasi terawal kartunis BolehLand yang berlaku di depan mata gua! Ini benar-benar mengharukan hati gua. Mereka masih saling berhubung dan menghormati. Respek! Masa makan gua tanye kat Datuk Lat, “ tahun ni datuk tak buat kalender aa.. tunggu gak datuk hantar satu pada saya cam tahun lepas”. Datuk jawap,” tiap-tiap tahun buat, bosan la! Tahun ni tak nak buat!”. Uuuu…uuuuu…
Puas begambar dan membelasah jamuan yang disediakan ( pindah memang penat dan lapar! Selera tul gua makan petang ni. HEH! ). Makan sambil gosip dengan sahabat-sahabat memang seronok. Tetiba gua nampak beliau yang baru sampai. Ya, beliau yang membawa perubahan, impak dan KEDABOOMMM! dalam industri kartun BolehLand pada tahun 80an dulu hingga tahun 90an! Kisah beliau menjadi misteri dan kontroversi pada industri dan peminat kartun BolehLand hingga ke hari ni. Haha! Siapakah beliau yang memakai jaket askar ni wahai murid-murid?
Tak sangka jumpa beliau petang ni. Ni la hikmahnya acara petang ni. Dapat jumpa orang yang tak disangka akan datang. Ni dia diperkenalkan, kartunis Ujang. Tak apa kalo korang tak kenal. Ia tak menjejaskan apa-apa. Kali pertama gua jumpa kartunis Ujang pada zaman kegemilangan dan kemahsyuran beliau dalam industri kartun BolehLand pada tahun 1988. Lebih 20 tahun yang lalu! Pernah bersama beliau sekejap dalam majalah GILA-GILA pada tahun 1993 sebelum kami benar-benar bersama memberi kepuasan maksima pada peminat kartun BolehLand pada tahun 1994 dengan penerbitan majalah Lawak Antara Bangsa UJANG.
Gua rasa benar-benar seronok petang ni walau penat! Betul… penat! Kita biasa dengar kata-kata begini, “ hilang penat bila…”. Tipu! Mana boleh hilang penat. Penat akan hilang selepas kita dapat berehat atau tidur. Gua penat tapi seronok! Kartunis Ujang jelas makin berumur. Tengok la janggut beliau tu, dah beruban dah! Dah tuo dah kau Jang!HEH!
Dulu… yeah! Dulu lagi sekali. Rasanya hampir 16 tahun peristiwa tu dah berlalu. Ceh! Dulu masa kami baru bermula dan majalah UJANG KEDABOMMM! kat BolehLand, kami keluar dalam siri promosi. Antara tempat promosi kami adalah kat Galeri Shah Alam ni. Kami pernah bersama kat sini dengan ramai sekali kartunis-kartunis baru yang diperkenalkan pada umum. Ramai sekali peminat yang datang masa tu. Gah betul rasanya. Kembang segala lubang! Harhar! Hari ni gua bersama kartunis Ujang kat Galeri Shah Alam… seronoknya.
Masih terbayang apa yang berlaku 16 tahun yang lalu. Antaranya kami ( Ujang, Aie dan gua ) mengadakan acara Pantun bersama peminat ( masa tu album Pujaan Sirap – Din Beramboi yang menjadi kegilaan korang tu baru diterbitkan. HEH! ). Kecoh tul masa tu. Semua nak berpantun! Malam plak ada unplugged. Semua nak nyanyi. Semua masih jelas dalam ingatan! Pasal tu gua sangat seronok tesengeh-sengeh tak habih-habih!
Masa tengok pameran plak. Apa hal pegi jemputan pameran kalo tak tengok pameran! Antara karya ZBH yang dipamerkan. Ada yang baru dan ada yang dah tahap fosil. Beberapa karya terawal beliau turut dipamerkan. Buruk sungguh lukisan beliau! HarHar!
ZBH bukan saja terer lukis kartun tapi terer gak lukis ayam, semut, burung, pokok dan segala menatang lagi. Sekiranya pameran ni masih berlangsung dan korang nak pegi, jangan harapkan banyaknya lukisan-lukisan kartun beliau yang boleh korang lihat. Hanya beberapa saja kartun seperti Wak Punk yang dipamerkan. Yang lain kebanyakan adalah painting ayam, ikan, bunga, air terjun, hutan…
Tak percaya? Tengok la lukisan yang dipemerkan ni. Painting itik seranti lagi. Haha! Biasa la cam ni. Dah lama lukis kartun, tiba masa nak buat yang lain plak. Ni la yang terjadi pada ZBH. Ni la antara hasil karya terkini beliau.
Sebelum balik, gua nampak beliau dan hati berkata, “ tu macam… betul ke?”. Yeah! Betul la. Gua menghampiri, sengeh dan salam. Sorang lagi kartunis, ilutrator dan pelukis potret hebat BolehLand dari GILA-GILA iaitu saudara Azman Yusoff. Sangat berbesar hati dapat jumpa dan bergambar dengan Pelukis Potret Di Raja Selangor ni. Lebih kembang lobang idung gua bila beliau berkata, “ Gayour kan?” YEOWW! MEOWW! Tiap kali tengok ilustrasi beliau kat majalah FANTASI( RIP ) dan cover novel terbitan Creative Enterprise memang membuatkan limpa, jantung, paru-paru, usus, pusat, ginjal, hati gua jadi tak keruan! Cantiknya. Sangat mengujakan hasil karya beliau. Terima kasih.Pameran solo Zainal Buang Husein ni dah melepasi tarikh luputnya. Tak payah la tanya lagi. Saja gua tampal lambat pasal kalo gua tampal masa pameran sedang berlangsung, gua yakin korang TAK AKAN datang. Lupakan saja.
Hari yang penat tapi petang yang sangat menyeronokkan! Tengok ramai makin tua, guapun sama…
Don't be afraid of getting old
Life's still full of joy
And the beauty of the past
Is rejoicing your mind.
Live’s like a river
scorpions











