Wednesday, January 10, 2007

KOMUNITI

BENGKEL KARTUN DAN KERJAYA KAT
KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
COLLEGE TOUR SERIES 3
29 ZULKAEDAH 1427H/20 DIS 2006
COLLEGE TOUR SERIES diteruskan dengan memenuhi jemputan dari kolej yang paling jauh setakat ni kitorang pi dan luaq dari Lembah Kelang - KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS. Baguih nuu baguih dok ada! Begambo dengan chicks student peserta bengkel kartun masa diorang sedang duduk betimpuh ataih jalan raya sambil main batu seremban
menunggu kehadiran bus sekolah diorang lepaih abih bengkel.

Ni la rupe Kapten Jack Sparrow Padi pilot kedua yang menggantikan tugas pilot pertama Komander Kapten Balbosa Faizal yang sangat teruja, bersopan santun dan berhemah tinggi semasa mengemudi bahtera kitorang membelah highway PLUS ke Kepala Bataih dengan kelajuan 130km seminit! Beliau kelihatan comel tapi sebenarnye bejiwa extreme! Gile punye Kapten Padi! Nak membunuh orang sungguh! Gua yang jadi co-pilot kat sebelah ketaq lutut rasa nak tecabut!

Kelajuan Kapten Padi mengemudi kapal perang seperti kereta F1 telah menyebabkan semua ketaq, kecut perut dan diam sepanjang pelayaran. Sampai je kat bilik hotel, tanpa belengah, tanpa membuka kasut, tanpa segan silu, tanpa mempedulikan katil tu besar atau tak, gua trus landing bersama Kapten Padi!


Sedar2 je kitorang dah berada kat meja makan dan sedang MAKAN! Magik sungguh! Seingat gua, kitorang sedang tido dengan mesranye tadi... tapi... ah! Tak kisah la janji MAKAN! Makan malam dengan pensyarah Kolej Komuniti yang membelanja kitorang sambil merasa kesal kerana tak menyangka dengan kerakusan kitorang! Kelihatan encik Padi sedang memilih isi tomyam kelima yang beliau order dan hanya meninggalkan daun limau purut, serai dan hirisan bawang saja. Faizal dah tesandar tak ingat setelah enam kali mengoder makanan kegemaran beliau yang dirahsiakan. Tq encik pensyarah!

Setelah tido dengan lena dan rakusnye, ni la rupe kitorang yang belum minum pagi lagi tapi dah kena duduk kat dalam dewan kuliah dan menadah tangan mengaminkan doa agar maljis yang dibuat bejalan dengan baik dan mendapat keberkatan. AMIN. Dari kiri cikgu PADI, APAI, AMANG, KOBIH BUNGO dan gua. FAIZAL plak ambik gamba. Gamba ni beliau la yang ambik pasal tu la gamba beliau tak ada.

Setelah sarapan pagi dengan rakusnye, bermula la tugas gua sebagai pensyarah pertama yang memberi syarahan pasal kartun. Bukan saja peserta yang kagum, tapi kengkawan yang lainpun terpesona dengan hujah2 bernas gua. Tengok la diorang semua melihat apa yang gua suruh lihat walaupun Amang dah memberi last warning yang pertama masa sarapan kat gua '' lu jangan mengarut lebih2 aa, gua cabut plug microphone nanti! '' tegas beliau!

Acara mencipta dan melukis karekter kartun. Biasanye gua tak suka jalan2 tengok diorang melukis pasal gua tau memang kebanyakan orang rasa tak selesa dan maluuuuu tak ingat bile ada orang tengok dia melukis. Gua lebih suke duduk dan sketching dalam buku sketch atau merancang nak kutuk apa diorang nanti dengan Padi. Tak tau apasal kali ni gua boleh round2 plak melawat diorang. Kelihatan seorang peserta telentuk maluuu ya amat dan rasa sangat terhina bila gua mengelakkan lukisan kartun beliau. Tu yang gua malas nak round2 tu!


Cikgu Padi yang nakal sedang mengutuk dengan teruknya satu lukisan kartun ciptaan peserta pompuan yang gagal mempertahankan diri. Gua iakan je apa yang dinyatakan oleh Cikgu Padi. HAR FRAGIN HAR! Eee... u ni memang nakal la Cikgu Padi!

MAKAN! Cikgu Padi memang tak pagi chance pada sahabat lain untuk besaing dengan beliau sebagai peserta terakhir abih makan! Eee... rakus sungguh selera nafsu harimau beliau! Faizal cam biasa akan tesengeh sambil tersandar lepas makan.

Gua cuba menyaingi kerakusan Cikgu Padi...

Dah boring menjadi pensyarah, giliran gua plak jadi pendengar apa yang dibebelkan oleh pensyarah. Aduhhh! Boringnye. Rase nak tidoooo!

Giliran Faizal plak menghandle majlis dengan acara sarkas yang menghiburkan semua hadirin. Kali ni pertanyaan yang beliau buat dan yang perlu gua/kartunis lukis senang nak mampus plak! Hari tu kat COSMOPOINT susah nak mampus! Gile agaknye Faizal ni. Tak kisah la, yang pentying semua hadirin berjaya menjawap!


Pas abis bengkel kartun, game dan bagi hadiah tiba la masa untuk kena kerumun lukis kartun. Kelihatan Faizal yang bukan kartunis dan tak tererpun lukis kartun sedang melukis kartun. Apa la yang beliau lukis tak tau la. Yang pasti lukisan yang beliau buat tu BURUK! Walaupun buruk ramai yang beratur nakkan lukisan beliau! Syabas Faizal! Syabas!

Acara signature sedang berlangsung. Penat jangan cite la! Sebagai penghargaan, terima kasih dan memenuhi pemintaan punye pasal, kitorang buat gak untuk semua. Mungkin suatu hari nanti ada peserta bengkel kartun dari Kolej Komuniti ni yang berjaya jadi kartunis dan merasa pengalaman kena kerumun masa sesi signatrue cam ni.

MAKAN! Uncle Gewang Amang cam ikan toman yang tak akan lepaskan peluang bila dapat makan! Trus menyambar makanan yang terhidang dengan rakusnye!

U and me. I and U. Padi bersama gua. Gua dan Padi begambar dengan bangganye kat banner promo Bengkel Kartun dan Kerjaya yang diorang buat khas untuk program ni. Terima kasih pada semua. Moga bejaya dengan jayanye dalam pengajian korang! Moga apa yang kitorang sampaikan ada kebaikan. AMIN! Baguih nuuu...

5 comments:

Anonymous said...

Oo...ni ropenye college tour series... No komen but...there're some things don't really changed...

ps: Acting mcm kumpulan Overdeadline jer...

faizalmukhtar said...

LIAR! LIAR!! LIAAARRRR!!!

Aku rasa pegi tour konsert rock tak seliar dan serakus apa yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan di sini.

Sekali lagi,

LIIIAARRRRRRRR!!!!! AKU JADI MANGSA KEADAAN!

gayour said...

pyan

ni la yang orang nak my dear pyan. tak bleh nak ubah yang bukan2. gua tak paham, rakyat kebanyakan yang baru nak belaja lagi la tak paham nanti!
OVERDEADLINE? band mana tu. tak penah dengarpun. HAR HAR!

pasir bedengung

WILD but INNOCENT!

airis said...

ohho..korang kartunis nie boleh dijemput buat syarahn yek...?

gayour said...

airis

bukan setakat syarahan jer.
1- ceramah
2- persembahan badut
3- sarkas
4- tari menari
5- karikatur
6- senamrobik
7- lari dalam guni
8- lari dalam hutan
9- lari tanpa henti
10- lari2 anak
boleh diadakan megikut majlis. tapi kalo nak buat bengkel kartun dan kerjaya sebagai seorang kartunis lagi boleh. insyallah