Friday, September 14, 2012

PAMERAN KARTUN TULEN


PAMERAN KARTUN TULEN MALAYSIA 2012
27 SYAWAL 1433H – 14 SEPTEMBER 2012
    
Pada yang nak tengok PAMERAN KARTUN TULEN MALAYSIA, boleh la pegi ke Balai Seni Visual Negara dengan tergesa-gesa kerana pameran karya-karya asli beberapa orang kartunis oldskool tanahair masih dibuka untuk tatapan dalam pameran ini sehingga 23 SEPTEMBER 2012. Masih ada masa lagi. Beberapa karya TULEN gua sebagai kartunis Melayu dan Malaysia turut sama digantung dalam pameran ini.



Bila melihat karya-karya dalam pameran ni, ia pasti mengingatkan pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan. Betul, den tak tipu!

Sila klik di pautan Balai Seni Visual Negara kat bawah untuk maklumat atau
tipon terus kalo tak puas hati. 

Terima kasih.



13 comments:

deaf said...

aku start kenal bahasa daerah2 lain kecik2 dulu ngan humour macam Lagak A Mamud tu la.

gayour said...

deaf
iyo, ambopung same. tahu bahasa dan loghat negeri2 lain melalui kartun. salah satu sumbangan kartunis pada peminat majalah humor - mempekenalkan bahasa/loghat daerah masing2.

Ra1m1 said...

kalau dekat, sure dah pegi tgk nih!

MyJourneyMyPhoto said...

bila klik link artgallery tu tengok lain macam je website dia.. sekali Maldives punya art gallery la pulak..ekau salah taip tu, kau lotak dot mv, bukan dot my.. hahahha

Yob Aidil said...

dh pegi.. sikit sangat kartun yg demer letak (kecuali Bujal yang memang tebabomm)

karya gayour pon banyak yg baghu je (BS bile nk displaykan pulak wahai MOY?) hehehehe

gayour said...

faithcraft
biasa cam ni. cam monsters of rock kat donington atau sonisphere festival 2010 kat sofia yang ada the big four, kalo dekat nak pegi. HEH!

keep on bang your head bro!

myjourneymyphoto
harharhar! biarkan salah cam tu!
gua tak akan ucap terimo kasih apa lagi nak mintak maaf. baru ganas!buarghh! harharharrr!

yob
ya, semua karya gua yang baru. gua tak akan ucap terima kasih dalam bahasa ingelis pasal lu pegi tapi ucap dalam bahasa Melayu...

terima kaih yob!


Anonymous said...

salam abg gayour,

saya peminat abg , sejak dari zaman saya budak2, zaman majalah ujang masih best. siri Bersama-selamanya ; watak amar dan kawan-kawannya yang sangat BROTHERHOOD (kata matsaleh!) banyak menceriakan waktu2 lapang saya, ketika tu. setiap kali saya baca siri Bersama-selamanya, setiap itulah saya berangan nak jadi macam amar (cool,rambut panjang, ada motor besar dan ahem, awek comel haha)

abg gayour! terima kasih sebab menjadi antara orang yang memberi pengalaman manis utk zaman budak2 saya. u ROCK!

--shah, sri kembangan.

gayour said...

shah
waalaikumusalam
ah! tipu la. tak pecaya la lu penah minat karya2 gua! harharhar!

terima kasih kerana encik pernah meminati kisah 'bersama selamanya'. nanti boleh la ceritakan kisah tu pada anak cucu. HEH! moga encik sihat, bahagia dan dirahmatiNya sentiasa.

bersama selamanya

bofoyengfeng said...

eh, a. mamud....lejen tu...

gayour said...

bofoyengfeng
antara karya legend yang dipamerkan

fitry said...
This comment has been removed by the author.
fitry said...

hai encik Gayour :)
nama saya Ammar.Sebab nama saya Ammar ialah satu family minat at watak 'Ammar' dalam siri "bersama Selamanya" n then namakan saya sbgi Ammar. :)
thnx abg gayour.kalau boleh.boleh tunjuk gambar or majalah ujang yg ada siri 'bersama selamanya'?sbb sangat tertarik nk baca karya abg <3

gayour said...

fitry
oh, tak sangka plak makbapak encik peminat kisah bersama selamanya dan menamakan encik dengan nama watak utama iaitu AMAR.
ini antara peristiwa menarik yang gua dapat tahu dari kisah bersama selamanya.

InsyAllah, ada kesempatan gua akan poskan kat sini Amar and the gang.
encik amar boleh tengok sket pasal amar kat pautan GALERI KARTUN.
Moga terhibur Amar!