SAHABAT ZOOM! MALAYSIA
BAHAGIAN KETIGA DARI EMPAT BAHAGIAN
21 REJAB 1430H – 14 JULAI 2009
Ke mana tujuan di hari kedua kat negeri Perlis ni? Hah! Hari ni kitorang dibawak melawat ke Muzium Kota Kayang. Pernah dengar muzium ni? Muzium penah dengar tapi Muzium Kota Kayang ni la kali petama dengar. Sama cam gua! Harhar! Kita serupa. Memang kebanyakan kita tak selera nak melawat muzium ni. Apa ada kat muzium… keris, lembing, nyiru, gobek sireh, pinggan mangkuk zaman purba yang tak rupa pinggan, manik, pakaian, tikar mengkuang dan entah apa bende lagi yang dah cemuih kita tengok. Pasal tu tak minat nak pegi ke muzium kecuali ada pameran hantu setan gondol! Penuh sesak muzium! Pelik tul minat orang kita ni ya. Entah la.
BAHAGIAN KETIGA DARI EMPAT BAHAGIAN
21 REJAB 1430H – 14 JULAI 2009
Ke mana tujuan di hari kedua kat negeri Perlis ni? Hah! Hari ni kitorang dibawak melawat ke Muzium Kota Kayang. Pernah dengar muzium ni? Muzium penah dengar tapi Muzium Kota Kayang ni la kali petama dengar. Sama cam gua! Harhar! Kita serupa. Memang kebanyakan kita tak selera nak melawat muzium ni. Apa ada kat muzium… keris, lembing, nyiru, gobek sireh, pinggan mangkuk zaman purba yang tak rupa pinggan, manik, pakaian, tikar mengkuang dan entah apa bende lagi yang dah cemuih kita tengok. Pasal tu tak minat nak pegi ke muzium kecuali ada pameran hantu setan gondol! Penuh sesak muzium! Pelik tul minat orang kita ni ya. Entah la.
Ni la dia rupa binaan bangunan Muzium Kota Kayang untuk makuman semua. Pada asalnya dulu tapak bangunan ini merupakan tapak kota istana tempat bersemanyam keluarga diRaja Kedah-Perlis sejak dari tahun 1651 zaman purba dahulu. Kota Istana tu dah lama runtuh dan pupus. Tempat ni menjadi pusat pemerintahan Sultan Kedah yang ke-15 iaitu Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah Ibni Al-Marhum Sultan Muhyiddin Mansur Shah.
Kenapa plak Sultan Kedah, bukan Raja Perlis yang bersemanyam di Istana Kota ni dulu? Itu korang kena buka buku sejarah kalo nak tahu. Cari, baca dan korang akan tahu kenapa. HEH! Tak kan nak senang jer. Susah la sket! Lagi satu kenapa Perlis menggunakan gelaran ‘raja’ tidak ‘sultan’. Kenapa ye? Ayuh, cari! Cariii! Ni gua belagak kat pintu masuk ke muzium sebagai bukti gua penah sampai ke sini.
Muzium Kota Kayang ni terletak di tempat yang sangat strategi iaitu di lekuk/ bawah/ /pinggir dataran bukit dan berhampiran dengan sebuah sungai yang menjadi jalan pengangkutan utama selain jalan darat pada zaman dahulu. Sila lihat balik bangunan Muzium Kota Kayang dan bukit-bukit yang mengelilinginya. Kedatangan kitorang disambut oleh beberapa petugas/kurator muzium dan trus memberi penerangan mengenai muzium dan yang bekaitan. Menarik.
Masa untuk melawat, melihat apa yang ada dan dipamerkan. Muzium Kota Kayang. menyimpan dan mempunyai banyak bahan arkeologi kehidupan penduduk zaman gua batu ( Hoabihian ) hingga ke zaman Neolitik lebih 3000 tahun yang lalu yang ditemui tertanam di bawah runtuhan Kota Istana dan di tempat yang lain di negeri Perlis. Ni salah satu darinya. Replika batu nisan bangsa/kaum pendatang dari kepulauan Sumatera ke Tanah Melayu. Apa ya nama kaum ni. Lupa la plak! Aceh, Bugis…ARGHHHH! Kurator tu ada bagi tahu, tapi dah jenis lemah minda ni la jadinya. Mereka datang membawa batu nisan identiti bangsa mereka ke Tanah Melayu! Bila meninggal dunia, batu nisan ini la yang digunakan sebagai tanda di kubur mereka dan orang akan tahu siapa dan bangsa keturunan si mati.
Senjata dan peralatan memasak yang dipamerkan. Senjata Tak Pi tu jelas menunjukkan adanya perhubungan atau pendatang dari Siam dan Indo China yang telah sampai ke Tanah melayu dan Perlis khususnya. Yang satu tu merupakan ekzos motor yang ditemui tertanam bersama bahan-bahan lain sejak zaman Neolitik. Biar betul! Ekzos motor telah dicipta 3000 tahun yang lalu? Ini penemuah luarbiasa hebat! Zaman dulu dah ada mat rempit rupanya. Ini dipercayai ekzos motor mat rempit yang tecabut masa merempit dan telanggar keting kiri Tyrannosauus Rex terakhir yang sedang melintas tanpa melihat kiri kanan! Harfraginhar! Bukan la. Yang macam ekzos kapcai tu adalah senjata meriam. Tak percaya? Lantak korang la! Kalo kurator tu tipu, kurator tu yang tipu!
Tepak sirih dan beberapa peralatan yang dijaga dengan baik. Semua ni dah tahap dinosaur dah ni. Rare!
Replika mata wang yang turut menjadi bahan pameran. Ini menunjukkan urusan perdagangan telah bekembang pesat kat negeri Perlis pada zaman dahulu sama ada dengan pedagang dari Siam, Indo-China, China, Timur Tengah atau bakal penjajah dari Eropah. Ufti turut dibayar menggunakan matawang ini.
Replika Bunga Emas yang merupakan hadiah atau ufti utama untuk dihantar ke negeri Gajah Putih sebagai perlindungan. Bentuk sebenar Bunga Emas tak la besar cam ni . Bunga-bunga ros tu mengarut saja. Mana ada cam tu!
Pedang samurai, topi perang dan beberapa lagi peralatan tentera Jepaun yang pernah menceroboh negeri Perlis turut dipamerkan. Bukan saja bahan-bahan sejarah dari zaman Neolitik dipamerkan tapi bahan-bahan sejarah dari zaman pra-Merdeka dan Jepun turut dipamerkan di Muzium Kota Kayang ni. Mungkin pasal ni la orang tak beminat nak datang ke muzium. Ada topi, pedang, mesin taip, seluar, selipar Jepun, terompah, tempayan… tak menarik minat!
Seblum keluar dan menamatkan lawatan, tulis buku pelawat dulu sebagai bukti sekali lagi gua pernah sampai, masuk dan melawat Muzium kota Kayang ni.
Setelah selesai melawat muzium, kami trus dibawa ke belakang muzium di mana terletaknya makam Al-Marhum Kayang 1, Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah ( 1661-1687 ). Al-Fatihah untuk baginda. Sejarah mengenai baginda tercatat di sini. Selain makam terdapat sebuah perigi yang dipercayai menjadi kegunaan keluarga di raja yang tinggal di Istana Kota ini dahulu. Abang Ron bagi tau, perigi itu tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau yang panjang.
Seblum meninggalkan Muzium Kota Kayang, satu kejutan untuk kitorang dari kurator. Beliau bagi tahu ada sebuah gua kat tepi bukit. Sapa beminat nak tengok dan masuk adalah dibenarkan. Wah! Tak bleh lepas peluang ni. Gua dah mula teruja dengan gua. Semalam kan masuk ke Gua Kelam 2. Hari ni dapat masuk gua lagi. Kat pintu masuk ke gua. tak ada keretapi yang membawa masuk ke dalam gua aa… jalan kaki!
Guanya tak besar dan tinggi. Kena membongkok kat bahagian-bahagian tertentu kalo nak masuk lebih dalam. Tak la besar dan dalam mana gua ni. Lebih kurang 40-50 meter panjang. Lebih kurang la. Belah kanan gua tu adalah jalan masuk ke dalam gua. sengeh-sengeh amik gambo dulu.
“Apa tujuan gua ni”, tanya gua pada kurator yang turut masuk menemani kitorang. “ Dipercayai tujuan utama adalah sebagai laluan pada pengawal-pengawal Istana Kota untuk naik ke pos kawalan kat atas bukit. Kat atas setiap bukit yang mengelilingi Istana Kota ni telah didirikan pos kawalan unit pemanah dan sebagai tempat meninjau/memerhatikan musuh”, sambung kurato lagi. Selain itu ia juga mungkin digunakan sebagai tempat menyimpan senjata atau bahan-bahan lain. Atau sebagai laluan untuk lari dan bersembunyi dari musuh. Gua memang misteri!Ni merupakan jalan/laluan di penghujung gua yang trus membawa ke atas bukit atau ke pos kawalan. Rasa nak panjat sampai ke atas. Tapi buatnye jatuh tegolek…. Tak payah la. Belagak amik gambo jer la. HEH!
Bukit kat belah kiri muzium tu la terletaknya gua yang kitorang masuk tadi. Bukit tu tak la tinggi mana tapi kalo jatuh boleh patah riuk atau hilang ingatan trus! Memang strategi untuk pertahanan.
Kawasan ni gak dikenali sebagai Kawasan Kayangan kerana kedudukannya yang strategi dari segi perhubungan, pertahanan dan persekitarannya yang menarik. Perkatan ‘kayang’ dipercayai diambil dari ucapan baginda sultan yang sering menyebut ‘kota’ yang dibina seperti kayangan. Maknanya hebat betul binaan Kota Istana hingga ia menjadi inspirasi ‘kehidupan kayangan’ pada zaman dahulu. Sejarah negeri Perlis tercatat di sini. Kalo nak tahu sila la bekunjung ke Muzium Kota Kayang. Begambar kenangan di depan muzium bersama Abang Ron yang banyak dan bersungguh tul memberi penerangan mengenai sejarah negeri Perlis pada kitorang.
“ Dulu negeri Perlis merupakan negeri yang berada di dalam negeri Kedah. Kerana itu sultan Kedah yang menduduki Istana Kota Kayang dan menjalankan pentakbiran negeri bersama menteri-menteri baginda di Istana Kota Kayang. Kisah pembentukan negeri Perlis sangat menarik dan panjang untuk dikisahkan di sini. Apapun setelah berjaya ‘keluar’ dari Kedah, raja Perlis yang pertama tidak menggunakan gelaran ‘sultan’ kerana menghormati Sultan Kedah. Kira Kedah itu abang dan Perlis itu adik. Adik kena respek kat abang la. Kerana itu baginda menggunakan gelaran ‘raja’ hingga ke keturunan raja perlis hari ini”. Terang Abang Ron mengapa Raja Perlis tidak menggunkan gelaran sultan. Ooo... cam tu kisahnye.
Tamat lawatan ke Muzium Kota Kayang dan bahagian ketiga. Lepas ni pergi ke mana plak? Pastinya lebih menarik. Tunggu di bahagian terakhir. Guapun tak sabar nak dedahkan kat mana kitorang pegi lepas ni.


































