Tuesday, September 10, 2013

CITRA TERENGGANU 2013


 DOK GHOK CHETONG!
CITRA TERENGGANU 2013
05 ZULKAEDAH 1434H – 11 SEPT 2013

Sorang saing dari ICCE department emel pada ambe borang dan hadiah Pertandingan CITRA TERENGGANU 2013 yang beliau pernah sertai. “ Cuba la try masuk. Mung mesti boleh menang punya”, tegas beliau sambil meratah ikang aye nasi dagang pada gua. Tahun 2011 dulu beliau penah masuk pertandingan dalam kategori spontan dan dapat hadiah saguhati. Emmm… menarik gak cabaran ni. Pertandingan Melukis CITRA TERENGGANU diadakan setiap tahun. Tak ingat tahun bila start. Cekidaut sendiri ya. Pertandingan ini dianjurkan oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu sebagai usaha mempromosi Negeri Terengganu sebagai distinasi pelancongan dalam negeri yang menarik. Satu usaha yang berjiwa murni. Patut ditiru oleh semua muzium atau apa-apa pertubuhan/persatuan di semua negeri sebagai usaha mempromosikan produk pelancongan di negeri memasing melalui lukisan. Sediakan hadiah wang tunai yang lebih banyak dan pemenang yang ramai. Bukan tak ada bajet. Harap muzium negeri atau Tourism Nismilan ( Negeri Sembilan ) boleh tiru bulat-bulat idea ini dan anjurkan pertandingan melukis bertajuk Kenali Negeri Sembilan Tanah Beradat sebagai promosi pelancongan dan adat budaya Nismilan.
 
Sila baca sendiri hadiah dan kategori pertandingan kalo nak tahu. Kalo maleh nak baco, buek tak tau yo la! Ada dua kategori pertandingan iaitu Kategori 1 - SPONTAN dan Kategori 11 - KARYA SIAP. Pada mulanya ambe nak masuk dalam kategori spontan iaitu pergi ke muzium Ngganu Kite dan melukis secara live kat sana selama tiga hari sambil sengeh-sengeh tunjuk terer pada peserta lain. HEH! Tapi tak jadi la. Tak selesa bila orang tengok walau terasa seninya melukis begini. Gua pilih kategori Karya Siap iaitu lukis kat rumah. Boleh buat ikut suka dan tak ada siapa kacau!
Gambarkan apa saja mengenai Terengganu sama ada peristiwa atau ikon yang bila dilihat itulah Terengganu. Gua terpaksa membuat sedikit kerja seperti CSI untuk menyertai pertandingan ini. Tak susahpung, google je. Apa ya gua nak lukis? Kepok leko, nasi dagang, nasi ulam, penyu, telo penyu, ulik mayang, bot nelayang, kapung nelayang, kaing songket, sejid Kristal, monsoon cup, batu bersurat, tasik kenyir atau Ustaz Azhar Idrus…. ARGHHHH…! Beghak! Beghak nanang sungguh!
Kalo semua peserta buat semua benda ni mesti tak best. Tu semua ikon yang dah sedia popular pasal Terengganu di seluruh BolehLand. Cari yang laing boh! Peristiwa penemuan Batu Bersurat yang tersohor dan menjadi satu sejarah besar pada negeri Terengganu memberi gua ilham. Jelas batu itu diukir dengan tulisan jawi  dan pengukirnya pastinya seorang yang berilmu pasal agama dan hukum hakam Islam atau mendapat panduan mengukirnya dari seorang guru yang berilmu. Batu Bersurat membuktikan agama Islam telah sampai ke Terengganu sebelum tahun 1326 masihi. Bagaimana Islam disebarkan dalam keadaan yang serba kekurangan dengan bebagai halangan dan kesusahan masa tu? Antaranya dengan pembukaan sekolah-sekolah pondok oleh tuan-tuan guru. Dari sinilah rakyat sekitar dan yang jauh datang belajar mengaji al-Quran, fardu ain, fekah dan sebagainya. Melalui sekolah pondok inilah agama Islam disebarkan di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan nusantara.  Peristiwa kedatangan dan penyebaran agama Islam melalui pembukaan sekolah-sekolah pondok di Terengganu menjadi pilihan gua. Laing la kononnya. Dengan rakus, gua terus melakar atas illustration board. * google sendiri kalo nak tahu apa yang ditulis/ukir di ke empat-empat permukaan batu bersurat.
Cuba cari rujukan tapi tak ada yang memenuhi kehendak. Ambe terpaksa gunakan kemahiran, pengalaman, gambaran yang ambe dah save as dalam kepala hotak, gerak hati dan perasaan dalam melakar watak, mimik muka, susunan, lipatan pakaian, perspektif, pondok, pokok pisang, pohon beringin, pangkin dalam usaha murni menyertai petandingan. Karya ini boleh dikatakan 90% adalah gambaran dari imaginasi ambe sendiri!
Dah siap melakar, trus warna. Ambe gunakan warna air kerana ambe adalah pengamal warna tradisional dan telah mengamalkan sejak dari sekolah lagi! Ambe percaya akan kehebatan, kelebihan dan keistimewaan warna air walau ramai peserta menggunakan arkilik atau warna minyak. Lantak la! Tak tau apasal ambe  pilih untuk warnakan batang pokok dulu. Ntah la. Beghak nanang sungguh!

AdTerus warnakan daun. Gambaran ambe  adalah satu pemandangan di sekolah pondok tradisional di Terengganu sebelum merdeka. Sebahagian dari murid-murid tua dan muda sedang mengaji di pangkin pada pagi hari dengan guru utama di bawah pohon beringin yang besar dan rendang. Kira aktiviti luar kelas la. Ni dalam proses mewarna dan menghasilkan gambaran daun yang rendang.
Ambe hampir melakukan kesilapan yang mengaibkan iaitu memakaikan guru dan murid-murid dengan jubah serta serban semasa melakar. Sekarang jubah dan serban adalah pakaian pelajar sekolah pondok atau tahfiz. Ambe hampir terpengaruh, sedangkan apa yang ambe nak gambarkan adalah suasana sekolah pondok tradisional sebelum merdeka! Masa tu orang dok pakai lagi jubah dan serban. Mungkin hanya tuan guru saja yang memakai jubah dan serban. Anak murid hanya memakai baju Melayu, kain pelikat, kopiah, songkok atau semutar. Itulah kod pakaian rasmi bila belajar mengaji kat sejid, surau, madrasah atau pondok.

Carian di google memberi ambe maklumat yang sangat penting ni. Pada bakat-bakat baru, pastikan membuat kerja CSI sikit terutama yang melibatkan sejarah, peristiwa atau kejadian penting. Jangan main rasa atau ikut kepala hotak bejambul! Ada masa kita boleh ikut kata hati atau kepala hotak , tapi ada masa kena ikut dan patuh pada fakta atau bukti kerana maklumat yang salah memberi kesan yang buruk pada kita! Jadi berhati-hati terutama yang melibatkan hal-hal bekaitan agama Islam.

Bila dapat peristiwa yang ingin gua lukis, ambe membayangkan satu pekampungan sekolah pondok tradisional yang tenang. Pondok-pondok pelajar yang dibina dari papan, buluh serta atap rumbia yang kecil molek tersusun dengan pokok pisang, ubi kayu, serai, tebu, betik, pucuk manis di celah-celah deretan pondok. Gambaran penempatan pondok orang-orang tua kat kampong ambe dulu ambe jadikan rujukan dalam menghasilkam ilustrasi ini. Bekerut dahi ambe mengingat balik gambaran lebih 35 tahun yang lalu! ARGHHHH!

Dulu kat kampong ambe ada satu penempatan khas untuk orang-orang perempuan tua di sebelah masjid. Ya, nenek-nenek tua yang telah kehilangan suami selamanya di dunia. Dibina berhampiran dengan masjid agar mudah untuk mereka ke masid setiap kali waktu solat. Mereka tak tinggal di rumah orang-orang tua seperti sekarang tapi tinggal dalam pondok masing-masing. Mereka bukan tak ada anak cucu atau rumah tapi memilih untuk tinggal sendirian bersama kawan-kawan seusia. Masa tu masih lagi menggunakan pelita minyak. Tak ramai yang mampu menggunakan elektrik lagi. Ia seperti dalam filem purba yang kita tengok. Bekelip-kelip cahaya pelita dari jauh dan uwan duduk mengobek sirih. Sungguh klasik!

Mereka bekebun, menternak ayam, itik dan menguruskan makan minum sendiri. Anak-anak cucu sentiasa datang melawat mereka. Den selalu curi masuk dalam pondok uwan den dan curi makan lepat pisang atau apo saja kuih yang uwan den  buek. HEH!itu kenangan lamo…Kalo dikonang, banyak kenangan dengan pekampungan pondok orang-orang tua kek kampong den tu. Bukan uwan den yo tapi semua uwan kawan-kawan denpun tinggal kek situ.
Kami memang selalu datang dan menceroboh pondok uwan memasing bila mereka pergi ke sawah atau ada hal di luar. Kadang-kadang jadi tempat lepak, tempat menyorok bila kena kejar oleh mak yang mengamuk pasal dah Maghrib baru balik dari mandi sungai. Tak  ketinggalan jadi tempat tumpang tidoooo! Syukur kerana  ambe pernah merasa dan melihat  suasana penempatan pondok. Dengan ingatan yang masih ambe menggambarkan suasana dalam ilustrasi ini. Tapi sayangnya minda ambe sangat lemah dalam Ilmu Hisab! Tak tau macam mana ntah, masa leka mewarna tetiba ambe rasa nak tengok borang penyertaan dan saiz kertas lukisan. Oh, TIDAKKKKKK! Dah hampir separuh siap baru ambe sedar illustration board yang ambe guankan tak ikut ukuran yang diberi penganjut. Kecik, tak ikut saiz. ARGHHHHHHHHHHHHH! Dok ghok chetong sungguh!

Alamak! Macam mana boleh jadi cam ni? Ambe dah buat silap rupanya. Kalo hantar gak karya yang tak menepati ukuran, memang sajo buang karan dan buek ponek yo  la.  Kerakusan dan semangat yang mencanak membuatkan ambe buta! Ambe hanya amik illustration board yang sedia ada, lakar dan terus warna! Rasa cam dah ikut ukuran. Rupanya tak. Korang tengok ilustrasi tu, rasanya berapa peratus dah diwarnakan? Tu la rakus sangat! Tak tengok betul-betul saiz yang diberi. Adoii la! Ni la padahnya bila lemah Ilmu Hisap. Ilmu Hisap? Oldskool tahu la apa dia mata pelajaran Ilmu Hisap. HEH!


Kesilapan yang mengaibkan menyebabkan masa jadi makin suntuk! Tapi ambe tak patah semangat. Tekanan memberi ambe semangat untuk menyelesaikan tugasan kerana dah lebih 20 tahun ambe menghadap tekanan deathline! Ambe terus pegi cari illustration board yang lebih besar. Malangnya ambe main agak-agak saiz yang dikehendaki. Lemah minda sungguh! Bila sampai rumah, saiznya masih kecik dari saiz yang dikehendaki! ARGHHHHH! Illustation board yang ada kat kedai tak ada saiz lebih besar rupanya.  Tak perlu teragak-agak lagi, ambe terus gunakan watercolor paper murah yang bekurun dalam simpanan. Saiznya lebih besar dari ukuran yang ditetapkan tapi kualiti kertas tak berapa baik kerana sekian lama terdedah pada cahaya, udara dan habuk. Apo nak buek, tak ado pilihan lain. Selesai melakar gua terus warna atas kertas murah tu.

Ambe pilih gunakan warna air kerana ambe adalah pengamal warna tradisional tegar dan telah mengamalkan sejak dari sekolah rendah lagi! Kenapa perlu betukar pada medium yang lain. Ambe percaya pada kehebatan, kelebihan dan keistimewaan warna air walau ambe tahu ramai peserta dalam perertandingan ini menggunakan arkilik atau warna minyak yang punya kelebihan di mata juri. Lantak la! Kesilapan melukis atas saiz kertas yang tak betul mengganggu kepalo hotak bejambul ambe hingga lupa nak merakam gambo proses bermula dari lakaran awal hingga ke  proses mewarna seperti proses ilustrasi yang salah kat atas. Mungkin bagus sebagai panduan pada yang ingin belajar melukis dan mewarna menggunakan warna air sekiranya ambe rakam dan kongsi kat sini. Tapi prosesnya sama saja. Cuma yang ini ambe mulakan dengan mewarna semua watak manusia dulu. Bukan pondok, pokok atau daun kerana mengejar masa. Mengejar masa? Harharhar! Macam mana ya mengejar masa kalo boleh digambarkan? Watak manusia adalah keutamaan dalam karya ini. Jadi ia perlu dilukis dan diwarnakan dengan baik, kemas dan terperinci. Masa dan tenaga yang lebih ambe dihabiskan pada mereka! Ini yang ambe buat dulu.

Memang ambe memerlukan rujukan untuk hasil yang lebih baik dan tepat. Tapi  tak ada yang memenuhi kehendak. Ambe terpaksa gunakan kemahiran, pengalaman, gambaran yang ambe save as dalam kepala hotak, gerak hati dan perasaan dalam melakar watak, mimik muka, gaya duduk, lipatan pakaian, perspektif, pondok, pokok pisang, pohon beringin, pangkin dan semuanya dalam usaha murni menyertai petandingan. Karya ini boleh dikatakan 90% adalah gambaran dari imaginasi ambe sendiri!

Gambaran dari rakaman silam yang ambe seru kembali untuk muncul terutama gambaran pondok dan pengalaman mengaji muqaddam dan Al Quran masa kat kampung benar-benar membantu dalam menghasilkan karya ini. Bebagai gaya tak senonoh kengkawan  boleh dilihat masa mengaji. Masa tu semua budak-budak lelaki bebaju Melayu atau tshirt, kain pelikat dan songkok. Tak sorangpun berjubah. Sama gak dengan yang pompuan, baju kurung dan betudung. Sekali lagi ambe maklumkan, ini adalah gambaran pelajar agama pondok sebelum merdeka di Terengganu. Gambaran ini tidak semestinya dalam hitam putih seperti yang biasa kita lihat dalam buku atau tv. Orang zaman dulu juga memakai pakaian yang bercorak dan berwarna warni. Tengok saja pakaian sultan, permaisuri, kerabat, pembesar, panglima, inang, penari dan pengawal temasuk rakyat dalam filem-filem Melayu klasik seperti filem Hang Tuah lakonan Tan Sri Dr. P. Ramlee dalam versi warna. Kan meriah warna warni pakaian mereka!

Siap semua watak manusia diwarnakan baru ambe warnakan latarbelakang plak - pondok, batang pokok beringin dengan dahannya yang besar dan  daunnya yang lebat, banyak dan rendang sehelai demi sehelai! ARGHHHHHHHHH! Masa kat kampung dulu, kat tepi sungai ada sebatang pohon beringin yang sangat besar dan rendang dan paling cantik bila dilihat dari jauh. Ia pokok yang paling dominant! Pokok yang sangat hebat. Pokok yang sepatutnya ditakuti dengan mitosnya, tapi kat bawah dan atas pokok tu la antara tempat lepak paling best. Bila musim buah beringin masak, pergh! Kecoh dengan siulan bemacam jenis burung yang datang makan buah beringin. Seronok betul. Ambe nak menggambarkan pohon beringin yang pernah jadi tempat permainan ambe masa kanak-kanak dulu dalam karya ini. Ia mesti kelihatan hebat dan ambe berusaha sedayanya untuk menjadikannya kenyataan. Masih terbayang akan keseronokan masa lepak kat pohon beringin bersama kawan-kawan di tepi sungai… lebih-lebih lagi pada musim kemarau. Sejuk, dingin dan nyaman kat bawanya.

Masa paling banyak dan panjang ambe habiskan pada bahagian dauni. Ia memang sangat memenatkan. Bahu dan tengkuk ambe rasa dicucuk-cucuk dan sangat sakit masa mewarna. ARGHHH!  Tapi ambe suka dengan cabarannya. Tapi sekiranya ambe leka pada bahagian daun, mungkin bahagian utama iaitu watak manusia tak dapat ambe hasilkan dengan berkualiti kerana kesuntukan masa atau over deathline! Kerana itu ambe selesaikan bahagian manusia dulu. Itu yang paling penting. Itu rancangan ambe buat bila dah buat silap! Jangan buang masa dengan latarbelakang kerana tema peristiwa yang ambe pilih adalah jelas menggambarkan aktiviti manusia - pengajian agama di sekolah pondok tradisional. Bukan melibatkan nate beruk, penyu, gajah, bewok kabuk, bot nelayang, kapok leko, satta, songket atau nasi dagang. Jadi rancanglah apa yang perlu dilakukan dahulu. Gambaran penuh pokok dan daun pohon beringin. Gua boleh buat lebih baik lagi daun-daun tu. Ambe gak nak buat akar-akar bejuntai dari batang dan dahan pokok beralun-alun di sekitar pangkin. Tapi rasa cam tak kena.  Ia dah jadi gambaran pohon beringin yang kita dimomokkan selama ni. Mitos puaka pohon beringin seperti dalam lagu “Penunggu”, Sweet Charity. Satu pokok hebat yang telah dituduh dan difitnah sebagai tempat berpuaka! Malangnya nasib mu wahai beringin… Seperti malangnya nasib Sang Pungguk yang kononnya merindu dan merayu-rayu pada sang Bulan yang nun jauh di sana.


Laju Laju… buaiku laju..
pohon beringin daunnya rendang
akar berjalur cecah ke bumi
hatiku ingin hidup gemilang..


Alhamdulillah, setelah tak cukup tido hampir dua bulan dan sakit-sakit seluruh badan, akhirnya siap gak lukisan gambaran aktiviti pengajian sekolah pondok tradisional di Terengganu untuk mencabar karya-karya peserta lain dalam Pertandingan Melukis Citra Terengganu 2013. Nampak agak pudar dan tak menyerlah pasal kualiti kertas yang tak berapa bagus.

Bila dah siap rasa sayang plak nak hantar dan masuk dalam pertandingan. Macam mana ya?
Jalak lenteng si ayam sabung ni ambe lukis menggunakan rujukan. Ia bukan tumbuhan tapi haiwan dan sangat mudah dan seronok dilukis. Seperti gambaran pondok, mengaji dan pohon beringin, si jalak lenteng ni gak ada kenangan masa ambe kat kampong dulu. Dulu ambe memang ada membela seko ayam sabung. Ia satu pengalaman dan keseronokan yang ambe cari bersama kawan-kawan. Memiliki ayam sabung untuk dilagakan. Tengok ayam siapa paling terer!

Pengalaman memberi makan di tapak tangan, menjaga, merawat, membelai, mengenali, memahami dan ‘berkawan’ dengan ayam. Seronok – bila tengok ayam sabung mematuk dan menaji kepala ayam sabung kawan sampai tesembur darah! Kejam tapi apa yang difikir masa tu, hanya seronok. Sekolah pondok mesti mempunyai sumber ekonomi atau makanan. Jadi memelihara ayam, itik, kambing, ikan, lembu dan bercucuk tanam adalah sumber asas stok makanan. Kerana itu ambe memasukkan si Jalak Lenteng, jaguh kampong yang  sedang bersantai dengan sebahagian anak-anak dan isteri kelimabelasnya! HEH!

Ramai karyawan tak berapa ambik kisah dan peduli untuk meletakkan tandatangan pada karya yang dihasilkan. Mereka tak kisah akan kesan dan pentingnya tandatangan. Jangan begitu, pastikan korang menulis tandatangan korang pada setiap karya yang dihasilkan. Kenapa? Antara sebabnya;
1- untuk memberitahu bahawa ini adalah karya yang korang buat.
2- untuk orang tahu siapakah NAMA pelukis.
3- untuk memudahkan orang yang berminat menghubungi untuk pembelian atau tempahan.
4- orang lain tak boleh mengaku atau menyamar bahawa karya itu dia yang buat!
5- sebagai tanggungjawab bahawa karya itu korang yang buat!


Ambe menghantar karya dalam Kategori 11 ( Karya Siap ) ke Muzium Negeri Terengganu seminggu sebelum deathline setelah kembali ke tujuan asal iaitu nak masuk bertanding walau hati telah berbelah bagi, nak hantar ke tak bila karya dah siap. Kategori 11 Karya Siap telah bermula dari 27 jJanuari 2013 dan berakhir pada 16 Jun 2013 pada pukul 2.00 petang. Walau agak tertekan, Alhamdulillah ambe bejaya menyiap dan menghantar penyertaan dalam Pertandingan Melukis Citra Terengganu 2013 yang patut sangat ditiru penganjurannya oleh mana-mana badan warisan, muzium atau perlancongan semua negeri dalam usaha mempromosi produk pelancongan, kesenian, budaya, adat dan sebagainya. Lebih banyak pertandingan, lebih ramai bakat-bakat baru berpeluang untuk berkarya, bersaing, mencipta nama, mendapat hadiah dan menjadi karyawan hebat negara!
Beberapa hari sebelum bulan Ramadan, ambe mendapat panggilan tipon dari staff Muzium Negeri Terengganu yang tidak mempekenalkan diri terus minta nama, no.tipong dan alamat ambe. “Ni siapa ni, apa hal?” ujar ambe.’ Encik dok tahu lagi ke?’. Dok, nape? Encik adalah salah sorang pemenang saguhati dalam Pertandingan Melukis Citra Terengganu 2013. Syukur Alhamdulillah. Harapan untuk memang itu ada tapi tak la terlalu tinggi kerana peristiwa yang ambe pilih tidak atau kurang glamer, tak menyerlah seperti Ustaz Azhar Idrus, batu bersurat, penyu, Tasik Kenyir, Pulau Kapas, Pulau Perhentian, masjid Kristal,  kapok leko, batik atau nasi dagang yang merupakan ikon Terengganu. Memilih ikon-ikon itu adalah cara paling mudah untuk menarik perhatian juri pertandingan dan peluang untuk menang adalah sangat tinggi. Tapi ambe percaya dengan idea dan apa yang ambe buat. Tahniah pada semua peserta dan terima kasih pada Muzium Negeri Terengganu atas penganjuran pertandingan. Nananana.. Ngganu kite!

Aduh! Tetiba ambe rasa nak makang nasi dagang plak. Dok ghok chetong sungguh!


10 comments:

Rafi said...

Pandai bro gayour kecek ganu eh..heheh..
Btw,tahniah bro!

Nizam 'Catborg' Ahamad said...

Berat nanang mung.. >_<

Kalu kertas mahal sket mesti dapat no 3 tu. Ketah muroh kaler ye dop naik hehehe.

gayour said...

rafi
kalo nak belajar apa bahasa/loghat pung, belajar yang mencarut dan yang tak senonoh dulu, mesti cepat pandai. HEH!

catborg
kalo nak cari salah, keh memang salahkan ketah dan aok! hehehheh!

Adi Herman said...

perghh detail giler lukisan lu bro...respect! analog rules...adobe what?

Mizhar Mazlan said...

Assalamualaikum Lobai,

apo kono G3 tibo2 ilang. Sodeh bona ati den. Lamo dah den ikut, tetibi ilang. Den ingat lopeh majalah Gelihati lonyap, G3 akan toghuih botahan. tompi nampaknyo samo ajo nasibnyo....

gayour said...

adi herman
yeah, analog rules!

mizhar mazlan
nak buek cam no jang, dah sampai ajal beliau. timo kasih yo la pasal ekau ponah suko dan boli majalah g3. mugo ekau sihat, bahagio dan gumbira.

deaf-angel said...

anugerah.
Love it Gayour. Really love the step by step photos of the painting's development.

gayour said...

deaf-angel
tq my friend

hafizi said...

Bro gayour Rock abis. Salute. Bro ada Fb dok bro??

penberbulusenyum2 said...

salam abang gayour....rupanya ini karya encik kat muzium tu..tgk lukisan ni masa tgk pamer kat muzium waktu hari bagi hadiah...gila daun daunannya satu persatu....saya pun masuk jugak tapi kategori spontan...Alhamdulliah dpt saguhati......pernah masuk kategori sama dgn abg gayour dalam anugerah pekomik 2012...kalau datang trganu elo elo ngn saya.... tahun ni 2014 ada lagi ptandingan ni lagi...jgn lupa masuk lagi........ooppps lupa saya penberbulusenyum...lawat blog saya penberbulusenyum.blogspot.com. tq n salam pkenalan