Tuesday, January 09, 2007

COSMO

BENGKEL KARTUN DAN KERJAYA KAT
KOLEJ COSMOPOINT
COLLEGE TOUR SERIES 2
Kolej kedua kitorang pegi pasal dijemput. Apa2 hal sebelum mulakan bengkel dan jadi pensyarah, ambik gambo dulu kat depan pintu masuk COSMOPOINT. Lihat la gaya seorang pensyarah kartun yang bejaya menghairankan orang ramai yang lalu lintas kat Jalan Raja Laut pada pagi tu sama ada yang jalan kaki, bebasikal, naik skooter, lori, bas dan yang sedang bejogging dengan street action beliau. Nampak tak kat belakang tu ( yang pakai baju Superman )? Beliau sedang mengangkat barang2 keperluan bengkel dan makanan pasal beliau memang buruk lantak! HAR FRAGIN HAR!

Sesi dimulakan oleh pengerusi majlis iaitu encik Faizal ( kiri ) yang mempekenalkan kartunis. Tapi bila gua memulakan sesi bengkel kartun, gua mempekenalkan sekali lagi diri gua pasal tak puas hati dengan pengenalan yang disampaikan oleh Faizal. Kelihatan A'an ( dua dari kiri ), Kobis Bunga dan Niezam juga sedang besiap2 untuk mempekenalkan semula diri memasing.

Gua memang suka menyibuk! HEH! Sebenarnye masa ni ialah sesi Kobis Bunga memberikan tazkirah kartun beliau tapi gua menyibuk dengan melukis kartun kat white board tu. Pasal tu la semua peserta tak heran dengan tazkirah Kobis pasal kagum dengan lukisan kartun lidi yang gua buat. HARHAR!

Sesi gua dah abih! Masa ni tak ingat sama ada sesi Niezam atau A'an. Apa lagi, guapun kuarkan buku sketch dan trus melakar apa yang patut. Ni la yang biase gua buat. Apa kesempatan gua belasah sketch apapun yang gua suke, tak semestinye kartun. Minat gua pada komik dan figure, gua luahkan dalam buku sketch. Sungguh seronok melukis watak2 komik. Korangpun bleh buat cam ni. Sketch je apa yang korang suka dalam buku sketch korang. Jadi ker tak, tu lain cerita. Yang penting sketch! Ni gak sebagai latihan untuk menjadi seorang kartunis yang baik, mahir dan hebat!


A'an sedang menunjukkan cara2 membuat signature pada semua peserta dalam sesi memperkenalkan lagi sekali diri beliau sebelum memulakan sesi bengkel kartun.


Acara happy2 yang melibatkan penyertaan semua peserta dan kartunis iaitu game WIN, LOSE OR DRAW. A'an sedang berusaha bersungguh2 melukis setiap arahan dari soalan yang diberi untuk memenangi hadiah yang disediakan. Acara ni dikendalikan oleh Faizal yang menyediakan soalan yang tak masuk akal susah! Walau susah tak ingat, tetap ada pemenang.

Giliran Niezam plak melukis untuk kumpulan yang beliau diketuai. Tapi memandangkan soalan susah sampai boleh gile, kumpulan beliau kalah teruk! Tak ada akal punye Faizal buat soalan susah2 mengalahkan soalan UPSR susahnye! Eee.. tensen tul!Bukan student je tak dapat jawap, pensyarah cam guapun gagal dengan teruknye menjawap. Lemah minda tul!

Kobih Bungo lagi teruk. Kumpulan beliau kalah bukan pasal tak dapat nak teka/jawap apa yang beliau lukis, tapi Kobih Bungo yang tak faham soalan yang Faizal bagi. Lain yang ditanya, lain yang beliau lukis. Lemah minda yang sangat teruk! Semua ahli kumpulan beliau protes nak ponteng klas selama sebulan dan membakar bangunan Cosmopoint kerana tak puas hati!

Dalam banyak2/ramai2 peserta bengkel, beliau berjaya menghasilkan satu karekter kartun tersendiri yang lain dari peserta yang lain, pasal tu la beliau bejaya dapat hadiah!


A'an sedang menyampaikan hadiah sumbangan dari syarikat kepada pensyarah dan pengendali bengkel hari tu. Tima kasih!

Amik gambo reramai lepas abih bengkel dengan semua peserta bengkel! HEP HEP HOREYYY!

Ingatkan bleh trus balik... kene kerumun mintak lukis kartun, ambik gambar, tanya tu dan ini pasal kartun. Masa bengkel tadi tak nak tanye. Basak la tu. Kat mana2 memang pekara ni belaku dan kitorang buat dan cube melayan kehendak semua walaupun penat giler.

Ada yang mintak lukis kat atas t-shirt...

.. dan kat helmetpun ada. Macam2 diorang ni. Layan je la. Pada semua peserta bengkel, terima kasih. Moga korang bejaya dalam pengajian dan menjadi seorang kartunis yang berilmu dan beriman. Amin!

2 comments:

faizalmukhtar said...

ini macam mencabar penegak truth, justice and peace.

...grrr!

gayour said...

pasir bedengung

kebenaran mesti diberitahu/didedahkan walaupun pahit mengalahkan TEGIGIT bijik langsat! HAR FRAGIN HAR!