BERSAMA SELAMANYA
20TH ANNIVERSARY
KILLKILLKILL!DIEDIEDIEE!
APRIL 1994 -APRIL 2014
Empat album thrash metal dari BIG 4 telah lebih 27 tahun diterbitkan.
Album 1984 dengan lagu ‘Jump” yang meroboh dunia telah berusia 30 tahun.
Shout At The Devil juga telah berusia lebih 30 tahun!
Holy Diver dan The Last In Line telah lebih 29 tahun diterbitkan.
Album Appetite For Destruction dari The most dangerous rock n’ roll band in the world dah menghuruharakan dunia lebih 26 tahun.
Back In Black telah menguasai dunia rock n roll lebih dari 30 tahun.
Live Evil telah berusia 30 tahun lebih.
World Wide Live dan Live After Death pulak dah lebih 28 tahun
Cinta Buatan Malaysia, Belenggu Irama dan Battle Of The Bands telah lebih 27 tahun.
Album Black Metal yang melahirkankan sub-genre Black Metal telah ditebitkan lebih 30 tahun yang lalu.
Novel ‘ Seorang Tua Di Kaki Gunung’ yang sangat gua sukai telah berusia lebih 28 tahun!
Vulgar Display Of Power baru melalui aniversari yang ke 20 tahun.
Kini kisah Bersama Selamanya telah berusia 20 tahun sejak diterbitkan pada tahun 1994.
Setelah meninggalkan majalah Geli Hati pada tahun 1992 dan Gila-Gila pada 1993, gua dipelawa oleh kartunis Ujang untuk bersama dalam team penerbitan malajah UJANG dengan saudara Aie dan Nik Wafdi sebagai angkatan kartunis pertama pada penghujung 1993 dan awal tahun 1994.
Gua tak tahu nak buat cerita apa dalam majalah baru ni walau ada beberapa idea. Tapi masih tak berapa best dan masih mencari. Encik Ujang memberi kebebasan pada kami untuk mengemukakan apa saja idea. Untuk permulaan dalam keluaran pertama, gua berseronok dengan melayan kesukaan dan minat gua pada muzik dengan menghasillkan kisah pasal genre muzik yang bertajuk MUSIC MANIA. Setelah sekian lama, patutnya tajuk cerita tu tak begitu. Ahh! Masa tu apa nak fikir sangat. Buat saja!
Gua berseronok melukis kisah tu selama tiga keluaran terawal majalah iaitu pada keluaran 02, 03 dan 04 sebelum bermulanya kisah Bersama Selamanya pada keluaran nombor 05 – 15 April 1994.
Masa buat kisah Metal Mania, encik Ujang telah mengingatkan dan bertanya pasal cerita bersiri yang akan gua buat. Masa tu sahabat gua Aie telah bermula dengan kisah ABE yang ditulis oleh encik Ujang. Gitu gak dengan Nik yang dah mula berseronok dengan encik Tandoori Payat nya! Dua muka ilustrasi kat atas adalah dari Music Mania siri dua dari tiga bahagian dalam keluaran majalah UJANG nombor 03- Mac 1994
“Cerita apa gua nak buat?”.Ia memang sedikit tekanan pada masa tu. Setelah 20 tahun, gua dedahkan bagaimana ilham tercetus, menjadi idea lalu ditulis dan dilukis menjadi satu kisah yang diminati.
Gua ingin, hendak dan berhajat sangat untuk membuat satu kisah yang “diingini atau dikehendaki” oleh peminat humor tanahair. Kisah dan watak-watak yang dinanti-nantikan oleh semua. Kisah yang bukan diminati tapi dikehendaki! Bukan kisah biasa atau kisah cinta biasa yang dibuat oleh ramai pelukis kartun. Gua nak buat suatu yang mengejutkan! Gua memaksa diri untuk mendapatkan idea. Akhirnya setelah membuat kajian dengan melihat dan membaca kisah-kisah yang dibuat dalam majalah-majalah humor masa tu, gua tahu apa yang gua nak buat dan gua tahu apa yang rakyat mahukan! Inilah kisah yang rakyat mahukan setelah sekian lama dihiburkan dengan kisah humor rakyat yang biasa.
Dengan penuh yakin dan percaya dengan ilham yang diberikanNya, gua mula merancang jalan cerita dan watak.
Penciptaan watak adalah satu yang paling gua suka. Senang sangat kalo nak tackle pembaca terutama awek-awek – mereka nak watak lelaki berambut panjang yang kacak! Hah! Tercipta la AMAR. Itu adalah cinta pandang pertama peminat walau Bersama Selamanya bukan kisah cinta. Ia kisah persahabatan, kisah kasih sayang bukan kisah cinta lelaki perempuan yang mengucapkan ‘aku cinta kamu!’.
Amar dan watak-watak lain – Din Senget, Dollah , Mat Tepet dan Pet gua cipta dengan penuh kasih sayang sebagai satu perlambangan persahabatan. Masa belajar sastera dulu, cikgu mempekenalkan ayat perlambangan ni dan gua menggunakannya di sini. HEH!
Ada yang tanya, ‘ gua tensen la dengan Mat tepet tu brader. Ada ke orang cam Mat Tepet tu bro?” dan beberapa lagi pasal Mat Tepet.
Gua jawap, “ masa berkawan, kita bertemu dengan bemacam jenis perangai kawan-kawan. Pasti ada yang perangai tak senonoh, gila-gila cam Mat Tepet. Mat Tepet mewakili sahabat kita yang begitu". Ia mudah dikenali, paling popular dan boleh bekawan dengan semua orang. Orang begini paling diingati dan kita merindui beliau.
Begitu juga dengan Joe si penyangak. Ada orang begini disekeliling kita. Sifat dan perangai manusia begini gua masukkan dalam Besama Selamanya.
Masa memikir dan merancang kisah ni, gua dah memutuskan, TIDAK ada watak awek cun dalam kisah ni! Kerana ini bukan kisah cinta murahan biasa. Cukup watak emak, adik kembar dan mak cik Amar saja. Ini yang telah gua putuskan. Tak ada awek tegedik-gedik mengada-ngada! Bukan gua anti perempuan. Kan gua dah kata, gua nak buat suatu yang mengejutkan! Tengok saja awek-awek yang dilukis oleh kartunis lain.
Sedang berseronok berkarya dalam beberapa keluaran, gua TERPAKSA mencipta dan memasukkan satu watak awek. ARGHHHH! Kena lukis awek? Ini sama sekali menyangahi apa yang telah dirancang. Kenapa jadi cam ni?
Pertama, kerana menghormati dan meraikan peminat perempuan yang mula mengikuti kisah ni.
Kedua, tak boleh hidup tanpa perempuan. Ini fitrah kejadian manusia. Cukup dengan alasan ni.
Terciptalah watak LIN. Awek cun berambut kriting. Cukup.
Baru sekali keluar, Lin dah punya ramai peminat, pasal ramai yang tanya ( melalui surat masa tu. Kalo emel dah ada, tak tau la cane gua nak jawap ). ARGHHHHH! Gua tak suka. Gua tak suka! Kan gua dah cakap, ini bukan kisah cinta! Pasal tu la awal-awal lagi gua tak nak buat watak awek. Manusia jenis lelaki pasti akan terpesona. Aduhaii… inilah yang berlaku. Orang bertanya, “ Amar dengan Lin tu bercinta ke?”. Gua benar-benar kecewa dengan pertanyaan ini. Cerita mengejutkan yang gua rancang telah musnah!
Tak apalah, gua memujuk hati. Inilah kenyataan dan yang ‘diingini’ oleh rakyat. Gua akur dan meneruskan watak ini sehingga gua melakukan satu kejutan dengan menjalankan tanggungjawap gua sebagai seorang kartunis yang bepengaruh besar pada generasi muda, remaja dan belia masa tu dengan ‘menghijrahkan’ watak Lin dari tidak menutup aurat rambut dengan memakaikannya kain tudung menutup aurat rambut. Ini satu tindakan paling mengejutkan dalam sejarah kisah kartun/komik tanahair. Gua melakukannya pada watak yang disukai. Gua percaya, itu satu tindakan yang betul. Ia satu sumbangan dan tanggungjawap sebagai seorang karyawan beragama Islam terhadap pembaca Islam yang lain.
Seorang sahabat berkata masa makan tengahari,"gua beli dan baca kisah Bersama Selamanya kerana watak Lin”. Gua marah beliau. Harharhar!
Bersama Selamanya adalah satu luahan hati dan perasaan
terhadap banyak perkara dalam kehidupan.
terhadap banyak perkara dalam kehidupan.
Sempena ulangtahun 20 Tahun kisah Bersama Selamanya, ada beberapa perkara yang ingin gua kongsi dengan semua yang pernah mengikuti kisah itu dulu. Masa zaman tidak ada internet, google, smart phone i-pad dan lain-lain gajet. Zaman penuh keseronokan dalam menjalani hidup sebagai seorang pelajar dan remaja. Apa yang dikongsi ni tak pernah gua dedahkan pada sesiapa. Ia hanya kat blog gua ni saja. Antara yang gua nak kongsi adalah mengenai beberapa skrip asal Bersama Selamanya seperti kat atas.
Cam tu la rupa skrip asal keluaran pertama Bersama Selamanya. Gua tulis penuh untuk keluaran pertama. Tapi bila dah siap, gua tak gunakan semua skrip. Ia dibahagikan untuk dua keluaran iaitu keluaran pertama dan kedua. Hanya tiga baris ayat digunakan untuk keluaran pertama dan di bawah garisan itu adalah skrip untuk keluaran kedua. Skrip ini ditulis pada 03 Mac 1994, hari Khamis.
NO PAIN NO GAIN adalah lagu dari Scorpions yang gua tulis sebagai motivasi la kononnya masa mula menulis kisah ni. Ia pasti suatu yang sangat mencabar dan meletihkan!
Keluaran PERTAMA Bersama Selamanya, Amar baru sampai ke Subang Air Port dari United State of American Heavy Metal. Gambaran yang salah. Biasanya penerbangan antarabangsa terus masuk ke bangunan terminal. Kapatebang tak landing jauh dari bangunan. Kalo landing jauhpun ada airport bus/ bus pickup yang amik penumpang dan bawak ke bangunan terminal. Tapi masa gua kat Schapol Amsterdam dulu, kapatebang landing jauh dari bangunan. Ntah la! Gua rasa salah. ARGHHHHHHH!
Skrip bahagian Ketujuh Bersama Selamanya. Apa yang ada dalam skrip dan keluaran ni? Sebenarnya dalam bahagian keenam watak ni mula kuar. Watak Lin mula dipekenalkan dalam bahagian enam dan tujuh siri bersama Selamanya. Bahagian enam dan tujuh adalah pertemuan pertama antara Dollah, Din, Mat Tepet dan Amar dengan Lin di stall burger mereka. Tengok bagaimana gua merancang layout dan skrip mengikut kotak-kotak kat bawah tu sebagai guide bila melukis. Bakat-bakat baru boleh menggunakan cara ini dalam merancang layout cerita.
Gua memberi kerjaya tiga sahabat iaitu Din, Mat Tepet dan Dollah sebagai penjual burger kerana ia satu kerjaya yang pernah gua buat. Senang nak lukis stall burger dan segala yang bekaitan dengan burger. Lagipun ia satu kerjaya yang cool dan sesuai untuk metalhead di seluruh dunia. HEH!
Pertemuan pertama dan mata bertentang mata antara Amar dengan Lin dengan efek panahan petir! Hey! perasan tak tu ada watak Slash dan Black interframe! Harharhar!
Skrip bahagian lapan belas ni plak adalah pertemuan pertama antara Amar, Mat Tepet, Din dan Dollah dengan Pet dalam keadaan Pet sedang dibelasah! Keadaan pertemuan yang tidak sepatutnya. Tapi inilah yang gua rancang. Pekembangan plot cerita jadi lebih brutal selepas pertemuan ini. HEH! Gua memberi apa yang rakyat mahu! More metal, more big bike and more vulgar display of power! HEH!
Pet sedang dibelasah dan bantuan yang tak diduga tiba yang akhirnya membuatkan Amar, Din Senget, Mat Tepet, Dollah dan Pet menjadi sahabat setia.
Kejadian yang biasa kita tengok kat drama swasta dan filem. Seseorang menolong seseorang yang dalam kesusahan dan akhirnya menjadi sahabat sejati yang saling membela. Nilai-nilai murni ini yang gua masukkan dalam kisah Bersama Selamanya. Masa sekolah dulu, guru sastera gua banyak bertanya, berbincang dan mendedahkan nilai-nilai murni, jati diri dan maruah yang terdapat dalam novel Seorang Tua Di kaki Gunung. Gua cuba mengamalkan nilai-nilai murni itu dalam novel grafik Bersama Selamanya.
Pada tahun 1992, Image Comic telah ditubuh oleh tujuh orang pelukis komik hebat yang keluar dari Marvel Comic. Mereka telah menerbitkan komik-komik yang membuka lembaran baru dalam industri komik dunia dan telah menjadi pencabar terhebat pernah dihadapi oleh syarikat DC dan Marvel Comic sejak mula ditubuhkan! Selain dari watak hero solo, apa yang menarik dari komik-komik baru terbitan Image Comic ini adalah mengenai super team. Mereka muncul dengan super team bertajuk WILD Cats, Cyber Force, Wetworks dan beberapa lagi. Gua sedari dalam setiap super team ada satu watak bagak berbadan besar yang gagah perkasa. Kalo dalam The Avangers adalah Hulk.
Watak Pet gua cipta sebagai watak paling hulking dalam team Amar sebagai meraikan super team yang dicipta oleh Image Comic. Kalo mereka ada watak bagak dalam team/komik mereka, kami di Malaysia juga ada watak begini sebagai jawapan!
Akibatnya, Pet jadi antara watak yang diminati dalam siri Bersama Selamanya.
Sekitar tahun 1987 hingga 1989, gua selalu datang hantar kartun ke majalah Geli Hati kat Taman Tun Dr. Ismail dari kampung gua kat Bahau Nismilan sana. Lepak la dalam sehari dua. Biasa tido kat studio bersama beberapa orang kartunis yang menjadikan studio sebagai rumah mereka. Keadaan yang biasa masa tu. Masa tu la gua dapat tengok banyak buku ilustrasi dan grafik dari merata dunia yang belum penah gua tengok sebelum ni. Dari buku tu gua mula mula kenal beberapa pelukis hebat yang membuka lebih besar pandangan gua terhadap seni lukis. Bila bekerja di majalah Geli Hati pada tahun 1990 dan tinggal dengan senior kartunis iaitu kartunis YO ( sekarang dah haji dan bersama dalam dept. ilustrasi ), gua kenal lebih ramai pelukis ilustrasi, pelukis komik dan kartun yang hebat seperti Frank Frazetta, Boris Vallejo, H.R. Giger, Luis Royo, Ken Kelly, Michael Whelan, Hajime Sorayama, Joe Jusco, Moebius, Richard Corbener, Aragones dan ramai lagi dari koleksi buku dan komik EPIC, Heavy Metal, ERIE, MAD kepunyaan Haji YO temasuk Azman Yusoff, Jaafar Taib dan Mohas.
Nama-nama hebat ini membuatkan gua ‘cemburu’ setiap kali melihat hasil karya mereka. Gua berusaha untuk meningkatkan kemahiran dengan meniru karya-karya mereka sebagai latihan! Sekitar 1992 dan 1993, dunia komik dikejutkan dengan kemunculan seorang pelukis komik dari British yang berjiwa metal tegar iaitu encik Simon Biz Bisley melalui komik LOBO. Sebenarnya beliau telah dikenali dengan siri ABC Warriors dalam komik 2000 AD. Melihat LOBO yang dilukis oleh encik Biz membuat gua lebih ‘ganas’ berkarya. Gua conteng watak LOBO kat mana suka temasuk dalam buku skrip. Ilustrasi LOBO tu adalah sebagai penghibur di kala keresahan. HEH!
Bersama Selamanya adalah khas untuk semua metalhead yang inginkan satu kisah mengenai dunia underground muzik metal. Ramai peminat yang tak tahu apa-apa pasal muzik, genre dan nama-nama band, mengetahui mengenai band metal melalui kisah Bersama Selamanya. Dulu masa gua belum melukis. Hanya seorang peminat majalah humor, adalah satu yang mengujakan sekali bila kartunis senior seperti guru gua, Kutil YoYo selalu menulis nama band rock/ metal seperti Scorpions, Deep Purple, Dio, Led Zepp, AC-DC, Black Sabbath, Iron Maiden, Uriah Heep, Rainbow, Rolling Stone, MC5, UFO, MSG, T-Rex, Meat Loaf, Aerosmith, Angel Witch, Bad Company, Blue Oyster Cult, Budgie, C.C.R., Diamond Head, Dire Straits, Queen, Santana, Whitesnake, Lynard Skynard, Greatful Dead, Jimi Hendrix, Alice Cooper, Pink Floyd, The Who, Thin Lizzy, ZZ Top, Kiss, Saxon, Motorhead dan banyak lagi atas tshirt, kat pokok, kat booth talipon, tandas, kat beg sekolah atau tembok dalam karya kartun mereka.
Lagi best bila ada karya kartun Mat Rock lepak sambil nyanyi lagu-lagu rock atau slow rock . WHOA! Ia membuatkan gua tesengeh-sengeh suka. Gua kata pada diri, “ nanti gua nak buat cam ni gak, tulis nama band rock dalam karya gua!”. Dari pengalaman dan kehendak sebagai peminat muzik rock, itu yang gua lakukan dalam Bersama Selamanya. Menulis sebanyaknya nama band metal yang kemudian jadi maklumat dan pengetahuan pada ramai peminat. Gua melakukan banyak kajian dan rujukan dalam menghasilkan bahagian pasal muzik ni.
Joe, watak antogonis yang gua cipta sebagai pelengkap kisah dan kejadian dalam Bersama Selamanya temasuk dalam realiti kehidupan kita. Ada hitam ada putih. Gua rasa sangat kasihan dan simpati dengan watak Joe terutama masa babak dia meluahkan isi hati pada Amar di hospital. Realiti kehidupan bila terbiar tanpa kasih sayang. Manusia boleh jadi 'manusia' atau 'syaitan!' walau kita diberiNya akal dan fikiran. Mana baik, mana buruk. Sorang kawan dan peminat kisah ni telah meluahkan rasa hatinya pada gua..."patutnya Amar belasah Joe sampai mati.! Jangan bagi buka kat dia. Tonyoh dan seret muka dia kat jalan!". Gitu luahan hati dan rasa bencinya. Inilah yang gua maksudkan realiti kehidupan. Kebanyakan tidak akan memberi peluang kedua pada seseorang. Musnahkan dia! Apa kesalahan besar Joe sebenarnya ya?
Pertemua kedua antara Amar dengan Joe dan pergaduhan pertama antara mereka dalam kisah Bersama Selamanya yang menjadikan kisah ini betambah brutal!
Cover volume satu koleksi Bersama Selamanya. Setelah 20 tahun, masih ramai yang bertanyakan koleksi ni pada gua kalo ada lagi.
Cover koleksi Bersama Selamanya Volume 2. Hampir separuh dalam koleksi ni adalah pasal konset, lumba motor dan KILLKILLKILL! DIEDIEDIEEEE! Koleksi yang sangat brutal kandungannya.
Laungan DIEDIEDIEE! masa bergaduhan antara Amar dengan Joe setelah tak puas hati lepas perlumbaan motor adalah dari lagu Creeping Death.
( Bersama Selamanya bahagian 71 )
Laungan KILLKILLKILL! gua tambah untuk menunjukkan ketegangan dan semangat membunuh . Lalu jadilah KILLKILLKILL!DIEDIEDIE! yang secara tidak dirancang jadi tagline Bersama Selamanya.
Antara lakaran cadangan cover untuk koleksi volume 2 yang tidak digunakan. Senang cakap direject la!
Lakaran saja berseronok dengan watak-watak utama Bersama Selamanya berkain pelikat. Watak awek bertudung dan berjubah itu gua gunakan ( dan improvekan ) dalam siri Bersama Selamanya musim dua yang dapat gua buat beberapa siri kat majalah Blues Selamanya sebelum gua berhenti dan bertukar tugas kat Kumpulan Media Karangkraf. Gua sangat suka melukis musim kedua Bersama Selamanya kerana ia lebih ke arah kasih sayang, kekeluargaan dan lebih spiritual. HEH!
Setelah 20 tahun, kisah Bersama Selamanya menjadi ingatan, kenangan dan ikatan kasih sayang yang berkekalan antara gua dengan peminat. Peminat yang telah meninggalkan komik dan kartun yang gua ditemui di mana-mana akan bertanyakan kisah itu. Ia sangat mengharukan sekali. Ia satu penghormatan pada gua dan jadi satu kenangan indah dalam hidup. Gua sangat terharu dengan sambutan, perhatian dan sokongan semua peminat pada kisah Bersama Selamanya.
Terima kasih dari gua, Amar, Din Senget, Mat Tepet, Dollah, Pet, Lin, Joe dan semua dalam siri Bersama Selamanya.
Bersama Selamanya mengingatkan pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan walau 20 tahun telah berlalu!
bersama selamanya
20th anniversary
april 1994 - april 2014
KILLKILLKILL!DIEDIEDIEEE!
WE ROCK!