Wednesday, November 27, 2013

FISHING SAFARI 2013


FISHING SAFARI 2013 
25 MUHARRAM 1435H – 28 NOVEMBER RAIN 2013
BAHAGIAN SATU

Tuan editor majalah LIBUR, encik Meor panggil gua, “Gayour, gua dapat jemputan dari Tourism Malaysia Kedah dalam program Fishing Safari anjuran diorang. Gua tak dapat pegi, lu wakil gua bleh?”, tanya tuan editor pada gua.” Majalah UMPAN gak pegi”, tambah beliau lagi.


Maka pada 25 Oktober yang lalu, gua dengan Ijai ( editor majalah UMPAN ) berangkat seawal 7.00 pagi dari Subang terus ke Alor Setar dalam memenuhi jemputan Fishing Safari Tourism Malaysia Kedah. Pemandangan matahari pagi yang mengasyikkan dari udara. Teringat masa gua dari Amsterdam ke Copenhagen dulu. Rupanya sinaran matahari pagi kat eropah dan Kedah sama saja kerana bintang matahari yang sama. HEH! 
Kat airport Sultan Abdul Halim baru bekenalan dengan rakan-rakan media dari Kuala Lumpur yang turut sama dalam program ni. Rombongan terawal jamaah haji baru sampai dari Mekah pagi ni. Agak sesak. Gua ambik kesempatan dengan menyapa, memberi salam sambil memeluk dan mengucapkan tahniah pada sorang pakcik yang baru bertitle haji. Tak kenalpun pak cik tu. Tapi beliau tak kisah, beliau senyum bila gua bersalam dan memeluk beliau. Ambil berkat. Dari airport kami terus di bawa ke destinasi pertama iai. tu Homestay Kampung Pantai Jamai, Alor Setaq.  Kampong terbaru kat Kedah yang menyertai program homestay.  Program kat sini dimasukkan disaat akhir. Mulanya tak ada dalam tentatif program. Tak kisah la. Kami ke sini untuk sarapan pagi yang sangatlah enak dan lazis! Kami dihidangkan dengan nasi lemak dan pulut. Apa yang best? Paling best adanya ikan puyu pekasam- ikan masin, kelapa kukur, ubi kayu dan sambal tumis makan dengan pulut. PERGHHH! Tiga kali gua tambah! Ada lagi ikan haruan goreng. Lama tul tak makan ikan haruan. Kat homestay ni dapat rasa. Alhamdulillah.
Apa kami buat kat sini? Tak ada buat apa-apa, hanya sengeh-sengeh saja. HEH! Jemputan dari pengerusi program dan peserta homestay adalah untuk silaturahim dan mempekenalkan homestay mereka dan bagi tau apa yang ada kat sini. Ada sebatang sungai yang berada di tengah-tengah kampung dan ia adalah kebangaan dan tarikan utama di sini. Sungai ini adalah penyeri, semangat dan nadi seluruh penduduk kampung.
Sungai ini adalah penghubung, penjalin kasih sayang, pengubat duka, penghilang penat dan tempat penduduk kampung lepak sambil bersembang dan memancing. Bila sampai musim kemarau, seluruh kampung turun ke sungai menangkap ikan. Itulah kehidupan dan keseronokan mereka di kampung. Jeles gua!
Sesi bekenalan dengan pengerusi ( kanan ) dan AJK projek homestay temasuk Pengarah Tourism Malaysia Kedah, encik Roslan Othman( tengah ) dan wakil dari Lembaga Kemajuan Pertanian Muda ( LADA - tiga dari kiri  ). Penerangan yang pendek dan padat dari pengerusi projek. Mereka sangat mengharapkan bantuan promosi  dari rakan-rakan media. Homestay Kampung Pantai Jamai ini adalah 'anak bongsu'dalam projek eco-pelancongan homestay negeri Kedah Darul Aman. Memang perlu sangat pada promosi. Inilah antara tujuan utama rombongan kami dijemput ke sini.
Antara tujuan lain ke sini adalah mancing ikan puyu kat sungai kebanggaan kampung ni.  Masa tengok tentatif program, aktiviti ni yang buat gua nak join! Mancing ikan puyu. Yeahoooo! Tapi sayang, tak dapat nak mancing pasal kami tak lama kat sini. ARGHHHH!
Jembatan yang jadi laluan utama penduduk, tempat lepak sambil memancing. Di sepanjang sungai masa keluar dari kampung ni, gua nampak mak cik, pak cik, nenek, atuk dan kanak-kanak ralit mancing. Memang sungai ni jadi hiburan dan keseronokan  penduduk kampung. Moga sungai ni dijaga dengan baik. Bukan semata sebagai produk atau aktiviti homestay tapi sebagai khazanah alam yang perlu dijaga.
Gambo kenang-kenangan bersama orang kampung, pengerusi, AJK, peserta, wakil MADA, pengarah dan staff Tourism. Ah, Ijai! Sibuk je panjat kerusi nak begambo! Terima kasih semua atas layan baik pada kami. Sarapan pagi yang lazissss! Pada semua rakyat Malaysia of The BolehLand, boleh la cuba try datang menginap kat Homestay Kampung Pantai Jamai atau mana-mana homestay. Rasai pengalaman hebat kehidupan kampung di sini.
 
Sket info pasal homestay Kampung Pantai Jamai.
-    Projek ni adalah atas usaha penduduk kampung dengan Majlis Perbandaran Alor Setar dan MADA
-    Dirasmikan pada 30 Ogos 2013 ( memang masih bayi lagi! )
-    Untuk permulaan, 10 buah rumah/keluarga terlibat dalam projek ni.
-    Bermacam aktiviti disediakan untuk pelancong kat sini. Antaranya mestilah mancing ikan puyu, keli, haruan , bujuk, lampam, baung.
-    Boleh naik beskal,  moto, kereta, lori, bas, keretapi, kapatebang atau jalan kaki untuk ke sini. Kalo naik bot, perahu, sampan, rakit atau kapal selam lagi senang. Ikut saja arus sungai. Parking rakit kat bawah jembatan. Jimat minyak. HEH!
-    Kat mana homestay ni? Google sendiri la ya.
-    Sungai kat sini tidak berselut tapi berpasir dan selamat.  Tak ada buaya, naga, anakonda, jerung atau pirana!
-    Berhampiran dengan beberapa tempat bersejarah dan menarik.
-    Bila musim buah, makan buah-buahan la kat sini.
-    Selamat datang ke Homestay kampung Pantai Jamai, Alor Setaq. Baguih dok ada!
-  Antara aktiviti lain, main nyorok-nyorok, main pondok-pondok, main kombat kombat, tangkap lintah, tangkap berudu dan tangkap pacat. Ni gua yang tambah. Tak adapun aktiviti ni. HEH!

Habih acara kat Kampung Pantai Jamai, kami terus ke Empangan Pedu yang terkenal .  Kali pertama gua sampai dan melihat keindahan Tasik Empangan Pedu. Hanya dengar cite dan tengok gambo selama ni. Kali ni bepeluang sampai. Empangan yang dibina pada tahun 1969 yang bertujuan sebagai bekalan air domestik dan industri . Google sendiri untuk maklumat lanjut.
Sampai saja, penguasah bot house menyambut kami dengan air kelapa muda. Tengah panas memang laziss minum air nyok muda. Alhamdulllah. Lazisss!
Songeh-songeh begambo dengan banner pogram bersamo orang kampung den. Jumpo plak orang kampung kek Pedu ni hah. Samo sekali datang dari Kolumpo. Kek Pedu ni baru dio togo ( tegur ) den. Apo la kau jang! Kampung budak tu ( nampak bosa tapi pangkat budak dengan den ) kek sebolah kampung den kek Bahau suna hah.
Fishing Safari bermula dengan mancing ikan puyu kat Kampung Pantai Jamai, sekarang kat Tasik Pedu plak. Program ni bertujuan untuk mempromosikan tempat/lubuk mancing di negeri Kedah kepada pemancing seluruh Malaysia dan dunia kerana di mana-mana, aktiviti memancing dah jadi hobi atau kerjaya yang diminati ramai. Ado duo sobab den songeh-songeh ni. Satu pasal paneh, duo baru jumpo oghang kampung. HEH!
Bot yang membawa kami ke bot house kat  tasik Pedu ni

Lepak rendam kaki dan biarkan anak-anak ikan urut kaki kat sinipun boleh . Free!
Dulu masa kat kampung, gua dah buat aktiviti ni. Lepak lepas mandi atau makan tebu ramai-ramai tepi sungai, biar kaki tejulur dalam sungai... krik! krikk! Beratus ikan kecik-kecik datang memberi khidmat membersihkan daki dan kotoran kek kaki. Masa tu sungai masih cantik. Airnya jernih. Ikan banyak. Kalo ayaq sungai Kampung Pantai Jamai jernih, boleh buat aktiviti gigitan ikan kecik ni. Pastikan ikan kecik, bukan bapak toman atau buaya! HEH! Tak sangka la plak sekarang ia dikomersilkan. 

Mr. Teng Wei ( editor Harley Owners Group Malaysia Chapter - HOG ) dengan tangkapan ikan jelawat dari bot house.

Lagi ikan jelawat yang rakus membedal pancing. Cantik sungguh sirip jelawat liar yang merah menyala kat sini.

Saudara Moh Seng ( dari majalah Sirip ) sedang skodeng sambil merakam gambo anak-anak kalui yang berani bermain-main di sekitar bot.

Banyak anak ikan kalui main-main di sekitar bot house dan paling rakus membedal umpan.

Gorengpun sodap ni!

Sebahagian dari lauk makan tengahari kami atas bot. Ayaq basuh tangan, ayaq asam, sambai belacan,  sup utagha, siakap (masak apa ni ya) dan sekali lagi… ikan pekasam! ARGHHHHH! Tak boleh tahannnnn....
Lepas makan, bersiap-siap untuk memulakan penjelajahan sekitar Tasik Pedu dengan bot yang disediakan. Masa untuk menduga ikan yang ada di tasik Pedu. Aji King menjadi penaja peralatan pancing sepanjang program Fishing Safari ni.
Gua dengan selambanya naik bot yang tak berbumbung pasal nak menikmati pemandangan konon. Gerak meninggalkan bot house.

Pemandangan biasa di tasik atau empangan. Alamak! Awan dah hitam!

Sangkar ternakan ikan gak ada kat sini. Tu, nampak sangkar tu? Menurut nakhoda bot, pengusaha sangkar membela ikan siakap dan ikan tilapia.

Tak nampak ya. Nah, amik kao!  Nampak?

Arghhhh! Awan hitam makin menghampiri. Habih la! Habih la!

Walau jelas hujan akan turun, tapi gua cool dan sempat sengeh-sengeh begambo belatarbelakangkan empangan.
“Tu, nampak tu. Tu la empangan Pedu yang sebenarnya!” ujar gua sambil tersengeh-sengeh sebelum kami ditimpa hujan yang tersangat la lebatnya kat tengah tasik. Uuuu…uuuu… nyesal cheq naik bot ni. Tak ada tempat nak beteduh. Kalo Ijai dan Moh Seng nampak, mesti kena gelak. Uuu…uuuu... Nakhoda parking kat tepi tasik dan beberapa sobat mula mancing dengan teknik casting dalam hujan lebat. Ada sehelai banner kat bot dan gua belindung jadikan khemah sepanjang hujan turun.  Tak la lencun sangat. Sobat lain habih lencun!Rasakan. HEH!
 Pergh! Tak sangka plak hujan.Tak boleh buat apa-apa. Mancingpun tak dapat ikan. Setelah hujan berhenti, kami terus pulang ke bot house dan terima kasih Tasik Pedu. Jumpa lagi sekiranya diizinkaNya. Sayang tak dapat pergi banyak tempat kat sini. Tak apalah. Tasik Pedu yang gua dengar kisahnya selama ni telah gua terokai sebahagiannya. Sayang, ikannya tak ganas dan rakus menelan umpan. Kami meninggalkan Tasik Pedu menuju ke tempat tido kami malam ni plak.

TAMAT BAHAGIAN SATU FISHING SAFARI

8 comments:

Sicher said...

fuyooo....bestnya...

Rafi said...

Tempat menarik,cantik..bagus juga di pelihara sungai n tasik tu..takla tercemar..tq for the info bro..air kelapa yg berapa bijik sekali hadap sorang2 ke bro?heheh..

deaf-angel said...

cam biasa Gayour jarang post, tapi post...best giler.

kalo tak baca artikel ingat ko jual air kelapa tu haha.

Gayour aku paling suka foto boat house tu.

gayour said...

sicher
makan pulut dengan ikan pekasam memang best dan terbaiek!

rafi
saj gua amik gambo sorang2 dengan nyok muda tu. nampak rakus sket. HEH!

deaf-angel
tak sangka gua ada tokoh juai ayaq nyok muda rupanya. hehheh!

lu suka boat house tu pasal awek tu kan? gua tau akal lu bro. HEH!

Unknown said...

Enko selamat, tak kena hujan gayour.. Pasai ada banner..

mohseng said...

Cer cerita kisah bertapa..k , digunung jerai..

gayour said...

unknow
harhar!biarkan saing yang lain basah lencun!

mohseng
sabaq nuu... akan didedahkan nanti

moh Seng said...

Hihii..misteri gunung jerai...