Tuesday, April 21, 2015

ComicXcel


ComicXcel dan Wacom CINTIQ
03 REJAB 1436 - 22 APRIL 2015

Kali pertama gua cuba melukis menggunakan tablet jenama Wacom model Cintiq yang canggih mangih masa memenuhi jemputan dari myNEF ( New Entrepreneurs Foundation ) kat bandar Damansara Perdana dalam majlis Demo Day ComicXcel pada 27 Februari 2015 yang lalu.

Gua pergi bersama Presiden dan Naib Presiden PEKOMIK ke program ni. Setelah berakhirnya pembentangan projek komik dari 10 orang pelajar terbaik ( terbaik? ) tibalah masanya untuk makan biri-biri panggang dengan rakusnya setelah membaca bismillah. Yeahhh! Biri-biri bukan kambing!

Memang ada banyakkkkkkkkkkkkk... yang gua nak kritik, hina, keji dan komen pasal hasil kerja pelajar yang membentangkan projek komik mereka. Tapi gua mungkin akan jadi agresif dan emosi yang boleh menjahanamkan moral dan semangat pelajar atau lebih teruk boleh menyebabkan rusuhan! Harharhar! Jadi adalah lebih baik gua berdiam dan batalkan niat. Mungkin lebih mendatangkan dosa dan fitnah dari
kebaikkan. Makan biri-biri panggang lagi baik. Nyumnyumm...

Masa selesai basuh tangan setelah membelasah beketul tulang rusuk biri-biri panggang ( makan dengan tangan la baru ada feel...), gua terpandang pada tablet Wacom Cintiq yang terbiar kat sebelah receptionist laluan keluar dari bangunan myNEF. Gua menghampiri beliau dan bertutur dalam hati, " Eh! Ni tablet Cintiq ni!Err... boleh guna cuba try ke?" Tanya gua pada staff myNEF kat situ. " Ya, sila. Ni memang untuk digunakan oleh sesiapa yang nak mencuba". 

Apa lagi, keterujaan gua terhadap Cintiq melupakan biri-biri panggang dan dua sahabat yang masih membelasah  makanan kat luar. 

 Kali pertama gua melihat Editor in Chef Marvel Comics, encik Joe Quesada menggunakan tablet Cintiq melukis Spiderman dalam saluran DisneyXD cukup membuat gua berdarah hidung.ARGHHHHH!

 Hari ini, kat myNEF, gua melukis menggunakan tablet Cintiq buat pertama kali. Tablet Cintiq memang berbeza dari Tablet Intuos 5 Touch yang gua gunakan sekarang. Best eh lak haiii! Lagi bagus kalo ada guru yang mengajar dan menunjukkan cara yang betul menggunakan Cintiq pasal benda ni memang kena berguru! Latihan berterusan adalah diperlukan untuk cepat, cekap dan mahir mengendalikan untuk hasil karya digital yang hebat! 

Sedikit info pasal program ComicXcel

“Comic Accelerator” atau ComicXcel adalah sebuah program khas selama 3 bulan untuk individu atau syarikat tempatan yang mahu memulakan perniagaan dalam industri kandungan kreatif. Program ComicXcel yang telahbermula dari bulan Disember 2014 kini berusaha untuk memaksimumkan hasil kerja kreatif para peserta. 

Semua peserta dikehendaki menyiapkan sebuah komik (18 mukasurat) yang lengkap dengan jalan cerita tetapi mengikut kreativiti masing-masing. Di bawah program ini, peserta telah menjalani kursus dimana mereka diberikan 
pendedahan dalam pengurusan bakat dan IP (hakcipta) mereka.


Dalam usaha myNEF bagi menjayakan program ini, inilah masanya para peserta  bukan sahaja membuahkan hasilkreativiti melalui komik tetapi untuk ketahap yang lebih tinggi seperti animasi, permainan, komik digital,siri cereka adiwira / filem, perlesenan watak dan cenderamata. 

Kenapa  hampir semua 10 pelajar memilih tema, kisah dan watak yang menyusahkan seperti kisah sejarah zaman purba yang memerlukan kajian, fakta dan ketepatan. Kan susah tu. Mula-mula berkarya kenapa tak buat kisah yang mudah, seronok,
menghiburkan dan horey horey?

Buat la cerita lastik burung, mancing ikan puyu, bekelah kat air terjun, main bola dan lain-lain aktiviti yang pernah dilakukan dan menyeronokkan. Mungkin pada mereka kisah-kisah cam tu tak mencabar, biasa dan lekeh. Nak la buat kisah yang hebat dan mencabar sket. Baru la bleh show off dan mencabar diri la kononnya buat kisah-kisah yang menyusahkan. Pasal tu banyak salah itu ini...

Pada semua pelajar, belajar dan berusahalah meningkatkan mutu lukisan dalam semua perkara. Ya, lukisan dulu, kendian cerita. Itu saja, cakap banyak, banyak plak dapat dosa. Moga berjaya pada semua dan moga gua gak berjaya memiliki tablet
Cintiq suatu masa nanti. HEH!

8 comments:

Sicher said...

Assalam saudara Gayour

Fuhhh best tu guna Cintiq. Sekali 15k harga dia...(tapi ada je yang china punya macam Huion atau Yiynova. okey jugak)

Its about time kerajaan kita adakan ComicXcel ni...baru naik semangat anak muda nak berkarya. Ramai kawan yang terror melukis dan buat komik time sekolah lupakan terus hasrat diorang...lalu memilih kerjaya spt arkitek dsb...

kalaulah kawan tu dia terus melukis komik, tentu karya dia dah top sekarang ini. Tapi nak buat macam mana, dorongan takde.

Semoga generasi baru kartunis malaysia akan lahir dari program ni, yeah

berteromber said...

Budak2 sekarang manalah ada lastik burung, mancing ikan puyu, bekelah kat air terjun...macamanalah dorang nak pandai buat cerita2 macam tu...hahahaha...

bro...tak pergi pameran Lagi-Lagi Gila-Gila kat Galeri Petronas?

deaf-angel said...

thanks for sharing Gayour.
Aku ada tengok hasil budak2 muda zaman sekarang dorang cakap drawing pakai tablet tapi ko nye info ni siap ngan software semua...
makin aku paham sikit2...
thank you
Aku ada baca Derek Riggs fully dah guna komputer sekarang untuk drawing pasal hanya kerana dia ada penyakit yang boleh makin teruk jika dia expose kat pewarna guna berus.

gayour said...

sicher
ya, BENAR! PELUANG adalah antara perkara penting selain bakat, minat dan semangat untuk berkarya.
tapi pasal dorongan gua tak setuju. untuk berjaya, tak perlu dorongan dari sesiapa selian dari diri sendiri!
itu yang gua amalkan!

berteromber
itu adalah masalah besar sekarang dalam kandungan komik atau kartun pelukis muda hari ni. hampir tak ada yang bercirikkan budaya atau kisah setempat/lokal.
semua nak buat kisah zombi, robot atau fantasi dengan pengaruh manga.

gua dah pegi melawat sabtu minggu lepas. syoknya dapat tengok karya2 lama yang mengingatkan pada kenangan lama seperti Don ( Dan, Din , Don ), Jaafar, Kerengge, Allahyarham Rejabhad, Haji ZBH dan karya awal Azman Yusoff yang WOW! karya warna Ujang memang teruk! Harharhar!
Akibat lawatan tu, sakit kaki gua beb. ARGHHHHH!

deaf_angel
cintiQ antara tablet terbaik dan idaman ilustrator seluruh dunia la ni. boleh install software apapun yang kita selesa gunakan.

ya, ramai ilustrator oldskool tepaksa belajar dan beralih ke digital. haha! apa nak buat, makin tua, macam2 penyakit hinggap. selain mr. Derek Riggs, ilustrator/pelukis komik yang gua minat iaitu mr. Richard Corben dah lama beralih ke digital, padahal painting traditionalnya tersangat la superb macam digital

metal brain asylum said...

wacom mmg best bang. saya ada sebijik kat rumah, mengumpul habuk. jahahah. tp betul apa abg kate, kene utamakan lukisan dahulu baru cerita. Tapi kalo kat US, pelukis dan penulis cerita , tugas mereka asingkan? anyway thanx for the info bro.huhu

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

sepatu Online said...

jadi nambah ilmu


kalo sempat mampir ke Toko saya
Pusat Sepatu Bagus


Faith Craft said...

Eh.. tadi ada laporan bro ada kat Padang Besar, shopping sakan? hehehe.