Thursday, November 23, 2006

SKETCH LA PLAK!

Lama dah nak kuarkan sketch dalam blog gua yang entah apa-apa ni. Bejaya gak gua kuarkan walaupun lambat nak mampus mengedit dan memberi komen. Sori la pada semua peminat-peminat gua yang bebelion juta kat luar sana yang tetunggu bagai nak giler. HarHarHar!
Kat sini gua tunjukkan beberapa sketch untuk cerita-cerita yang gua buat dalam majalah G3. Semua karektor baru pasal ceritapun baru. Cam ni la carenye gua mencipta sesuatu karektor. Memang syok tak ingat bile cipta karektor baru. Kekadang mencabar tak ingat, kekadang senang tak ingat! Pengaruh dari karektor yang dah lama gua buat tetap ada dan tak dapat dibuang sepenuhnye seperti karektor/watak ARIP ni ( dari drama baru gua APA YANG AKU CARI ). Pada awalnye cam ni la rupe beliau. Entah la... bila gua buat dalam majalah jadi lain la plak. Biasak la. Memang kena adjust sana, adjust sini sket. Tak semestinye kena ikut semua dari sketch asal. Itu la pentingnye sketch dalam BUKU SKETCH! Bukan sketch merata tempat. Kita boleh tengok balik, buat kajian, penelitian, kritikan, pengubahsuaian dan segala macam lagi pada karektor asal yang disketch. Nak simpanpun senang, nak bawak ke mana2pun mudah. Baru kelihatan pro walaupun baru nak mula melukis kartun.

DANI... sketch awal karektor/watak hero untuk drama APA YANG AKU CARI. Jelas pengaruh yang kuat dari karektor AMAR ( BERSAMA SELAMANYA ). Gua kena buat beberapa pengubahsuaian. Tak boleh sama sangat. Inilah pentingnye membuat sketch dalam BUKU SKETCH! ( bukan sketch merata-rata ikut suke! ) Lebih tujuh tahun gua bersama AMAR, cane nak lupakan beliau begitu saje. Memang tak boleh melupakan suatu karektor yang gua cipta, diminati dan dibenci oleh peminat cerita BERSAMA SELAMANYA. Tercipta la DANI sebagai pengganti, pengubat rindu pada AMAR. Yeah! RINDU... ia satu perasaan yang gua rasa, alami, tanggung dan hadapi sebagai pencipta watak itu. Layan blues la plak! ARGHH!


Ia satu perasaan yang dialami oleh ramai kartunis yang telah lama melukis dan terpaksa melupakan/meninggalkan setiap karektor/watak yang dicipta. Dah lama kenal, dah CINTA giler tak ingat! Ia satu tekanan yang perlu dihilangkan, diselesaikan, dibuang, diatasi atau apapun tindakan yang patut untuk menghilangkan segala kedukaan, kegundahan, kesedihan, kepiluan, kesayuan, kebluesan... ahh! layan blues balik la plak! OUCH! Perhatikan perubahan yang gua buat pada karektor/watak DANI pada sketch ni. Luka gua makin baik, rindu gua makin hilang... HehHeh!

Lagi karektor/watak DANI yang gua buat. Jangan percaya dengan biodata beliau yang gua buat/tulis tu. Saja buat bertujuan untuk menguatkan personaliti, siapakan beliau... itu saja. Ini gak cara yang biasa gua buat dan bagi tau pada bakat-bakat muda semasa mencipta karektor kartun diorang ( dalam BUKU SKETCH, bukan merata-rata tempat ikut suke! ). Berikan nama, umur, pekerjaan, no ic kalo ada dan sebagainye pada karektor yang dicipta. Ini cara untuk kita mengenali setiap karektor/watak yang dicipta.


Lakaran awal permulaan/intro drama APA YANG AKU CARI. Gua terus menggunakan sepenuhnye dari lakaran ni. Tak ubah apapun ( cuma buang/hilangkan pagar dan daun-daun yang berguguran ) kerana gua suke dan memberi sket gambaran mengenai perjalanan siri drama ni. Gua rasa sangat seronok melakar bahagian ni.


Selain lakaran/sketch untuk siri drama, gua gak belasah sketch beberapa karektor/watak baru untuk siri kartun semuka/loose. Yang nipun seronok tak ingat. Gua sangat teruja nak buat karektor pendekar/panglima zaman purba dahulu kala. Terhasilah lakaran-lakaran ni. Haha! Sungguh seronok mencipta karektor begini kerana pada gua ia sangat mudah termasuk lokasi, latarbelakang cerita ni yang gua memang suke membuatnye. Ada banyakkkk pokok, daun, hutan, air dan semua yang gua suke lukis! Yang paling best giler tak ingat ialah gua boleh lukis pergerakan/aksi anatomi watak utama ke tahap melampau! YAHOOO! Pada awalnye, gua bagi tajuk SEMARAK API tapi setelah beberapa siri, gua ubah tajuknye kepada NAGA BERAPI kerana lebih sesuai, hebat bunyinye dan bersesuaian.

Ni plak beberapa lakaran karektor Tok Guru Dulik, guru pada Pendekar Naga Berapi. Memacam lakaran yang kuar dari kepala otak gua. Kebanyakan kelihatan terlalu hebat, bergaya, segak, serious dan tak kelakar! Semua gua reject! Gua pilih lakaran guru yang bawah sekali tu. Gua memang nak buat/cipta watak guru yang kelihatan tak terer, tak hensem, buruk, lemah, perangai tak senonoh dan yang penting lucu/kelakar. Itu la TOK GURU DULIK, guru pada PENDEKAR NAGA BERAPI.


Bila karektor dah ada, tajuk dramapun dah ada... gua kena la cipta logo untuk tajuk drama APA YANG AKU CARI. Ni la rupenye beberapa lakaran awal logo drama gua tu yang gua buat dalam BUKU SKETCH, bukan sketch merata-rata ikut suka!


Mencipta logo NAGA BERAPI lebih seronok. Ada naga, ada api! GRAHHHH! GRAHHHH! Ini la beberapa lakaran yang keluar. Bila kita banyak membuat lakaran/sketch, pasti akan dapat apa yang dihajati dan kekadang boleh dapat suatu yang diluar jangkaan. Itu la kelebihan kalo rajin membuat sketch dalam BUKU SKETCH dan bukan ikut suke sketch merate-rate! Jangan mudah berpuas hati dengan satu atau dua lakaran. Buat banyak-banyak. Burukpun tak apa!


Lagi satu lakaran logo drama APA YANG AKU CARI dan watak DANI. Karektor ni makin improve dan beberapa perubahan telah gua lakukan. Tapi gua masih tak berpuas hati. Masih ada yang tak kena. Apa bendanye, gua tak tau dan masih mencari... APA YANG AKU CARI? Ni la keja gua bila ada masa teluang atau tak teluang. Kekadang tu masa sedang sibuk pulun inking siapkan keja, gua bleh behenti kejab buat lakaran dalam BUKU SKETCH gua. Saja nak menghiburkan hati. Pada gua, melakar sangat bekesan untuk mengurangkan tekanan sama ada semasa proses inking, otak tengah blank, lemah minda, tengah mental block apatah lagi tengah laparrrr!


Yang ni plak adalah lakaran Tok Guru pada DANI dalam siri drama APA YANG AKU CARI. Gua nakkan watak guru yang terserlah personaliti beliau sebagai seorang guru yang dihormati, berilmu dan tegas. Ini beberapa lakaran saja. Wajah/rupa beliau yang sebenar belum gua dedahkan dengan jelas dalam siri APA YANG AKU CARI walaupun telah muncul dalam siri pertama drama itu.

Ada banyak lagi lakaran karektor yang gua buat tak disiarkan di sini termasuk watak-watak superhero yang femous seluruh dunia. Kalo kuarkan semua, apa plak yang tinggal. Nanti la gua kuarkan pada rancangan akan datang. Jadi jangan ketinggalan untuk trus mengikuti siri/rancangan blog gua ni. Pada semua rakan kartunis, selamat melakar untuk kebaikan semua. Selamat melakar dalam BUKU SKETCH korang!

12 comments:

azhar said...

terus terang saya katakan..
saya lebih suka pencil sketch abg gayour dr final ink..kenapa yeehh?

Naga tu cam komik baru jer..biler nak keluar nih?

nie full 100% komik ke?

Anonymous said...

Gayour, bawak kuar ler sketching2 lu yg unpublished setat dari dulu2... Musti ramai nak tengok sbb benda tu rare...

gayour said...

AZHAR
tq encik azhar
sketch gua tak la best manapun. belasah je. heh!
Naga Berapi buka siri komik atau drama. kartun loose semuka je.

pyan

lu memang nak membunuh gua pyan. lu dah lebihhh! teruk la gua kena selongkar mana gua simpan sketch2 gua 10-15 tahun yang lalu. rare memang la rare... takut betul2 rare sampai dah reput!

AHBLUE said...

Hahaha~~~

Abang Gayour....I saw u here ......kakaka

Anonymous said...

gayour???

gaydar???

http://jamilkucingpondan.blogspot.com

gayour said...

ahblue

yeah! whatever


anonymous

i'm GAYOUR, you're NOT!

Anonymous said...

argghhhh.... musti 'apa yg aku cari' sama busan dgn 'bersama selamanya'.

ko sketch power.... tapi cerita hampeh nak mampos.

gayour said...

kayang

tq pasal lu penah mengikuti cite bersama selamanya tu. HAR FRAGIN HAR!

airis said...

gayour. lu kalu sketch gambar pompuan pakai tudung mesti cun abis ar...try ar buat pastu upload..huhu

gayour said...

airis

tak payah la nak up and download. kalo dah cantik tu kire okey la. bakat tuhan bagi. alhamdulillah

HoH said...

bang buat citer "bersama pendekar selamanya"..lalalalalla

Maharaja Kegelapan said...

Salam bro gayour,
Aku tengok karektor cite apa yang ku cari tu sama je dengan Amar..Cuba bro lukis orang rambut pendek pulak. Baru nampak kelainan. Bro pandai lukis, tapi kalo sama je, macam jemu tengok lukisan tu. Macam tony wong, di sebabkan semua cerita dia dan karektor dia macam sama je, jadi lama-lama menjemukan. Apa-apa pun lukisan bro memang cun, memang best kalo dapat lukis macam bro.