Friday, April 11, 2014

FISHING SAFARI 4


FISHING SAFARI
BAHAGIAN EMPAT
11 JAMADIL AKHIR 1435H – 11 APRIL 2014

Patutnya lama dah post bahagian empat ni. Tapi malas punya pasal ( walau ada banyak keje sebenarnya …) baru boleh post siri Fishing Safari yang dah bebulan-bulan berlalu! Lagi teruk rupanya siri ni tak boleh habis sampai bahagian empat, ada banyak lagi gambo-gambo rupanye. Lagi la gua rasa tetekan! ARGHHHH!
Patutnya tak perlu tensen pasal blog ni. Rilek. Bukannya apa sangat. Tak ada siapa yang paksa. Tapi gua dipaksa ada blog! Bila dah ada blog, kena la rajin update. Jangan bio berabuk betahun-tahun tak update buat orang  yang rajin mengikut rasa cemuih dan meluat! Ah, lantak la!
Ayuh ikuti bahagian empat siri Fishing Safari yang tak la best mana.


 Sampai kat Simfoni Resort Langkawi, terus begolek-golek atas katil yang suci 
bersih dan kemas. Jangan biarkan katil tu tebiar kemas. Ia perlu disepah-sepahkan! 
Kalo boleh baling tv dan perabot ke luar ikut tingkap! Baru rock star! Har fragin har!  Petang hari pertama di Langkawi, kami tak ke mana. Lepak sengeh-sengeh kat hotel. Aktiviti kami belah malam nanti. Malam lepas solat Maghrib, kami dibawa ke Laman padi Langkawi untuk acara penutup dan penyampaian hadiah acara Langkawi International Fishing Tournament (LIFT) dan makan malam bersama wartawan, pengarah, pegawai dan semua peserta LIFT.


Bila la gua bleh dapat pancing ikan bagak cam ni. Ntah la. Untuk motivasi, amik gambo dengan beliau saja la. HEH!


Sebahagian dari ikan pancingan peserta LIFT yang dipamerkan pada semua tetamu. Tak la berapa hebat tangkapan diorang. Itu tak penting, yang penting adalaj hadiah yang diperolehi pemenang. Apa guna patah pinggang tarik ikan tapi hanya dapat hadiah cerek elektrik!

Tak dapat yang bagak, dapat yang  tegantung-gantung nipun dah ok.
Habih program, pemandu kami  ( pegawai tourism ) tanya, ‘ sapa nak berfoya-foya, shooping atau jalan-jalan, naik van tu. Yang nak balik tido, naik van ni”. Gua naik van ni. Balik, nak tido! Malam pertama kat Langkawi. Pulau Lagenda yang terkenal dengan kisah Mahsuri Si Cantik Jelita yang sangat tragis. Ada dua kesudahan dalam kisah sejarah/dongeng  lagenda Melayu kita. Satu kesudahan yang menggembirakan dan satu lagi pengakhiran yang tragis dan menyedihkan. Mahsuri dan Hang Nadim adalah pengakhiran yang tragis! Dulu… gua belajar sejarah Mahsuri dan Hang Nadim masa sekolah rendah darjah 6 Hijau untuk lulus peksa Sejarah. 


Pagi lepas sarapan, kami memulakan aktiviti santai dalam Fishing Safari di Pulau Lagenda kat Gunung Mat Chinchang. Apa buat kat sini, panjat gunung lagi ke? Ya, lepas Gunung Jerai, hari ni kami panjat Gunung Mat Chinchang plak!


Ada banyak kisah lagenda kat Langkawi selain kisah Mahsuri yang paling popular. Lagenda Mat Chinchang dan Mat  Raya antara kisah yang lain. Sila google kalo nak tahu pasal kisah manusia gergasi ni. Kalo dulu kedua makhluk gergasi ni pernah betumbuk  hingga mengubah bentuk muka bumi Langkawi, tapi hari ni Gunung Mat Chinchang dah jadi satu tempat tarikan pelancong paling popular di dunia! Hari ni kami nak naik atas Gunung Mat Chinchang dalam masa beberapa minit saja
 dengan cable car. Harhar!


Tiket gua untuk menuju ke kemuncak Gunung Mat Chinchang.


Are you ready to ride the sky? ARGHHHHHHHHHHHH!


Inilah kereta kable dengan teknologi dari Austria dan Switzerland yang terkenal dengan aktiviti dan sukan pergunungan salji yang digunakan dalam pembinaan menara dan teknikal kat sini. Jangan risau tentang kesalamatan dan kualitinya. Tapi kalo nak aksideng belango atau hilang cam MH370, tak ada siapa boleh menghalang qada dan qadarNya.


Gambaran lebih dekat kereta kebal yang tergantung-gantung melalui kabel membawa pelancong nun ke atas gunung. Adrenaline gua dan bergelora tak ingat masa ni!


Tempat ni memang sentiasa ramai dengan pengunjung dan pelancong. Semua teruja nak naik cable car dan naik ke langit!


Bismillahirohmanirahim. Moga selamat perjalan kami ni. Amin. Pandangan dari cable car yang baru belepas meninggalkan stesyen utama. Lalala… tak takut! Tak takotpun…


Piewww… perjalanan kami nun sayup atas sana. Nampak jalan tanah merah kat bawah tu? Itu adalah laluan untuk kenderaan ATV pada yang suka aktiviti lasak la kononnya tapi nakot nak naik cable car. Losers!


Untuk ke puncak,cable car perlu melalui menara ni. Masa pencangkuk cable car bergesel kat sini la rasa paling tak best. GULP! Rasa suspen tak ingat!


Makin tinggi dan makin jauh meninggalkan stesyen utama dan bumi! Uuuu…uuuuu… Pemandangan laut Langkawi makin jelas kelihatan. Melihat pemandangan laut dan pulau adalah cara paling bekesan untuk menghilangkan rasa nakot semasa dalam perjalanan ke puncak gunung. 


WHOA! Pemandangan tak disangkarable! Kelihatan Air Terjun Tujuh Tingkat yang juga salah satu tempat yang dijunjungi ramai kat pulau Langkawi ni. Air terjun yang mempunyai kisah lagendanya yang tersendiri.


Hey! Itu  bukan Air Terjun Tujuh Tingkat la. Air Terjun Tujuh Tingkat ada kat Pahang!  Tadi tu adalah Air Terjun Telaga Tujuh.  Sila google untuk kisah dongeng air terjun ni. Weee… makin jauh meninggalkan bumi. Hujan rintik-rintik plak sket. Menurut staff tourism yang bersama gua dalam cable car ni, “ kalo hujan lebat atau angin kuat, untuk keselamatan, cable car akan berhenti  kat mana-manapun sepanjang kable ni bersama penumpang hingga keadaan cuaca kembali baik. Nasib la tegantung lama manapun!”. Uuuu... uuuu... terbaiek!
Makin menghampiri stesyen di puncak Gunung Mat Chinchang. Yeahooooo!


WOOO…! Inilah Titian Gantung Bengkok Gunung Mat Chinchang  yang termasuk dalam 10 jembatan paling merbahaya di dunia! Syabas Malaysia! Malangnya masa kami ke sini, jembatan ditutup. Tak boleh nak jalan-jalan atas jempatan ni.  Mungkin tak selamat? Ntah la...


Alhamdulillah, selamat sampai ke puncak Gunung Mat Chinchang. Apa lagi, sengeh-sengeh amik  gambo sebagai bukti gua dah sampai ke sini!


Suasana kat stesyen atas gunung. Pemandangan cam kat shooping mall atau mana-mana tempat yang biasa kita pegi tapi tempat ni di ketinggian 713 meter ( 2,339 kaki ).

  
Sengeh-sengeh bersama editor majalah UMPAN, encik  Ijal kat atas Gunung Mat Chinchang.


Bumbung ni adalah stesyen hentian terakhir cable car membawa penumpang dan 
u turn turun ke stesyen kat bawah semula. Sebenarnya ada dua stesyen masa perjalanan ke puncak gunung ni. Nampak yang jauh sayup tu, itu adalah stesyen pertama dari bawah sebelum ke stesyen terakhir. Kalo nak turun sengeh-sengeh begambo kat situpun boleh. Pas tu amik cable car lain untuk ke puncak. Ikut suka la. Sama gak masa turun, boleh singgah kat stesyen tu kalo tak puas hati atau sayang bayo mahal-mahal terus turun. Nak tido kat situpun boleh!

Pulau Langkawi berada betul-betul berada di sempadan perairan laut dengan Thailand.  Tu dia, pulau di seberang tu adalah dalam Thailand. Tapi ikut sejarah, pulau tu dan banyak lagi pulau-pulau yang lain adalah milik Kedah pada asalnya. Tak tau apa silap atau perjanjian, ia milik negara gajah putih sekarang. Sayangnye…


Biasa tengok gambo orang tunjuk, “ kat situ la pak cik nampak UFO, big foot tu. Kat sana la hantu pocong  tu jatuh tesungkur bila tepijak kain kapan beliau sendiri! " dan macam-macam gaya lagi orang menujuk. Guapun nak gak buat cam tu. Belah sana tu Laut Andaman, benua eropah dan Thailand. Hehee..


Jembatan Langit yang tidak boleh dimasuki pengunjung! Amik gambo je la.


Pemandangan di tingkat satu tempat meninjau.Sebelum ke tingkat dua, singgah kat sini dulu pasal kat sinipun boleh merakam gambo dari semua arah dan pemandangan yang cantik gak. Boleh nampak hampir semua pulau Langkawi.


Tempat meninjau atau melihat paling paling atas di stesyen. Ada dua tempat meninjau di sediakan. Satu kat sini dan satu lagi nun belah sana. Nampak? Kedua-dua tempat ni ada dua tingkat. Boleh pegi kat belah manapun. Ikut suka la. Semua pemandangan cantik.


Keadaan cuaca yang baik dan cerah membuatkan pandangan lebih jauh dan mempersonakan. Dari puncak gunung ni kita boleh menikmati pemandangan alam ciptaanNya yang menakjubkan sekali. Dari sini kita boleh melihat suatu yang tak boleh dilihat masa kat bawah. Pandangan jauh saujana mata memandang ke laut lepas, kehijauan gunung-gunung yang becacak-cacak atau pulau-pulau yang berselerakan hingga ke Thailand.



Puncak menara telekomukasi atas puncak gunung megah menunjuk langit. Tengah panas tapi kelihatan bulan nun jauh di langit biru. Nampak? Kalo tak nampak, menurut firasat Nujum Pak Belalang....


 Laut Andaman yang luas terbentang luas, sayup mata memandang. 


Pemandangan bahagian belakang pulau Langkawi yang menghadap ke Thailand dari tingkat dua tempat meninjau. 


Banjaran Gunung Mat Chinchang di mana menurut kisah dongengnya menjadi tempat beliau dan rakan baik iaitu Mat Raya bertumbuk ribuan/ratusan tahun yang lalu. Pertempuran dahsyat yang menyebabkan tercetusnya nama Kuah, Belanga Pecah, Tanjung Cincin di sini. Lebih hebat, terbentuknya Gunung Mat Chinchang dan Gunung  Raya.


Gunung Mat Chinchang dinamakan sempena nama Mat Chinchang. Gunung Mat Raya plak sempena nama Mat Raya. Kali pertama gua dengan nama Gunung Mat Chinchang,  bekerut dahi gua. Bio betul nama gunung ni, Gunung Mat Chinchang?


Nama Mat Chinchang menarik perhatian gua. Siapakah beliau? Pada gua nama ni adalah nama Melayu yang paling ganas, kejam gile dan menggangu fikiran. Tapi kalo pecahkan nama ni mengikut ejaan, Chin dan Chang dah jadi nama orang Cina plak. Ntah la. Bayangkan seorang pembunuh yang mencincang mangsanya. Huh! Memang sadis, kejam gile! Itulah yang gua gambarkan pasal nama Mat Chinchang. Gua tak tau kalo ada maksud lain pasal nama ni. 


Apapun gua suka nama sadis ni dan sesuai sangat kalo menamakan band genre brutal death metal dengan nama CHINCHANG. HEH! 


Deretan gunung yang tegak tajam-tajam seperti dicincang-cincang ni berakhir di laut yang memisahkan dengan pulau-pulau dalam wilayah Thailand dan Laut Andaman. Mana Gunung Mat Raya yang paling tinggi di Langkawi? Ntah la. Guapun tak tau di mana beliau berada. Pada yang tahu, tak perlu bagi tau. Cari sendiri ya.

Tamat bahagian keempat program Fishing Safari. Hari kami bersantai di Langkawi. Lepak atas gunung sambil menikmati keindahan alam. Kalo tak malas, gua akan post bahagian keenam secepatnya  dalam tiga empat bulan lagi. HEH!

aduuu... maleh eh lak haii!


4 comments:

deaf-angel said...

dahsyat nye perjalanan keta kabel tu, ko tak payah sapu minyak kapak kat kepala ke Gayour? haha.

ikan tu dah nak sama tinggi ngan ko dah aku tengok.

D'arsil said...

besarnya kerapu tu..

gayour said...

deaf-angel
ya, perjalanan yang sungguh mengerikan bila pandang ke bawah!
walau ngeri tak ingat, ia satu pengalaman yang hebat. lu kena cuba try bro!

d'arsil
kerapu bagak cam tu bukan lagi dipanggil kerapu tapi dah jadi kertang!

Kalam Rasyid said...

Boleh makan ke kerapu besar macam tu bang?