Thursday, August 25, 2011

SALAM AIDIL FITRI 1432H

SALAM AIDIL FITRI
1432 HIJRAH - 2001


as salam

selamat bersiap-siap untuk menyambut dan meraikan Aidil Fitri pada semua sahabat.
MAAF ZAHIR DAN BATIN atas segala salah dan silap gua pada semua.

moga selamat, bahagia, diberkati dan dirahmati Allah sentiasa dan masa meraikan Aidil Fitri pada tahun ini.

jangan lupa baca doa naik kenderaan dan bawak la kereta laju-laju asal selamat! kalo bawak perlahan, orang belakang mencarut dan itu la punca jam kat jalan/hiway!
lagi satu, jangan lupa baca doa makan sebelum makan lemang, ketupat, rendang. pas tu makan la laju-laju asal jangan tecekik sudah!

HEH!

ikhlas, telus dan jiwa murni
GAYOUR
26 ramadan 1432h



Tuesday, August 23, 2011

SUKAN KAMPUNG CSI PART 3

SUKAN KAMPUNG CSI PART 3
24 RAMADAN 1432 HIJRAH – 24 OGOS 2011

Acara tempur tegar dalam SUKAN KAMPUNG CSI 2011 didedahkan dalam bahagain ketiga. Bila sebut SUKAN KAMPUNG, apa perminan sukan kampung yang pernah korang main dulu? Galah panjang, kondak kondi, polis sentri, pondok-pondok, kawen-kawen, batu seremban, getah gundu, senapang buluh, kombat-kombat, lastik burung, mancing atau mandi sungai. Apapun, ia pasti menyeronokkan seperti main pondok-pondok yang ada kawen-kawen HEH! Ayuh! Saksikan pertempuran maut dalam SUKAN KAMPUNG CSI bahagian ketiga!

Habih jer permainan BROMM! BROMMM! BAWAK KERETA yang kontroversi kerana RED AURA dibatalkan ( tak pueh hati tol den! ), terus ke acara kedua iaitu MENGEPIT dan MENJINJING BUAH KELAPA berganti-ganti. Nampak cam senang masa gua cuba try. Tapi bila acara sebenar, habih tekucil. Begolek-golek buah kelapa dari celah kelangkang! Nampak kacang, rupanya mencabar nak mampuih!

Rumah mana yang menang dalam permainan ni? Pengadil tak mengumumkan. Hanya dikira dan dikumpul mata untuk setiap rumah. Leceh tul! Orang nak tau siapa menang pasal semua huru hara kelam kelibut bagi sokongan pada ahli dalam acara ni tadi. Tau-tau dah habih dan semua besorak!

Tak kisah la siapa menang dalam acara MENGEPIT BUAH KELAPA tadi tu, yang penting RED AURA Berjaya menghabiskan permainan dan mengumpul markah! Acara terakhir pada petang ni sebelum berhenti rehat untuk solat Maghrib adalah acara yang biasa kita tengok kat Sukaneka sekolah kebangsaan atau tadika iaitu permainan MENIUP TEPUNG! Arghhh… Tiup Tepung? Yeahh! Memang tak sangka sungguh penganjur menyediakan permainan ni.

Masa kat kampung dulu, tak penah gua main TIPU TEPUNG cari gula-gula ni. Tengok budak-budak sekolah dan tadika je la main. Apahal plak kena beli tepung, beli gula-gula… kan menyusahkan kena kuar modal. Dari main tiup tepung lebih baik main kerate, ada gak paedahnya! Dapat kerate kawan-kawan dan kena kerate. Baru best! HEH!

Permainan kepit buah kelapa tadi gua tak main, jadi tukang sorak. Tapi dalam acara TIUP TEPUNGberganti-ganti ni gua main. Lari sekuat hati ke arah pinggan tepung, tiup tepung sekuat hati dalam pinggan tu nak cari gula-gula. Bila dah jumpa gula-gula, gigit sebijik dan masukkan dalam cawan yang disediakan dan terus lari ke kawan. Begitu la berulang-ulang sampai habis putih melepah seluruh muka dan rambut! Dah jadi corpse paint black metal plak dah.

Happening gak permainan ni rupanye. Semua besorak bagai nak gile. Yang amik bahagaian lagi la giler punye tiup. Tengok la tu, tiup gaya Superman.

Tu dia, nak menang punya pasal sampai terselak kain pelikat! Tiup jangan tak tiup!

The Black Pirets dah jadi band black metal lepas tiup tepung!

Sama gak dengan rumah Hijau ni. Tengok la masing-masing konpius ilang ingatan tak percaya dah betukar jadi pengikut kental Black Metal lepas tiup tepung! Berpuaka sungguh rupanya permainan tiup tepung. HEH!

Habis jer permainan tiup tepung, acara diberhentikan seketika . Dah nak Maghrib masa ni. Sebelum solat Maghrib, penkena air, karipap dan buah epal. Buah epal? Ya, makan buah epal dalam SUKAN KAMPUNG kitorang ni. Jangan tak caye. HEH!

Bahagian kedua selepas Mahgrib dimulakan dengan acara MASUK DALAM GELUNG. Dalam permainan ni, RED AURA terpaksa bergabung dengan musuh iaitu rumah Ungu dalam satu pasukan untuk melawan gabungan rumah Kuning dan Oren. Semua dah sedia dalam barisan untuk mula betumbuk! Ni perlawanan antara rumah Hijau dengan rumah Pink begomo dengan rumah Hitam dan Biru.

Dulu masa sekolah rendah hanya main hula hop saja masa pendidikan jasmani dengan gelung rotan. Tak pun tolak cam roda sambil mulut bunyi BROMMM! BROMMMMM! keliling padang sekolah.

Kebanyakan cikgu Pendidikan Jasmani zaman purba dulu pemalas dan tak kreatif langsung. Tak penahnye nak ajar atau tunjuk permainan lain menggunakan gelung rotan. Kena plak kebanyakkan murid temasuk gua asyik bedengung dan lemah minda, main hula hop je la sepanjang tahun!

Ada satu masalah permainan ni iaitu jangan boroi. Kalo boroi, habih la sangkut perut. HEH!

Tak sangka gabungan sementara dengan pihak musuh iaitu rumah Ungu telah memberi kemenangan pada kami. Kami mengalahkan gabungan Oren dan Kuning dengan teruk. Harharhar! Rasai lu! Lepas habis permainan ni, gabungan kami terus pecah dan permusuhan disambung balik!

Penah main boling? Mesti penahkan! Dalam SUAN KAMPUNG CSI ni, permaianan boling turut dimainkan sebagai satu acara yang dipertandingkan. BOLING BUAH KELAPA daa... Buah kelapa ( yang dikepit kat kelangkang tadi ) sebagai bola boling dan sepuluh botol air 1.5 liter sebagai pin yang perlu dijatuhkan! Empat biji buah kelapa untuk dibaling oleh empat orang peserta dari setiap rumah.

Nampak senang pasal penah main boling tapi bila main… punya la susah! Balingan banyak ke laut pasal buah kelapa tak bulat cam bola boling ! Melantun gile babi ke mana ntah. ARGHHHH!

Masa kecik dulu gua penah main baling tin susu ( yang disusun seperti piramid ) dengan selipar Jepun atau bola tenis tapi tak pernah main permainan seperti boling menggunakan buah kelapa. Jadi permainan ni tak termasuk dalam permainan masa gua kecik dulu. Pasal tu baling banyak ke laut! Main kerate lagi menyihatkan tubuh dari permainan yang menyebabkan RED AURA kalah! ARGHHHH!

Kain pelikat dan kain batik yang diwajibkan kitorang pakai sepanjang masa berlangsungnya SUKAN KAMPUNG akhirnya digunakan dalam permainan seterusnya iaitu BOLA AIR. Kain pelikat sebagai alat penadah bola air. RED AURA sedia untuk permainan bola air! KILLKILLKILL! DIEDIEDIEEE! YEARGHHH!

Air yang diisi dalam belon akan dibaling oleh sorang wakil dengan membelakangi ahli rumah yang memegang kain. Dengan kain pelikat atau batik, bola air mesti disambut tanpa pecah. Nampak bola air dalam bulatan kuning? Tu la bola air yang perlu disambut dengan kain pelikat.

Ya, tu dia bola air yang berjaya disambut oleh kain pelikat RED AURA dengan bergaya sekali.

Bila dah dapat, bola air terus dimasukkan dalam pinggan tanpa memegang dengan cara menggolekkan beliau tanpa pecah. Kalo pecah tidak dikira dan kalo menggunakan tangan, makcik yang menjaga setiap rumah akan repot sambil menanges-nanges pada ketua hakim untuk penolakan markah. Eeee…

Permainan ni benar-benar memerlukan kerjasama sepenuhnya dari semua. Tak boleh buat silap. Kalo tak bom air akan meletup dalam kain! Tak tau la berapa minggu kain pelikat rumah Oren ni tak basuh. HEH!

Rumah Hijau nipun sama, mesti bau tungkek kain pelikat tu. Harharhar!

Dari Maghrib hingga ke permainan BOOM AIR, hujan renyai-renyai tanpa henti. Ada ketikanya agak kasar. Tapi SUKAN KAMPUNG tetap diteruskan. Patut habis lebih awal tapi berlanjutan hingga ke sebelas malam masih blum habih! Okey, hanya sampai kat sini kisah bahagian ketiga SUKAN KAMPUNG CSI. Ikuti bahagian terakhir untuk permainan terakhir dan keputusan.

Tamat bahagian ketiga

Kita dah berada di penghujung Ramadan yang dijanjikan Pelepasan Dari Api Neraka dan Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan untuk kita berusaha mencari/mendapatkannya! Berusaha la wahai sahabat semua.



Tuesday, August 16, 2011

PERISTIWA BESAR

PERANG BADAR AL KUBRA
17 RAMADAN 1432 HIJRAH – 17 OGOS 2011

Bulan pada subuh 17 Ramadan 1432H-2011

Mungkin ramai yang lupa, tak ingat, hilang ingatan atau tak kisah dengan satu peristiwa besar dalam sejarah Islam yang berlaku pada hari ini 1430 tahun yang lalu. Peristiwa besar yang dinamakan PERANG BADAR AL KUBRA. Mana la nak ingat pasal Perang Badar ni ek, orang sibuk ingat pasal raya sekarang la!

Mari kita kongsi sedikit info/trivia mengenai Perang Badar sebagai ingatan. Moga ada kebaikan.

- Berlaku pada hari Jumaat bersamaan 17 RAMADAN, TAHUN 2 HIJRAH selepas peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah.
- Peristiwa atau peperanagan ini merupakan satu perperangan yang SANGAT PENTING untuk menentukan masa depan umat Islam dan agama Islam keseluruhannya di atas muka bumi ini. Sama ada umat Islam dan agama Islam akan hidup subur bekembang atau terhapus!
- Semua peristiwa yang berlaku seperti Futuhaat ( Pembukaan Negara-Negara Islam ), kemenangan-kemenangan yang dicapai dalam peperangan, negara dan kerajaan yang berjaya ditegakkan selepas itu semuanya benar-benar terhutang budi dengan kemenangan gilang gemilang yang diperolehi di medan Badar.
- Allah telah menamakan perperangan ini dengan Yaum al Furqan yang bermaksud Hari Pemisahan di Antara Hak dan Batil.
- Rasullulah S.A.W. telah keluar mengetuai angkatan tentera Islam dengan kekuatan seramai 313 orang untuk menghadapi tentera kafir musyrikin yang mempunyai kekuatan lebih dari 1000 orang yang lengkap bersenjata, kuda dan unta.
- Turut bersama Rasulullah S.A.W. ialah Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A. dan Saidina Umar Al Khattab R.A. dan sahabat-sahabat besar yang lain.
- Baginda S.A.W. telah menyerahkan panji-panji peperangan kepada Saidina Mus’ab ibn Umair R.A., manakala bendera kaum Muhajirin diserahkan kepapa Saidina Ali ibn Abi Talib untuk memegangnya dan bendera kaum Ansar pula dipegang oleh Saidina Sa’ad ibn Mu’az R.A.
- Pada malam sebelum berlakunya peperangan Badar, Allah telah menurunkan hujan yang sangat lebat yang menyukarkan tentera kaum musyrikin dan menghalang/membantutkan kemaraan mereka.
- Rasulullah S.A.W. telah bersabda;
"Ya Allah! Inilah kaum Quraisy telah datang dengan kesombongan dan keangkuhan mereka. Mereka telah datang untuk memerangiMu dan mendustakan RasulMu “

“ Ya Allah, Tunaikanlah janji yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, aku memohon pertolonganMu!”

- Rasulullah S.A.W. telah berseru pada semua pahlawan Badar;
“ Berjuanglah untuk menuju syurga yang luasnya seluas langit dan bumi! “

- Baginda Rasulullah S.A.W. mengetuai peperangan yang sangat dahsyat itu dan Baginda S.A.W. berada dalam kedudukan paling hampir dengan musuh dan Baginda S.A.W. yang paling hebat melancarkan serangan.
- Pada waktu kemuncak inilah Allah telah menunaikan janjiNya pada Rasulullah S.A.W. dengan memerintah/menurunkan para malaikatNya yang membawa rahmat dan kemenangan pada tentera Muslimin. Mereka membunuh kaum musyrik sebagaimana firmanNya yang bermaksud;
“ Ingatlah ketika Tuhanmu mewahyukan kepada malaikat:” Sesungguhnya Aku menyertai kamu ( memberi pertolongan ), maka tetapkanlah ( hati ) ornag-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati-hati orang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu pancunglah leher mereka ( musuh ) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka.”

- Pertempuran yang dahsyat ini berkahir dengan kemenangan besar pada kaum Muslimin yang dipimpin Rasulullah S.A.W.
- Seramai 70 orang kafir musyrik telah berjaya dibunuh termasuk di kalangan ketua dan pembesar-pembesar Quraisy Musryrikin iaitu Abu Jahal, ‘Utbah ibn Rabi’ah, saudaranya Syaibah dan anaknya al Walid. Seramai 70 orang kafir musyrik telah berjaya ditawan oleh tentera Muslimin.
- Sementara di pihak Muslimin pula, seramai enam orang dari kaum Quraisy dan lapan orang dari kaum Ansar telah gugur sebagai SYAHID. Enam orang dari kaum Muhajirin yang syahid tersebut ialah ‘Ubaidah ibn al Harith, Umair ibn Abi Waqqas, Zu al Syimalain, ‘Aqil ibn al Bakir, Mahja’ iaitu hamba sahaya kepada Saidina Umar ibn al Khattab dan Safwan ibn Baidha’.
- Manakala lapan orang yang syahid dari golongan Ansar Madinah ialah Sa’ad ibn Khaithamah, Mubasysyir ibn Abdul Munzir, Yazid ibn al Harith, Umair ibn al Hammam, Raafi’ ibn Mu’la, Harithah ibn Suraqah, ‘Auf dan Mu’awwaz; anak kepada al Harith dan ‘Afra’.
- Rasulullah S.A.W. pernah bersabda;
“ Tidak akan masuk neraka orang yang pernah menyertai Peperangan Badar dan Hudaibiyyah! “
- “ Jibril Alaihisalam menemui Nabi Muhammad S.A.W. lalu bertanya, “ Apakah jenis tentera yang menyertai kelompok tentera Badar ini?” Baginda S.A.W. menjawab, “ Dari sebaik-baik kaum Muslimin, atau perkataan yang seumpamanya!” Lalu Jibril Alaihisalam berkata, “ Begitu juga tentera malaikat yang menyertai peperangan ini!”

Jangan kita lupa mengenai kisah Perang Badar yang merupakan satu peristiwa yang sangat besar dan penting dalam perkembangan Islam hingga ke hari ini.

Salawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda ( sila salawat ya, jangan baca je! ).

Selamat terus gagah perkasa mengerjakan ibadah puasa wahai sahabat semua seperti gagah perkasa dan beraninya Rasulullah S.A.W dan para sahabat di dalam Perang Badar al Kubra.


senyum sentiasa





Wednesday, August 10, 2011

SUKAN KAMPUNG CSI PART 2


SUKAN KAMPUNG CSI
BAHAGIAN KEDUA DARI EMPAT BAHAGIAN
11 RAMADAN 1432 H – 11 OGOS 2011

Dalam bahagian kedua, bermula la acara tempur tegar dalam SUKAN KAMPUNG . ayuh, mari saksikan!

Selesai saja acara perasmian, bermula la secara rasmi SUKAN KAMPUNG CSI 2011. Acara dimulakan dengan raptai perarakan dari semua rumah sukan. Semua boleh buat bising, menjerit, buat kecoh, huru hara atau apa saja gimik masa perarakan. Semua tu ada markah terkumpul untuk setiap rumah yang bermula dari pendaftaran. Buat la apapun yang membuatkan hakim/AJK tesengeh. RED AURA sebagai rumah sukan pertama dalam acara raptai. RED AURA! RED AURA! RED AURA PASTI MENANG!

Diikuti oleh Rumah Biru yang diketuai oleh Tok Ngulu Kampung CSI, encik Izhar.

Rumah Ungu yang tak seragam dan huru hara. Lantak korang la!

Rumah Oren plak bising jer dengan tiupan.

Rumah Pink memang tak senonoh, masa raptaipun asyik nak posing jer ! Nyampah!

Rumah Black Pirates dengan aksi lanunnya yang tak la ganas mana.

Cekodok Pisang rumah Kuning. Setakat buat sign devil horn tu tak la ganas mana oii!

HULK SMASH! Rumah Hijau tak nak mengalah. Kecoh je lebih!

Dua orang makcik membawa bunga mangar tu adalah AJK SUKAN KAMPUNG yang jadi pemandu dalam raptai. Nak buat kecoh, nak bising, nak jerit tak jadi hal masa raptai asalkan ikut dua orang makcik tu, kalo tak kena potong markah. Kira tegas gak peraturan yang dibuat oleh penganjur. Jadi ikut saja la…

RED AURA berdiri gagah perkasa dan sedia untuk memulakan tempur tegar dalam SUKAN KAMPUNG. Misai tumbuh tiba-tiba. Lebat plak tu sampai masuk mulut!


Selesai saja acara raptai dan semua telah sedia di tempat/station masing-masing, tiba plak acara seterusnya iaitu persembahan HAKKA oleh setiap rumah sukan. RED AURA telah membuat persediaan latihan hakka seminggu yang lalu. Pada mulanya hakka tidak disyaratkan oleh penganjur, tapi RED AURA telah bersedia kerana ia adalah markah bonus yang ingin kami kumpul sebagai gimik dalam pembukan. Sehari sebelum SUKAN KAMPUNG, baru penganjur bagi tahu pasal persembahan hakka oleh setiap rumah sukan. Habih ngelupur! Tapi RED AURA tetap cool…heh!. Tak ingat rumah mana mula hakka dulu. Tengok je la hakka dari rumah Biru yang tak best mana! Buuuu….

RED AURA sebagai rumah kedua membuat persembahan hakka. Yeah! Kami memang dah bersedia dan memang nak tunjuk pada semua kehebatan hakka kami. Ada dua persembahan hakka yang kami sediakan untuk menakutkan musuh. HEH! Persembahan pertama adalah dikir barat. “Oi! Korang tak tau hakka ke?”, perli musuh-musuh yang tengok kitorang duduk bersila. Kami tahu la. Ni sebagai intro sebelum hakka sebenar! Sila tengok dan kagum ya. HEH! Sedia RED AURA! SEDIAAAAAAA!

Penah dengar lagu ‘TUPAI’ oleh Halim Yazid. Lagu dikir yang sangat popular suatu masa dulu kat Kelantan dan peminat dikir seluruh BolehLand. Dikir kami mengambil melodi lagu ‘Tupai’.

Ado sebuah rumah sukey
Memey ganah gilo
RED AURA diberi namo
Mampuih kamu semuo!
Mampuih kamu semuo!
Mampuih kamo semuo!
BANG! BANG! TRUT! TRUTT! KEDEBOMM!

Dikir provokasi yang membuatkan musuh tertekan, lemah, nanges, nakot dan mengeletar kepala lutut! Harfraginhar!

Ni dia hakka sebenar kami. Nak tengok hakka kan? Dikir tadi tu hanya helah untuk mengelirukan musuh. Ingat RED AURA lemah, tak faham dan tak tau apa hakka tu! Sedia RED AURA! Mari kita tunjukkan hakka kita yang membuatkan musuh kencing dalam kain! Harhar! Pasang kuda-kuda! Tangan disilang seperti Ultraman nak fire raksaksa buruk Gorgon.

HIAH! HIAH! HIAH!
RED AURA! RED AURA! RED AURA!
RED AURA PASTI MENANG!
Gitu gak hakka dari rumah Hijau. Uikz seksinye, terselak kain nampak peha!

Nampak ganas dengan parut sana sini tapi bila buat hakka, habih hancus ke laut lepas! Memang diorang ni main belasah ikut suka buat hakka.

Ni lagi satu, rumah Oren dengan hakkanya yang ntah apa-apa. Ada ke pada penutup hakka diorang kata “ Makan budak! Makan budak!” sambil buat tangan tenganga seperti mulut buaya. Aduu laa… Hancus!

Tak tau mana diorang jumpa buluh ni, tapi ia adalah sebahagian dari persembahan hakka hancus ke laut rumah Kuning yang meniru hakka dari pasukan ragbi All Black. Nak hebat konon, boleh blah!



Setelah selasai persembahan hakka dari RED AURA, persembahan hakka dari rumah lain sangat la membosankan seperti rumah Merah Jambu ni. Korang tengok la, hakka apa cam ni!

Tak tau la apa nak jadi dengan hakka rumah Ungu ni. Korang tengok la sendiri. Satu digoyang pinggulnya ke kiri, satu pinggulnya ke kanan. Waduh! Hakka apa-apaan ni dong ah! Goyang gerudi dangdut ke hapa!

Selesai saja semua rumah mempersembahkan hakka memasing, tiba la masanya untuk acara pertama SUKAN KAMPUNG setelah sekian lama menanti! Semua dah tak sabar untuk memulakan permainan. Hingga ke saat permainan pertama bermula, kami tak tahu apakah jenis permainan yang telah disediakan oleh penganjur. Semua tertanya-tanya dan hilang akal sesama sendiri mengagak apakah jenis sukan/permainan kampung yang akan kami main. Hebat sungguh penganjur menyimpan rahsia!

Kereta yang kami hias adalah bahan utama yang digunakan dalam acara pertama SUKAN KAMPUNG iaitu acara REMPUH, REBUT, PASANG dan PECUT! Ingatkan kereta tu hanya sebagai hiasan. Rupanya ada kegunaan dalam permainan. Setiap wakil rumah perlu mendapatkan empat buah tayar dan dua nombor pendaftaran untuk dipasang pada kereta dan ZOMMM! Permainan ni dibuat dalam dua bahagian. Dalam bahagian pertama, dimainkan oleh empat rumah sukan iaitu Hijau, Merah Jambu, Oren dan Kuning sedang memecut!

Setiap wakil merebut bahagian kereta iaitu empat tayar dan nombor pendaftaran depan belakang yang sama untuk melengkapkan sebuah kereta. Jangan bagi peluang dan kesian kat musuh. Bunuh! Cekik! Tikam!

Bila dah siap pasang semua, trus bedezup ke garisan penamat!

Empat rumah sukan dengan dua wakil setiap rumah akan berebut, tolak menolak dan bunuh membunuh mendapatkan bahagian-bahagian yang ditetapkan. Giliran rumah Hitam, Biru, Ungu dan RED AURA plak berbunuhan dalam bahagian kedua. BANZAIIIII!

Pastikan semua dapat empat tayar dan nombor pendaftaran yang sama. Tak nak depan lain belakang lain, kena cari sampai dapat. Bila dah dapat, trus lari ke rumah memasing untuk pasang pada kereta.

Bila keempat tayar dan nombor pendaftaran dah dipasang pada kereta ( pegang jer ) , semua ahli setiap rumah mesti berada dalam kereta dan VROMMMM! Pecut ke garisan penamat tanpa belas! Telan asap hitam la lu oii!

RED AURA memecut laju dan garang meninggalkan musuh, rumah Hitam dan Ungu untuk menduduki tempat kedua dalam acara rebut, pasang dan pecut ni! Rumah Biru yang menang tapi malang menimpa RED AURA bila kemenangan kami dibatalkan kerana nombor pendaftaran kat belakang kereta pasang terbalik. ARGHHHHHHHH!

Walau kecewa dalam acara pertama, RED AURA tidak menyerah kalah! Perjuangan mesti diteruskan. Ikuti bahagian ketiga SUKAN KAMPUNG CSI 2011 dan perjuangan setiap rumah dalam setiap permainan yang lebih mencabar dan merbahaya!

Tamat bahagian kedua SUKAN KAMPUNG CSI 2011.

selamat terus mengerjakan ibadah puasa dengan penuh gaya dan gagah berani wahai sahabat semua! Kita baru melepasi fasa RAHMAT pada 10 awal ramadan. Hari ni kita memasuki fasa kedua iaitu fasa PENGAMPUNAN pula. Moga diRAHMATI dan mendapat PENGAMPUNAN dariNya. selamat beramal ibadah.