QUALITY TRAVEL FAIR 2011 – COPENHAGEN
BAHAGIAN KETIGA DARI LIMA BAHAGIAN
05 SAFAR 1433H – 30 DISEMBER 2011
ENTRI TERAKHIR dalam tahun 2011 Masehi. Selamat mengikuti kisah gua kat Copenhagen dalam bahagian KETIGA. Ya, sambungan gua kat salah satu tempat pelancongan paling panas kat Copenhagen. Mari tengok ape kebendenya!
Mari kita tengok lebih dekat. Dah nampak. Dah tahu ape kebendenye. Tak nampak gak?
Nah! Tengok ni. Ni la ikon patung The Little Mermaid yang sangat terkenal di seluruh dunia. Terletak kat perlabuhan Langelinie, Copenhagen. Kisah fairy tale yang telah dicipta dan ditulis oleh encik Hank Christian Andersen pada tahun 1837. Sebuah kisah yang diterbitkan hampir di seluruh dunia dalam bebagai bahasa termasuk siri animasi dan filem. Di Indonesia diberi tajuk Puteri Duyung Kecil. Kat BolehLand tajuk apa ya? Kira hebat gak la idea fairy tale encik Hank ni. Tengok la tu, walau hanya patung, ramai orang atau pelancong datang nak tengok dan sengeh-sengeh amik gambo dengan beliau.
Statute The Little Mermaid yang sangat popular dalam kisah fairy tale.
Temasuk la dengan gua yang tesengeh tak ingat begambo dengan patung The Little Mermaid yang dibiayai oleh encik Carl Jacobsen dan diukir oleh Edward Erikson yang menggunakan isteri beliau sebagai model. Patung ni siap pada tahun 1913 dan telah beberapa kali rosak jahanam akibat angkara vandalism! Apapun statute The Little Mermaid ni adalah satu ikon paling popular di kalangan pelancong dalam jadual lawatan di Copenhagen. Masa blah, beberapa buah bas pelancong menuju ke tempat ni. Kisah fairy tales yang gua dengar dan baca masa kecil, akhirnya gua sampai ke negeri penciptanya.
Selesai lawatan setengah hari di dua tempat utama kat Copenhagen. Istana Amalienborg dan statute The Little Mermaid kat perlabuhan Langelinie. Cuaca rasa makin sejuk tegedik-gedik walau matahari bersinar cerah. Balik semula ke hotel untuk bertemu dengan pengarah Tourism Malaysia dari Sweden ( beribu pejabat kat Stockholm ) encik Azizul dan pembantunya encik Steffan yang datang membantu dalam Quality Travel Fair. Terus makan tengahari kat restoran Turki. Ada nasi briani, ada kari kambing dan ayam tandoori. Lepas makan trus ke Building 55/Oksnehallen melawat tempat berlangsungnya Quality Travel Fair. Bangunan yang digunakan untuk pameran atau travel fair cam ni. Suasana dalam bangunan yang dalam proses memasang dan menghias itu ini oleh petugas.
ROARRR! Beruang kutup gak dibawa sebagai hiasan dan tarikan pengunjung. Negara dalam Scandinavian memang hampir dengan kutup utara dan Greenland yang terkenal dengan predator beruang kutup yang sangat brutal! Tak pelik diorang gunakan beruang kutup sebagai daya tarikan kerana ini adalah predator hebat sepanjang zaman yang menjadi produk pelancongan. Cam kat Borneo yang menjadikan Orang Utan senagai produk pelancongan. Predator hebat!
Masuk jer dari pintu utama, pengunjung akan dapat lihat pameran barang-barang purba yang dicat putih dan digantung ni. Seni sangat la kononnya! Tak tau apa tujuan. Mungkin nak bagi tau pengunjung… “ Oi! Salji nak turun, angkat jemuran!”
Petang ni ada perjumpaan antara semua ejen pelancongan yang terlinat dalam Quality Travel Fair dengan wartawan surat khabar dan majalah di Copenhagen untuk promosi. Masa ni gua sengeh-sengeh jalan tengok booth pameran yang masih dihias. Jeng! Jeng! Nampak plak Harley ni. “Apa hal bawak motor plak kat sini”? Tanya gua dalam bahasa Danish pada mat saleh yang sedang menonyoh ekzos Harley ni. Produk pelancongan yang ditawarkan kat sini bukan hanya penerbangan, penginapan dan tempat lawatan tapi gak gaya percutian/pelancongan. Travel agen ni menawarkan percutian menunggang Harley pada yang suka menunggang motor termasuk menyertai konvoi bermotosikal ke *Stugis Motorcycle Rally. * google sendiri
Malam tu kitorang dibelanja oleh encik Mustaffa, ejen pelancongan dari Pakistan yang turut menjual produk Malaysia, Borneo, Thai dan beberapa lagi dari Asia. Emm.. yum! Yummm!
Ni la makan malam kami. Tak ingat apa ke nama makanan ni. Belasah je la asalkan halal. Tu nampak sambal belacan tu? Kat Copenhagenpun ada sambal belacan. Jangan tak tau. HEH! Terima kasih Mr. Mustaffa. Alhamdulillah, kenyangnye sampai ke hari ni. HEH!
Malam hari kat tengah kota Copenhagen. Masa ni lebih kurang lapan malam, keadaan dah lengang dan sunyi. Mana semua orang, tak kan dah tido? Mungkin kerana cuaca. Bila malam lagi la sejuk begedik- gedik. Mungkin pasal tu la penduduk bandar tak keluar. Ni salji blum turun mencurah-curah bak November Rain yang mengakibatkan banjir besar dah sejuk tak ingat! Mungkin kat tempat lain di Copenhagen happening aktiviti malam, tapi kat sekitar penginapan sangat lengang, tenang dan yeah, mati! Balik ke hotel, tengok tv. Apa yang ada kat tv Denmark? Mesti lain… tapi rupanya same je cam kat BolehLand. Ada animasi Ben 10, Tom & Jerry, drama swasta diorang, sitcom dari Amerika, berita CNN… tido lagi baik. Selamat Malam Copenhagen. Tajuk novel yang tidak akan gua tulis. HEH!
22 Oktober 2011 ( Sabtu ), hari pertama bermulanya Quality Travel fair 2011 di Copenhagen. Pagi ni gua jalan sendiri ke tempat pameran. Dekat je dari hotel. Lebih kurang 300 meter. Saja nak tengok aktiviti orang Danish dan suasana pagi di kota Copenhagen. Pengayuh basikal merata-rata ke tempat kerja dan urusan. Kena bagi perhatian pada penunggang basikal dari kereta kat sini kalo tak nak kena sondol! Dalam perjalanan, ternampak poster ni lagi, konset METALLICA kat Copenhagen pada 04 November 2011. Sejuk sangat, sampai begegar tangan amik gambo.* bawa kamera yang baik dan sesuai dalam semua keadaan cuaca untuk gambar kenangan-kenangan yang cantik di negara orang.
Bangunan berlangsungnya Qulity Travel Fair 2011. Bangunan lama yang hitam legam dindingnya tapi menjadi tempat berlangsungnya acara tahunan travel fair, comics fest, malam riang ria muda mudi, konset tahunan tadika dan acara besar yang lain. Tak gah cam PWTC atau KLCC. Pengunjung dikenakan bayaran kalo nak masuk. Berbeza dengan tempat kita – percuma. Kena bayar nak masuk. Kenapa kena berbayar?
Kerana ini adalah gaya orang Eropah menganjurkan Quality Travel Fair- masuk berbayar kerana pengunjung yang datang/masuk adalah yang benar-benar serious mencari tempat bercuti atau melancong. Bukan cam tempat kita yang hanya sengeh-sengeh mengambil browser dan kata, “ nanti la saya fikirkan”. Semuanya serious mencari tempat bercuti terutama selepas krismas. Semua nak lari dari kesejukan ke tempat yang lebih panas cam di BolehLand. Jadi Tourism Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menjual segala produk pelancongan kat Malaysia pada pengunjung yang datang dari seluruh eropah dalam Quality Travel Fair ni. Tu la peranan bahagian Pemasaran Antarabangsa Tourism Malaysia. Ada faham murid-murid? Syabas!
Apa plak tugasan gua. Takkan hanya mengabihkan duit cukai rakyat BolehLand, hanya datang untuk belagak amik gambo depan istana dan patung Little Mermaid? Hey! Gua dibawa oleh tourism untuk melukis karikatur. Lukis karikatur pengunjung sebagai hadiah, sebagai cenderahati ingatan telus ikhlas jiwa murni dari Tourism Malaysia. Moga dengan karikatur tu hati mereka terbuka untuk memilih BolehLand/Borneo sebagai destinasi percutian untuk lari pada musim sejuk di tempat mereka. Pengunjung pertama yang gua lukis. Anak orang Danish yang bernama Thomas dan kakak beliau kat belakang tu. Mak bapak mereka datang untuk mencari tempat bercuti.
Gua memakai baju Melayu semasa melukis karikatur, sebagai identiti bangsa Melayu dari Malaysia. Anak Melayu pertama melukis karikatur kat Oksnehallen. HEH! Bersama pasangan Danish adik beradik Maria dan Kristina yang masih belajar kat university di Copenhagen. Sengeh tak ingat bila karikatur diorang gua lukis.
Awek Danish, cik Mathilde datang bersama keluarga nak cari tempat bercuti gak. Singgah kat Tourism Malaysia dan gua berbesar hati melukis karikatur beliau. Nampak pengunjung-pengunjung tu? Kebanyakan dah tua berambut dan berjanggut putih yang datang ke Quality Travel Fair ni. Memang orang tua dari benua eropah suka bercuti dan melancong. Cam yang gua kata, yang membeli tiket ke Quality Travel Fair ni memang serious nak bercuti!
Aahaa! Isteri orang ni sangat peramah. Berasal dari German dan menetap kat Copenhagen sekarang. Beliau sangat teruja buat kali pertama melihat tayangan video hutan, pantai, gunung hidupan liar dan masyarakat Malaysia dan Borneo yang berbilang etnik. Saya mesti datang ke Malaysia ujar puan Anna Kirstin yang sangat peramah. * Photo ni ehsan dari encik Azizul, Pengarah Tourism Malaysia di Stockholm.
Ini dia Mrs. Anna Kirstin yang sangat teruja melihat karikaturnya siap dilukis. Bangsa Aryan kot beliau ni. Tak kisah la bangsa apapun, gua lukis! Jangan lupa datang melancong ke Malaysia.
Quality Travel Fair turut mendapat liputan dari Radio Televisen Denmark. Tak tau la dari gomen atau swasta.
Yeahh! Yang ni gak gua suka bila melukisnya. Cam muka orang Asiakan. Cuba agak beliau dari mana. Tak payah susah- susah la, biar gua bagi tau. Seperti Anna, beliau gak sangat peramah. Ni adalah cik Ida Winther, ajen pelancongan yang berasal dari Greenland. Tau kata mana Greenland? Google sendiri. “ Kat tempat saya ( Greenland ) ada masanya tidak ada cahaya matahari. Kalau adapun sedikit dan sekejap sangat. Ia seperti matahari di waktu senja.Warna merah, kuning, oren waktu senja. Itu la yang kami nampak dan kemudian terus hilang dan kembali gelap gelita. Hanya nampak bintang di langit. Anak-anak kami bermain di luar pada pukul dua tiga pagi. Masa begini kami banyak mengabiskan masa bersama keluarga. Kerana itu perhubungan kami sangat rapat “. Cik Ida bercerita mengenai keadaan di Greenland. Negeri yang cuacanya sangat melampau. Tempat tinggal beruang kutup yang hebat, penguin, killer whale dan anjing laut.
TAMAT BAHAGIAN KETIGA. Jumpa lagi dalam BAHAGIAN KEEMPAT pada tahun 2012 dengan kisah VIKING! Untuk semangat, sila layan lagu I AM A VIKING dari Yngwie J. Malmsteen's Rising Force.
I am a warrior my mind is set to kill
Life or death is on the line
I am a slayer and you will taste my steel
I've got your life right in my hand
TAMAT BAHAGIAN KETIGA. Jumpa lagi dalam BAHAGIAN KEEMPAT pada tahun 2012 dengan kisah VIKING! Untuk semangat, sila layan lagu I AM A VIKING dari Yngwie J. Malmsteen's Rising Force.
I am a warrior my mind is set to kill
Life or death is on the line
I am a slayer and you will taste my steel
I've got your life right in my hand