Tuesday, January 09, 2007

BENGKEL KARTUN DAN KERJAYA
KAT KOLEJ BANDAR UTAMA
COLLEGE TOUR SERIES 1
Kolej Bandar Utama ( KBU ) merupakan kolej pertama yang menjemput kitorang dalam siri bengkel kartun dan kerjaya COLLEGE TOUR SERIES yang bemula pada bulan Disember 2006 hingga la ke tahun 2007. Ni la barisan pensyarah-pensyarah yang akan memberi syarahan, pidato, ceramah, tazkirah dan segala macam lagi pada student2 kat kolej yang menjemput kitorang. Dari kiri ialah saudara Niezam ( yang pakar dalam syarahan komik ) , gua ( kartun ), Bob ( bodyguard yang tido masa bengkel sedang bejalan ), Kartunis Padi dan A'an Budak Baik ( kartun ) sedang begaya kat pintu masuk KBU.

Akhirnye gua berjaya gak masuk ke kolej walaupun sebagai pensyarah kartun. Ni la rupenye lagak ngeri seorang pensyarah yang tak penah belajar kat mana2 kolej sedang melangkah dengan rakusnye setelah membaca bismillah dan selawat untuk ke dewan kuliah. Sungguh seronok rasanye bila dapat peluang cam ni. Dapat jumpe dengan student dari bebagai bangsa-bangsa bersatu kat KBU ni.

Tapi gua tepaksa gostan balik pasal nak pastikan Faizal ( kiri ) dan Bob menjalankan tugas diorang memunggah barang2 keperluan yang perlu dibawa bersama. Diorang ni bukan boleh caya. Nanti habis semua air mineral tu dijual kat student KBU!

Macam2 bende yang diorang tampal kat tepi pintu lif temasuk la poster promo College Tour Series kitorang. Kelihatan A'an dan Padi begitu tekun dan kagum sekali mendengar penerangan gua pasal bende2 yang diorang tampak tu.
Sesi bengkel sedang berjalan dengan acara meraging student yang join dalam bengkel ni dengan memaksa diorang mencipta dan melukis karekter kartun memasing. Baru korang tau susah atau senang nak cipta karekter kartun aa... selama ni tau kutuk je kartun orang. Rasakan!

Gua dengan Yang Berhormat Padi sedang memilih lukisan karekter kartun yang dilukis. Semunye hampeh! Padi ingin betindak lebih kejam lagi sebenarnye, beliau nak bakar kartun2 tu kat depan diorang nak bagi tau betapa hampehnye karekter dan lukisan kartun diorang! Tapi nasib baik la ada beberapa orang amoi yang bejaya mencuit abdomen beliau. Tak ada akal punye Padi!

Seorang peserta sedang menjadi pensyarah dengan menerangkan origin karekter kartun ciptaan beliau pada kengkawan beliau dengan harapan dipilih sebagai pememang. Ada banyak lagi gambo cam ni, saje tak nak kuarkan!


Encik Niezam memulakan sesi beliau dengan menunjuk terer melakarkan satu karekter komik yang membuatkan semua peserta membuat bising kerana tak buleh melukis seperti beliau!

Giliran encik A'an plak mengendalikan bengkel dengan mendajai seramai yang buleh untuk meniru karekter kartun yang beliau lukis. Lantak lu la A'an! Meniru merupaka satu cara yang paling mudah dan percuma pada semua pelukis2 baru untuk belajar dan memahirkan diri. Untuk permulaan, tiru, tekap dan lukis la lukisan/karekter apapun sama ada komik atau kartun dalam buku sketch korang. Jangan plak trus meniru. Bila dah terer sket, bleh la cipta karekter kartun sendri. Bagi orang lain plak tiru kartun korang.


Lukisan dan karekter yang beliau cipta tak la best manapun tapi beliau adalah salah sorang yang dapat hadiah hari tu walaupun raut wajah beliau seperti tak puas hati atau tak pecaya yang lukisan beliau yang hampeh tu bleh menang! Kira hebat gak la kerana beliau bejaya menghampehkan lukisan2 kengkawan beliau yang lain!


Pada sesi terakhir, kitorang ada buat sket game untuk menghiburkan peserta2 bengkel ni. Semua game yang seronok dan senang tak ingat. Memang sengaja nak bagi hadiah. Kelihatan ketua pasukan kumpulan D yang menjadi johan pada petang tu iaitu cikgu Padi sedang menyampaikan hadiah pada semua ahli kumpulan. Itu la awek amoi yang cikgu Padi syok giler tak ingat. Amoi ni la yang menyebabkan beliau tak jadi membakar semua kartun yang dilukis oleh semua peserta semasa sesi mencipta karekter kartun. Sekiranye gua telalai, teleka, tehilang jab atau tetido dengan lenanye, gambo ni la yang cikgu Padi tukar/buat sebagai wall paper kat PC gua. Nakal tul cikgu Padi ni.

4 comments:

Anonymous said...

errr.. helloo.. nak komen ape ye?? ahhh no komen je lah...har har har..adioss...

gayour said...

papan lapis

bagi tau je lu kagum dah cukup baik. HAR FRAGIN HAR!

airis said...

bajet nak panggil korang masuk uitm plak ar..syok jugak nieh..huhu

gayour said...

airis

lu jangan banyak cakap airis. kalo nak panggil, panggil elok-elok aa. jangan hoi! hoi! kita orang Melayu, kaya dengan budi bahasa dan adap kesopanan sebagai orang timur. jage sket adap kita sebagai orang Melayu! heh!