Monday, January 15, 2007

SCI-FI FEST

SCI-FI & FANTASY FESTIVAL 2006
15 DISEMBER 2006 - 17 DISEMBER 2006
KARTUN DAN KOMIK BERSATU!
Dalam bulan disember tahun lepas memang banyak aktiviti, acara, program, promosi, hal, perkara, event yang gua buat selain dari Bengkel Kartun. salah satu event yang gua telibat ialah program SCI-FI & FANTASY FESTIVAL 2006 kat CINELESURE DAMANSARA. Event yang julung2 kali diadakan dan telah mencatat rekodnya tersendiri dalam industri kartun dan komik tanahair. Event yang menghimpunkan ramai kartunis, pelukis komik, animator, illustrator dan karyawan tanahair. Dalam event yang belangsung selama tiga hari ini, setiap kartunis, pelukis komik dan karyawan yang telibat telah mempamerkan karya2 asli memasing, melukis secara live dan menjual produk2 sendiri seperti t-shirt, poster, original artwork, fanzine, sketchbook, buku koleksi dan segala macam lagi pada pengujung yang datang. Macam2 acara/aktiviti dibuat sepanjang belangsungnye event ni untuk semua karyawan, pengunjung dan semua peminat kartun, komik, film dan animasi tanahair.


16 Disember 2006 - Sabtu

Gua datang ke event ni dengan kartunis JAMB yang beria-ia nak ikut. Pagi-pagi lagi beliau dah tipon ingatkan gua. Takut tul beliau kena tinggalkan! Event tu kat Cinelesure, tapi kitorang cari kat The Curve. Ni Jamb punye pasal la ni. Beliau kata beliau terer, tau semua jalan dan tau kat mana Cineleasure. Rupe2nye beliau terer gile pasal jalan2 kat kampung beliau! Tensen tul! Tepaksa la ambik gambo sebagai pelancung Tahun Melawat Malaysia 2007 kat The Curve!

Ni plak kat pintu gerbang masuk tempat event SC-FI tu. Gua sampai awal. Tak ramai sangat orang lagi. Pasal tu amik gambo dulu.


Beliau pun nak gak amik gambo sebagai bukti beliau datang ke event ni dan sebagai renungan untuk diri sendiri. Ni la rupe kartunis JAMB yang menjadi penyumbang kat majalah G3 ( Jamal & Jamil, Pabila Binatang Bersuara, Membongkar Rahsia Silap Mata dan lain2.. ) Teruna yang berasal dari Kuantan, Pahang darul Makmur yang selalu menipu kengkawan beliau ( temasuk gua ) dengan pesembahan magik beliau yang tak best langsung!

Kartunis AIE turut datang bersama koleksi2 terkini AKU DAN SESUATU beliau yang hot di pasaran. Masa ni sesiapa yang beli koleksi beliau, selain dapat besembang dengan beliau juga akan dapat signature dan lukisan karekter2 dalam siri Aku Dan Sesuatu. Lama tak begambo dengan AIE. Dapat peluang, posing saje!

Event ni gak memberi peluang pada bakat2 baru datang membawa karya2 mereka dan menunjukkannya pada sesapa karunis atau pelukis komik yang ada untuk dikritik, ditegur atau mendapat pandangan. Kelihatan seorang awek pelukis kartun/komik sedang mendengar syarahan dari KOBIS BUNGA mengenai karya beliau. Gua sedang tunggu peluang dengan sabar untuk mengutuk plak. HEH! SHOW NO MERCY!

Gua nak amik gambo dengan AIE sebenarnye, tapi beliau menyelit kat tengah2 plak! Tepaksa la amik gambo gak. Kacau tul la lu ni JAMB! Nak marah tak berani, takut dimagiknye gua nanti.

Event ni gak peluang untuk betemu dengan kengkawan pelukis komik seperti encik AZHAR ( kiri skali ) yang sekarang ni menjadi PRESIDEN Persatuan Komik Malaysia ( PEKOMIK ) yang baru ditubuhkan. Bukan saje PEKARTUN tapi PEKOMIK gak dah ada untuk sama2 berjuang menjadikan kedua kerjaya/bidang ini trus berkembang dan bejaya di negara kita. KARTUN DAN KOMIK BESATU!

Barisan pelukis komik yang telibat dalam MALAYSIAN 24 HOUR COMICS CHALLENGE yang merupakan satu acara terhebat dalam SCI-FI & FANTASY FESTIVAL 2006 ni sedang bersiap2 sebelum acara bemula. Kelihatan seorang peserta sedang menyesal kerana tak boleh tarik diri lagi dah! HAR! HAR! Acara ni bermula pada hari Sabtu pukul 3.00 petang dan berakhir pada hari Ahad pukul 3.00 petang esoknye! Setiap peserta mesti menyiapkan 24 mukasurat komik hitam putih. Memakna satu muka dalam masa satu jam! Ini merupakan satu sejarah dan rekod dalam industri komik tanahair! Guapun nak join gak, tapi pasal tak ada persiapan, tak jadi la join. Sori. Mungkin akan datang. Tahniah pada semua yang tak tido dalam usaha menjayakan cabaran yang benar2 memenat dan mengantukkan ni!


Cabaran 24 jam ni turut disertai oleh beberapa orang kartunis pompuan seperti kartunis SARAH JOAN MOKHTAR ( kiri sekali ) yang penah menjadi penyumbang dalam majalah G3. Gua caya lu!


17 Disember 2006 - Ahad

Gua bersama saudara NIEZAM ( pelukis komik dalam majalah G3 ) yang melukis POTRET gua. Beliau membawa banyak original artwork beliau yang dipamerkan untuk dinikmati oleh pengunjung SCI-FI & FANTASY.

KOBIS BUNGA datang ke event ni pasal nak menyiapkan kerja beliau untuk keluaran G3 akan datang. Kelihatan beliau sedang melukis tanpa mengendahkan hadirin yang datang melawat. Dalam masa dua hari beliau berada di sini, beliau bejaya menyiapkan kerja beliau!


Gua cuba meniru pelakuan bijak Kobih Bungo dengan melukih kartun. Tapi kojap yo. Tak bleh lamo. Ontah apo yang gua buek! Yang gua sedang lukis ni ialah kartun MAT ROCK CINTAN untuk keluaran G3#36.


Encik PREDATOR ni lalu-lalang tanpa haluan kat depan meja gua sejak hari pertama gua datang. Rupe2nye nak amik gambo dengan gua. Hari terakhir, beliau memberanikan diri menegur gua dan menyatakan hasrat murni beliau untuk begambo kenang-kenangan dengan gua. Leceh tul! Tepaksa la gua layan. Harap encik PREDATOR gumbira.

Ni sebahagian dari artwork original yang gua bawak pada hari tu untuk tatapan semua pengunjung. Tahun ni kena buat lebih banyak persiapan!

Tahniah pada penganjur dan penaja event ni. Harap boleh buat lagi pada tahun ni. Banyakkan lagi promosi biar lebih ramai yang tahu dan datang. Biar lebih happening! Inilah tempat terbaik untuk semua kartunis, pelukis komik dan karyawan tanahair berkumpul, bejumpa, bekenal-kenalan, promosi/menjual produk, betanya khabar dan mengeratkan silaturahim. Sokongan dari semua karyawan tanahair sangatlah diperlukan untuk menjayakan program/event seperti ni biar lebih grand dan mungkin sehebat COMIC CON kat US sana! YEAHH! Jumpa lagi.

7 comments:

Anonymous said...

weeeiiii...g pameran tak ajak aku ke....
Alhamdulillah nampak cehat gedempol, aminn murah rezki....hang punya blog nih scorpyan kasi ...

Anonymous said...

try try try je ..

gayour said...

sukarnot

saje tak ajak kengkawan. hehe... lain kali gua ajak. harap mu pun sihat walafiat. pyan memang tak bleh simpan rahsia langsung! nak kena belasah tu. tq pasal tgok blog gua!

saudari samad

tq pasal berani cube, try dan test!

Anonymous said...

Gua kan org yg jujur & bertrus terang...hahahahhh.....!

gayour said...

pyan

ah, sudah la lu pyan! lu dengan sukarnot sama je!

Anonymous said...

Arggghhh! Gua x bersalah...gua x bersalah!

Anonymous said...

HbiS kalau stock lu ada bro gayour,cmna nak inform? kihkiH .. xpun lu pos je la kt rmH gua.. pastikan stem cantik,gua nak kumpul .. har!Har!Har!