Saturday, August 22, 2015

MAJALAH UJANG DALAM KENANGAN


MAJALAH UJANG DALAM KENANGAN
HARUM SUBUR DI HATI
08 ZULKAEDAH 1436H - 23 OGOS 2015


Siapa sangka, akhirnya majalah UJANG DAN APO? terbitan MOY Publication ditamatkan penerbitannya pada 06 Ogos 2015 yang lalu. Semua rakyat BolehLand dah tahu mengenai penamatan penerbitan majalah UJANG kerana populariti majalah UJANG yang sangat diminati oleh peminat humor tanahair pada pertengahan tahun 90an dulu hingga sekarang. Berita ini yang gua ketahui dari sorang sahabat kartunis dari majalah UJANG sangat memeranjatkan sekali. Gua terkedu, kelu seribu bahasa dan sangat sedih kerana gua bersama saudara Ujang , Aie dan Nik Wafdi adalah pelopor majalah UJANG dari keluaran pertama pada tahun 1994.

Ramai yang tanya,’ kenapa brader Gayour, Aie dan Nik tak guna nama buah, sayur atau ulam-ulaman seperti kartunis UJANG yang lain?”. Kami tak guna kerana kami adalah pelopor. Encik Ujang menyatakan yang dia akan menamakan kartunis-kartunis baru yang akan menyertai majalah UJANG selepas kami dengan nama-nama buah,sayur serta ulam itu sebagai trademark kartunis majalah UJANG. Sebut saja nama Sukun, Duku, Petai atau Bawang… semua peminat majalah UJANG dan majalah humor yang lain tahu, itu kartunis majalah UJANG.

Pada tahun 1991/92, masa gua bertugas di majalah Geli Hati ( terbitan Kumpulan Media Karangkraf ), kartunis Bawang pernah menghantar karya beliau ke Geli Hati dengan menggunakan nama KAYU. Kahkahkah! Gua gelakkan beliau masa beliau mempekenalkan diri sebagai kartunis KAYU melalui talifon. Pasti beliau kecik hati. Ahhh! Lantak la! Bawang antara kartunis terawal menggunakan nama pena yang pelik sebelum terbitnya majalah UJANG. 

Kini semua tinggal kenangan. Apa nak dikata. Guapun tak nak kata lebih-lebih kerana ia sangat menyedihkan. Banyak kenangan pahit, manis, masam, payau, kelat, tragik, sedih serta mengharukan selama 10 tahun ( 1994 - 2004 ) gua bersama majalah UJANG  Ia jadi satu kenangan terindah dalam hidup dan kerjaya gua sebagai kartunis yang akan gua ceritakan pada anak dan cucu. 

Cover keluaran pertama majalah UJANG – Januari 1994 dengan tagline MAJALAH LAWAK ANTARABANGSA yang bakal menjadi fenomena dan kegilaan peminat majalah humor tanahair. Majalah UJANG muncul dengan idea-idea baru yang gila, sewel dan hebat! Kandungan yang luar biasa dan di luar kepala hotak fikiran, menguja dan yang paling penting ia MENGHIBURKAN! Inilah rahsia kejayaan majalah UJANG selain dari kemunculan kartunis-kartunis baru yang sangat bersemangat dan berbakat. Ramai peminat yang masih bersekolah lagi masa keluaran pertama ini diterbitkan.
Luahan hati dan perasaan kartunis- kartunis kat belakang ( back cover ) majalah UJANG keluaran pertama. Ujang datang pada kami dengan kertas yang telah dia lukis dan conteng.Terus beliau berkata,"sila conteng ikut suka korang kat sini!" Hahaha! Sungguh seronok masa ni.
Cover keluaran nombor tiga, EDISI SUPER GURIH. Apa maksud GURIH. Siapa tahu?  MUSIC MANIA PART 2 dalam keluaran ni. Pioneer of Heavy Metal, Speed Metal, Doom Metal, White Metal, Funk, Reggae dan Blues
Music Mania Part Three of Three dengan kisah muzik Grunge, Hardcore, Rap, Death Metal, Grindcore, Glam Metal dan Thrash Metal! dalam keluaran no 4  ini sebelum bermulanya siri Bersama Selamanya dalam keluaran no.5.

Ini adalah ilustrasi cover pertama majalah UJANG keluaran no 6 yang gua lukis  bersama Ujang. Watak Slash dan Black dihina oleh Din Beramboi! Sayangnya nama gua tak dikredit. ARGHHHHH! Siri Bersama Selamanya Bahagian Dua dalam keluaran ni.

Masa kat majalah UJANG, gua tak banyak  melukis cover. Boleh kira berapa kali saja kerana banyaknya tugasan. Keluaran no 79 ni sekali lagi gua berpeluang untuk melukis cover. Gua mencadangkan kelainan la kononnya pada konsep cover isu ni. Tu yang jadi hitam putih. HEH!  Amar dan Joe sedang KILLKILLKILL! DIEDIEDIEE! dalam Siri Bersama Selamanya keluaran ini.

Iklan koleksi Bersama Selamanya Vol. 1 yang tak berapa laku kat back cover keluaran no.79. Masa ni korang tak nak beli, sekarang baru la tanya, "ada lagi tak, mana nak cari?" HEH! Tak sangka diva penyanyi dangdut masa tu iaitu Mas Idayu tersalah beli koleksi ni. Harharhar! Mr. Steven Spielberg, Bawang dan Mr. Dave Mustaine turut membeli! WOW! Gua terharu…. Robek Hati ku!

Cover terakhir majalah APO? Sehingga keluaran 398, hampir ke 400!
Cover dan keluaran terakhir majalah UJANG nombor 505 yang diterbitkan. Setelah 20 tahun 7 bulan 6 hari, akhirnya majalah UJANG ditamatkan penerbitannya bersama ‘pesaing dalaman’ iaitu majalah APO? yang diterbitkan beberapa tahun setelah majalah UJANG.

 Gua mencari masa untuk pergi menziarah dan melawat sahabat-sahabat kartunis kat MOY setelah menerima berita penutupan majalah UJANG dan APO? sebagai sokongan pada sahabat-sahabat lama yang pernah bersama dahulu.

Beberapa hari setelah berita penutupan operasi dan penerbitan majalah UJANG dan APO?, gua datang sendirian ke pejabat MOY untuk menziarah. Bersama kartunis Lepat, Manggis dan Pengarah penerbitan terakhir APO?, saudara Pandan.

Bersama kartunis Lalang yang badannya keras cam tiang elektrik masa gua peluk dia. HEH! Dah beruban satu kepala pak cik Lalang ni. Manggis, Lepat, Lalang dan Bawang ( dah balik masa gua sampai ) adalah antara kartunis lama dan tua dalam majalah UJANG.

Sebelum balik, sempat lepak minum-minum bersama sahabat lama dan baru kenal dari majalah UJANG dan APO? Yang tersengeh-sengeh paling kiri tu adalah kartunis Lambok yang karyanya sangat diminati dan popular dalam majalah APO?

Yang depan sekali tukang selfie ni adalah kartunis Cendol juga dari APO?. Moga semuanya tabah dan sabar dengan dugaan yang berlaku.
Kejayaan majalah UJANG menjadi satu fenomena dan menyebabkan kerjaya sebagai seorang kartunis begitu popular dan diminati ramai remaja dan belia pada pertengahan tahun 90an dulu. Ramai bakat-bakat baru muncul dan bersaing untuk menjadi kartunis di majalah UJANG atau di majalah humor yang lain. 

Ramai sekali kartunis –kartunis baru muncul dengan pelbagai stroke, cerita dan karakter. Ramai yang berjaya dan menjadi kartunis yang terkenal di BolehLand sepanjang 20 tahun penerbitan majalah UJANG dan APO?
Tak ketinggalan ramai gak yang losers kerana gua rejet tanpa belas karya-karya tong sampah yang mereka hantar ke majalah UJANG. Harharhar!
Harap mereka semua berjaya dengan kerjaya lain setelah gagal menjadi kartunis. Heh!

Besarnya sumbangan majalah UJANG, kartunis dan penerbit, Kharisma Publication hingga ke MOY Publications Sdn.Bnd pada dunia kartun tempatan. Dunia kartun tanahair jadi sangat meriah sepanjang  tahun 90an dahulu seperti meriahnya dunia kartun pada tahun 80an yang dikuasai oleh majalah Gila-Gila.

Terima kasih pada semua karyawan dan penerbit yang pernah menjadi sebuah kuasa besar dan terhebat dalam sejarah penerbitan majalah humor tanahair. Gitu gak terima kasih banyak-banyak pada semua peminat humor tanahair yang menjadi penyokong dan peminat tegar majalah UJANG semenjak diterbitkan.

Besarlah harapan gua moga nanti akan terbit majalah humor baru yang berkonsepkan kartun tulen Malaysia seperti majalah Gila-Gila, Geli Hati, Batu Api, Gelagat atau UJANG yang akan mengembalikan semula kegemilangan majalah humor tanahair. In shaa Allah.

Penutupan majalah UJANG tidak bermakna berkuburnya majalah humor tanahair dan terputusnya perhubungan serta silaturahim antara kartunis dengan peminat. Kita akan tetap BERSAMA SELAMANYA.

TERUSLAH MENYOKONG KARTUN, KOMIK DAN ANIMASI TEMPATAN!

UJANG - 1994 – 2015
sad but true



29 comments:

deaf-angel said...

Kenangan ye ni semua untuk peminat2.
Kotak besar isi minuman air berkarbonat yang 1.5liter tu la aku simpan Ujang setiap isu.
Simpan sampai dah tak boleh simpan pasal dah takde ruang kat rumah.
Buang semua.
Tapi tetap dalam ingatan.
Tapi nanti makin usia makin lupa sikit2 , lupa sikit2, memory fades orang kata.
Sama cam kampung la, zaman dulu takde kamera pun, semua ingat dalam kepala, makan berdozen tahun, pelan2 pelan2 hilang dari ingatan.

Rasanya Ujang Super bumper Hari Raya zaman 90an aku tak buang, masih kat gerobok somewhere. Aku akan treasure.

drakurie said...

Bro, aku masa ting. 3 kalau x silap masa 1st keluar, kawan aku dah khabarkan awal, excited giler masa tu dan kertas dia kalau x salah warna putih kan kat dalam halaman bercetak tu? Sebab nama Ujang, ni kes Aku Budak Minang la majalah ni boleh dikatakan "boom" serta-merta. Ujang, Ajin "mcm biscut", Aie dan Brother sendiri yang mula nama terawal ada dalam tu... Sebalik kontroversi lepas Ujang keluar sebab hak cipta ke apa kes dulu, terus aku jarang beli dah, tumpang baca jer "sorry".... Majalah yg ada identiti macam Gila_Gila dan Ujang ni rasa dah pupus byk kartun sekarang dah berunsur Jepun dengan mata besar bapak, dah hilang identiti... RIP Ujang, kenangan masa sekolah... manis... salam Bro...

Sicher said...

Masa sekolah tahun 90an cekgu sekolah cakap "Jangan bawak majalah hiburan macam URTV, Mangga, mempelam, manggis ke sekolah....tapi majalah Ujang tak pe." Kalau abang Gayour nak tau, ramai budak2 sekolah yang terinspirasi nak jadi kartunis masa Ujang diterbitkan. Budak darjah 1,2,3 start lukis Cupin, Dicky, Amar etc (tu baru sekolah saya, satu Malaysia?)

lawak antarabangsa Ujang memang lateral thinking...di luar kotak pemikiran. Dia punya punchline tu kita tak expect. Macam mana korang cari idea? Ada gua untuk bertapa kot? Sebab takde majalah lain yg lawak macam ni.

Satu lagi yg saya respek, art kartunis majalah Ujang memang jelas dan detailed. Macam Sukun atau Petai, diorg lukis sampai setiap inci panel ada isi tapi tak menyesakkan mata. Kat situ saya belajar tentang line weight. Karakter majalah Ujang sampai orang curi buat stiker motor dan t-shirt...

P.S. Sampai sekarang saya tertanya...siapa sebenarnya Batpupu & Payung? Adakah mereka tinggal di Australia selepas grad?

gayour said...

deaf_angel
betul, kenangan boleh hilang tapi nanti suatu ketika kita akan teringat balik kerana sesuatu sebab. terima kasih kerana pernah menjadi pembeli dan peminat setia majalah ujang. bro.

you don't remember
i'll never forget

drakurie
komen kedua terpanjang
majalah ujang diterbitkan untuk memberi hiburan sebenar melalui majalah humor pada semua rakyat Malaysia. terima kasih atas sokongan encik sejak dari tingkatan tiga lagi! moga encik lulus ( walau tak berapa cemerlang ) dalam srp/pmr masa tu. heh!

sicher
komen pertama paling panjang (syabas!)
kalo semua cikgu seMalaya perangai cam cikgu encik, mungkin jadi masalah. kes akan dibawa ke Parlimen dan didebatkan! harharhar!apapun tahniah pada cikgu sekolah encik.
batpupu & payung? gua baru dengar nama ni. gua tak tau. mungkin nama ni muncul selepas gua meninggalkan majalah ujang

Silverian said...

Majalah Ujang apart of Metal Scene In Malaysia...
Antara Khazanah Negara yang akan terus dikenang...
All the best buat kartunis Majalah Ujang semua especially Brader Ujang...
* Hidup kita gurau gurauan, Hidup tidak susah orang * Senapang Patah(XPDC)

berteromber said...

Setuju dengan Silverian....Majalah Ujang dan secara khususnya saudara Gayour adalah apart of Metal Scene in Malaysia.

Secara jujurnya saya membeli majalah Ujang semata-mata kerana saudara Gayour. Mula meminati karya beliau sejak dari Gelihati. Banyak juga karya-karya beliau yang saya cilok sebagai modal untuk mengurat...har..har...har...

Sayangnya semua tinggal kenangan...saya dah lupa bila kali terakhir saya beli majalah Ujang...pernah juga membelikannya untuk anak-anak...sayangnya zaman dah berubah...budak-budak zaman sekarang tidak lagi kemaruk degan majalah komik sebegini...tak pasti di mana silapnya...

Sayangnya koleksi Majalah Ujang saya (dari bil no 1 ) telah hilang/di buang...Bak kata Tom Keifer..."Don't know what you got till it's gone..."


gayour said...

silverian
"Majalah Ujang apart of Metal Scene In Malaysia..."
ntah la. gua buat/lukis kerana minat dan kongsi dengan yang minat. itu saja

berteromber
cis! lu jadikan kartun/karya gua sebagai modal nak mengorat!
genius. HEH!
yeah, bila dah tak ada/hilang baru terasa. 'apa nak dikata' kata XPDC

terima kasih kerana pernah bersama majalah ujang

bofoyengfeng said...

Kenangan. Banyak kenangan. Yang gua ingat memang syok baca time bulan puasa dan dekat2 nak raya...sebab ada bumper issue.

Hmmm....

gayour said...

bofoyengfeng
buat isu bumper raya memang memenatkan! ARGHHHH!
tapi tak apa, peminat cam encik memang tunggu isu bumper puasa dan raya.

kini semua hanya tinggal kenangan...

belacanhangit said...

Dalam kenangan..

gayour said...

belacanhangit
dalam kenangan dan tak akan dilupakan...
seperti hangit bau belacan bila dibakar. perghhh!

ammar said...

saya beli majalah UJANG sbb nak baca citer BERSAMA SELAMANYA jer..hihihi..walaupun xsempat nak publishkan VOL3..tp saya tetap simpan karya2 bro GAYOUR sbb citer tu best!!!...hihihi

Anonymous said...

Saya xnk komen panjang2..cukuplah sekadar ... kill kill kill...die die die...heh!

Anonymous said...

Rase macam kehilangan sgt2...

gayour said...

ammar
MOY boleh menerbitkan koleksi Bersama Selamanya Vol 3 pasal cerita tu gua buat sampai TAMAT!
apapun, terima kasih kerana pernah meminati kisah tu.

anonymous
gile panjang ucapan lu. buat gua hangin dan nak KILLKILLKILL!DIEDIEDIEEE!

Anonymous said...

Ledakan teknologi maklumat kini bukan sahaja membunuh industri komik tempatan ttp jg mngcam pelbagai aspek kehidupan baik politk,ekonomi atau sosial.Nilai dari luar hanya dihujung jari menyebabkan nilai tradisi kt terhakis..komik kt adalah wajah kt..generasi Y lebih cenderung menelaah komik luar negara wlpn kdg kala aku gagal memahami ape lawaknye..majalah UJANG mempunyai history yang boleh dibangga oleh rakyat Malaysia..terima kasih kerana pernah menghiburkan kami generasi X..

Kaemm Reutn said...

Ujang mmg pebret aku dlu...mase pestaim bce malajah ni umor 10 taun...taun 1996...mmg best majalah ni...taim boring mesti akn bce ujang...katun yg best brader Gayour Bersama Selamanya...suke bace...hehe...dn len2 pun best...mcm tok moh...tok moh ke? tk igt dh...Aku Budak Minang...dan jgk katun pebret Usop Sontorian...kenangan la...itu taim...klu xde malajah Ujang...rase hari hari yg dilalui terasa bosan...

Anonymous said...

KENAPA???!!!?? KENAPA UJANG MESTI MATI???!!!!111 KENAPA!!!!>????!?!
RIP UJANG... WELCOME HOME SANITARIUM... FADE TO BLACK ETERNALLY....

gayour said...

kaemm reutn
majalah Ujang diterbitkan sebagai majalah humor pilihan terbaiek rakyat BolehLand seperti encik. terima kasih

anonymous
majalah Ujang tak akan mati dan hilang dari ingatan peminat tegar kerana ia menjadi sebahagian dari perkara penting dan kenangan indah dalam hidup generasi 90an.

PC kOKak™ said...

saya belajar genre muzik dari MUSIC MANIA Majalah UJANG. forever in my mind.

adni afifah said...

Patutlah dah tak ada majalah ni lg.. skrg ni braru tahu MOY dah ditutup.knp ,mengapa jd macam ni, dulu masa kecik tahun 90am kiteorg selalu baca mjlah kartun ni, ada gila2, gelihati dan ujang.. kat masa tu. Lawak antarabgsa btl...

Anonymous said...

bersama selamanya....workshop....ujang mmg legend....
background workshop....katak tepijak,cicak tercekik mcm2 ar...terbaik....

Alin ToneExcel said...

Sedih sgt bila dapat tahu Majalah APO? dan Ujang telah berakhir. Saya sangat suka dengan semua hasil karya kartunis yang ada dlm Majalah humor tersebut. Kerana saya adalah sorang pengumpul majalah Ujang & APO?

Kembalikan kegemilangan hasil karya kartunis Malaysia. Jangan biarkan kartun luar negara menguasai industri animasi di Malaysia.

Love u all kartunis Malaysia... kerana tanpa hasil karya anda yang terbaik itu tidaklah saya & rakyat Malaysia sentiasa rindu, gelak ketawa.. Harharhar..

Abang Gayour, kita pernah jumpa suatu ke tika di Taiping Center... Buku Mari Melukis tu masih tersimpan lagi...

Alin ToneExcel said...


Saya akan memilik buku Bersama Selamanya.... <3 <3 <3

Yati Rafar said...

pernah meniru lukisan gayour....walaupun aku ni bukan terrer melukis tapi menjadi....sayang zaman tu tiada handphone kamera....aku mgkn peminat gayour 1-1000..simpan duit sekolah utk membeli majalah ujang n apo...tapi bg aku lukisan gayour yg terbaik....

Azmi Amat said...

Bro Gayour, sy teringin sgt mau letak gambar bunga rose kat seluar jeans mcm seluar amar dlm Bersama Selamanya....hehehe....sy follow terutanya bro Gayour, Aie, Ubi dan abg ujang.... semoga kalian dpt menubuhkan semula majalah yg mcm Ujang...rindu sgt zaman 90an...

dell dell said...

Bro Gayour nak tanya jika pesta buku diadakan selepas ini di pwtc adakah team majalah ujang n apo akan sertai macam sebelum² ini? Disitu sajala nak cari koleksi² majalah ujang

Mohd Hirman said...

gila rindu time ni..

Muhamad Akhmal said...

Kat mana boleh dapat majalah ujang 90an..saper ade jual pls bgtau