Tuesday, August 16, 2011

PERISTIWA BESAR

PERANG BADAR AL KUBRA
17 RAMADAN 1432 HIJRAH – 17 OGOS 2011

Bulan pada subuh 17 Ramadan 1432H-2011

Mungkin ramai yang lupa, tak ingat, hilang ingatan atau tak kisah dengan satu peristiwa besar dalam sejarah Islam yang berlaku pada hari ini 1430 tahun yang lalu. Peristiwa besar yang dinamakan PERANG BADAR AL KUBRA. Mana la nak ingat pasal Perang Badar ni ek, orang sibuk ingat pasal raya sekarang la!

Mari kita kongsi sedikit info/trivia mengenai Perang Badar sebagai ingatan. Moga ada kebaikan.

- Berlaku pada hari Jumaat bersamaan 17 RAMADAN, TAHUN 2 HIJRAH selepas peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah.
- Peristiwa atau peperanagan ini merupakan satu perperangan yang SANGAT PENTING untuk menentukan masa depan umat Islam dan agama Islam keseluruhannya di atas muka bumi ini. Sama ada umat Islam dan agama Islam akan hidup subur bekembang atau terhapus!
- Semua peristiwa yang berlaku seperti Futuhaat ( Pembukaan Negara-Negara Islam ), kemenangan-kemenangan yang dicapai dalam peperangan, negara dan kerajaan yang berjaya ditegakkan selepas itu semuanya benar-benar terhutang budi dengan kemenangan gilang gemilang yang diperolehi di medan Badar.
- Allah telah menamakan perperangan ini dengan Yaum al Furqan yang bermaksud Hari Pemisahan di Antara Hak dan Batil.
- Rasullulah S.A.W. telah keluar mengetuai angkatan tentera Islam dengan kekuatan seramai 313 orang untuk menghadapi tentera kafir musyrikin yang mempunyai kekuatan lebih dari 1000 orang yang lengkap bersenjata, kuda dan unta.
- Turut bersama Rasulullah S.A.W. ialah Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A. dan Saidina Umar Al Khattab R.A. dan sahabat-sahabat besar yang lain.
- Baginda S.A.W. telah menyerahkan panji-panji peperangan kepada Saidina Mus’ab ibn Umair R.A., manakala bendera kaum Muhajirin diserahkan kepapa Saidina Ali ibn Abi Talib untuk memegangnya dan bendera kaum Ansar pula dipegang oleh Saidina Sa’ad ibn Mu’az R.A.
- Pada malam sebelum berlakunya peperangan Badar, Allah telah menurunkan hujan yang sangat lebat yang menyukarkan tentera kaum musyrikin dan menghalang/membantutkan kemaraan mereka.
- Rasulullah S.A.W. telah bersabda;
"Ya Allah! Inilah kaum Quraisy telah datang dengan kesombongan dan keangkuhan mereka. Mereka telah datang untuk memerangiMu dan mendustakan RasulMu “

“ Ya Allah, Tunaikanlah janji yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, aku memohon pertolonganMu!”

- Rasulullah S.A.W. telah berseru pada semua pahlawan Badar;
“ Berjuanglah untuk menuju syurga yang luasnya seluas langit dan bumi! “

- Baginda Rasulullah S.A.W. mengetuai peperangan yang sangat dahsyat itu dan Baginda S.A.W. berada dalam kedudukan paling hampir dengan musuh dan Baginda S.A.W. yang paling hebat melancarkan serangan.
- Pada waktu kemuncak inilah Allah telah menunaikan janjiNya pada Rasulullah S.A.W. dengan memerintah/menurunkan para malaikatNya yang membawa rahmat dan kemenangan pada tentera Muslimin. Mereka membunuh kaum musyrik sebagaimana firmanNya yang bermaksud;
“ Ingatlah ketika Tuhanmu mewahyukan kepada malaikat:” Sesungguhnya Aku menyertai kamu ( memberi pertolongan ), maka tetapkanlah ( hati ) ornag-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati-hati orang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu pancunglah leher mereka ( musuh ) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka.”

- Pertempuran yang dahsyat ini berkahir dengan kemenangan besar pada kaum Muslimin yang dipimpin Rasulullah S.A.W.
- Seramai 70 orang kafir musyrik telah berjaya dibunuh termasuk di kalangan ketua dan pembesar-pembesar Quraisy Musryrikin iaitu Abu Jahal, ‘Utbah ibn Rabi’ah, saudaranya Syaibah dan anaknya al Walid. Seramai 70 orang kafir musyrik telah berjaya ditawan oleh tentera Muslimin.
- Sementara di pihak Muslimin pula, seramai enam orang dari kaum Quraisy dan lapan orang dari kaum Ansar telah gugur sebagai SYAHID. Enam orang dari kaum Muhajirin yang syahid tersebut ialah ‘Ubaidah ibn al Harith, Umair ibn Abi Waqqas, Zu al Syimalain, ‘Aqil ibn al Bakir, Mahja’ iaitu hamba sahaya kepada Saidina Umar ibn al Khattab dan Safwan ibn Baidha’.
- Manakala lapan orang yang syahid dari golongan Ansar Madinah ialah Sa’ad ibn Khaithamah, Mubasysyir ibn Abdul Munzir, Yazid ibn al Harith, Umair ibn al Hammam, Raafi’ ibn Mu’la, Harithah ibn Suraqah, ‘Auf dan Mu’awwaz; anak kepada al Harith dan ‘Afra’.
- Rasulullah S.A.W. pernah bersabda;
“ Tidak akan masuk neraka orang yang pernah menyertai Peperangan Badar dan Hudaibiyyah! “
- “ Jibril Alaihisalam menemui Nabi Muhammad S.A.W. lalu bertanya, “ Apakah jenis tentera yang menyertai kelompok tentera Badar ini?” Baginda S.A.W. menjawab, “ Dari sebaik-baik kaum Muslimin, atau perkataan yang seumpamanya!” Lalu Jibril Alaihisalam berkata, “ Begitu juga tentera malaikat yang menyertai peperangan ini!”

Jangan kita lupa mengenai kisah Perang Badar yang merupakan satu peristiwa yang sangat besar dan penting dalam perkembangan Islam hingga ke hari ini.

Salawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda ( sila salawat ya, jangan baca je! ).

Selamat terus gagah perkasa mengerjakan ibadah puasa wahai sahabat semua seperti gagah perkasa dan beraninya Rasulullah S.A.W dan para sahabat di dalam Perang Badar al Kubra.


senyum sentiasa





7 comments:

Dr. Bentara said...

part last senyum sentiasa tu tak berapa kena ;)

Anonymous said...

Terima kasih atas information :)

gayour said...

dr.ben
kan senyum tu sedekah tuan doktor. heh!

kinamissone
sama-sama kerana sudi membaca

deaf-angel said...

thanks for sharing Gayour.
Sangat berkesan cara info sejarah tu disampaikan.

aku perasankan, kalo tengok buku2 sejarah perang omputeh, tak pernah rasanya aku nampak perang badar ni.

AUR said...

Terimaksih bro kerana ingat-mengingat..Sila redeem saham anda di 'SANA'...

gayour said...

deaf_angel
memang tak jumpa pasal perang badar ni. yang biasa kita jumpa/dengar pasal perang salib atau holy war.

aur
begitu la harapan dengan sedikit sumbangan yang tak seberapa. tq kerana sudi membaca.

Big Mouse World said...

Thanks great blog.