Wednesday, August 10, 2016

RUMAH TERBUKA HARI RAYA KKM


JAMUAN HARI RAYA KKM 1437H2016
08 ZULKAEDAH 1437H - 11 OGOS 2016

30 Julai 2016 yang lalu, Kelab Kartunis Malaysia ( KKM ) telah menganjurkan Rumah Terbuka Jamuan Hari Raya Eid Fitr kepada ahli kelab dan juga bukan ahli kelab di Johan Setia, Jalan Kebun Klang. Tak tau la ramai yang datang atau tak. Tapi masa gua sampai, ramai gak sahabat-sahabat kartunis yang datang.


Lepas makan daging biri-biri panggang, nasi impit, lemang dan kuih talam, bergambo kenangan dengan sahabat kartunis yang masih ada masa tu. Sebelah gua, kartunis/ilustrator/karikaturis BolehLand yang hebat, saudara Yaz Malee (Geli Hati, Humor, UJANG dan pelbagai majalah humor lagi). Berkopiah dan berkaca mata coklat, encik Juragan, Presiden KKM dan tuan rumah majlis (Batu Api, Harian Metro). Kanan sekali, brader Tazidi (Presiden PEKARTUN - Gila- Gila)


                                     

Bersama sebahagian dari kartunis/karyawan lejen BolehLand yang hadir. Duduk kiri sekali, brader Kerengge (Geli Hati, Gila-Gila, Batu Api, Humor, Fantasi), Tazidi, Datuk Azman Yusof (Gila-Gila, Fantasi, potret dan ilustrasi awek Melayu yang buat darah tesembur dari hidung gua! ARGHHH!), Yaz Malee, Tuan Haji Zainal Buang Husein
 (Gila-Gila, Fantasi dan ilustrasi super bike, kereta sport dan awek yang buat hidung gua darah mengalir perlahan-lahan...), Juragan dan saudara Bob (SU KKM).

Terima kasih KKM



2 comments:

yusrina said...

best aar bro jamuan raya bersama kartunis.. kalau lah yusrina boleh join gak.. hehe

btw.. kumpulan Carcass di blog yusrina menanti anda.. jom ke blog yusrina sekaram

yusrina said...

Gamma in the house.. Jom kita ke blog yusrina.