Thursday, December 29, 2011

QUALITY TRAVEL FAIR 2011


QUALITY TRAVEL FAIR 2011 – COPENHAGEN

BAHAGIAN KETIGA DARI LIMA BAHAGIAN
05 SAFAR 1433H – 30 DISEMBER 2011

ENTRI TERAKHIR dalam tahun 2011 Masehi. Selamat mengikuti kisah gua kat Copenhagen dalam bahagian KETIGA. Ya, sambungan gua kat salah satu tempat pelancongan paling panas kat Copenhagen. Mari tengok ape kebendenya!

Mari kita tengok lebih dekat. Dah nampak. Dah tahu ape kebendenye. Tak nampak gak?

Nah! Tengok ni. Ni la ikon patung The Little Mermaid yang sangat terkenal di seluruh dunia. Terletak kat perlabuhan Langelinie, Copenhagen. Kisah fairy tale yang telah dicipta dan ditulis oleh encik Hank Christian Andersen pada tahun 1837. Sebuah kisah yang diterbitkan hampir di seluruh dunia dalam bebagai bahasa termasuk siri animasi dan filem. Di Indonesia diberi tajuk Puteri Duyung Kecil. Kat BolehLand tajuk apa ya? Kira hebat gak la idea fairy tale encik Hank ni. Tengok la tu, walau hanya patung, ramai orang atau pelancong datang nak tengok dan sengeh-sengeh amik gambo dengan beliau.

Statute The Little Mermaid yang sangat popular dalam kisah fairy tale.

Temasuk la dengan gua yang tesengeh tak ingat begambo dengan patung The Little Mermaid yang dibiayai oleh encik Carl Jacobsen dan diukir oleh Edward Erikson yang menggunakan isteri beliau sebagai model. Patung ni siap pada tahun 1913 dan telah beberapa kali rosak jahanam akibat angkara vandalism! Apapun statute The Little Mermaid ni adalah satu ikon paling popular di kalangan pelancong dalam jadual lawatan di Copenhagen. Masa blah, beberapa buah bas pelancong menuju ke tempat ni. Kisah fairy tales yang gua dengar dan baca masa kecil, akhirnya gua sampai ke negeri penciptanya.

Selesai lawatan setengah hari di dua tempat utama kat Copenhagen. Istana Amalienborg dan statute The Little Mermaid kat perlabuhan Langelinie. Cuaca rasa makin sejuk tegedik-gedik walau matahari bersinar cerah. Balik semula ke hotel untuk bertemu dengan pengarah Tourism Malaysia dari Sweden ( beribu pejabat kat Stockholm ) encik Azizul dan pembantunya encik Steffan yang datang membantu dalam Quality Travel Fair. Terus makan tengahari kat restoran Turki. Ada nasi briani, ada kari kambing dan ayam tandoori. Lepas makan trus ke Building 55/Oksnehallen melawat tempat berlangsungnya Quality Travel Fair. Bangunan yang digunakan untuk pameran atau travel fair cam ni. Suasana dalam bangunan yang dalam proses memasang dan menghias itu ini oleh petugas.

ROARRR! Beruang kutup gak dibawa sebagai hiasan dan tarikan pengunjung. Negara dalam Scandinavian memang hampir dengan kutup utara dan Greenland yang terkenal dengan predator beruang kutup yang sangat brutal! Tak pelik diorang gunakan beruang kutup sebagai daya tarikan kerana ini adalah predator hebat sepanjang zaman yang menjadi produk pelancongan. Cam kat Borneo yang menjadikan Orang Utan senagai produk pelancongan. Predator hebat!

Masuk jer dari pintu utama, pengunjung akan dapat lihat pameran barang-barang purba yang dicat putih dan digantung ni. Seni sangat la kononnya! Tak tau apa tujuan. Mungkin nak bagi tau pengunjung… “ Oi! Salji nak turun, angkat jemuran!”

Petang ni ada perjumpaan antara semua ejen pelancongan yang terlinat dalam Quality Travel Fair dengan wartawan surat khabar dan majalah di Copenhagen untuk promosi. Masa ni gua sengeh-sengeh jalan tengok booth pameran yang masih dihias. Jeng! Jeng! Nampak plak Harley ni. “Apa hal bawak motor plak kat sini”? Tanya gua dalam bahasa Danish pada mat saleh yang sedang menonyoh ekzos Harley ni. Produk pelancongan yang ditawarkan kat sini bukan hanya penerbangan, penginapan dan tempat lawatan tapi gak gaya percutian/pelancongan. Travel agen ni menawarkan percutian menunggang Harley pada yang suka menunggang motor termasuk menyertai konvoi bermotosikal ke *Stugis Motorcycle Rally. * google sendiri

Malam tu kitorang dibelanja oleh encik Mustaffa, ejen pelancongan dari Pakistan yang turut menjual produk Malaysia, Borneo, Thai dan beberapa lagi dari Asia. Emm.. yum! Yummm!

Ni la makan malam kami. Tak ingat apa ke nama makanan ni. Belasah je la asalkan halal. Tu nampak sambal belacan tu? Kat Copenhagenpun ada sambal belacan. Jangan tak tau. HEH! Terima kasih Mr. Mustaffa. Alhamdulillah, kenyangnye sampai ke hari ni. HEH!

Malam hari kat tengah kota Copenhagen. Masa ni lebih kurang lapan malam, keadaan dah lengang dan sunyi. Mana semua orang, tak kan dah tido? Mungkin kerana cuaca. Bila malam lagi la sejuk begedik- gedik. Mungkin pasal tu la penduduk bandar tak keluar. Ni salji blum turun mencurah-curah bak November Rain yang mengakibatkan banjir besar dah sejuk tak ingat! Mungkin kat tempat lain di Copenhagen happening aktiviti malam, tapi kat sekitar penginapan sangat lengang, tenang dan yeah, mati! Balik ke hotel, tengok tv. Apa yang ada kat tv Denmark? Mesti lain… tapi rupanya same je cam kat BolehLand. Ada animasi Ben 10, Tom & Jerry, drama swasta diorang, sitcom dari Amerika, berita CNN… tido lagi baik. Selamat Malam Copenhagen. Tajuk novel yang tidak akan gua tulis. HEH!

22 Oktober 2011 ( Sabtu ), hari pertama bermulanya Quality Travel fair 2011 di Copenhagen. Pagi ni gua jalan sendiri ke tempat pameran. Dekat je dari hotel. Lebih kurang 300 meter. Saja nak tengok aktiviti orang Danish dan suasana pagi di kota Copenhagen. Pengayuh basikal merata-rata ke tempat kerja dan urusan. Kena bagi perhatian pada penunggang basikal dari kereta kat sini kalo tak nak kena sondol! Dalam perjalanan, ternampak poster ni lagi, konset METALLICA kat Copenhagen pada 04 November 2011. Sejuk sangat, sampai begegar tangan amik gambo.* bawa kamera yang baik dan sesuai dalam semua keadaan cuaca untuk gambar kenangan-kenangan yang cantik di negara orang.

Bangunan berlangsungnya Qulity Travel Fair 2011. Bangunan lama yang hitam legam dindingnya tapi menjadi tempat berlangsungnya acara tahunan travel fair, comics fest, malam riang ria muda mudi, konset tahunan tadika dan acara besar yang lain. Tak gah cam PWTC atau KLCC. Pengunjung dikenakan bayaran kalo nak masuk. Berbeza dengan tempat kita – percuma. Kena bayar nak masuk. Kenapa kena berbayar?

Kerana ini adalah gaya orang Eropah menganjurkan Quality Travel Fair- masuk berbayar kerana pengunjung yang datang/masuk adalah yang benar-benar serious mencari tempat bercuti atau melancong. Bukan cam tempat kita yang hanya sengeh-sengeh mengambil browser dan kata, “ nanti la saya fikirkan”. Semuanya serious mencari tempat bercuti terutama selepas krismas. Semua nak lari dari kesejukan ke tempat yang lebih panas cam di BolehLand. Jadi Tourism Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menjual segala produk pelancongan kat Malaysia pada pengunjung yang datang dari seluruh eropah dalam Quality Travel Fair ni. Tu la peranan bahagian Pemasaran Antarabangsa Tourism Malaysia. Ada faham murid-murid? Syabas!

Apa plak tugasan gua. Takkan hanya mengabihkan duit cukai rakyat BolehLand, hanya datang untuk belagak amik gambo depan istana dan patung Little Mermaid? Hey! Gua dibawa oleh tourism untuk melukis karikatur. Lukis karikatur pengunjung sebagai hadiah, sebagai cenderahati ingatan telus ikhlas jiwa murni dari Tourism Malaysia. Moga dengan karikatur tu hati mereka terbuka untuk memilih BolehLand/Borneo sebagai destinasi percutian untuk lari pada musim sejuk di tempat mereka. Pengunjung pertama yang gua lukis. Anak orang Danish yang bernama Thomas dan kakak beliau kat belakang tu. Mak bapak mereka datang untuk mencari tempat bercuti.

Gua memakai baju Melayu semasa melukis karikatur, sebagai identiti bangsa Melayu dari Malaysia. Anak Melayu pertama melukis karikatur kat Oksnehallen. HEH! Bersama pasangan Danish adik beradik Maria dan Kristina yang masih belajar kat university di Copenhagen. Sengeh tak ingat bila karikatur diorang gua lukis.

Awek Danish, cik Mathilde datang bersama keluarga nak cari tempat bercuti gak. Singgah kat Tourism Malaysia dan gua berbesar hati melukis karikatur beliau. Nampak pengunjung-pengunjung tu? Kebanyakan dah tua berambut dan berjanggut putih yang datang ke Quality Travel Fair ni. Memang orang tua dari benua eropah suka bercuti dan melancong. Cam yang gua kata, yang membeli tiket ke Quality Travel Fair ni memang serious nak bercuti!

Aahaa! Isteri orang ni sangat peramah. Berasal dari German dan menetap kat Copenhagen sekarang. Beliau sangat teruja buat kali pertama melihat tayangan video hutan, pantai, gunung hidupan liar dan masyarakat Malaysia dan Borneo yang berbilang etnik. Saya mesti datang ke Malaysia ujar puan Anna Kirstin yang sangat peramah. * Photo ni ehsan dari encik Azizul, Pengarah Tourism Malaysia di Stockholm.

Ini dia Mrs. Anna Kirstin yang sangat teruja melihat karikaturnya siap dilukis. Bangsa Aryan kot beliau ni. Tak kisah la bangsa apapun, gua lukis! Jangan lupa datang melancong ke Malaysia.

Quality Travel Fair turut mendapat liputan dari Radio Televisen Denmark. Tak tau la dari gomen atau swasta.

Yeahh! Yang ni gak gua suka bila melukisnya. Cam muka orang Asiakan. Cuba agak beliau dari mana. Tak payah susah- susah la, biar gua bagi tau. Seperti Anna, beliau gak sangat peramah. Ni adalah cik Ida Winther, ajen pelancongan yang berasal dari Greenland. Tau kata mana Greenland? Google sendiri. “ Kat tempat saya ( Greenland ) ada masanya tidak ada cahaya matahari. Kalau adapun sedikit dan sekejap sangat. Ia seperti matahari di waktu senja.Warna merah, kuning, oren waktu senja. Itu la yang kami nampak dan kemudian terus hilang dan kembali gelap gelita. Hanya nampak bintang di langit. Anak-anak kami bermain di luar pada pukul dua tiga pagi. Masa begini kami banyak mengabiskan masa bersama keluarga. Kerana itu perhubungan kami sangat rapat “. Cik Ida bercerita mengenai keadaan di Greenland. Negeri yang cuacanya sangat melampau. Tempat tinggal beruang kutup yang hebat, penguin, killer whale dan anjing laut.

TAMAT BAHAGIAN KETIGA. Jumpa lagi dalam BAHAGIAN KEEMPAT pada tahun 2012 dengan kisah VIKING! Untuk semangat, sila layan lagu I AM A VIKING dari Yngwie J. Malmsteen's Rising Force.

I am a warrior my mind is set to kill
Life or death is on the line
I am a slayer and you will taste my steel
I've got your life right in my hand



Wednesday, December 21, 2011

QUALITY TRAVEL FAIR 2011


QUALITY TRAVEL FAIR 2011 – COPENHAGEN

BAHAGIAN KEDUA DARI LIMA BAHAGIAN
25 MUHARRAM 1433H – 21 DISEMBER 2011

Jumpa lagi dalam BAHAGIAN KEDUA. Selamat mengikuti kisah gua di bumi Viking dan terima kasih. Enjoy!

Kat Denmark, semua harta kerajaan seperti istana adalah hak rakyat juga. Rakyat bebas dan boleh menggunakannya kerana rakyat membayar cukai yang tinggi seperti taman diraja ni. Rakyat dan pelancong dibenarkan masuk dan menggunakan kemudahan yang ada. Taman ni berada di belakang istana. Ingatkan hebat sangat la. Taman raja la katakan, mesti la ada makhluk fairy tale tinggal atau main-main kat dalamnya. Hey! Ni kat negara eropah yang terkenal dengan kisah dan makhluk fairy talenye. Itu yang bermain kat kepala hotak bejambul gua. Tapi rupanya hanya ada air pancut cam kat Dataran Merdeka je! Tak ada sekorpun makhluk fairy tale. HEH!

“ Kalo datang musim bunga, taman ni sangat cantik dengan macam-macam jenis bunga seperti tulip yang bersepah kat mana-mana hampir di seluruh Denmark”, terang encik Isma lagi. Musim bunga taman ni antara tempat utama yang jadi tumpuan pelawat dan pelancong.

Taman ni gak tempat ratu, putera dan kerabat besiar-siar. Nasib baik, rakyat atau pelancong boleh jumpa ratu jalan-jalan bawak anjing kat taman. Boleh la berbual dan amik gambo dengan ratu. Gitu la keterbukaan dan hubungan antara raja/ratu dengan rakyat Denmark. Boleh jumpa begitu saja kat tepi jalan, taman atau di mana tanpa bodyguard yang bengis!
Burung magpie Denmark kat Taman Diraja. Cam burung murai tapi lebih besar seperti garuda dan handal dari murai kat BolehLand.

Istana dan taman bersebelahan dengan terusan. Tu Nampak tu. Tu la bangunan Opera House. Alamak! Burung magpie yang tadi sekali lagi interframe.

Tu adalah istana, air pancut dan Taman DiRaja. Pelancong mula ramai masa ni. Matahari besinar cerah dan angin/cuaca sejuk tegedik-gedik! Terusan plak kat belakang gua amik gambo ni.

Tu, nampak kapal perang tu? Itu la pengkalan tentera laut Denmark kat belakang istana seberang terusan. “ Kita boleh masuk dan melawat ke dalam kem tentera tu”, ujar encik Isma. Bukan saja istana dan taman, tapi kem tentera malah kapal perang tu pun rakyat Denmark dan pelancong boleh masuk. Hak kerajaan adalah hak rakyat! Ingat tu.

Ni bukan kapal perang atau kapal nelayan laut dalam tapi adalah kapal untuk latihan pelajar sekolah. Keturunan Viking la katakan. Mesti la tahu bawak kapal. Guapun apa lagi, sengeh-sengeh la begambo.

Deretan pokok di tepi terusan kat Taman DiRaja. Dah nak masuk musim dingin, daun dah mula menguning dan mula gugur dari pokok sekitar Taman Diraja.

Sebahagain dari pemandangan kat Taman Diraja. Nampak bersih je. Mana daun-daun yang gugur? Hey! Nikan Taman DiRaja, mesti la ada tukang kebun atau orang bandaraya yang sapu dan bersihkan.

Sengeh-sengeh kat dalam Taman DiRaja. Bayangkan masa musim bunga. Penuh dengan bunga terutama bunga Tulip. Mesti syahdu. Pada penulis novel, sajak, puisi atau penulis lirik lagu temasuk pelukis, kira jadi sumber ilham la taman ni. Seni sangat la kononnya!

Kita balik ke dataran istana. Tak ada apa yang menarik lagi kat taman. Hanya ada burung je. Gergasi, troll, orge atau Shrek sekopun tak ada! Buang karan je. Masa ni pelancong dah mula ramai. Apa hal tetiba ramai plak? Tadi lengang je.


“ Ah, nasib kamu agak baik kerana sekarang belangsung acara petukaran pengawal istana dari tugasan”, ujar encik Isma pada kami. Oh! Patut la ramai pelawat, nak tengok acara petukaran tugas pengawal istana rupanya.

Penah tengok acara ni kat Istana Buckingham, London di tv. Lawatan gua ke istana ratu Denmark ni rupanya membolehkan gua menyaksikan sendiri acara ni. Lebih kurang sama je acaranya cam kat London. Kirik kanan! Kirik kanan!

Semua dah bersedia untuk melakukan acara pertukaran.

Sebahagian pelancong yang datang semata nak tengok acara ni. Ada yang datang dari Belanda, Norway dan sekitar eropah. Kira salah satu acara yang menarik perhatian pelancong bila sampai ke Copenhagen. Tengok acara ni teringat lagu “Changing Of The Guard” dari Exodus.

Dua orang pengawal istana Diraja Denmark. Berseragam hitam, topi hitam dan berseluar biru. Bebeza dengan pengawal kat London yang Mr.Bean pedajal tu, seragam merah dan seluar hitam.

Kartunis Melayu yang kesejukan bediri megah kat depan Istana Amalienborg. Nampak pengawal kat belakang tu? Tu la keje diorang sepanjang hari. Bekawat ke hulu ke hilir dan ke hilir ke hulu sampai la berlakunya acara pertukaran pengawal. Penat siot. Dah la penat, sejuk plak lagi. Nasib korang la. Apa nak buat, dah kerjaya pilihan. Kirik kanan! Kirik kanan!

Sengeh tak abih kat depan istana. Hehhehheh…! Sebenarnya ada lagi istana zaman purba kat Denmark ni. Rekabentuk istana klasik yang biasa kita tengok kat buku atau filem. Kalo dapat pegi, masuk dan begambo sambil tesengeh kat depan istana klasik tu lagi cool dan METAL! HEH!

Patung berkuda kat tengah dataran istana ni adalah pengasas Istana Amalienborg iaitu encik Federik V. Siapakah beliau selain dari mendirikan istana ni? Google sendiri la ya. Tak la best mana Istana Amalienborg ni. Biasa je. Tapi best la gak! HEH!

Selamat tinggal Istana Amalienborg. Tak jumpa lagipun tak apa pasal ada banyak lagi istana yang lebih hebat seperti istana Drakula kat Romania atau Istana Negara yang baru siap. HEH!

Selesai melawat istana, encik Isma trus bawak kereta laju-laju ke satu lagi tempat tumpuan pelancong. Kira dah tahap ikon tempat ni kat Copenhagen/Denmark dan terkenal di seluruh eropah dan dunia. Kisah berkaitan tempat ni hampir kita semua pernah dengar kisahnya. Seperti Istana Amalienborg, lagi sekali gua tak sangak boleh pergi tengok sendiri benda ni. Apa bendanya. Apa yang menarik. Hebat sangat ke. Nampak apa-apa?

Apa bende tu? Korang tak nak taupun tak apa. Gua tetap akan dedahkan gak dalam BAHAGIAN KETIGA nanti dengan kisah BERUANG KUTUP dan bermulanya QUALITY TRAVEL FAIR 2011. TAMAT BAHAGIAN KEDUA.

Wednesday, December 14, 2011

QULITY TRAVEL FAIR 2011

QUALITY TRAVEL FAIR 2011 – COPENHAGEN
BAHAGIAN PERTAMA DARI LIMA BAHAGIAN
19 MUHARRAM 1433H – 15 DISEMBER 2011

Pada bulan September 2011 yang lalu, gua mendapat tugasan melukis karikatur lembaga pengarah Tourism Malaysia dan dijemput untuk melukis karikatur staff tourism dan tetamu jemputan dalam majlis makan malam sempena mesyuarat tahunan pengarah Tourism Malaysia kat Tanjung Jara Resort, Terengganu Darul Iman. Dalam majlis tu, gua telah melukis karikatur Datin Normasila iaitu Pengarah Bahagian Pemasaran Antarabangsa Tourism Malaysia ( Eropah/Oceania/Amerika ). Datin bertanya pada gua, ‘ kalo tourism jemput untuk melukis karikatur kat luar negara, nak ikut tak?”. Gua sengeh dan diam je sebagai tanda setuju. Maklum la pemalu orangnye gua ni. HEH! “ Bagi I kad u”, minta datin. Begitu la kisahnya.

Tiga minggu kemudian, gua dapat panggilan tipon dari pegawai tourism ( Bahagian Pemasaran Antarabangsa ) yang menawarkan jemputan pada gua untuk join tourism dalam Quality Travel Fair 2011 kat Copenhagen, Denmark. “ Biar betul ni?’ ujar gua pada diri gua sendiri. Denmark? King Diamond, White Lion dan Lars Ulrich tebayang kat kepala hotak bejambul gua. Tak ketinggalan – Viking!


Betul la tu. Jangan banyak songeh! Siap-siap je la pegi Denmark. Maka pada 19 Oktober yang lalu, guapun terbang la ke Copenhagen bersama pegawai tourism untuk acara tahunan Quality Travel Tair 2011. Quality Travel Fair ni merupakan antara acara tahunan promosi produk pelancongan yang paling popular kat eropah dan Scandanavia. Tourism Malaysia tak ketinggalan untuk menyertainya. Kali ni gua sebagai wakli kartunis yang mewakili Malaysia untuk lukis karikatur kat booth Tourism Malaysia. Kali pertama menempuh perjalanan yang sangat jauh menaiki Boeng iaitu selama 12 jam untuk sampai ke benua eropah. Selama ni perjalanan dekat-dekat je. Kali ni, amik kao! Setengah hari perjalanan. Tak larat nak sengeh dah! Belepas dari KLIA tengah malam, sampai subuh. Aik! Kata 12 jam, subuh dah sampai. Apa cerita? Perubahan hari/masa antara benua Asia dan eropah membuatkan gua hilang akal… kenapa malam panjang sangat ni. Bila nak siangnya? Ujar gua dalam kepala hotak. Dari KLIA transit kat Schiphol International Airport Amsterdam, Belanda sebelum ke Copenhagen.

Sampai ke Schiphol Airport waktu subuh dan hujan. Kali pertama rasa angin musim sejuk eropah. Uuuuu….uuuu… sejuknye! Lengang tak ramai orang pagi ni. Terasa asing betul kat negara orang.

Nampak mamat yang tebongkok sambil meraba beg beliau sendiri tu. Tau kenapa beliau membongkok. Adakah kerana beliau memang pembongkok orangnya. Uh! Uhh! Nampak kereta tanpa pemandu yang meluncur laju ke arah beliau tu. Oh, tidakkkkk! Hey! Bukan nak ngumpat pasal beliau la. Tapi pasal poster tu. Nampak poster tu – Come and visit Vincent Van Gogh’s Bedroom. Pelukis hebat, sampai bilik tidur, bilik air. dapur dan semua peninggalan peribadi dijadikan bahan pameran dan yeah, buat duit! Selain susu Dutch Lady ( nama lama ) yang kita minum sejak kecik, windmill dan cheese, Belanda juga sangat terkenal dengan karyawan seni agung dunia sejak abad ke 14. Dari pelukis picisan hingga ke paling terkenal iaitu Rembrandt dan Vincent Van Gogh. Besepah muzium seni kat Amsterdam seperti Muzium Van Gogh untuk dilawati sekiranya datang ke Amsterdam. Baru seni!

Buat apa kat Schiphol? Kata nak ke Copenhagen, Dernmark. MAS tak ada penerbangan terus ke Copenhagen, hanya sampai ke Amsterdam, Belanda. Kena tukar penerbangan kat sini untuk ke Copenhagen dan tempat gua singgah buang air kat negara yang pernah membuat onar kat Tanah Melayu bersama Portugis dan Inggeris dahulu. We scrub harder! Jadual pembersihan jamban kat Schiphol. Elok la sental dan tonyoh kuat-kuat sikit!

Tak lamapun kat Schiphol. Sampai pukul 6.35 pagi dan kena belepas ke Copenhagen plak pada pukul 8.10 pagi. Masa kat Amsterdam, tak nampak windmill yang sangat terkenal di seluruh dunia dan jadi kebanggaan Belanda pasal cuaca tak berapa baik. Hujan dan bekabus. Pemeriksaan kastam/imegresen yang sangat ketat kat Schiphol Airport bila nak masuk ke benua eropah. Tak kira la kat negara manapun kita masuk, pemeriksaan yang ketat dan lama plak tu! Habih semua kena periksa, buka, belek dan scan dua tiga kali. Syukur Alhamdulillah, selamat sampai. Welcome to Copenhagen/K√ėBENHAVN.

Kat Copenhagen tidak ada lagi pemeriksaan. Keluar dari KLM Royal Dutch Airlines, amik baggage dan trus blah! Tapi satu masalah plak masa kat Copenhagen Airport ni… tunggu punya tunggu kitorang punya baggage tak ada. Hilang. ARGHHHH! Masalah besar ni! Bila report, rupanya sangkut kat Schiphol pasal masa transit kitorang terlalu singkat. Tukang punggah barang tak sempat nak transfer dari MAS ke KLM Royal Dutch Airlines yang kami naiki ke Copenhagen. Kena tunggu petang la baru sampai! Aduuu laa… tesengeh-sengeh kat ruang menunggu keluar dari Copenhagen Airport.

Kat airport ni, kitorang dijemput oleh wakil pemasaran Tourism Malaysia kat Copenhagen iaitu encik Ismail atau atuk Ismail. Gua bayangkan beliau masih muda tapi rupnya dah tahap atuk. Biarpun tahap atuk, encik Isma sangat agresif, kuat, handal dan sangat baik melayan kami. Dari airport, kitorang naik keretapi untuk ke bandar Copenhagen. Cuaca makin sejuk dingin tegedik-gedik gua rasa. Tambah lagi bila angin betiup. Gedik-gedik, gedik-gedik…. Maklum la orang Asia. Cuaca penas sepanjang tahun. Bila kali pertama rasa sejuk musim dingin ni, tegedik abih la! Sapa nak rasa tegedik-gedik, pergi la melancong ke benua eropah sekarang ni yang baru masuk musim dingin. Tegedik la kao sorang-sorang atau ramai-ramai! Nampak gerabak yang ada logo basikal tu? Tu gerabak khas untuk penunggang dan basikal beliau. Kat Copenhagen, ramai pengguna basikal.

Masa kami datang adalah masa cuti sekolah, jadi kat stesyen keretapi penuh dengan orang. Cik Isma kata, “ Orang kampung datang becuti ke bandar, ni yang ramai ni”. Cam kat Kuala Lumpur la. Kan ramai orang kampung/luar bandar datang jalan-jalan masa cuti sekolah. Kat sinipun sama rupanya. Ingatkan lain. HEH!

Ni la encik Ismail, wakil pemasaran Tourism Malaysia kat Denmark/Copenhagen. Seorang metalhead tegar. HEH! ( mana ada. nampak sangat nipunye! )Tua dah kan? Beliau telah tinggal kat Copenhagen hampir 42 tahun dan berabuk cakap bahasa Danish. Dah jadi warganegara Denmark dah atuk ni. Tapi masih rakyat Malaysia. Malaysia tetap dihati, tegas beliau. HEH! Selama berada kat Copenhagen, beliau la yang menjaga dan melayan kami. Nampak basikal tu? Kalo kat stesyen komuter kita, penuh dengan kereta yang parking, kat Copenhagen Central Station ni plak beribu basikal yang parking.

Kali pertama melihat bandaraya Copenhagen. Cam ni je rupanya. Tenang, tak sibuk cam kat Kuala Lumpur. Gambo ni gua rakam masa jalan kaki dari Central Station ke hotel penginapan. Tak jauh manapun. Sempat la rakam beberapa gambo. Bestnya dapat tengok matahari setelah dua belas jam tak tengok masa penerbangan dari KLIA ke Amsterdam. Sejuk tapi ok la ada sinaran cahaya matahari.

Nampak penunggang basikal tak kira tua atau muda tu? Pemandangan biasa kat Copenhagen. Penunggang basikal di mana-mana. “ Nak pegi sekolah, kolej, universiti, pasar, nak bayar bil air, elektrik atau pegi kerja, beduyun-duyun naik basikal”, ujar encik Isma pada gua. Lagi satu pemandangan badaraya Copenhagen. Tak nampakpun bangunan lebih tinggi dari Daya Bumi apa lagi KLCC!

Makanan pertama gua kat Copenhagen – Danish pastry.

Hampir habih licin nak tinggal habuk!

Kena plak dengan kopi buih bentuk hati! Kopi, minuman feveret orang eropah temasuk orang Melayu.

Lagi satu pemandangan di pagi hari yang bercahaya matahari tapi sejuk tegedik-gedik kat bandaraya Copenhagen di hari pertama sampai pada 20 Oktober 2011. Perbezaan masa antara Denmark dan Belanda dengan Malaysia adalah tepat enam jam. Lapan pagi kat Copenhagen, pukul tiga pagi kat Malaysia. Pasal tu la panjang sangat rasanya malam masa dalam penerbangan.

Walau tak ada baggage, kitorang check-in kat hotel gak. Gua dah bayangkan dari Malaysia lagi. Mesti bilik hotel kat Copenhagen hebat, cangih mangig dan lain dari Malaysia. Masuk je dalam bilik… GAAAA! Rupanya sama jer cam kat Malaysia. Ada tv, meja tempat tulis, kerusi, cerek elektrik, kopi segera, gula, tilam, bantal dan bilik air. Frust tul gua. Ingatkan hebat sangat la! Tak selera nak amik gambo bilik banyak-banyak dan tampak kat sini. HEH!

Petang hari pertama adalah aktiviti santai. Encik Isma membawa kami jalan-jalan ke rumah kenalan rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja kat sini. Tuan rumah buatkan kitorang cekodok. Selera orang Melayu dan Malaysia! Dalam perjalanan, gua ternampak poster ni. Poster konset METALLICA kat Copenhagen beb! Boleh amik gambo je la. Petang tu kitorang pegi balik ke Copenhagen Airport untuk menuntut baggage yang dah sampai. Diorang kata nak hantar ke hotel bila sampai, rupanya kena datang amik sendiri. Penipu! Apapun, syukur baggage kami selamat. Urusan menuntut baggage jadi sangat mudah bila ada orang seperti encik Isma yang fasih berbahasa Danish. Cepat jer diorang layan dan bantu. Malam pertama kat benua Eropah di bandar Copenhagen, Denmark. Selamat malam Copenhagen… kata-kata puitis dari penulis sajak, puisi atau novel. Fed up gua dengan kata-kata cam ni!

Pagi antara 1.30 pagi tersedar. Rasa puas sangat tido. “ Kek mano den ni. Apo sojuk bona plak ni?” Tanya gua pada diri sendiri. Rasa cam dah lama tidur, rupanya baru satu pagi. Maknanya baru sangat gua tido. Tapi dah rasa puas tido. Orang akan kata, “ Biasa la nak sesuaikan diri. Lagi dua tiga hari okey la tu”. Lagi sekali, gua fed up dengan kata-kata cam tu! Pagi hari kedua, 21 Oktober 2011, encik Isma datang mengambil kami untuk jalan-jalan. Hari ni belum mula bertugas. Esok baru Quality Travel Fair mula. Breakfast kat Central Stesyen. Ni sengeh-sengeh kat Central Stesyen la ni.

Encik Isma yang atur dan rancangkan program kami pada hari ni. Nak bawak kami jalan-jalan sekitar Copenhagen dan beberapa tempat yang menjadi tumpuan pelancong untuk dilawati. Gua okey je. Memang nak jalan-jalan tengok apa yang ada kat sinipun. Tempat pertama yang dilawat pagi ni adalah Istana Amalienborg iaitu istana kediaman ratu Denmark pada musim sejuk. Memang salah satu tempat tumpuan pelancong datang melawat. Nasib baik boleh sengeh-sengeh dan lambai pada ratu yang keluar menjenguk dari balkoni istana.

Ni la rupa Istana Amalienborg. Bangunan lama yang dijaga dan dijadikan kediaman diraja. Tak la canggih manggih atau reka bentuk moden. Rakyat ( temasuk pelancong ) boleh memasuki kawasan istana dan nasib baik, boleh masuk ke dalam istana. “ Kat sini, harta kerajaan adalah hak rakyat”, ujar encik Isma sebagai pemandu pelancong kami. Denmark adalah salah satu dari negara dalam Semenanjung Scandinavia yang dikenali juga sebagai negara kebajikan seperti Norway, Sweden, Iceland dan Finland yang memberi dan menjaga hampir semua aspek kebajikan rakyat. Setakat boleh masuk istana apa la sangat!


Okey la, TAMAT BAHAGIAN PERTAMA. Cerita panjang-panjang buat korang meluat plak. Kalo beminat nak tau lagi, sila ikuti bahagian kedua Quality Travel Fair 2011 di Copenhagen dengan kisah – CHANGING OF THE GUARD