Thursday, April 07, 2011

KEMBARA KREATIF

CERAMAH KEMBARA KREATIF
14 JAMADILAWWAL 1432H - 18 APRIL 2011


Kisah bulan Mac yang lalu. Kisah gua menjadi penceramah jemputan kat Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UITM, Shah Alam pada 09 Mac 201, hari Rabu kat Bilik AVA 1, Aras 4, Banguanan FSSR, UITM, Shah Alam.


Jemputan terus dari Prof. Dr. Muliyadi iaitu Pensyarah Kursus Cartoon and Caricature Studies dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UITM pada gua melalui emel. Gua terharu bila mendapat penghormatan begini dari prof yang menjemput gua untuk berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajarnya.

Seperti undangan dari tuan Zainal Buang Husein dalam Pemeran Solo beliau hari tu, undangan dari prof ni membuatkan gua tak boleh untuk mengelak. Tapi bila tengok tajuk yang diberi oleh prof buat gua tekedu. Kembara Kreatif Gayour: Pengalaman Dalam Industri Penerbitan Majalah Humor Tanahair. Besar sangat tajuk ni prof. Tak la menarik manapun pengalaman gua. “ Apa khabar murid-murid semua, dah mandi ke belum?”

Saya Gayour, seronok dapat jumpa kamu semua. Ada satu cerita, lebih 20 tahun yang lalu, gua pernah menghantar permohonan untuk belajar kat ITM ( dulu ITM sebelum menjadi UITM ) dalam kursus yang korang belajar sekarang, Seni Lukis dan Seni Reka. Tapi permohona gua direjet! Sejak tu gua benci UITM! Harharhar!
Dalam entri yang lepas-lepas, gua ada cerita pasal kisah permohonan ke ITM ni. Gua tak bersungguhpun nak sambung belajar. Saja ngikut-ngikut kengkawan. Kawan beli , isi dan hantar borang, guapun ikut saja la. Ngikut-ngikut la katakan. Gua dah bersedia nak jadi kartunis masa tu. Tak ingat nak belajar lagi. Nak lukis kartun! Kalo la gua belajar kat UITM dulu, gua jadi kartunis ke agaknya sekarang ni?
Boleh ke gua berada kat sini dan bercerita pengalaman lebih dua puluh tahun sebagai kartunis pada kamu semua pada petang ni sekiranya gua menjadi seorang pelajar Seni Lukis dan Seni Reka? Hanya tuhan yang tahu. Mungkin gua jadi seorang kartunis, pensyarah atau seorang photohraphy National Geography. Ini semua adalah perancangan dariNya. Gua berusaha dan melakukan apa yang telah diatur olehNya. Ada dua perasaan/rasa bila gua tak berjaya ke ITM.

Perasaan pertama, walau tak bersungguh masa menghantar permohonan dulu, hingga ke hari ini gua rasa cemburu dengan ilmu yang korang perolehi kat UITM. Betul! Cemburu dan sedikit kesal. Kenapa gua tak cuba lagi menghantar permohonan? Perasaan kedua; gua rasa seronok dan bersyukur kerana dapat menjadi seorang kartunis dan melalui kebolehan ni gua dapat menyebarkan mesej dan kebaikan melalui karya-karya gua. Kebolehan ini gua gunakan sebagai sumbangan pada agama, bangsa dan negara. Kerana itu gua bersyukur dengan bakat yang dipinjamkanNya. Apapun gua masih belajar walau lebih 25 tahun melukis kartun. Tahniah dan syabas pada anda semua yang berjaya dan dapat belajar kat UITM. Sekali lagi… gua jeles!
“Apakah cerita yang brader buat yang paling brader suka”, soalah sorang pelajar. Ada beberapa cerita. Antaranya kisah yang bertajuk “ TERPEDAYA”. Tak ingat tahun 1988 atau 1989. Korang belum lahir lagi kot! Kerana kisah ni, sorang kawan kat kampung gua berkata, “ Oi, Gayo, cerita TERPEDAYA yang ekau buek tu buek den rasa insaf!Uuuu...uuuu... ” Apa kisah TERPEDAYA ni? Ia pasal MUZIK ROCK. Kisah sentul sorang Mat Rock yang celaru, serabut, keliru dan huru hara dalam mencari arah hidup. Bisikan syaitan sentiasa mengajaknya melakukan kejahatan dan bersamanya ke neraka! Akhirnya dia menemui jalan yang benar. Tak menarik langsung kisahnya. Heh! Tapi masa tu , muzik rock/metal sedang melanda seluruh dunia. Hampir semua remaja Melayu menjadi peminat dan pengikut setia muzik rock! Jadi kisah TERPEDAYA yang gua buat ni benar-benar mengikut arus perdana krisis sosial remaja macam gua masa tu. Terbukti melalui kartun, ia berkesan walau pada seorang member kampung gua! Gua terharu dengan pengakuan telus beliau. Gua mengkritik pelakuan liar, tak betul, tak baik dan segala yang negetif peminat muzik rock dalam karya gua kerana gua adalah sorang peminat muzik rock.

Yang kedua adalah kisah “Siapa Yang Harus Dipersalahkan” yang gua hasilkan pada tahun 1991 dalam majalah GELI HATI. Ini merupakan siri drama berat pertama yang gua buat. Ilham yang tercetus setelah mendengar lagu “ Who’s To Blame” dari band thrash Sacred Reich. Krisis keluarga yang berlaku dalam masyarakat. Kisah yang sentul, jemu, mual dan tak menarik langsung untuk dibincangkan. Tapi tema ni menarik perhatian gua untuk dibuat kerana gua belum pernah lagi membuat karya pasal keluarga sejak jadi kartunis. Ramai yang suka kisah ni. Tapi apa yang lebih bermakna adalah respon yang gua dapat dari peminat. Ada yang mengadu, “ kisah ni seperti kisah saya, seperti kisah kawan saya, saya insaf, cerita betul ke ni, saya nanges bila tengok ending nasib Bidin, kenapa famili dia cam tu? Blablablaa…” Dah 20 tahun kisah ni beb! Kisah tragis dalam sebuah keluarga yang tak pernah korang tengok apa lagi baca! Tak apa. Tak la menarik manapun. Layan je la drama swasta kisah haru biru dalam keluarga besar dan kaya yang penuh dengan hasad dengki, iri, cemburu, sakit hati, busuk hati, dendam, tamak, rakus, curang, ilmu hitam, hilang kasih sayang, terbiar, mengejar keduniaan, tak bertanggungjawap blablablaa... yang ditayangkan kat tv. Gua dah buat kisah begini 20 tahun yang lalu.
Seterusnya kisah kegilaan berjuta rakyat BoehLand iaitu kisah Bersama Selamanya. HEH! Hingga ke hari ini masih ramai yang bertanyakan pasal kisah ni. Pasal Amar, pasal Lin, pasal adik-adik kembarnya, pasal itu, pasal ini. Kisah bersiri paling panjang pernah gua hasilkan sebagai seorang kartunis. Terima kasih pada semua yang pernah meminati kisah yang asyik gaduhhhhh je ni. HEH! Together we are strong!

Ada lagi satu yang gua suka iaitu kisah drama mini bersiri “AMIR” yang diterbitkan dalam majalah GELI HATI pada tahun 1992. Kisah krisis budaya dan pemikiran antara yang tua dengan yang muda. Tema yang tak menarik langsung! Dah boleh agak kesudahannya cam siri drama kat tv. Terakhir adalah kisah MAK yang gua buat dalam keluaran khas milinium majalah UJANG tahun 2000. Seperti AMIR, kisah MAK tak la menarik mana. Kisah biasa perhubungan antara mak dengan anaknya. Tu saja. Kalo nak baca kisah MAK, korang pergi klik kat GALERI GAYOUR. Itu la antara karya-karya yang gua suka.

“Bagaimana plak dengan pengalaman pahit. Boleh cerita sket pengalaman tu pada kami?” Gua terdiam, terkedu dan buat-buat sedih dengan soalan tu. Nak mengelak menjawap sebenarnya. HEH! Gua tak suka soalan ni. Pengalaman pahit! ARGHHHH! Apa yang nak diceritakan pasal benda yang pahit? Pasal tu gua terkedu bila tengok tajuk ceramahan yang diberi oleh prof. … PENGALAMAN DALAM INDUSTRI… Mesti ada yang tanya pasal benda ni. Yeah! Tak semuanya manis. Pasti ada yang pahit dan kelat seperti tergigit bijik langsat! Pernah tegigit bijik langsat? YEARGHHH! PTUIHH! Ada satu yang pahit boleh gua kongsi. Dulu masa gua kat majalah GELI HATI dan majalah UJANG, ia merupakan masa yang sangat seronok menjadi seorang kartunis, melukis kartun dan mewarna secara manual. Masa tu semua mewarna secara manual ( photoshop blum ada lagi ). Kami berseronok dengan mencabar, memuji, menghina, mengutuk, mengagumi, bersaing, mengeji, mempelekeh dan sebagainya yang yang tak baik sesama sendiri dalam mewarna. Kami berebut kertas Canson ( sejenis water color paper yang digunakan untuk lukisan kartun berwarna manual ) dan menyorokkan warna Dr.Ph. Martin’s, terutamanya Deffodil Yellow. Ia begitu menyeronokkan dan kini jadi begitu pahit pada gua kerana hampir semua sahabat-sahabat yang begitu hebat mewarna telah hilang, berhenti dan meninggalkan terus kebolehan mewarna manual atau beralih ke digital. Mereka berubah mengikut keadaan. Tinggal gua sorang sebagai kartunis dan pewarna manual tegar dalam majalah humor kat BolehLand sekarang. Ia suatu kerugian, kehilangan dan suatu yang pahit! Kemajuan, kemodenan yang tidak boleh disalahkan telah merampas semuanya…. Err… boleh kira pengalaman pahit ke tu?

Sorang pelajar membawa dan dengan teketar-ketar menunjukkan karya komiknya pada gua yang berhati lembut tapi kejam, zalim dan tidak berhati perut sebenarnya terhadap bakat-bakat baru. MUAHMUAHMUAGHARGH! HARGHHHH! Cis! Apa yang lu buat ni? Ni salah, tu salah! Ni apa ni. Kenapa tangan belah kiri lebih panjang dari belah kanan. Tangan ungka ke? Kenapa pokok kelapa macam rumput? Kenapa! Kenapaaaaa? Kenapa banyak sangat kesalahan ni? ARGHHHHHHHH! Teruskan buat lakaran, latihan dan gunakan rujukan bila nak lukis pokok kelapa atau pokok pisang. Zaman maklumat di hujung jari yang dibangga-banggakan sangat ni tak ada sebab lukis pokok pisang jadi pokok keladi! Semuanya ada dalam komputer. Berusah la untuk menjadi seorang pelukis, kartunis atau apa saja! Tiada jalan mudah untuk berjaya. Antara kata-kata motivasi yang temuntah bila didengar. Buku-buku kat atas adalah buku kajian ilmiah mengenai kartun tulisan Prof. Dr. Muliyadi yang dihadiahkan pada gua. Terima kasih prof. YEAHOOOO!

Terima kasih atas jemputan. Selamat Berjaya pada semua. Siapa sangka, gua lagi la tak sangka. Tambah lagi bila permohonan gua nak belajar kat UITM 20 tahun yang lalu direjet! Apa yang tak sangka? Tak sangka bila gua dijemput jadi penceramah pada pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka pada petang ni. Gua tak pernah mengimpikan perkara ni akan terjadi. Mana la layak kalo nak dibanding dengan Prof Dr. Muliyadi. Memang tak layak. Ini benar-benar menyentuh perasaan. Apa yang gua ada hanya pengalaman dan itu yang gua cerita dan kongsi pada petang ni. Tak ada la menarik dan hebat manapun pengalaman gua sebagai seorang kartunis. Orang lain lagi hebat dan mengerunkan pengalamnnya. Apa yang gua buat selama ni adalah sedikit sumbangan melalui kartun. Jika ada kebaikan, itulah yang gua harapkan. Terima kasih pada yang pernah meminati karya-karya gua. Rupanya gua kena tunggu 24 tahun untuk masuk dan menjadi penceramah kat UITM. Hebatnya perancangan Allah. Terima kasih pada prof yang sangat dihormati atas ilmu-ilmunya. Kat atas adalah tulisan prof mengenai diri gua dalam ruangan DUNIA KARTUN dan karya yang pernah gua hasilkan dalam majalah GILA-GILA pada tahun 1993 dulu. Artikal ni telah disiarkan dalam majalah GILA-GILA bilangan 721 bulan Mac 2011 yang lalu. Tak payah la cari keluaran ni.

akhirnya gua berjaya gak masuk universiti. HEH!


4 comments:

Mohd "Yob" Aidil Jamaludin said...

Kesah kite hampir same le! Teman dulu peronah masok (tapi bukan rela).

Zaman 2000-an mmg zaman permulaan photoshop dikenalkan di mate anak2 mude gile seni mase tuh. N teman antara yg hanyut dibawak arus tuh.

Mase tuh IPTA xde course digital art. IPTS ade le. Tapi fess humang ai.. begadai ladang kate bapak teman.

Mintak punya mintak dapat le uitm, tp course laen dari course art. Pujok juge hati walopon kt dlm xsuke hehehe.

Las2 keluor lepeh 4semester!

Alhamdulillah keluor je teman revert ke "minat" asal! Seni tapi digital! n syukur sukses dan terus dapat menyara diri n keluarga hasil korban "melarikan diri" hahaha

Jemput singgah blog baghu teman! Baghu je pos pasei Murahguru Tandoori Payat! Kalo xde problem esuk teman upkan Bersama Selamanya n other comics of yours!


Ingat lagi ayat mike..
We die for one another, because true friends are always there for one another!
~Brothers of Metal are always be there!!~

gayour said...

yob aidil
syabas dan tahniah kerana encik berjaya jadi warga kampus.

gua jeles! rasa nak upah murahguru tandoori payat tumbuk perut lu!

heh!

ijoi said...

Usia bukan penghalang kalau nak belajar. Proses belajar tu sabda Nabi ialah dari buaian hingga ke Liang Lahat. Yang penting semangat dan kemahuan. Tahniah lah kerna bersungguh mendidik anak bangsa. Semoga tuan terus maju dan segala usaha di berkati Allah. Saya tengah berjuang utk mengeksplore komik secara infiniti canvas iaitu komik yang tak de di media cetak. Sbg contohnya layarilah blog saya.

Anonymous said...

It is the beѕt time to make a fеw рlanѕ for the future and іt's time to be happy. I've leагn this poѕt and if I may
just I desire tо recommend yоu ѕome intегeѕting things
or ѕuggestіons. Peгhaps you can writе next articles regardіng thiѕ artiсle.
I ωiѕh tο learn еven more things about it!



Μy homepagе; BlackChipPoκer Offer ()